Tuesday 12 September 2017

KEMUNCULAN GERAKAN, PERSATUAN, KELAB DAN PERSATUAN NASIONALISME TANAH MELAYU

Bincangkan kemunculan gerakan, persatuan, kelab dan kesatuan nasionalisme di Tanah Melayu sebelum merdeka.
           
                                
 Pendahuluan                                                             
             Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu muncul pada awal abad ke-20 dimulai dengan golongan intelek dan agama yang berpendidikan. Antara tahun 1926 hingga 1939, gerakan nasionalisme semakin berkembang dengan penubuhan persatuan dan kelab Melayu yang dipimpin oleh golongan intelek Melayu berpendidikan Melayu dan Inggeris. Perjuangan melalui kelab dan persatuan ini lebih teratur dan menarik sokongan rakyat. Dalam jangka masa pendek, kegiatan berpersatuan lebih bercorak budaya, agama dan sosial manakala dalam jangka masa panjang lebih kepada aspek politik.

Isi 1- Kesatuan Melayu Singapura
              Kesatuan Melayu Singapura mula ditubuhkan pada tahun 1926. Pengasas bagi KMS ialah Muhammad Eunus Abdullah dan beberapa orang lagi iaitu Tengku Abdul Kadir, Imam Haji Mohd Yusuf bin Haji Said dan Haji Embok Suloh bin Haji Omar. KMS merupakan sebuah pertubuhan yang bercorak separa politik, walaupun perkembangan semangat nasionalisme ketika itu belum begitu mendalam lagi. Ahli-ahli KMS terdiri daripada mereka yang berpendidikan Inggeris, wartawan, kakitangan kerajaan dan peniaga. Pertubuhan ini memberi tumpuan dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu. Tujuan tertubuhnya KMS adalah untuk menyedarkan orang ramai terutamanya Melayu tentang kepentingan mempunyai pendidikan pada peringkat tinggi. KMS juga mengingatkan kaum Melayu tentang kesan penjajahan British di negara kita. Dengan itu, KMS memupuk masyarakat Melayu dalam melibatkan diri dalam bidang politik demi memajukan sosioekonomi orang Melayu.

Isi 2-Gerakan Islah
              Gerakan Islah ialah satu gerakan yang menyeru masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam. Pendorong gerakan ini ialah Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaludin dan Haji Abbas bin Mohd yang mendapat pendidikan agama dari Timur Tengah. Golongan ini mengelar diri mereka sebagai Kaum Muda. Mereka menerima pengaruh dari gerakan reformis Islam yang diketuai Syed Jamaludin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Pemikiran Syeikh Muhammad Abduh berjaya menarik perhatian mereka yang merupakan pelajar Melayu yang menuntut di Universiti al-Azhar. Mereka melihat perkembangan yang berlaku di Mesir sangat hebat dan hal ini memberi ilham kepada mereka untuk meneruskan perjuangan yang sama apabila kembali ke tanah air. Atas kesedaran ini, mereka telah menerbitkan dua buah majalah iaitu Seruan Azhar (1926-1928) dan Pilihan Timur (1927-1928) dengan kerjasama pelajar Indonesia. Melalui majalah tersebut, mereka menyalurkan pelbagai pandangan termasuk soal politik. Setelah kembali ke tanah air, mereka mempelopori gerakan pembaharuan Islam dengan menyeru orang Melayu supaya meninggalkan segala adat resam dan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Isi 3-Persaudaraan Sahabat Pena
               Persaudaraan Sahabat Pena ditubuhkan pada 7 April 1934 oleh akhbar Saudara bertujuan untuk mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan orang Melayu. Keahliannya terbuka kepada semua orang Melayu yang dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak 50 sen dan yuran tahunan sebanyak 20 sen. Pertubuhan ini berpegang pada cogan kata ‘Hidup Bahasa, Hiduplah Bangsa’ bertujuan menimbulkan kesedaran orang Melayu terhadap bahasa Melayu. Antara mereka yang terlibat menggerakkan persatuan ini ialah Syed Alwi al-Hadi, Zainal Abidin, Sheikh Abdullah al-Maghribi dan Hamidun Mohd Hashim. Kegiatan persatuan ini tidak hanya tertumpu pada bahasa dan sastera sahaja tetapi juga politik. Pada tahun 1935, nama persatuan ini dikenali sebagai ‘Persaudaraan Sahabat Pena Malaya’ ataupun PASPAM. 

Isi 4-Kesatuan Melayu Muda
               Kesatuan Melayu Muda ditubuhkan pada tahun 1938 yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaacob, iaitu wartawan akhbar Majlis di Kuala Lumpur dengan beberapa tokoh nasionalis lain seperti Mustapha Hussain, Ishak Haji Muhammad, Onan Haji Siraj, Hassan Manan, Ahmad Boestamam dan Abdul Karim Rashid. Ahli-ahli KMM ini terdiri daripada guru-guru sekolah yang terdiri daripada sekolah Melayu yang berpendidikan MPSI. Penubuhan ini lebih kepada bersifat radikal. Nama KMM diilhamkan oleh Sultan Djenin iaitu pelarian politik dari Indonesia. Kesedaran ini timbul akibat dipengaruhi oleh gerakan nasional Indonesia dan perjuangan Parti Nasional Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno. Tujuan KMM ditubuhkan adalah untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu di seluruh semenanjung dan untuk meningkatkan taraf pendidikan orang Melayu. Pada Perang Dunia ke-2, KMM bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

Isi 5-Kongres Melayu Se-Malaya
               Kongres Melayu Se-Malaya diadakan untuk mengeratkan hubungan perpaduan, memupuk perpaduan dan menggerakkan usaha untuk memajukan bangsa Melayu. Kongres ini menjadi kemuncak kepada kegiatan politik Melayu di peringkat kebangsaan. Kongres pertama diadakan pada 5-6 Ogos 1939 atas usaha Kesatuan Melayu Singapura dan Persatuan Melayu Selangor. Kongres kedua diadakan pada 25-26 Disember 1940 yang bertujuan untuk menanam semangat bersatu dan semangat nasionalisme Melayu serta memberi kerjasama dengan British dalam Perang Dunia ke-2. Kongres ketiga pula terpaksa dibatalkan kerana tercetusnya Perang Dunia ke2.

Kesimpulan
               Kesimpulannya, gerakan persatuan dan kelab di negeri-negeri Melayu banyak membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Semangat nasionalisme ini telah mempengaruhi pemikiran Melayu untuk bersifat anti-penjajah. Sifat anti-penjajah ini amat penting untuk menentang penjajahan yang berlaku kerana penjajahan akan menyebabkan hak-hak orang Melayu semakin diketepikan. Dengan itu, masyarakat Melayu berganding bahu dalam memartabatkan bangsa Melayu daripada terus ditindas.

Dibentang oleh:
Mardiana Nisha Saini 6 Atas UPM 2017

Wednesday 6 September 2017

FAKTOR PERTUMBUHAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME DI AMERIKA SYARIKAT ABAD KE-18

Huraikan Faktor-Faktor Pertumbuhan Sistem Ekonomi Kapitalisme Di Amerika Syarikat Pada Abad Ke-18


PENDAHULUAN
Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan. Sistem ekonomi kapitalis berdasarkan kuasa pasaran  bebas dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pertumbuhan Ekonomi Kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat perang  Amerika Syarikat dengan Britain (1812) dan Perang Saudara (1861-1865). Kestabilan politik menyebabkan golongan kapitalis melaburkan modal dalam sektor perindustrian.Pertumbuhan ini menyebabkan bermula Revolusi Perindustrian di Amerika Syarikat mulai (1860-an hingga 1914)

ISI 1- KEKAYAAN SUMBER ASLI

Pertengahan abad ke-19, sistem ekonomi kapitalisme berkembangan pesat di Amerika Syarikat. Perkembangan sistem ekonomi ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat dalam Sektor perindustrian. Antaranya,Kekayaan Sumber Asli. Contohnya  Amerika Syarikat ialah  negara yang luas dan mempunyai banyak sumber kekayaan seperti arang batu, besi, keluli, dan minyak. Menjelang tahun 1913, Amerika Syarikat menjadi pengeluar utama arang batu. Amerika Syarikat juga mempunyai bekalan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh yang  ramai meransang pertumbuhan sektor perindustrian yang memerlukan pekerja yang ramai. Bekalan tenaga buruh yang ramai telah menyediakan permintaan untuk hasil keluaran negara. Kekayaan sumber asli merupakan faktor utama yang mendorong perkembangan kapitalisme di Amerika Syarikat.

ISI 2-BEKALAN TENAGA BURUH

Kehadiran buruh dari luar negara dan perpindahan buruh dalam negara menyediakan bekalan  tenaga buruh yang mencukupi. Undang-undang Buruh Kontrak 1864 menggalakkan  kedatangan buruh Amerika Syarikat.Undang-undang ini menyebabkan kemasukan ramai buruh dari China yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta api.Pertumbuhan bandar-bandar menyebabkan penduduk berpindah dari luar bandar ke kawasan bandar. Pertumbuhan ini menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di bandar-bandar pelabuhan seperti New   York , Chicago , dan  Boston.

ISI 3-KEMAJUAN TEKNOLOGI

Kemajuan dalam bidang teknologi menyebabkan banyak ciptaan baharu muncul di AmerikaSyarikat. Perkembangan ini telah menyebabkan muncul pencipta-pencipta terkenal di  Amerika Syarikat. Antara pencipta dan hasil ciptaan ialah Samuel F. B . Morse yang  mencipta Telegraf , Graham Bell yang mencipta Telefon, Thomas Alva Edison yang mencipta Elektrik, Henry Ford yang mencipta Kereta, Wilbur dan Orville Wright yang mencipta Kapal Terbang. Sehingga akhir abad ke-19, syarikat-syarikat di Amerika syarikat telah mengeluarkan 40 000 buah kereta. Selain itu muncul kaedah baharu untuk menghasilkan besi dan keluli secara besar-besaran.

ISI 4 - TEKNIK PEMASARAN BAHARU

Selepas itu, muncul teknik pemasaran baharu, iaitu barangan dihantar melalui pos. Antara syarikat penghantaran yang terkenal ialah Roebuck and Company dan Montgomery Ward yang diasaskan pada tahun 1872.Dimajukan kerana kemajuan Sistem pos dan landasan  kereta api. Barangan dapat dihantar dengan cepat dan diterima oleh penduduk di bandar dan  luar bandar. Setelah itu, muncul gedung-gedung perniagaan besar yang menawarkan  pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan di bawah satu bumbung. Antara gedung yang terkenal ialah Macy (New York), Filene (boston), Marshall Field (Chicago), dan Wannamaker (Philadelphia).  

ISI 5- PENGANGKUTAN

Sungai merupakan jalan pengangkutan utama untuk menggerakkan barangan. Pengenalan kapal Wap telah merancakkan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat. Pada tahun 1807, kapal  wap Robert Fulton yang dinamakan Clermont melakukan pelayaran pertama di Sungai Hudson. Kapal wap boleh mengangkut barangan dan manusia dengan cepat dan cekap. Terusan telah muncul sebagai kaedah pengangkutan utama kepada penduduk Amerikat Syarikat. Terusan didapati lebih cekap untuk menggerakkan barangan berat berbanding dengan jalan raya. Antara Terusan yang terkemuka di Amerika Syarikat ialah Terusan Erie di New York. Berkeluasan 40 kaki dan 360 batu panjang. Terusan ini mengurangkan kos  untuk menggerakkan barangan dan mengurangkan jarak perjalanan daripada 20 hari  kepada enam hari.

KESIMPULAN

Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat perang amerika dengan England dan Perang Saudara. Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme menyaksikan pertumbuhan sektor perindustrian dan perniagaan besar. Dalam pada itu, perkembangan pesat dalam ekonomi berlaku di Amerika Syarikat selepas negara tersebut mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776. Kestabilan politik dalam negara meletakkan asas bagi perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di negara tersebut.



Dibentang oleh:
Arian Mary Villamor 6 Bawah UKM 2017

Tuesday 5 September 2017

FAKTOR KEMUNCULAN NASIONALISME DI INDONESIA ABAD KE-19.

BINCANGKAN FAKTOR KEMUNCULAN NASIONALISME DI INDONESIA ABAD KE-19.



PENDAHULUAN
Gerakan Nasionalisme di Indonesia berlaku pada awal abad ke-20.Namun,bibit-bibit nasionalisme telah berlaku pada abad ke 19 lagi.Di Indonesia,contohnya penentangan di Sulawesi yang dilakukan oleh Lavi Bone yang menyebabkan berlakunya Perang Paderi pada tahun 1819 di bawah pimpinan Imam Bonjol,dan juga berlakunya Perang jawa pada tahun 1825 di bawah pimpinan Pangeran Dipo Negoro.Gerakan kesedaran pada abad ke -19 lebih baik bercorak kebangsaan.Gerakan kesedaran lebih bercorak kedaerahan.Gerakan ini berpunca daripada keinginan untuk memajukan kaum atau masyarakat tertentu kerana dasar dan pembaharuan penjajah.Terdapat beberapa faktor kemunculan Nasinalisme pada abad ke-19.

Isi 1 (Sejarah kejayaan Masa lampau sebagai inspirasi)
Antara faktor yang menyebabkan kemunculan Nasionalisme pada abad ke-19 adalah Sejarah kejayaan masa lampau sebagai inspirasi.Gerakan kesedaran Indonesia pada abad-19 mendapat inspirasi daripada kegemilangan empayar Srivijaya dan Majapahit pada zaman Lampau.Pejuang gerakan nasionalisme mennggunakan sejarah sejarah kegemilangan srivijaya dan Majapahit sebagai Inspirasi dan pedoman supaya dapat mendorong semangat perjuangan bangsa.Empyar srivijaya diasaskan pada sekitar abad ketujuh Masihi.srivijaya berjaya menguasai Selat Melaka,Selat Sunda,dan Laut Jawa disebabkan keunggulan angkatan lautnya .Dengan ini,Srivijaya dapat mengawal kegiatan perdagangan maritim di kepulauan Melayu.Srivijaya juga berperanan sebagai Pusat pelabuhan entrepot dalam kegiatan perdagangan antara China,India dan Barat.empayar Majapahit pula adalah sebuah kerajaan yang pernah dibentuk pada sekitar tahun 1293 hingga 1500 Masihi.Empayar Majapahit pernah menguasai Pulau Jawa,Sumatera,Tanah Melayu,Borneo,sulwesi,Madura,Bali,dan wilayah lain di Nusantara.Majapahit mnejadi sebuah kerajaan yang paling berkuasa di asia Tenggara dan mencapai kegemilangan semasa pemerintaha Hayam Huruk yang dibantu oleh perdana Menterinya iaitu Patih Gajah Mada.

Isi 2 (Kesengsaran ekonomi dan sosial)
Kesengsaraan ekonomi dan sosial juga antara faktor yang menyebabkan kemunculan Nasionalisme di Indonesia pada abad ke-19.Pelaksanaan Sistem Tanaman paksa (1830) dan dasar Liberal(1870) amat menyedihkan bagi peribumi di Indonesia.Dibawah sistem tanaman paksa,kau tani diperas dengan begitu kejam sehingga kebuluran yang dahsyat di Jawa Tengah.Mereka diperhambakan untuk mengeluarkan tanaman komersial yang amat menguntungkan bagi pihak penjajah Belanda.Pegawai Belanda dan pembesar Jawa juga memaksa kaum tani membayar cukai bagi tnaah yang dikhaskan untuk penanaman komersial.Bahagian ini sepatutnya dikecualikan daripada pembayaran cukai.Peribumi Indonesia juga tidak berpuas hati atas dasar diskriminasi yang diamalkan oleh Belanda dalam bidang pendidikan dan peluang pekerjaaan.Mereka juga benci terhadap Belanda yang telah menyerahkan kuasa mengutip cukai kepada orang Cina.Orang cina telah memaksa golongan peribumi untuk membayar cukai yang lebih tinggi daripada yang telah ditetapkan.Kekejaman dan penindasan orang Cina telah membangkitkan kemarahan Peribumi Indonesia.Mereka telah menyalahkan penjajah belanda yang telah membenarkan kemasukan orang Cina.Maka lahirlah sentiment anti-cina dan anti-Belanda

Isi 3(Pengaruh Luar)
Selain itu,Pengaruh luar terbahagi kepad dua iaitu pergerakan nasionalisme Filipina
dan pergerakan Nasionalisme Mesir.Pergerakan Nasionalisme Filipina adalah Gerakan Dakyah di bawah pimpinan Jose Rizal.Beliau menuntut agar bangsa Filipina diberi layanan yang sama dengan bangsa sepanyol.Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahun a892 dengan tujuan mendesak kerajaan sepanyol melaksanakan pembaharuan politik,ekonomi dan sosial bagi penduduk tempatan.beliau ditangkap dan dibuang ngeri ke Dapitan.Akhirnya ,Beliau dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan revolusi.Selepas itu,perjauangan gerkan nasionalisme diteruskan oleh Andres Bonifacio dan Emilio Aquinaldo.Pergerakan Nasionalisme Mesir pula di bawah pimpinan Arabi Pasha.Gerakan ini bertujuan unutk menentang kekuasaan bangsa Eropah Khasnya bangsa British terhadap Mesir.Pelajar-pelajar Indonesia yang menuntut di Mesir amat terpengaruh dengan gerakan tersebut .Demi perpaduan dan persaudaraan,mereka telah menyertai gerakan kesedaran untuk menentang Belanda dan menuntut pembaharuan.

Isi 4 (Persamaan agama)
Seterusnya,faktor yang mendorong kemunculan nasionalisme di Indonesia pada abad ke-19 adalah disebabkan oleh persamaan agama.Hal ini dikatakan demikan kerana walaupun penduduk peribmui terpisah dari segi geografi,namun hampir 90% masyarakat peribumi Indonesia beragama Islam.Agam Islam menjadi salah satu unsur penting dalam perpaduan,penyatuan,dan persaudaraan penduduk peribumi dalam menentang penjajahan mengikut syiar Islam dalam berjuang menegakkan keadilan.Ini terbukti semasa gerakan Nasionalisme pada abad ke-19 dan 20.

Isi 5 (Peranan Karya Kesusasteraan)
Akhir sekali ,faktor  yang mendorong kemunculan Nasionalisme di Indonesia pada abad ke-19 adalah peranan  karya kesusasteraan.Pada abad ke 19,Karya Kesusasteraan yang paling menonjol ialah novel Jose Rizal,iaitu Noli Me Tenggere dan El filibusterismo.Kedua-dua novel ini menyampaikan mesej tentang penindasan dan kekejaman penjajah sepanyol terhadap peribumi Filipina.Karya-karya tersebut telah menjadi inspirasi kepada peribumi Indonesia untuk menentang penjajah Belanda.  

Kesimpulannya
Gerakan kesedaran Indonesia pada abad ke-19 didorong oleh faktor yang agak sama.Masyarakat peribumi kedua-dua Negara ini hidup tertindas dan terhimpit.Mereka diumpamakan sebagai hamba di tanah air mereka sendiri.Oleh yang demikian,gerakan kesedaran para peringkat awal memberi inspirasi kepada gerakan nasionalisme kea rah perjuangan yang lebih radikal yang akhirnya berjaya membebaskan tanah air daripada penjajahan barat.

Dibentang oleh:
Denilson Fernandez Marinus 6 Atas UPM 2017

FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

BINCANGKAN FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU. (ABAD 20)



PENDAHULUAN
Nasionalisme bermaksud Perasaan Cinta akan Bangsa dan Negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak hanya terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya asing. Selain itu, gerakan nasionalisme di tanah melayu adalah sama dengan gerakan di Negara asia lain kecuali Thailand. Namun, gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing. Oleh itu, gerakan nasionalisme lazimnya dikaitkan dengan hasrat untuk menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat mencerminkan konsep Negara yang bebas dan berdaulat.

ISI 1 (PENGARUH AGAMA ISLAM)
Pengaruh Agama Islam merupakan salah satu faktor gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Peranan Agama Islam sebagai penggerak kepada gerakan kesedaran orang Melayu tidak boleh dinafikan. Pada awal kurun-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir. Pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Mereka memulakan Gerakan Islah setelah kembali ke Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. Idea pembaharuan Kaum Muda itu disebar melalui majalah Al-Imam. Melalui majalah ini orang Melayu mulai sedar akan kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka.

ISI 2 (PERANAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN)
Faktor yang seterusnya adalah peranan Bahasa dan Kesusasteraan. Golongan nasionalisme di Tanah Melayu menggunakan Bahasa dan kesusasteraan, sama ada dalam bentuk cerpen, novel puisi atau syair untuk membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu. Melalui kesusasteraan penulis berusaha menyedarkan orang Melayu tentang kemunduran dan membangkitkan semangat mereka untuk bersatu padu. Contohnya, Syed Syeikh al-Hadi dalam novelnya yang terkenal, iaitu Hikayat Faridah Hanum memperjuangkan emansipasi wanita. Selain itu, Ishak Haji Muhammad dalam cerpennya, iaitu Rumah Besar Tiang Seribu dan juga melalui novel beliau, iaitu Putera Gunung Tahan. Hal ini kerana, sikap anti-penjajahan Ishak Haji Muhammad dapat di lihat melalui penceritaan beliau tentang kelemahan pemimpin Melayu dan ketidakjujuran British dalam pemeritahan di negeri-negeri Melayu.

ISI 3 (PENGARUH KEWARTAWANAN)
Bukan itu sahaja, pengaruh kewartanan juga adalah salah satu faktor kemunculan gerakan nasionalisme. Pada tahun 1990-an dan 1930-an, bilangan akhbar dan majalah semakin bertambah kerana masyarakat Melayu sedar akan kepentingan media cetak sebagai alat pembuka fikiran. Melalui majalah Al-Imam, Kaum Muda menjelaskan perjuangan mereka. Antara akhbar dan majalah Melayu yang membincangkan gerakan politik orang Melayu ialah Idaran Zaman, Saudara, Warta Malaya, dan Majlis. Semua akhbar ini memperdebatkan soal penubuhan persatuan Melayu, dasar desentralisasi, dan Malayan Union. Namun, majlis merupakan akhbar kebangsaan yang pertama memainkan kesedaran dan mendesak orang Melayu agar bergiat cergas dalam pergerakan politik.

ISI 4 (PERANAN PENDIDIKAN)
Disamping itu, peranan pendidikan adalah faktor yang keempat dalam faktor kemunculan gerakan nasionalisme. Peranan pendidikan adalah perkembangan pendidikan yang telah melahirkan golongan intektual yang memainkan Melayu pada awal abad ke-20. Sistem pendidikan agama, sistem pendidikan yang dikenali sebagai sistem pondok. Pondok memainkan peranan penting sebagai pusat pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu. Selepas tamat pengajian di pondok, ramai orang akan melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah, sama ada di Makkah atau di Mesir. Semasa di Timur Tengah mereka dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang dianjurkan oleh Syeikh Muhammad Abduh, iaitu pensyarah Universiti Al-Azhar. Selain itu, Sistem pendidikan Inggeris. Perkembangan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura telah melahirkan golongan intelektual berpendidikan Inggeris. Mereka yang berada di Singapura

ISI 5 (PERANAN GOLONGAN INTEKTUAL)
Faktor yang terakhir adalah faktor peranan golongan intektual. Al-Imam yang mula-mula sekali meniupkan seruan dakwa Islamiadi Tanah Melayu tidak mungkin muncul tanpa sokongan serta idea tokoh yang mempelopori Gerakan Isla. Golongan intelektual ini yakin bahawa umat Islam masih boleh diselamatkan sekiranya diberi petunjuk pada hakikat ajaran Islam yang sebenar berdasarkan apa yang termaktub dalam al Quran dan Hadis. Selain itu, Kaum Muda menggesa mengwujudkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal dengan memasukan bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden di samping bahasa Arab. Gerakan Isla oleh Kaum Muda hanya dapat berkembang di Negeri-negeri Selat kerana undang-undang dikeluakan di Negeri-negeri Melayu untuk menghalang pengaruh Kaum Muda. Seterusnya, pada pertengahan abad ke -20, perjuangan golongan ini semakin pudar. Perjuangan nasionalisme tersebut telah diambil alih oleh golongan inteleliktual berpendidikan Inggeris dan Melayu.

KESIMPULAN
Menjelang awal abad ke-20, berlaku berpendudukan di Tanah Melayu, iaitu penghijraan beramai-ramai imigran Cina dan India akibat perkembangan ekonomi Tanah Melayu yang pesat. Pada masa yang sama, beberapa peristiwa yang berlaku di dunia turut membangkitkan kesedaran bangsa Melayu tentang kemunduran mereka.

Dibentang oleh:
Anatasia Edwin 6 Atas UPM 2017