Thursday 26 August 2021

PDPR 27/08/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH SPM TINGKATAN 4



6.3 Usaha Menangani Ancaman Komunis

1. Komunis cuba mewujudkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu.

2. Bagi merealisasikan matlamat mereka, pelbagai tindakan dilakukan bertujuan mengancam keamanan negara.

3. British menguatkuasakan undang-undang Darurat sebagai usaha pertama menangani ancaman komunis.

4. British juga memperkasakan pasukan keselamatan tempatan untuk membanteras kegiatan komunis seperti polis, tentera dan sukarelawan.

5. Di bawah Undang-Undang Darurat, kerajaan memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan pada 23 Julai 1948 bagi mengawal pergerakan penduduk.

6. Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada tahun 1950 untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen yang membekalkan makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan.

7. Pada 6 September 1949, Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis supaya menyerah diri.

8. Pada 22 Disember 1949, Majlis Persekutuan mengisytiharkan “Bulan Rakyat Melawan Penjahat”.

9. Perintah berkurung ialah tindakan melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu seperti di kawasan Labis, Johor pada bulan Jun 1951.

10. Perang saraf ialah rancangan British untuk menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat .

11. Bagi menamatkan ancaman komunis dan mencapai kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman mengadakan pertemuan dengan pemimpin PKM di Sekolah Inggeris, Baling, Kedah pada 28 Disember 1955.

 


6.4 Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita

1. Darurat memberikan kesan jangka panjang terhadap negara kita dari aspek politik dan sosioekonomi seterusnya mempercapatkan usaha ke arah rundingan kemerdekaan.

2. Zaman darurat telah meninggalkan pelbagai kesan dari aspek politik seperti peningkatan jumlah warganegara, penubuhan MCA (Malayan Chinese Association) dan mempercepatkan kemerdekaan.

3. Zaman darurat juga memberi kesan terhadap sosioekonomi negara kita seperti kerugian harta benda, penderitaan rakyat, hubungan kaum terbatas dan meningkatkan jumlah kematian.

 

LATIHAN PENGUKUHAN

1.Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960.

(a)Siapakah yang mengisytiharkan Undang-Undang Darurat tersebut? (1markah) Buku teks MS 148

(b)Mengapakah kerajaan British mengisytiharkan Undang-Undang Darurat? (2markah) Buku teks MS 148

(c)Bagaimanakah Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan? (3 markah) Buku teks MS 152

(d)Jelaskan kesan pengenalan Undang-Undang Darurat terhadap negara kita. (4 markah) KBAT

 

2.‘Kampung Baru’ telah dibina melalui Rancangan Briggs di Tanah Melaayu pada tahun 1950

(a)Mengapakah Rancangan Briggs diperkenalkan di Tanah Melayu? (3 markah) Buku Teks MS 157

(b)Terangkan ciri-ciri Kampung Baru yang ditubuhkan melalui Rancangan Briggs. (3 markah) Buku Teks 157

(c)Adakah pengenalan Rancangan Briggs brjaya mencapai hasratnya? Beri hujah anda. (4 markah) KBAT

No comments:

Post a Comment