Sunday 28 December 2014

PENANGGUHAN TARIKH MULA SESI PERSKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

29 December 2014



KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Wednesday 24 December 2014

TINGKATAN 6 GUNA KOD ETIKA PAKAIAN BARU MULAI 2015

Peraturan baru kod etika pakaian Tingkatan 6 mulai tahun 2015. Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kenyataan rasmi telah memberi kelonggaran kepada pelajar Tingkatan 6 untuk memakai pakaian kasual bersyarat bagi menggantikan pakaian uniform sedia ada mulai sesi persekolahan 2015. Tambah KPM lagi, jika pelajar Tingkatan 6 masih ingin memakai baju uniform turut tidak dilarang sama sekali.




Berikut adalah surat pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM.







Thursday 13 November 2014

SOALAN RAMALAN SEJARAH STPM 2015 PENGGAL 1

1.
Terangkan definisi masyarakat agraria dan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan abad ke-17. (20)

2.
Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Kemerdekaan Amerika. (20)

3.
Huraikan faktor-faktor yang mendorong perkembangan sektor perinfustrian di Jepun pada abad ke-19 dan abad ke-20. (20)

4.
Galurkan perubahan yang berlaku dalam dasar pendidikan di Perancis pada abad ke-18 dan abad ke-19. (20)

5.
Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Pemberontakan Boxer pada tahun 1899. (20)

6.
Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Kedua (1939-1945). (20)

Wednesday 12 November 2014

SOALAN RAMALAN STPM 2014/2015 PENGGAL 1/ULANGAN PENGGAL (KUANTITATIF)

1.
Jadual yang berikut menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti yang diminta dan yang ditawarkan.

(a) Hitung
     (i)  Fungsi permintaan
     (ii) Fungsi penawaran      (3)
(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis rajah keseimbangan pasaran. (2)
(c) (i) Ceteris Paribus, kenaikan tingkat pendapatan telah meningkatkan kuantiti yang diminta sebanyak 75
          unit pada pelbagai tingkat harga. Dengan berdasarkan rajah dalam (b), tentukan tingkat harga dan
          kuantiti keseimbangan.  (3)
     (ii) Berapakah kadar perubahan tingkat harga dan kuantiti keseimbangan? (2)

2.
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti output dengan jumlah kos bagi firma X yang merupakan penerima harga.

(a)  Jika harga pasaran bagi output tersebut ialah RM56 seunit, berapakah kuantiti output yang
      memaksimumkan keuntungan firma?  (3)
(b) Hitung jumlah keuntungan firma tersebut pada tingkat keseimbangan. (1)
(c) Tentukan tingkat harga pada titik penutupan jangka pendek. (3)
(d) Tentukan tingkat harga pada titik penutupan jangka panjang. (3)


3.
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti faktor dengan jumlah keluaran fizikal bagi firma X.

(a) Hitung keuaran fizikal purata dan keluaran fizikal sut pada setiap kuantiti faktor. (4)
(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk keluaran fizikal purata dan keluk keluaran fizikal sut. (3)
(c) Jika harga faktor adalah sifar, tentukan
     (i)  kuantiti faktor yang akan digunakan (1)
     (ii) jumlah keluaran fizikal yang akan dihasilkan oleh firma (1)
     (iii)keluaran fizikal purata pada kuantiti faktor yang digunakan (1)

Monday 10 November 2014

SOALAN RAMALAN STPM 2014/2015 PENGGAL 1/ULANGAN PENGGAL 1 (ESEI)

1.
Huraikan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah asas ekonomi dari segi
(a) penggunaan sumber (3)
(b) pengeluaran barang (4)
(c) pengagihan barang kepada pemilik sumber (3)

2.
(a) Apakah maksud permintaan dan penawaran? (2)
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan proses keseimbangan di pasaran barang. (8)

3.
(a) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran. (6)
(b) Dengan menggunakan contoh berangka, tunjukkan bagaimana keanjalan penawaran diukur. (4)

4.
(a) Dengan menggunakan contoh yang sesuai, terangkan maksud kos eksplisit dan kos implisit. (4)
(b) Apakah perkaitan kos eksplisit dan kos implisit dengan jumlah kos pengeluaran? (6)

5.
(a) Apakah yang dmaksudkan dengan kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan? (2)
(b) Jelaskan mengapa firma pasaran persaingan sempurna dapat memperoleh kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan berbanding dengan firma monopoli? (8)

6.
(a) Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan perbezaan antara perolehan pindahan dengan sewa ekonomi. (4)
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan hubungan antara keanjalan penawaran faktor pengeluaran dengan sewa ekonomi. (6)





Sunday 2 November 2014

SOALAN RAMALAN EKONOMI PENGGAL 3 STPM 2014 (KUANTITATIF)

1.
Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna Malaysia tahun 2004 hingga tahun 2008.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan indeks harga pengguna? [2]
(b) Hitung kadar inflasi dari tahun 2005 hingga tahun 2008. Nyatakan arah aliran inflasi pada tahun-tahun tersebut. [3]
(c) Jelaskan kesan inflasi ke atas taraf hidup rakyat. [2]
(d) Hitung peratus perubahan upah benar Cik Ain Hawani pada tahun 2008 berbanding tahun 2005, jika upah beliau ialah RM3000 pada tahun 2005. [3]

2.
Jadual di bawah menunjukkan data Perusahaan Kecil dan Sederhana mengikut taraf sah pada tahun 2010.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan perkongsian dan syarikat sendirian berhad? [2]
(b) Hitung peratusan pertubuhan daripada jumlah PKS bagi
     (i)   pertubuhan hak milik perseorangan
     (ii)  syarikat sendirian berhad                      [2]
(c) Hitung produktiviti setiap pekerja bagi setiap pertubuhan tersebut. [4]
(d) Hitung gaji purata tahunan bagi pekerja dalam
     (i)   pertubuhan hak milik perseorangan
     (ii)  perkongsian                                         [2]

SOALAN RAMALAN EKONOMI PENGGAL 3 STPM 2014 (ESEI)

1.
(a) Berikan definisi upah. [2]
(b) Jelaskan perbezaan antara upah wang dengan upah benar. [4]

2.
"Inflasi membawa kesan baik dan buruk kepada ekonomi".
Adakah anda setuju dengan pernyataan di atas? Jelaskan. [6]

3.
Terangkan kesan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia terhadap ekonomi sesebuah negara. [6]

4.
Huraikan tiga alasan mengapa sesebuah negara perlu berdagang dengan negara lain. [6]

5.
Jelaskan peranan institusi kewangan yang berikut:
(a) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(b) Bank Saudagar
(c) Bank Simpanan Nasional

6.
Terangkan tiga program yang dijalankan oleh Agensi Pembangunan Wilayah untuk membasmi kemiskinan di Malaysia. [6]

Wednesday 15 October 2014

SOALAN 24 BAHAGIAN B (ESEI) EKONOMI 1 PENGGAL 1 STPM 2014

24 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan untung ekonomi dan untung perakaunan?                           [2]
     (b) Dengan menggunakan contoh berangka, bezakan pengiraan untung ekonomi dengan
     untung perakaunan.                                                                                                                            [8]

Jawapan:

(a)

  • Untung perakaunan telah untung yang diperoleh apabila jumlah hasil ditolak dengan jumlah kos eksplisit.
  • Untung ekonomi ialah untung yang diperoleh apabila jumlah hasil ditolak dengan kos eksplisit dan kos implisit.
(b)
  • Contohnya, Encik Amir melaburkan wang sebanyak RM50 000 untuk membuka sebuah kedai runcit. Beliau menjalankan perniagaannya bersama seorang pembantu yang dibayar upah.
  • pada akhir tahun, setelah menolak semua kos pengeluaran, Encik Amir memperoleh keuntungan sebanyak RM20 000. Keuntungan sebanyak RM20 000 tersebut merupakan untung perakaunan, iaitu jumlah hasil ditolak jumlah kos.
  • untung ekonomi diperoleh dengan menolak kos implisit daripada untung perakaunan. walau bagaimanapun, terdapat 2 jenis kos implisit yang tidak diambil kira, iaitu upah kepada Encik Amir dan bunga atas modal sebanyak RM50 000 yang telah dilaburkan oleh Encik Amir.
  • sekiranya Encik Amir bekerja di tempat lain, beliau akan menerima RM6000 setahun dan sekiranya wang RM50 000 tersebut disimpan dalam bank, beliau akan menerima bunga atas kadar 6% setahun iaitu sebanyak RM3000 (6%XRM50 000).
  • oleh itu, jumlah kos implisit yang terlibat ialah RM9000 (RM6000+RM3000). Maka, ekonomi perniagaan Encik Amir ialah RM11 000 (RM20 000-RM9000).
 Bekerja sendiri
Bekerja dengan orang lain


SOALAN 3 SEJARAH DUNIA (1500-1955) KERTAS 1 STPM 2014

Bincangkan pelaksanaan Merkantalisme di England pada abad ke-17 Masihi. (20 markah)

1. Pengenalan:

  • Merkantalisme merupakan amalan teori ekonomi yang banyak digunakan di Eropah dari abad ke 16 hingga 18 yang memperkenalkan peraturan kerajaan terhadap ekonomi negara bertujuan menambah kuasa wilayah terhadap persaingan kuasa negara-negara di Eropah.
  • Merkantalisme menyebabkan sering kali berlaku peperangan dan motivasi untuk mendapatkan tanah jajahan di kalangan negara-negara Eropah.
  • Oleh itu, England juga tidak ketinggalan dalam pelaksanaan merkantalisme yang juga merupakan antara negara Eropah yang mempunyai kuasa ekonomi yang kaya dan tanah jajahan yang banyak pada abad ke-17.
2. Isi Penting:
  • Di England, merkantalisme mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Kerajaan Parlimen England (1640-1660).
  • kawalan kerajaan terhadap ekonomi domestik kurang meluas berbanding wilayah kerana dihadkan oleh undang-undang kuasa Parlimen yang kukuh.
  • monopoli kerajaan menjadi penting terutamanya sebelum Perang Saudara Inggeris yang menjadi isu kontroversi di England.

  • Di kawasan tanah jajahan England, merkantalisme menyebabkan hubungan kerajaan dan pedagang menjadi akrab dengan matlamat untuk menguatkan kuasa dan kekayaan peribadi.
  • kerajaan melindungi para pedagang daripada gangguan perundangan, sekatan dan subsidi dalam industri domestik untuk memaksimumkan eksport dan meminimumkan import.
  • kerajaan turut mencegah kegiatan penyeludupan di tanah jajahan.

  • Matlamat merkantalisme adalah untuk menambah kegiatan perdagangan agar emas dan perak dapat dihantar ke London.
  • kerajaan mengambil hasil melalui duti dan cukai yang dikenakan terhadap para pedagang.
  • kerajaan membelanjakan hasil dalam Angkatan Tentera Diraja yang bertujuan untuk melindungi tanah jajahan British atau mengambil alih tanah jajahan negara lain.
  • Penjajahan bertujuan untk meningkatkan kekayaan negara England.
  • undang-undang diperkenalkan untuk menggalakkan eksport dan mengurangkan import.
  • tarif dikenakan terhadap barangan import.
  • akta navigasi dikenakan terhadap pedagang asing terhadap perdagangan domestik England.

  • Di tanah-tanah jajahan England, peraturan diperkenalkan untuk mengeluarkan bahan-bahan mentah untuk diperdagangkan dengan England sahaja.
  • polisi ini telah mewujudkan ketidakpuasan hati tanah jajahan yang membawa kepada tercetusnya Revolusi Amerika.
  • Merkantalisme menyatakan perdagangan merupakan keuntungan untuk satu negara sahaja iaitu Kolonial England dan para pedagang tidak dibenarkan berdagang dengan negara lain.
3.Kesimpulan:
  • Polisi-polisi merkantalisme mempunyai impak positif kepada England yang menjadikannya sebagai pusat dagangan ekonomi di dunia sehingga ke hari ini.


 Keadaan di pelabuhan Eropah semasa zaman merkantilisme
 Kapal penjajahan England di pelabuhan Bristol

Peta Merkantilisme

Wednesday 10 September 2014

SOALAN 23 BAHAGIAN B (ESEI) EKONOMI 1 PENGGAL 1 STPM 2014

(a) Takrifkan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar. [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas pengguna apabila kerajaan mengenakan
      cukai ke atas pengeluar. [8]

(a)

  • Lebihan pengguna merujuk kepada perbezaan antara harga yang sanggup dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan dengan harga yang sebenar dibayar di pasaran.
  • Lebihan pengeluar merujuk kepada perbezaan antara harga yang sanggup diterima oleh pengeluar dengan harga yang sebenar dijual di pasaran.
(b)
  • Apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas pengeluar, keluk penawaran akan beralih ke kiri sebesar cukai yang dikenakan. Kesan cukai terhadap lebihan pengguna dapat ditunjukkan oleh rajah di bawah:
  • Berdasarkan rajah di atas, andaikan keluk penawaran pengeluar adalah anjal. Keseimbangan pasaran asal di capai apabila keluk penawaran (S0S0) pada titik E0.
  • Harga keseimbangan asal ialah 0P0 dan kuantiti keseimbangan asal ialah 0Q0. Lebihan pengguna ialah P0D0E0.
  • Apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas barang yang dikeluarkan oleh pengeluar, kos pengeluaran akan meningkat menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1.
  • Keseimbangan pasaran baru dicapai apabila keluk D0D0 berbilang dengan keluk S1S1 pada titik E1.
  • Harga keseimbangan baru ialah 0Q1. Lebihan pengguna telah menurun daripada P0D0E0 kepada P1D0E1.




Wednesday 3 September 2014

SOALAN 2 SEJARAH DUNIA (1500-1955) KERTAS 1 STPM 2013

Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Bismarck bagi menyatupadukan penduduk berbangsa Jerman selepas  penyatuan negara Jerman pada tahun 1871. (20 markah)

Pengenalan:
  • Otto von Bismarck merupakan tokoh yang berjaya menyatukan negara Jerman.
  • beliau menyatukan Jerman melalui peringkat pertama (1864-1870) dengan melancarkan peperangan terhadap negara-negara asing yang menguasai wilayah Jerman.
  • pada peringkat kedua, (selepas 1871), beliau melakukan perubahan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial bagi menyatukan Jerman.
Isi Penting:

1. Memulihkan keamanan di Jerman dan Eropah
  • Bismarck memulihkan keamanan dan keselamatan di Jerman untuk membangunkan negara Jerman.
  • beliau menjalankan hubungan persahabatan dengan negara-negara lain di Eropah dengan dasar berhati-hati.
  • pada tahun 1882, Bismarck mengadakan perikatan dengan Austria dan Itali yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga.
  • melalui perikatan ini, beliau berharap Perancis dan negara Eropah lainnya tidak akan melancarkan perang terhadap Jerman.
2. Memperkenalkan perlembagaan Jerman
  • Bismarck mengukuhkan penyatuan Jerman dengan memperkenalkan perlembagaan umum bagi seluruh Jerman
  • perlembagaan Jerman ini memperuntukkan kuasa bagi penubuhan sebuah Parlimen yang terdiri daripada Majlis Persekutuan (Bundestrat) dan Diet Maharaja (Reischstag).
  • melalui perlembagaan ini, kuasa sebenar pemerintahan Jerman terletak di tangan Canselor dan Kaiser.
  • melalui perlembagaan ini juga, Bismarck mempunyai kuasa untuk mengukuhkan penyatuan Jerman.
3. Menyekat pengaruh gereja.
  • semasa pemerintahan Bismarck, beliau menghadapi masalah dengan Gereja Roman Katolik.
  • ini kerana paderi-paderi Gereja Roman Katolik ingin berkuasa semula dan menuntut lebih kebebasan daripada Kaiser.
  • untuk mencegah hal ini, Bismarck memulakan pergerakan anti gereja (Kulturkampf) pada tahun 1872.
  • beliau telah meluluskan siri undang-undang yang dikenali sebagai Undang-undang Mei sekaligus menyekat perkembangan gereja Katolik di Jerman.
4. Menyeragamkan sistem ekonomi , membangunkan sektor perindustarian dan memajukan sektor pertanian dan perdagangan.
  • Bismarck mengukuhkan Jerman dengan memperkenalkan sistem ekonomi yang cekap dan teratur, mengambil langkah menjadikan Jerman negara perindustrian yang kaya dan meningkatkan pengeluaran pertanian.
  • beliau memperkenalkan sistem percukaian, mata wang , sistem sukatan dan timbangan yang seragam, menyatukan perkhidmatan pos dan telegraf serta membina rangkaian landasan kereta api.
  • beliau juga menubuhkan kartel, mewujudkan daerah-daerah perusahaan baru dan menubuhkan bank kebangsaan (Reich Bank) pada tahun 1875 untuk membangunkan sektor perindustrian Jerman.
  • Bismarck meningkatkan hasil pengeluaran sektor pertanian dengan pengeluaran baja-baja murah, serta undang-undang tarif untuk menyekat barangan import.
5. Pemulihan sosial
  • Bismarck memperkenalkan rancangan sosial bagi merapatkan jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin
  • beliau memperkenalkan undang-undang bagi memperbaiki taraf hidup golongan pekerja di kilang-kilang baru seperti Undang-undang Insurans Sakit yang diperkenalkan pada tahun 1885.
  • pada tahun 1889, Undang-undang Insurans Hari Tua diluluskan kerajaan Jerman untuk tabungan dan keperluan apabila golongan pekerja bersara.
  • menerusi rancangan-rancangan sosial ini, beliau berjaya mewujudkan perpaduan dalam pelbagai lapisan masyarakat Jerman dan berjaya menyatukan Jerman.
Kesimpulan:
  • Bismarck merupakan tokoh yang memiliki kebijaksanaan dalam melaksanakan langkah-langkah dan usaha-usaha untuk menyatukan Jerman.
  • beliau juga merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam menjadikan negara Jerman muncul sebagai negara yang terkemuka di Eropah.

Otto von Bismarck

Mata wang Reich Bank

Majlis Persekutuan (Bundestrat)

Gambaran Kulturkampf

Gambar semasa saya di Diet Maharaja (Reichstag)

Tuesday 26 August 2014

SOALAN 22 BAHAGIAN B (ESEI) EKONOMI 1 PENGGAL 1 STPM 2014

(a)   Bezakan antara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan. [2]
(b)   Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan ke atas keluk permintaan (ceteris paribus) sekiranya,
        (i)   kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan awam, [4]
        (ii)  harga barang pengganti turun. [4]

Jawapan

(a)

  • perubahan kuantiti diminta merujuk kepada perubahan atau pergerakan di sepanjang keluk permintaan sama berpunca daripada harga barang itu sendiri.
  • perubahan permintaan pula merujuk kepada peralihan keluk permintaan sama ada ke kanan atau ke kiri akibat perubahan faktor selain harga barang itu sendiri.

(b)
  • jika kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan awam, kuasa beli atau pendapatan boleh guna kakitangan awam bertambah kesan jumlah pendapatan berbelanja telah bertambah.
  • ini menyebabkan permintaan bertambah dan mengalihkan keluk permintaan ke kanan seperti di bawah:


  • berdasarkan rajah di atas, D0D0 ialah keluk permintaan asal, pada tingkat asal P0 dan kuantiti asal Q0
  • pemberian bonus kepada kakitangan awam menyebabkan keluk permintaan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1 pada tingkat harga yang sama P0 dan pertambahan kuantiti permintaan dari Q0 ke Q1.
  • jika harga barang pengganti turun, contohnya ikan dan penggantinya daging, permintaan terhadap ikan akan bertambah tetapi permintaan terhadap daging akan berkurang.
  • ini menyebabkan keluk permintaan daging akan beralih ke kiri seperti dalam rajah di bawah:
  • berdasarkan rajah di atas, apabila harga barang pengganti (daging) turun, permintaan terhadap ikan akan berkurang dari D0D0 ke D1D1 pada harga yang sama P0 dan kuantiti permintaan barang dari Q0 ke Q1.

Wednesday 6 August 2014

SOALAN 1 SEJARAH DUNIA (1500-1955) KERTAS 1 STPM 2014

 Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim pada abad ke-15 dan abad ke-16 Masihi.

Jawapan

Pendahuluan

  • Menjelang abad ke-15 dan abad ke-16, Portugal muncul sebagai sebuah kuasa maritim di Eropah.
  • Masyarakat maritim di Portugal telah memberi sumbangan dalam bidang penjelajahan, perdagangan, penjajahan, teknologi pelayaran dan perkapalan.
  • Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal.
Isi Penting

(a) Perkembangan kapitalisme dan merkantalisme
  • sistem ekonomi ini menggalakkan masyarakat Portugal mengumpul modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan.
  • ini menyebabkan Raja Portugal memberi galakan dan menaja pelayaran rakyatnya ke seberang laut untuk tujuan tersebut.
  • ini menyebabkan muncul masyarakat maritim Portugal yang giat dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan.
(b) Perkembangan perdagangan
  • Menjelang abad ke-15, permintaan untuk rempah ratus oleh masyarakat Eropah menyebabkan pedagang-pedagang portugis belayar ke Timur untuk menguasai perdagangan.
  • ini disebabkan kegiatan perdagangan rempah ratus dikuasai oleh pedagang Itali dan Islam yang meraih keuntungan besar melalui penjualan pada harga yang tinggi.
  • oleh itu, pedagang Portugal mencari jalan laut ke Timur untuk memecahkan monopoli perdagangan rempah ratus tersebut.
(c) Pengaruh Renaisans
  • zaman renaisans telah menyemai ciri-ciri humanisme, individualisme, sekularisme, sifat kritikal dan rasionalisme dalam cita-cita dan pemikiran bangsa Eropah.
  • ini melahirkan masyarakat di Eropah yang menekankan kepentingan sains dan teknologi berbanding dengan institusi gereja yang dianggap mengongkong pemikiran.
  • kemajuan ini menyemai semangat ingin tahun di kalangan orang Portugal untuk menerokai kawasan-kawasan baru seperti Ferdinand Magellan pada September 1519 M.
(d) Teknologi pelayaran
  • pengetahuan teknikal dalam geografi dan pelayaran menggalakkan aktiviti penerokaan dan penjelajahan ke sebarang laut.
  • masyarakat maritim di Portugal mencipta peralatan baru seperti peta pelayaran, kompas magnetik (arah) dan astrolab (longitud) untuk memudahkan mereka berlayar.
  • mereka juga membina kapal-kapal besar seperti kapal Caravel seberat 2000 tan untuk berlayar di lautan yang luas.
(e) Pengetahuan dunia luar
  • diperolehi melalui orang Islam Arab yang mempunyai pengetahuan terawal tentang dunia luar (500-1000M)
  • catatan pengalaman pengembara Eropah seperti Marco Polo ke China dan John Monte Corvino ke Parsi dan India turut mendorong masyarakat Portugal mengembara.
  • pengetahuan ini menggalakkan Putera Henry (1394-1460) bergiat lebih aktif dalam aktiviti penjelajahan di kalangan masyarakat Portugis.
Kesimpulan
  • masyarakat maritim di Portugal telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
  • mereka memainkan peranan penting untuk menjadi kuasa maritim yang unggul dan disegani di benua Eropah.

King Paul I-Raja Portugal era penjelajahan Portugal
Prince Henry- Henry The Navigator
Ferdinand Magellan
Portugal Mariner's astrolabe
Kapal Caravel Portugal







SOALAN 21 BAHAGIAN B (ESEI) EKONOMI 1 PENGGAL 1 STPM 2014

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan usahawan? [2]
(b) Huraikan empat perbezaan antara usahawan dengan buruh. [8]

Jawapan:

(a)

  • merupakan individu yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran (buruh, tanah dan modal) untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
  • berperanan sebagai pemimpin, perancang, penyelaras dan pengawal aktiviti firma serta menanggung risiko.

(b)
  • usahawan bertanggungjawab menggabungkan sumber ekonomi seperti buruh, modal dan tanah untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
  • buruh memberikan sumbangan sama ada tenaga fizikal atau mental yang digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.
  • usahawan menanggung risiko ketidakpastian (untung atau rugi) serta perlu ada kemahiran keusahawanan dan kepemimpinan.
  • buruh meliputi buruh mahir dan tidak mahir yang menyumbangkan masa dan usaha untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
  • usahawan melakukan inovasi dan pembaharuan untuk membangunkan produk, teknik dan organisasi baru dalam perniagaan.
  • buruh mempunyai mobiliti pekerjaan dan geografi yang membolehkan mereka bertukar pekerjaan dari satu tempat ke tempat yang lain.
  • usahawan mengambil buruh untuk bekerja dalam perniagaan atau proses pengeluaran dan mendapat ganjaran dalam bentuk upah.
  • buruh bekerja dengan pengeluar atau usahawan dan mendapat ganjaran dalam bentuk upah atau gaji.