Monday 14 February 2022

ANALISA SOALAN-SOALAN STPM MODULAR 10 TAHUN (2013-2022) SEMESTER 1 : TEMA 4

 


Assalamualaikum dan salam sejarah semua. Alhamdulillah dapat juga memuatnaik analisa untuk tema 4 selepas berlaku masalah dengan laptop kesayangan. Bersambung untuk tema 4 yang merupakan bahagian akhir dalam sukatan pelajaran sejarah STPM Semester 1. Untuk bahagian tema 4, 2 soalan pasti akan ditanya dibahagian ini.  Walaupun tajuk di bahagian ini sedikit berbanding bahagian tema 2 dan 3, namun bahagian ini memerlukan ingatan yang baik untuk fakta-fakta sejarah seperti nama, tarikh, tempat dan sebagainya. Oleh itu, calon perlu benar-benar menguasai fakta-fakta di bahagian tema 4 jika ingin menjawab 2 soalan tersebut.

Berikut merupakan soalan-soalan sebenar yang pernah ditanya dalam peperiksaan STPM untuk tema 4:

TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

2013(5): “Peristiwa Dahagi yang berlaku di India pada tahun 1857 telah mengukuhkan cengkaman kuasa British terhadap India.” Bincangkan.

2013(6): Terangkan faktor yang menyebabkan Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.

2014(5): Bincangkan faktor penglibatan Jepun dan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

2014(6): Bincangkan kesan Perang Dingin terhadap politik antarabangsa.

2015(5): Jelaskan faktor-faktor tercetusnya Revolusi China pada tahun 1911.

2015(6): Bincangkan polisi ekonomi dan politik Amerika Syarikat di Eropah semasa era Perang Dingin dari tahun 1945 hingga tahun 1955.

2016(5): Bincangkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap aspek politik dan ekonomi negara Jerman.

2016(6): Terangkan kaedah perjuangan Mahatma Gandhi dalam menuntut kemerdekaan di India.

2017(5): Perang Candu I (1839-1842) di China merupakan reaksi penentangan masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa Barat. Bincangkan faktor-faktor berlakunya perang tersebut.

2017(6): Soviet Union dan Amerika Syarikat berperanan besar dalam usaha penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bincangkan usaha yang telah diambil oleh kedua-dua kuasa besar tersebut dan sumbangannya terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga tahun 1950.

2018(5): Bincangkan langkah-langkah yang telah diambil oleh British untuk mengukuhkan kedudukannya selepas Perisitiwa Dahagi di India pada tahun 1857.

2018(6): Sejauh manakah perbezaan ideologi antara Rusia dengan Amerika Syarikat menjadi penyebab berlakunya perang dingin pada abad ke-20?

2019(5): Bincangkan peranan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China 1911.

2019(6): Sejauh manakah kejayaan menghapuskan dasar apartheid menjadi kejayaan utama pertubuhan Komanwel?

2020(5): Bincangkan kesan imperialisme Barat ke atas ekonomi dan politik di China.

2020(6): Bincangkan kesan Perang Dunia Kedua terhadap politik dunia pada abad ke-20.

2021(5): Bincangkan faktor yang mendorong kebangkitan nasionalisme di India pada abad ke-19.

2021(6): Sejauh manakah Perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas tamat Perang Dunia Pertama menjadi faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua?


Jadual analisa soalan Tema 4 STPM Semester 1:


Berikut pula merupakan contoh-contoh soalan target untuk Tema 4 STPM Semester 1.

1. Huraikan faktor-faktor berlakunya Pemberontakan Boxer di China pada abad ke-19.

2.    Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895) di China menemui kegagalan.

3.    Bincangkan reaksi China dalam menghadapi persaingan kuasa Barat dari pertengahan abad ke-19 hingga dekad pertama abad ke-20 Masihi.

4.    Huraikan reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa British di India pada abad ke-19 hingga abad ke-20.

5.    Sejauh manakah perpecahan dalam kalangan pemberontak dalam Dhagi India pada tahun 1856 membawa kepada kegagalan pemberontakan tersebut?

6.    Jelaskan perluasan kuasa Barat di India yang telah membawa transformasi sosial, ekonomi dan pendidikan dari tahun 1828 hingga 1856.

7.    Jelaskan kesan-kesan Perang Dingin yang tercetus antara Amerika Syarikat dengan Rusia selepa Perang Dunia Kedua.

8.    Huraikan faktor-faktor berlakunya Perang Dingin pada tahun 1945 hingga 1955.

9.    Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Perang Dingin pada tahun 1945-1955.

10.  Bincangkan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha mewujudkan keamanan dunia.

11.  Bincangkan peranan Amerika Syarikat dan Soviet Union dalam PBB pada abad ke-20 Masihi.

12.  Nilaikan tujuan penubuhan NATO.

13.  Penubuhan NATO mempunyai kepentingan dari sudut keselamatan dan ketenteraan. Bincangkan.

14.  Jelaskan tujuan penubuhan NATO.

15.  Jelaskan penglibatan Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam NATO pada abad ke-20 Masihi.


Semoga perkongsian ilmu untuk persediaan peperiksaan STPM Semester 1 2021/2022 dapat membantu para pelajar semasa menjawab soalan Sejarah STPM nanti. Selamat menjawab soalan Sejarah Semester 1 dan ulangan Semester 1 pada 17/02/2022 nanti. Semoga berjaya dan sentiasa sihat walafiat sepanjang musim peperiksaan era Covid 19 ini. Wassalam.

@juhaimimajid

Thursday 10 February 2022

ANALISA SOALAN-SOALAN STPM MODULAR 10 TAHUN (2013-2022) SEMESTER 1 : TEMA 3

 



Assalamualaikum dan salam jumaat yang berkat. Bersambung lagi untuk analisa tema 3 semester 1 STPM Sejarah. Untuk tema 3, kekerapan soalan yang ditanya dalam peperiksaan adalah sebanyak 2 atau 1 soalan. Ini bermakna sekiranya tema 2 ada 2 soalan ditanya, tema 3 hanya ada 1 soalan ditanya.

Berikut merupakan soalan-soalan sebenar yang pernah ditanya di dalam peperiksaan STPM dari tahun 2013 hingga 2021:

TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN

2013(3): Bincangkan faktor perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Eropah Barat dari abad ke-16 hingga abad ke-18 Masihi.

2013(4): Sejauh manakah Zaman Pencerahan pada abad ke-18 Masihi membawa perubahan landskap politik, ekonomi, dan sosial di Eropah?

2014(3): Bincangkan pelaksanaan Merkantalisme di England pada abad ke-17 Masihi.

2014(4): Bincangkan perkembangan pemikiran dan pendidikan humanisme di Eropah pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.

2015(3): Jelaskan faktor perkembangan pertanian di Belanda pada abad ke-18 Masihi.

2015(4): Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Perancis pada abad ke-19 Masihi.

2016(4): Jelaskan perubahan ekonomi di Amerika Syarikat pada abad ke-19.

2017(3): Huraikan perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jepun pada abad ke-16 Masihi.

2017(4): Huraikan tiga idea Adam Smith dalam bukunya yang berjudul The Wealth of Nation.

2018(3): Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Dinasti Ming untuk memajukan perdagangan dan pertanian pada abad ke-16.

2018(4): Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Meiji untuk memajukan sektor perindustrian pada abad ke-19 dan abad ke-20.

2019(4): Huraikan idea-idea yang diperjuangkan oleh Jean Jacques Rousseau di Perancis pada Zaman Pencerahan.

2020(3): Bincangkan faktor-faktor yang membawa perkembangan ekonomi pertanian di England dari abad ke-17 hingga abad ke-18.

2020(4): Bincangkan perubahan pemikiran yang berlaku ke atas masyarakat Eropah semasa zaman Renaisans.

2021(3): Bincangkan kemajuan ekonomi kapitalisme yang dicapai oleh Amerika Syarikat pada abad ke-18 hingga abad ke-19.

2021(4): Huraikan kepentingan pemikiran Charles Louis Montesquieu dari aspek politik.


Jadual analisa soalan Tema 3 STPM Semester 1:


Contoh-contoh soalan target Tema 3 STPM 2022:

1. Huraikan perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jepun pada abad ke-16 Masihi.

2. Bincangkan kegiatan ekonomi feudalisme yang diamalkan di Jepun pada abad ke-16 Masihi.

3. Bincangkan perkembangan aktiviti pertanian di Jerman pada era feudalisme yang bermula pada abad ke-16 Masihi.

4. Terangkan kegiatan ekonomi feudalisme yang diamalkan di Jerman pada abad ke-16 hingga abad ke-18 Masihi.

5. Bincangkan sistem ekonomi feudalisme di Eropah Barat dengan merujuk Jerman dan Perancis pada abad ke-16 Masihi.

6. Jelaskan kegiatan ekonomi feudalisme yang diamalkan di Perancis pada abad ke-16 hingga abad ke-18 Masihi.

7. Huraikan faktor-faktor kejayaan Portugal dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan mulai abad ke-16 Masihi.

8. Terangkan perkembangan ekonomi perdagangan dan perniagaan di Belanda pada abad ke-16 hingga abad ke-18 Masihi.

9. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan industri di Jerman pada abad ke-18 Masihi.

10. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perkembangan perindustrian di Jerman pada akhir abad ke-19 Masihi.

11. Bincangkan perkembangan perindustrian kedua yang berlaku di Jerman pada abad ke-19 dan abad ke-20 Masihi.

12. Nilaikan sumbangan Adam Smith kepada perkembangan pemikiran ekonomi di Eropah.

13. Jelaskan sumbangan Jean Jacques Rousseau kepada peradaban dunia pada abad ke-19 Masihi.

14. Bincangkan tahap-tahap pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan abad ke-19 Masihi.

15. Jelaskan institusi-institusi pendidikan di negara Jerman pada abad ke-18 hingga abad ke-19 Masihi.


Wednesday 9 February 2022

ANALISA SOALAN-SOALAN STPM MODULAR 10 TAHUN (2013-2022) SEMESTER 1: TEMA 2

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersambung lagi untuk tema 2 bagi semester 1. Untuk tema 2 dalam semester 1, biasanya hanya 1 soalan yang akan ditanya. Namun begitu pada tahun 2016 dan 2019, ada 2 soalan ditanya daripada tema 2. Ini bermakna kemungkinan di dalam peperiksaan sebenar STPM ada 2 atau 1 soalan yang akan ditanya dalam tema ini.

Berikut merupakan soalan-soalan sebenar yang pernah ditanya di dalam peperiksaan STPM dari tahun 2013 hingga 2021:

2013: Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Bismarck bagi menyatupadukan penduduk berbangsa Jerman selepas penyatuan negara Jerman pada tahun 1871.

2014: Galurkan proses penyatuan negara bangsa di Itali pada abad ke-19 Masihi.

2015: Huraikan peranan Maharaja Rusia sehingga Revolusi Rusia pada tahun 1917.

2016 (2): Huraikan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan negara China pada zaman dinasti Ching.

2016 (3): Bincangkan tiga transformasi dalam bidang politik hasil daripada penubuhan kerajaan republik di Perancis selepas berlakunya Revolusi Perancis.

2017: Bincangkan usaha Otto von Bismarck untuk menyatukan Jerman pada abad ke-19 Masihi.

2018: Huraikan peranan pembesar dalam era pemerintahan Peter The Great di Rusia dari aspek pemerintahan, kehakiman dan ketenteraan.

2019(2): Bincangkan kedudukan dan kuasa raja di England pada abad ke-17 Masihi.

2019(3): Kejayaan penyatuan negara bangsa Itali disebabkan oleh kepemimpinan Count Camillo Benso de Cavour. Bincangkan

2020: Huraikan sistem kerajaan persekutuan yang diamalkan di Amerika Syarikat sejak abad ke-18.

2021: Bincangkan perkembangan sistem pemerintahan raja berperlembagaan di England dari tahun 1660 hingga tahun 1699.


Jadual analisa soalan Tema 2 STPM Semester 1:




Contoh-contoh soalan target Tema 2 Semester 1 untuk STPM 2022:

1. Huraikan struktur pembesar di China pada abad ke-16 Masihi hingga abad ke-20 Masihi.

2. Nilaikan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di China pada abad ke-16 hingga abad ke-20 Masihi.

3. Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di China pada abad ke-16 hingga abad ke-20.

4. Bincangkan pelaksanaan sistem pemerintahan raja mutlak yang diparaktikkan pada zaman pemerintahan Raja Louis XIV.

5. Bincangkan konsep pemerintahan beraja mutlak dan pelaksanaannya di Perancis.

6. Bincangkan sistem pemerintahan Raja Louis XIV (1643-1715) yang mengamalkan pemerintahan beraja mutlak di Perancis.

7. Raja Louis XIV (1643-1715) melaksanakan pemerintahan monarki di Perancis. Bincangkan langkah-langkah yang dilaksanakannya dalam memperkukuhkan kuasa pemerintahan di Perancis.

8. Bincangkan ciri-ciri sistem pemerintahan negara kesatuan Perancis antara abad ke-18 hingga abad ke-19 Masihi.

9. Jelaskan sistem pemerintahan kesatuan yang diamalkan di Perancis pada abad ke-18 dan abad ke-19 Masihi.

10. Huraikan peralihan sistem pemerintahan berkuasa mutlak kepada pemerintahan bercorak republik di Perancis dari abad ke-16 hingga abad ke-18 Masihi.

11. Jelaskan ciri-ciri dan struktur negara kesatuan di Perancis pada abad ke-18 hingga abad ke-19 Masihi.

12. Bincangkan peranan Otto Von Bismarck dalam usaha-usaha menyatukan negara Jerman.

13. Terangkan proses penyatuan negara bangsa di Jerman sehingga tahun 1870.


@juhaimimajid


Monday 7 February 2022

ANALISA SOALAN-SOALAN STPM MODULAR 10 TAHUN (2013-2022) SEMESTER 1 : TEMA 1

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama tidak mengemaskini blog ini dan pada kali ini merupakan peperiksaan STPM yang ke 10 sejak sistem modular bermula pada tahun 2013. Semoga bahan-bahan yang saya kongsi selama 10 tahun ini banyak membantu para pelajar dan guru sejarah di dalam pembelajaran dan peperiksaan. Kumpulan pelajar bagi sesi 2021/2022 juga merupakan kumpulan ke 3 dalam era Covid-19 dan saya percaya anda juga akan berjaya dalam peperiksaan. Insha Allah, saya akan meneruskan perkongsian ilmu sejarah di dalam blog ini sebagai alternatif para pelajar dan guru sejarah membuat kajian pembacaan untuk persediaan peperiksaan. Terima kasih di atas komen dan sokongan yang diberikan selama 10 tahun ini. 😍

Berikut merupakan soalan-soalan sebenar STPM Semester 1 940/1 yang pernah dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun untuk Tema 1: Masyarakat:

TEMA 1: MASYARAKAT

2013: Huraikan struktur masyarakat feudal Jepun dalam era pemerintahan kesyogunan Tokugawa dari tahun 1603 hingga tahun 1868?

2014: Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim pada abad ke-15 dan abad ke-16 Masihi.

2015: Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.

2016: Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan abad ke-17.

2017: Terangkan ciri-ciri kemajuan masyarakat industri di England pada abad ke-19 Masihi.

2018: Sejauh manakah kemunculan ekonomi merkantalisme menjadi asas perkembangan Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18 dan abad ke-19?

2019: Jelaskan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16 hingga abad ke-17 Masihi.

2020: Huraikan kemahiran teknologi pertanian masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 hingga abad ke-17.

2021: Huraikan struktur masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 dan pada abad ke-17.


Jadual analisa soalan Tema 1 STPM Semester 1:


Contoh-contoh soalan target Tema 1 STPM 2022:

1. Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim pada abad ke-15 dan abad ke-16 Masihi.

2. Terangkan ciri-ciri kemajuan masyarakat industfri di Jerman pada abad ke-19 Masihi.

3. Huraikan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 dan 19 Masihi.

4. Jelaskan struktur masyarakat feudal di England pada abad ke-16 Masihi dan abad ke-17 Masihi.

5. Jelaskan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-16 hingga abad ke-17 Masihi.


@juhaimimajid