Tuesday 19 May 2015

ANALISIS POPULARITI SOALAN BAB 5 EKONOMI



Soalan-soalan ramalan untuk bab 5:
Esei:
1. Apakah maksud kadar pertukaran asing dan bagaimanakah kadar pertukaran asing ditentukan dalam sistem kadar boleh ubah?
2.Apakah maksud terkurang nilai Ringgit dan susut nilai Ringgit? Dengan bantuan gambar rajah, terangkan punca berlakunya keuda-dua konsep tersebut.
Kuantitatif:
1.Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran Dolar Amerika (USD) di negara Thailand.

(a) (i) Apakah maksud kadar pertukaran sistem boleh ubah?
     (ii) Berapakah kadar pertukaran antara kedua-dua negara tersebut mengikut sistem boleh ubah.
(b) Andaikan Thailand mengamalkan kadar pertukaran sistem tetap dengan kadar pertukaran US$=Baht28:
    (i) Apakah maksud kadar pertukaran sistem tetap?
    (ii) Pada kadar pertukaran sistem tetap, apakah berlaku pada nilai Baht?
    (iii)Apakah yang berlaku di pasaran mata wang? Apakah tindakan perlu dibuat oleh kerajaan Thailand?
    (iv)Apakah kesan kadar pertukaran tersebut terhadap eksport, import dan imbangan pembayaran Thailand?

ANALISIS POPULARITI SOALAN BAB 4 EKONOMI


Soalan-soalan ramalan Bab 4:

Esei:
1. Jelaskan bagaimana fungsi wang dapat menyelesaikan kelemahan sistem barter.
2. Terangkan lima fungsi bank pusat.
3. Apakah maksud nisbah rizab berkanun dan bagaimana bank pusat dapat mengurangkan kebolehan bank perdagangan mencipta wang?
4.Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana kadar bunga ditentukan di pasaran wang.

Kuantitatif:
1. Jadual di bawah ini menunjukkan kunci kira-kira sebuah bank perdagangan dalam sistem bank yang tidak mempunyai lebihan rizab berkanun atau rizab harta cair.

Kunci Kira-Kira

(a) (i) Hitung nisbah rizab berkanun.
     (ii) Hitung nisbah harta cair.
(b) Berapakah lebihan rizab yang boleh dipinjamkan oleh bank ini jika keadaan yang berikut berlaku?
Pelanggan A mendepositkan cek bernilai RM15juta.
Pelanggan B mengeluarkan deposit semasanya sebanyak RM5juta.
(c) Tunjukkan kunci kira-kira baru bagi bank ini selepas keadaan (b) di atas berlaku.
(d) (i) Hitung perubahan penawwaran wang oleh bank ini apabila semua lebihan rizab dipinjamkan.
     (ii) Berapakah perubahan penawaran wang yang boleh wujud dalam sistem bank ini dengan andaian bocoran tunai tidak berlaku.















Wednesday 13 May 2015

ANALISIS POPULARITI SOALAN EKONOMI 2 STPM BAHARU (BAB 3)


Bab 3 : Perakaunan Pendapatan Negara merupakan tajuk yang mempunyai isi pelajaran dan tajuk yang paling banyak untuk dipelajari.
Melalui analisis, didapati tajuk ini diuji pada setiap bahagian esei dalam peperiksaan. Bagi kuantitatif soalan bab ini kemungkinan besar tidak akan dikeluarkan.
Antara topik-topik yang boleh diuji dalam soalan esei adalah seperti berikut:
1. Dasar fiskal
2. Kesan pelaburan dan perbelanjaan kerajaan terhadapai keseimbangan ekonomi 3 sektor
3. Keseimbangan ekonomi empat sektor

Contoh-contoh soalan ramalan esei bagi topik-topik di atas:

  • Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat-pendapatan negara (AE-Y), terangkan bagaimana perkara yang berikut mempengaruhi kegiatan ekonomi serta keseimbangan pendapatan negara sesebuah negara.
  • (a) Pinjaman bank perdagangan kepada firma berkurang
  • (b) Kerajaan mengurangkan pemberian subsidi petroleum

  • (a) Terangkan maksud inflasi tarikan permintaan
  • (b) Bagaimana kerajaan melaksanaan dasar fiskal untuk mengatasi inflasi tarkan permintaan. Jelaskan.

  • Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan kesan perkara berikut terhadap keseimbangan pendapatan negara ekonomi terbuka sekiranya:
  • (a) pertambahan eksport melebihi pertambahan import
  • (b) pertambahan import melebihi pertambahan eksport

ANALISIS SOALAN POPULARITI EKONOMI 2 STPM BAHARU (BAB 2)


Berdasarkan analisis populariti soalan, kemungkinan besar untuk 1 soalan esei dan 1 soalan kuantitatif adalah dari bab ini.
Antara tajuk-tajuk yang boleh diambil perhatian adalah seperti berikut:
Esei:
1.Konsep KDNK,KNK
2.Kelemahan perbandingan taraf hidup antara masa
3.Masalah penghitungan pendapatan negara
Kuantitatif:
1.Kaedah keluaran (nilai ditambah)

Contoh soalan ramalan esei:
  • (a) Berikan definisi KDNK dan KNK
  • (b) Apakah perbezaan antara KNK harga pasar dengan KNK kos faktor
  • (c) Terangkan hubungan KN Nominal dengan KN Benar.
  • Terangkan lima masalah dalam penghitungan pendapatan negara
  • Huraikan lima faktor yang menerangkan kelemahan menggunakan pendapatan per kapita sebagai petunjuk taraf hidup antara masa

Contoh soalan ramalan kuantitatif:

  • Jadual di bawah menunjukkan pelbagai kegiatan ekonomi dan nilai jualan yang bermula daripada kegiatan menoreh pokok getah sehingga aktiviti penjualan tayar.

  • (a) Apakah maksud nilai ditambah?
  • (b) Hitung nilai ditambah yang dihasilkan melalui setiap kegiatan tersebut.
  • (c) Buktikan jumlah nilai ditambah sama dengan nilai barang akhir.
  • (d) (i) Nyatakan kategori sektor ekonomi bagi setiap kegiatan yang dijalankan.
  •       (ii)Hitung nilai sumbangan setiap sektor ekonomi kepada pendapatan negara.













Tuesday 12 May 2015

ANALISIS SOALAN POPULARITI STPM BAHARU EKONOMI 2 (BAB 1)

Assalamualaikum w.b.k.t dan salam sejahtera,
Tiba giliran untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki kertas ekonomi 2 atau makroekonomi.
Dalam empat peperiksaan yang diduduki, didapati pelajar sukar untuk mendapat skor yang lebih baik dalam kertas 2 berbanding dengan kertas 1.
Diharap analisis ini sekurang-kurangnya dapat membantu pelajar untuk mengenalpasti tajuk-tajuk yang sesuai untuk diingat.
Para pelajar dinasihatkan agar dapat menjawab kesemua 4 soalan esei dan 2 soalan kuantitatif jika ingin mendapat skor yang baik sama seperti kertas 1.
Ini kerana 60% daripada 80% markah datangnya dari 2 bahagian ini.
Melalui analisis yang telah saya jalankan, saya dapati pembahagian soalan esei adalah seperti berikut:
Bahagian B (Esei):
Soalan 1: Bab 1
Soalan 2: Bab 2
Soalan 3: bab 5
Soalan 4 dan 5: Bab 4
Soalan 6: Bab 5
Hanya Bab 4 (wang) yang mempunyai 2 soalan diuji dalam bahagian esei.
Jika pelajar dapat menguasai bab 4, ini bermakna pelajar cuma perlu menguasai 2 lagi dari mana-mana bab.
Harus diingat 40% markah adalah dari bahagian esei yang membawa maksud sebahagian markah daripada keseluruhan soalan datangnya daripada soalan esei.
Bagi pelajar yang dapat menjawab dengan baik dalam 4 soalan esei, ini bermakna pelajar sudah boleh menarik nafas lega.
Berikut adalah analisis soalan populariti ekonomi 2 bab 1:


Tajuk ramalan untuk peperiksaan 2015:
Soalan esei:
1.Aliran pusingan
2.Isu makroekonomi

Soalan kuantitatif:
1.Petunjuk makroekonomi

Contoh soalan ramalan:
Esei:

  • Terangkan aliran pusingan pendapatan negara yang wujud dalam sebuah ekonomi empat sektor.
  • Huraikan lima isu makroekonomi yang perlu ditangani oleh sesebuah negara.
Kuantitatif:
  • Jadual di bawah menunjukkan KDNK harga tetap dan indeks harga pengguna dari tahun 2007 hingga 2012 bagi sebuah negara.


  • (a) Apakah maksud indeks harga pengguna?
  • (b) Hitung kadar inflasi dari tahun 2008 hingga 2012
  • (c) Terangkan arah aliran kadar inflasi tersebut
  • (d) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi dari tahun 2008 hingga 2012.
  • (e) Apakah hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan ekonomi?














Monday 11 May 2015

ANALISIS SOALAN POPULARITI SEJARAH PENGGAL 2 STPM (TEMA 2)

Bagi tema 2 pula, soalan peperiksaan kebiasaannya menguji 2 soalan dalam mana-mana tajuk.
Oleh itu, pelajar perlu menguasai tajuk-tajuk dalam tema 2 untuk melangkapkan 3 soalan yang wajib dijawab.
Berikut adalah analisis populariti soalan bagi tema 2:


Seperti juga dalam tema 1, tajuk-tajuk dalam tema 2 merupakan tajuk-tajuk yang tidak pernah dikeluarkan soalannya.
Oleh itu, keberangkalian populariti soalan untuk tahun 2005 juga adalah pada tajuk-tajuk yang belum pernah diuji.
Antara tajuk-tajuk berkenaan adalah seperti berikut:
1.Institusi Ekonomi (Zaman Khulafa al-Rasyidin)
2.Perkembangan ilmu
3.Sumbangan tokoh (al-Khawarizimi, al-Ghazali dan al-Masudi)
4.Seni Bina
Contoh-contoh soalan ramalan untuk tajuk-tajuk di atas:

  • Bincangkan empat sumber pendapatan negara Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab.
  • Bincangkan peranan baitulmal dalam perkembangan masyarakat Islam
  • Bincangkan ciri-ciri sistem pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umayyah dan Abbasiyah.
  • Jelaskan perkembangan tiga bidang ilmu aqli pada zaman pemerintahan Kerajaan Umaiyah di Andalusia dari abad ke-11 hingga ke-13.
  • Huraikan sumbangan al-Khawarizmi dalam bidang matematik.
  • Terangkan jasa dan sumbangan Imam al-Ghazali dalam tamadun Islam.
  • Al-Mas'udi merupakan ahli pelayaran Islam yang menghasilkan bahan-bahan penyelidikan. Bincangkan sumbangan beliau.
  • Huraikan ciri-ciri seni bina islam pada zaman kerajaan Mughal di India mulai abad ke 16 hingga 17.
  • Huraikan ciri-ciri seni bina Andalus pada aba ke-13.

ANALISIS SOALAN POPULARITI SEJARAH PENGGAL 2 STPM (TEMA 1)

Assalamualaikum w.b.k.t dan salam sejahtera,
Seperti yang dijanjikan, saya akan memuat turun analisis soalan peperiksaan khasnya bagi subjek sejarah dan ekonomi penggal 2.
Untuk halaman ini saya akan fokus kepada subjek sejarah dan di halaman yang lain untuk subjek ekonomi.
Bagi subjek sejarah penggal 2, ada 3 tema yang perlu dikuasai dalam sejarah Islam dan pelajar perlu menjawab 3 soalan daripada 6 soalan yang diperuntukkan.
Dalam soalan-soalan peperiksaan sebelum ini, 6 soalan yang dikemukan terdiri daripada 2 soalan untuk tema 1, 2 soalan untuk tema 3 dan 2 soalan untuk tema 3.
Jika pelajar dapat melihat kepada pembahagian soalan di atas, sudah tentu pelajar faham bahawa hanya dengan membaca 2 tema (disyorkan tema 1 dan 2) pelajar sudah dapat menjawab 3 soalan dalam peperiksaan dengan syarat pelajar dapat menguasai keseluruhan (atau 'by target').
Namun, digalakkan pelajar untuk menguasai ketiga-tiga tema untuk membolehkan pelajar mempunyai banyak pilihan soalan.
Berikut adalah analisis soalan sejarah bagi tema 1:


Berdasarkan analisis di atas, didapati soalan-soalan tema 1 yang dikeluarkan dalam 4 peperiksaan stspm baharu sebelum ini merupakan dari tajuk-tajuk yang berlainan.
Ini bermakna, untuk peperiksaan penggal 2 tahun 2015, soalan daripada tajuk yang belum pernah dikeluarkan juga lebih besar peluangnya untuk diuji.
Antara tajuk-tajuk yang boleh diambil perhatian oleh pelajar adalah seperti berikut:
1.Masyarakat jahiliyah (struktur masyarakat)
2.Piagam Madinah
3.Kepimpinan Nabi Muhammad SAW
4.Khalifah Umar al-Khattab RA
5.Pemerintahan pusat dan wilayah
6.Salehuddin al-Ayyubi
7.Jihad dan peperangan (strategi)
8.Perjanjian
Contoh-contoh soalan ramalan untuk tajuk-tajuk diatas:
  • Bincangkan struktur masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam
  • Huraikan kepentingan Piagam Madinah dalam membentuk satu pemerintahan Islam di Madinah.
  • Jelaskan ciri-ciri kepimpinan yang terdapat pada diri Nabi Muhammad SAW.
  • Huraikan pembaharuan-pembaharuan dalam bidang politik yang dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab.
  • Jelaskan struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat pada zaman Kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-16
  • Bincangkan sumbangan Salehuddin al-Ayyubi dalam perjuangan memartabatkan agama dan negara Islam.
  • Jelaskan pengertian jihad dan etika peperangan yang disyorkan oleh Islam.
  • Huraikan kepentingan perjanjian-perjanjian yang dimeterai pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah al-Ma'mun.

Saturday 9 May 2015

JADUAL PEPERIKSAAN STPM PENGGAL 2 TAHUN 2015

Assalamualaikum w.b.k.t dan salam sejahtera,
Agak lama tidak mengemaskini blog saya disebabkan oleh kesibukan yang melanda.
Saya percaya pelajar-pelajar pra universiti sekarang juga tengah sibuk mengulangkaji dan mengikuti kelas tambahan atau 'study group'.
Memandangkan musim peperiksaan kian hampir terutamanya peperiksaan STPM Penggal 2, sudah tentu ada yang tengah berusaha atau mengelamun untuk dapat skor A...haha..
Apapun terima kasih atas 'view' nya!
Seperti menjadi kebiasaannya, saya selalu menyediakan analisis soalan dan soalan ramalan apabila peperiksaan semakin hampir.
Sebenarnya, dah siap...cuma tunggu untuk dimuat turun.
Sebelum saya memuat turun analisis berkenaan...apa kata kita lihat dahulu jadual peperiksaan yang terkini selepas diubah akibat perubahan cuti umum..
Berdasarkan jadual, ini bermakna kerta ekonomi 2 dan sejarah 2 adalah peperiksaan terakhir (hehe...masih ada masa bah!) iaitu pada 21 Mei hari Khamis....
Jadi, sila jenguk2 ini blog ya kalau mahu dapat tips...huhu!