Tuesday 12 May 2015

ANALISIS SOALAN POPULARITI STPM BAHARU EKONOMI 2 (BAB 1)

Assalamualaikum w.b.k.t dan salam sejahtera,
Tiba giliran untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki kertas ekonomi 2 atau makroekonomi.
Dalam empat peperiksaan yang diduduki, didapati pelajar sukar untuk mendapat skor yang lebih baik dalam kertas 2 berbanding dengan kertas 1.
Diharap analisis ini sekurang-kurangnya dapat membantu pelajar untuk mengenalpasti tajuk-tajuk yang sesuai untuk diingat.
Para pelajar dinasihatkan agar dapat menjawab kesemua 4 soalan esei dan 2 soalan kuantitatif jika ingin mendapat skor yang baik sama seperti kertas 1.
Ini kerana 60% daripada 80% markah datangnya dari 2 bahagian ini.
Melalui analisis yang telah saya jalankan, saya dapati pembahagian soalan esei adalah seperti berikut:
Bahagian B (Esei):
Soalan 1: Bab 1
Soalan 2: Bab 2
Soalan 3: bab 5
Soalan 4 dan 5: Bab 4
Soalan 6: Bab 5
Hanya Bab 4 (wang) yang mempunyai 2 soalan diuji dalam bahagian esei.
Jika pelajar dapat menguasai bab 4, ini bermakna pelajar cuma perlu menguasai 2 lagi dari mana-mana bab.
Harus diingat 40% markah adalah dari bahagian esei yang membawa maksud sebahagian markah daripada keseluruhan soalan datangnya daripada soalan esei.
Bagi pelajar yang dapat menjawab dengan baik dalam 4 soalan esei, ini bermakna pelajar sudah boleh menarik nafas lega.
Berikut adalah analisis soalan populariti ekonomi 2 bab 1:


Tajuk ramalan untuk peperiksaan 2015:
Soalan esei:
1.Aliran pusingan
2.Isu makroekonomi

Soalan kuantitatif:
1.Petunjuk makroekonomi

Contoh soalan ramalan:
Esei:

  • Terangkan aliran pusingan pendapatan negara yang wujud dalam sebuah ekonomi empat sektor.
  • Huraikan lima isu makroekonomi yang perlu ditangani oleh sesebuah negara.
Kuantitatif:
  • Jadual di bawah menunjukkan KDNK harga tetap dan indeks harga pengguna dari tahun 2007 hingga 2012 bagi sebuah negara.


  • (a) Apakah maksud indeks harga pengguna?
  • (b) Hitung kadar inflasi dari tahun 2008 hingga 2012
  • (c) Terangkan arah aliran kadar inflasi tersebut
  • (d) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi dari tahun 2008 hingga 2012.
  • (e) Apakah hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan ekonomi?














1 comment:

  1. Assalamualaikum Encik Juhaimi.Saya merupakan pelajar yang akan mengambil U3 ekonomi pada 9 Mac 2016 ini. Boleh tak saya nak minta cik tolong buatkan juga jadual populariti soalan STPM Ekonomi Penggal 3? Kerana jadual sebegini banyak membantu:)Krjasama Encik sangat saya hargai. Terima kasih :)

    ReplyDelete