Monday 17 March 2014

SOALAN RAMALAN EKONOMI ULANGAN 3 STPM 2013

Soalan Esei

1   (a)   Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pengangguran? [2]
     (b)   Jelaskan dua jenis pengangguran yang wujud dalam sesebuah negara. [4]

2   (a)   Bezakan upah wang dan upah benar. [2]
     (b)   Mengapakah upah berbeza bagi setiap pekerjaan? [4]

3   (a)   Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan negara? [2]
     (b)   Terangkan konsep struktur perbelanjaan dan struktur hasil Kerajaan Persekutuan yang terdapat  dalam belanjawan negara. [4]

4   Nyatakan tiga masalah yang dihadapi oleh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan dua program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasinya. [6]

5   Terangkan tiga sekatan dalam perdagangan antarabangsa. [6]

6   (a)   Terangkan maksud kadar pertukaran asing boleh ubah. [2]
     (b)   Bagaimanakah kadar pertukaran asing boleh ubah ditentukan? [4]

7   Bincangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi defisit akaun semasa imbangan pembayaran. [6]

8   (a)   Apakah kadar syarat perdagangan? [2]
     (b)   Jelaskan dua langkah untuk memperbaiki kadar syarat perdagangan sesebuah negara. [4]




Soalan Kuantitatif

1   

2


















3


















4

















*Ini adalah soalan ramalan sahaja. Dalam ekonomi, jika kita berusaha atau bekerja lebih...kita akan mendapat kejayaan atau bayaran lebih! All the best u guys tomorrow!