Monday 23 May 2022

ANALISA DAN SOALAN SPOT SEJARAH STPM SEMESTER 3 2021 (TEMA 2)

 



Salam Sejarah,

Berikut merupakan jadual analisa soalan-soalan Sejarah STPM Semester 3 dari tahun 2013 hingga 2020 untuk Tema 2 bagi kedua-dua bahagian:



Berdasarkan jadual analisa di atas, beberapa cadangan untuk soalan spot untuk kedua-dua bahagian dalam Tema 2 adalah seperti berikut:

SOALAN SPOT


BAHAGIAN A

1.    Bincangkan faktor-faktor peluasan kuasa asing British di negeri-negeri Melayu pada tahun 1874.

2.    Huraikan reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa asing di Sabah sehingga awal abad ke-20.

3.    Kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong orang Cina dan India migrasi ke negara ini pada abad ke-19. Bincangkan

4.    Bincangkan sebab-sebab penghijrahan buruh asing India ke Tanah Melayu pada abad ke-19 dan 20.

5.   Sejauh manakah bijih timah dan getah mendorong orang Cina dan India berhijrah ke Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20?

6.    Sejauh manakah dasar British di Tanah Melayu telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum menjelang awal abad ke-20?

7.    Nilaikan impilkasi penghijrahan penduduk dari luar ke Tanah Melayu pada abad ke-19 dan 20.  


BAHAGIAN B

1. Kebimbangan terhadap campur tangan Barat yang lain di Indonesia telah menyebabkan Belanda meluaskan jajahannya di Indonesia. Bincangkan.

2.   Huraikan faktor-faktor peluasan kuasa Belanda di pulau-pulau luar Indonesia pada abad ke-19.

3.  Jelaskan cara yang digunakan oleh Belanda di Indonesia untuk meluaskan kuasanya pada abad ke-19.

4.    Bincangkan peluasan kuasa British di Myanmar pada taun 1824 hingga 1826.

5.   Bincangkan faktor yang membawa kepada peluasan kuasa British di Myanmar pada abad ke-19.

6.    Nilaikan sumbangan Diponegoro di Jawa pada tahun 1825-1830.

7.    Nilaikan peranan Diponegoro dalam Perang Jawa (1825-1830).

8.    Huraikan kesan penjajahan Belanda di Indonesia terhadap pentadbiran tempatan pada abad ke-19.

9.  Penjajahan British di Myanmar telah membawa kepada perubahan sistem pentadbiran di Myanmar sehingga awal abad ke-20. Bincangkan

10. Bincangkan perkembangan ekonomi di Myanmar yang dilakukan oleh British pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20.

11. Terangkan perubahan ekonomi yang berlaku di Myanmar kesan daripada penjajahan British.

12. Bincangkan perkembangan ekonomi Myanmar semasa penjajahan British pada abad ke-19.

13.Jelaskan perkembangan sistem pendidikan di Myanmar pada abad ke-19 hingga sebelum Perang Dunia Kedua.  



Tips:

Untuk Tema 2, kebarangkalian soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan adalah 0 atau 1 soalan. Ini bermakna ada kalanya ada 1 soalan di tanya untuk Bahagian A dan Bahagian B. Ini juga boleh berlaku  apabila 1 soalan untuk Bahagian A  ditanya tetapi 0 soalan untuk Bahagian B dan sebaliknya. Berdasarkan jadual analisa, Tema 2 juga kemungkinan besar tiada soalan ditanya apabila soalan Tema 3 ditanya. Ini berlaku disebabkan hanya 3 soalan ditanya untuk Bahagian A (ada 4 tema) dan 3 soalan ditanya untuk Bahagian B (ada 4 tema).

Selamat Mengulangkaji dan Banyakkan Membaca!

Thursday 19 May 2022

ANALISA DAN SOALAN SPOT SEJARAH STPM SEMESTER 3 2021 (TEMA 1)

 







Salam Sejarah.

Setelah beberapa kali jadual waktu untuk Peperiksaan STPM Semester 3 Tahun 2021 dipinda, akhirnya tarikh baharu untuk Kertas Sejarah 940/3 telah ditetapkan pada 14 Jun 2022 (Selasa). Ini bermakna, para pelajar Tingkatan 6 (Pra Universiti) akan menduduki peperiksaan yang tidak boleh diulang. Oleh itu, para pelajar perlu menjawab dengan baik untuk memperbaiki markah keseluruhan STPM mereka.

Sehubungan dengan itu, saya sertakan analisa dan beberapa soalan spot untuk menjadi panduan dan membantu pelajar menghadapi peperiksaan kertas Sejarah Semester 3 (940/3). Untuk artikel ini, saya akan berkongsi untuk Tema 1 Bahagian A: Sejarah Malaysia dan Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara. Untuk tema-tema yang lain saya akan muat naik pada artikel seterusnya.

Jadual Analisa Tema 1:


 

Soalan-soalan SPOT:

  

Bahagian A

1.Terangkan bentuk dan pelaksanaan adat Perpatih di Tanah Melayu.

2.Terangkan bentuk dan pelaksanaan adat Temenggung di Tanah Melayu.

3.Bincangkan undang-undang 99 Perak.

4.Terangkan peranan raja dalam masyarakat di Tanah Melayu.


Bahagian B

1.Pembesar di Thailand memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan sebelum peluasan pengaruh Barat. Bincangkan.

2.Jelaskan struktur susun lapis masyarakat Indonesia pada abad ke-19.

3.Kegiatan ekonomi di Vietnam sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri. Bincangkan.

4.Bincangkan kegiatan ekonomi komersial yang dijalankan di Indonesia pada abad ke-19.


Tips:

Untuk tema 1, soalan peperiksaan akan memperuntukkan 1 soalan dalam bahagian A dan 1 soalan dalam bahagian B.


Selamat mengulangkaji !