Wednesday 15 October 2014

SOALAN 24 BAHAGIAN B (ESEI) EKONOMI 1 PENGGAL 1 STPM 2014

24 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan untung ekonomi dan untung perakaunan?                           [2]
     (b) Dengan menggunakan contoh berangka, bezakan pengiraan untung ekonomi dengan
     untung perakaunan.                                                                                                                            [8]

Jawapan:

(a)

  • Untung perakaunan telah untung yang diperoleh apabila jumlah hasil ditolak dengan jumlah kos eksplisit.
  • Untung ekonomi ialah untung yang diperoleh apabila jumlah hasil ditolak dengan kos eksplisit dan kos implisit.
(b)
  • Contohnya, Encik Amir melaburkan wang sebanyak RM50 000 untuk membuka sebuah kedai runcit. Beliau menjalankan perniagaannya bersama seorang pembantu yang dibayar upah.
  • pada akhir tahun, setelah menolak semua kos pengeluaran, Encik Amir memperoleh keuntungan sebanyak RM20 000. Keuntungan sebanyak RM20 000 tersebut merupakan untung perakaunan, iaitu jumlah hasil ditolak jumlah kos.
  • untung ekonomi diperoleh dengan menolak kos implisit daripada untung perakaunan. walau bagaimanapun, terdapat 2 jenis kos implisit yang tidak diambil kira, iaitu upah kepada Encik Amir dan bunga atas modal sebanyak RM50 000 yang telah dilaburkan oleh Encik Amir.
  • sekiranya Encik Amir bekerja di tempat lain, beliau akan menerima RM6000 setahun dan sekiranya wang RM50 000 tersebut disimpan dalam bank, beliau akan menerima bunga atas kadar 6% setahun iaitu sebanyak RM3000 (6%XRM50 000).
  • oleh itu, jumlah kos implisit yang terlibat ialah RM9000 (RM6000+RM3000). Maka, ekonomi perniagaan Encik Amir ialah RM11 000 (RM20 000-RM9000).
 Bekerja sendiri
Bekerja dengan orang lain


SOALAN 3 SEJARAH DUNIA (1500-1955) KERTAS 1 STPM 2014

Bincangkan pelaksanaan Merkantalisme di England pada abad ke-17 Masihi. (20 markah)

1. Pengenalan:

  • Merkantalisme merupakan amalan teori ekonomi yang banyak digunakan di Eropah dari abad ke 16 hingga 18 yang memperkenalkan peraturan kerajaan terhadap ekonomi negara bertujuan menambah kuasa wilayah terhadap persaingan kuasa negara-negara di Eropah.
  • Merkantalisme menyebabkan sering kali berlaku peperangan dan motivasi untuk mendapatkan tanah jajahan di kalangan negara-negara Eropah.
  • Oleh itu, England juga tidak ketinggalan dalam pelaksanaan merkantalisme yang juga merupakan antara negara Eropah yang mempunyai kuasa ekonomi yang kaya dan tanah jajahan yang banyak pada abad ke-17.
2. Isi Penting:
  • Di England, merkantalisme mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Kerajaan Parlimen England (1640-1660).
  • kawalan kerajaan terhadap ekonomi domestik kurang meluas berbanding wilayah kerana dihadkan oleh undang-undang kuasa Parlimen yang kukuh.
  • monopoli kerajaan menjadi penting terutamanya sebelum Perang Saudara Inggeris yang menjadi isu kontroversi di England.

  • Di kawasan tanah jajahan England, merkantalisme menyebabkan hubungan kerajaan dan pedagang menjadi akrab dengan matlamat untuk menguatkan kuasa dan kekayaan peribadi.
  • kerajaan melindungi para pedagang daripada gangguan perundangan, sekatan dan subsidi dalam industri domestik untuk memaksimumkan eksport dan meminimumkan import.
  • kerajaan turut mencegah kegiatan penyeludupan di tanah jajahan.

  • Matlamat merkantalisme adalah untuk menambah kegiatan perdagangan agar emas dan perak dapat dihantar ke London.
  • kerajaan mengambil hasil melalui duti dan cukai yang dikenakan terhadap para pedagang.
  • kerajaan membelanjakan hasil dalam Angkatan Tentera Diraja yang bertujuan untuk melindungi tanah jajahan British atau mengambil alih tanah jajahan negara lain.
  • Penjajahan bertujuan untk meningkatkan kekayaan negara England.
  • undang-undang diperkenalkan untuk menggalakkan eksport dan mengurangkan import.
  • tarif dikenakan terhadap barangan import.
  • akta navigasi dikenakan terhadap pedagang asing terhadap perdagangan domestik England.

  • Di tanah-tanah jajahan England, peraturan diperkenalkan untuk mengeluarkan bahan-bahan mentah untuk diperdagangkan dengan England sahaja.
  • polisi ini telah mewujudkan ketidakpuasan hati tanah jajahan yang membawa kepada tercetusnya Revolusi Amerika.
  • Merkantalisme menyatakan perdagangan merupakan keuntungan untuk satu negara sahaja iaitu Kolonial England dan para pedagang tidak dibenarkan berdagang dengan negara lain.
3.Kesimpulan:
  • Polisi-polisi merkantalisme mempunyai impak positif kepada England yang menjadikannya sebagai pusat dagangan ekonomi di dunia sehingga ke hari ini.


 Keadaan di pelabuhan Eropah semasa zaman merkantilisme
 Kapal penjajahan England di pelabuhan Bristol

Peta Merkantilisme