Wednesday 6 September 2017

FAKTOR PERTUMBUHAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME DI AMERIKA SYARIKAT ABAD KE-18

Huraikan Faktor-Faktor Pertumbuhan Sistem Ekonomi Kapitalisme Di Amerika Syarikat Pada Abad Ke-18


PENDAHULUAN
Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan. Sistem ekonomi kapitalis berdasarkan kuasa pasaran  bebas dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pertumbuhan Ekonomi Kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat perang  Amerika Syarikat dengan Britain (1812) dan Perang Saudara (1861-1865). Kestabilan politik menyebabkan golongan kapitalis melaburkan modal dalam sektor perindustrian.Pertumbuhan ini menyebabkan bermula Revolusi Perindustrian di Amerika Syarikat mulai (1860-an hingga 1914)

ISI 1- KEKAYAAN SUMBER ASLI

Pertengahan abad ke-19, sistem ekonomi kapitalisme berkembangan pesat di Amerika Syarikat. Perkembangan sistem ekonomi ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat dalam Sektor perindustrian. Antaranya,Kekayaan Sumber Asli. Contohnya  Amerika Syarikat ialah  negara yang luas dan mempunyai banyak sumber kekayaan seperti arang batu, besi, keluli, dan minyak. Menjelang tahun 1913, Amerika Syarikat menjadi pengeluar utama arang batu. Amerika Syarikat juga mempunyai bekalan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh yang  ramai meransang pertumbuhan sektor perindustrian yang memerlukan pekerja yang ramai. Bekalan tenaga buruh yang ramai telah menyediakan permintaan untuk hasil keluaran negara. Kekayaan sumber asli merupakan faktor utama yang mendorong perkembangan kapitalisme di Amerika Syarikat.

ISI 2-BEKALAN TENAGA BURUH

Kehadiran buruh dari luar negara dan perpindahan buruh dalam negara menyediakan bekalan  tenaga buruh yang mencukupi. Undang-undang Buruh Kontrak 1864 menggalakkan  kedatangan buruh Amerika Syarikat.Undang-undang ini menyebabkan kemasukan ramai buruh dari China yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta api.Pertumbuhan bandar-bandar menyebabkan penduduk berpindah dari luar bandar ke kawasan bandar. Pertumbuhan ini menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di bandar-bandar pelabuhan seperti New   York , Chicago , dan  Boston.

ISI 3-KEMAJUAN TEKNOLOGI

Kemajuan dalam bidang teknologi menyebabkan banyak ciptaan baharu muncul di AmerikaSyarikat. Perkembangan ini telah menyebabkan muncul pencipta-pencipta terkenal di  Amerika Syarikat. Antara pencipta dan hasil ciptaan ialah Samuel F. B . Morse yang  mencipta Telegraf , Graham Bell yang mencipta Telefon, Thomas Alva Edison yang mencipta Elektrik, Henry Ford yang mencipta Kereta, Wilbur dan Orville Wright yang mencipta Kapal Terbang. Sehingga akhir abad ke-19, syarikat-syarikat di Amerika syarikat telah mengeluarkan 40 000 buah kereta. Selain itu muncul kaedah baharu untuk menghasilkan besi dan keluli secara besar-besaran.

ISI 4 - TEKNIK PEMASARAN BAHARU

Selepas itu, muncul teknik pemasaran baharu, iaitu barangan dihantar melalui pos. Antara syarikat penghantaran yang terkenal ialah Roebuck and Company dan Montgomery Ward yang diasaskan pada tahun 1872.Dimajukan kerana kemajuan Sistem pos dan landasan  kereta api. Barangan dapat dihantar dengan cepat dan diterima oleh penduduk di bandar dan  luar bandar. Setelah itu, muncul gedung-gedung perniagaan besar yang menawarkan  pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan di bawah satu bumbung. Antara gedung yang terkenal ialah Macy (New York), Filene (boston), Marshall Field (Chicago), dan Wannamaker (Philadelphia).  

ISI 5- PENGANGKUTAN

Sungai merupakan jalan pengangkutan utama untuk menggerakkan barangan. Pengenalan kapal Wap telah merancakkan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat. Pada tahun 1807, kapal  wap Robert Fulton yang dinamakan Clermont melakukan pelayaran pertama di Sungai Hudson. Kapal wap boleh mengangkut barangan dan manusia dengan cepat dan cekap. Terusan telah muncul sebagai kaedah pengangkutan utama kepada penduduk Amerikat Syarikat. Terusan didapati lebih cekap untuk menggerakkan barangan berat berbanding dengan jalan raya. Antara Terusan yang terkemuka di Amerika Syarikat ialah Terusan Erie di New York. Berkeluasan 40 kaki dan 360 batu panjang. Terusan ini mengurangkan kos  untuk menggerakkan barangan dan mengurangkan jarak perjalanan daripada 20 hari  kepada enam hari.

KESIMPULAN

Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat perang amerika dengan England dan Perang Saudara. Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme menyaksikan pertumbuhan sektor perindustrian dan perniagaan besar. Dalam pada itu, perkembangan pesat dalam ekonomi berlaku di Amerika Syarikat selepas negara tersebut mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776. Kestabilan politik dalam negara meletakkan asas bagi perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di negara tersebut.



Dibentang oleh:
Arian Mary Villamor 6 Bawah UKM 2017

2 comments: