Oleh itu, pelajar perlu menguasai tajuk-tajuk dalam tema 2 untuk melangkapkan 3 soalan yang wajib dijawab.
Berikut adalah analisis populariti soalan bagi tema 2:
Seperti juga dalam tema 1, tajuk-tajuk dalam tema 2 merupakan tajuk-tajuk yang tidak pernah dikeluarkan soalannya.
Oleh itu, keberangkalian populariti soalan untuk tahun 2005 juga adalah pada tajuk-tajuk yang belum pernah diuji.
Antara tajuk-tajuk berkenaan adalah seperti berikut:
1.Institusi Ekonomi (Zaman Khulafa al-Rasyidin)
2.Perkembangan ilmu
3.Sumbangan tokoh (al-Khawarizimi, al-Ghazali dan al-Masudi)
4.Seni Bina
Contoh-contoh soalan ramalan untuk tajuk-tajuk di atas:
- Bincangkan empat sumber pendapatan negara Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab.
- Bincangkan peranan baitulmal dalam perkembangan masyarakat Islam
- Bincangkan ciri-ciri sistem pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umayyah dan Abbasiyah.
- Jelaskan perkembangan tiga bidang ilmu aqli pada zaman pemerintahan Kerajaan Umaiyah di Andalusia dari abad ke-11 hingga ke-13.
- Huraikan sumbangan al-Khawarizmi dalam bidang matematik.
- Terangkan jasa dan sumbangan Imam al-Ghazali dalam tamadun Islam.
- Al-Mas'udi merupakan ahli pelayaran Islam yang menghasilkan bahan-bahan penyelidikan. Bincangkan sumbangan beliau.
- Huraikan ciri-ciri seni bina islam pada zaman kerajaan Mughal di India mulai abad ke 16 hingga 17.
- Huraikan ciri-ciri seni bina Andalus pada aba ke-13.
Ada tak bgi ramalan soalan 2017
ReplyDelete