Wednesday 30 October 2019

SOALAN DAN TAJUK TUMPUAN SEJARAH 940/U2 STPM 2019


1. Jelaskan agama dan kepercayaan masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah.

2. Bincangkan pembentukan dan penyatuan umat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW.

3. Perihalkan struktur pemerintahan Islam di Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.

4. Nabi Muhammad SAW merupakan seorang negarawan unggul. Bincangkan.

5. Huraikan konsep dan ciri-ciri seorang khalifah dengan merujuk kepada Khulafa al-Rasyidin.

6. Bincangkan struktur pemerintahan bagi pentadbiran pusat dan wilayah pada zaman Khalifah al-Rasyidin.

7. Terangkan etika yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika menghadapi peperangan.

8. Nilaikan kepimpinan dan sumbangan Sultan Muhammad al-Fatih dalam mengukuhkan empayar Uthmaniyah pada abad ke-15.

9. Pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW terdapat pelbagai sumber pendapatan negara  dan kepentingannya kepada masyarakat. Bincangkan.

10. Bincangkan pelbagai jenis institusi pendidikan yang ditubuhkan setelah Islam bertapak di Mesir.

11. Huraikan peranan dan sumbangan Ibn Sina dalam perkembangan ilmu perubatan.

12. Huraikan ciri-ciri seni bina Islam di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.

13. Bincangkan faktor peluasan kuasa Barat terhadap pemerintahan kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-18 Masihi hingga abad ke-20 Masihi.

14. Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan Perancis di Algeria pada abad ke-19 Masihi.

15. Analisiskan faktor perkembangan semangat nasionalisme pada awal abad ke-20 Masihi di Syria.

16. Berikan ulasan anda tentang penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.


Monday 14 October 2019

SOALAN DAN TAJUK TUMPUAN SEJARAH 940/1 STPM 2020



1.Terangkan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke 17 Masihi.

2.Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.

3.Bincangkan faktor-faktor perkembangan aktiviti pertanian di Belanda pada abad ke 17 Masihi

4.Terangkan ciri-ciri kemajuan masyarakat industri di Jerman pada abad ke-19 Masihi.

5.Huraikan struktur pembesar di China pada abad ke 16 Masihi hingga abad ke 20 Masihi.

6.Huraikan peranan Maharaja Rusia sehingga Revolusi Rusia pada tahun 1917.

7.Bincangkan pemerintahan kerajaan republik di Perancis selepas berlakunya Revolusi Perancis.

8.Bincangkan struktur organisasi kerajaan Amerika Syarikat pada abad ke 19 Masihi.

9.Jelaskan faktor kemajuan perdagangan dan penjelajahan di Portugal pada abad ke 18 Masihi.

10.Bincangkan sumbangan Charles Louis Montesquieu kepada peradaban dunia pada abad ke-19 Masihi.

11.Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Jerman pada abad ke 19 Masihi.

12.Bincangkan faktor tercetusnya Peristiwa Dahagi di India pada tahun 1857.

13.Sejauh manakah sentimen antiorang asing mendorong berlakunya Pemberontakan Boxer di China pada abad ke-19 Masihi.

14.Terangkan faktor yang menyebabkan Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.

15.Huraikan faktor-faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua (1939-1945).

16.Penubuhan NATO mempunyai kepentingan dari sudut keselamatan dan ketenteraan. Bincangkan.


Tuesday 1 October 2019

SOALAN DAN TAJUK TUMPUAN SEJARAH 940/3 STPM 2019



BAHAGIAN A: SEJARAH MALAYSIA

1 Undang-Undang 99 Perak memperlihatkan adat tempatan mempengaruhi hukuman yang dilaksanakan berbanding unsur Islam. Bincangkan pernyataan tersebut.

2   Jelaskan struktur masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British.

3  Bincangkan faktor-faktor perubahan daripada dasar tidak campur tangan kepada campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu pada tahun 1874.

4  Pengenalan Sistem Residen di Negeri-Negeri Melayu telah membawa perubahan besar dalam pentadbiran. Bincangkan.

5  Huraikan kesan sosioekonomi penghijrahan golongan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20?

6  Sejauh manakah faktor-faktor luar mempengaruhi semangat nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20?

7  Jelaskan prinsip-prinsip Rukun Negara yang diperkenalkan pada tahun 1970.

8  Bincangkan sumbangan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1981 hingga 1990. 

BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA

9  Bincangkan hierarki dan peranan pembesar di Vietnam sebelum campur tangan kuasa Barat pada abad ke-19.

10  Huraikan susun lapis masyarakat Indonesia sebelum campur tangan kuasa Barat pada abad ke-19 Masihi.

11 Terangkan pengubahsuaian British dalam pentadbiran tempatan di Myanmar pada abad ke-19 Masihi.

12  Jelaskan perkembangan sistem pendidikan di Myanmar pada abad ke-19 hingga sebelum Perang Dunia Kedua.

13  Huraikan perubahan dalam bidang ekonomi di Indonesia di bawah pemeirntahan Belanda pada abad ke-19 Masihi.

14 Huraikan perjuangan Sarekat Islam dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia.

15 Bincangkan perkembangan ekonomi Filipina dari tahun 1970 hingga 1990.

16 Huraikan dasar hubungan luar Thailand selepas Perang Dunia Kedua.




Sunday 22 September 2019

SEJARAH 1: EKONOMI FEUDALISME DI CHINA ABAD KE-16.



PENDAHULUAN

Di China, ekonomi feudalisme berkait rapat dengan keadaan geografi negara China. Dua pertiga merupakan kawasan gunung dan gurun di sebelah barat dan utara.  Kawasan pertanian hanya 15 peratus sahaja namun mampu mengeksport makanan keluar negara dan keperluan masyarakatnya. Selain itu, sistem ekonomi feudalisme di China memperlihatkan kawalan ketat daripada maharaja ke atas golongan petani dan pedagang asing yang datang berdagang di China. Hal ini menjadi bukti bahawa pentadbiran maharaja China memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi. Kemakmuran ekonomi era Dinasti Ming menambah penduduk 150 juta akhir abad ke-16.

ISI 1: PERTANIAN

Antara kegiatan utama yang dijalankan semasa pemerintahan Dinasti Ming di China ialah pertanian. Kawasan tumpuan utama bagi aktiviti pertanian ialah di kawasan timur laut China dan Mongolia, iaitu di dataran Loes yang subur kerana dilalui oleh Sungai Kuning. Di sebelah selatan Sungai Kuning, terdapat Sungai Yangtze yang turut menjadi penyumbang kepada ekonomi dan menyediakan sistem perhubungan utama kepada 12 wilayah dalam empayar China dan membentuk bandar-bandar besar seperti Chungking, Hankow, Kinkiang, Anking dan Nanking. Tembakau ditanam di Kwangsi dan Fukien, Kapas di Sungkiang, Mulberi di Kwangtung, Gandum di Shantung dan Milet di Kansu. Padi huma, sekoi dan kekacang ditanam di sekitar Sungai Heilongjiang manakala padi sawah diimport benihnya dari Vietnam. Semua pembaharuan yang dilaksanakan telah meningkatkan hasil pertanian seperti tanaman bergilir dalam skala besar, menanam padi baharu cepat masak, penanaman padi dua kali setahun dan penambahan sistem pengairan.

ISI 2: INDUSTRI KECIL

Selain itu, industri kecil turut memainkan peranan dalam membantu pertumbuhan ekonomi khususnya di pusat bandar yang besar seperti Nanjing dan Beijing yang mengeluarkan kertas, sutera, kapas dan porselin. Kiangsi merupakan pengeluar porselin utama yang memberi sumbangan besar kepada perbendaharaan negara. Sochow pula merupakan pusat industri tekstil dan Sungkian pengeluar kain kapas. Industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang kepada pembangunan negara China sehingga dapat berdagang dengan Jepun, Afrika Timur, dan negara-negara  lain.

ISI 3: PERDAGANGAN

Pada abad ke-16, walaupun aktiviti ekonomi feudalisme diberi keutamaan, namun aktiviti berdagang tetap berjalan lancar. China telah menggunakan sungai-sungai sebagai jalan perhubungan dan pengangkutan yang sistematik. Sungai Yangtze dimuduki kapal sejauh seribu batu dari kuala untuk berdagang di lembangan tengah. Sungai-sungai barat pula membolehkan pedagang berdagang di selatan dan Sungai Peiho serta Sungai Kuning. Sistem jalan air diperluas dengan pembinaan Terusan Besar dari Beijing ke Hangchow.

ISI 4: HUBUNGAN LUAR

Dinasti Ming turut membenarkan para pelayar China ke Asia Tenggara, India dan Afrika. Ini membawa kepada kedatangan pedagang luar yang mahu berdagang di pelabuhan Canton. Pedagang Portugal, Sepanyol dan Belanda telah diterima untuk berdagang di China. Pada tahun 1516, Rafael Perestrello dan Tom Pires antara pengembara Barat yang dibenarkan masuk ke Tanah Besar China. Pada tahun 1532, pedagang Portugis telah dibenarkan berdagaang di Macau.

ISI 5: KESATUAN DAGANG

Menjelang zaman Ming, muncul kesatuan-kesatuan dagang akibat kepesatan sektor industri dan perniagaan di China. Kesatuan Dagang Shanxi ditubuhkan bagi institusi-institusi kewangan. Golongan bangsawan turut membantu kerajaan pusat dalam mengawasi kegiatan kesatuan dagang dan aktiviti ekonomi di wilayah-wilayah China.

KESIMPULAN

Sistem ekonomi feudalisme di China memperlihatkan penguasaan golongan pemerintah selain ciri-ciri ekonomi tradisional. Kepesatan ekonomi China menyebabkan pedagang Barat datang ke China untuk berdagang. Pemerintah China terpaksa menukar dasar tutup pintu kepada buka pintu kesan aktiviti ekonomi yang pesat.


Tuesday 3 September 2019

SEJARAH 3: PERANAN DAN PENGARUH GOLONGAN AGAMA DALAM GERAKAN NASIONALISME DI MYANMAR


PENDAHULUAN

Kebangkitan golongan agama dalam menentang penjajahan British di Myanmar dipelopori oleh golongan agama. Semasa awal penjajahan lagi, golongan ini sudah mula memainkan peranan mereka untuk mempertahankan kesucian agama mereka daripada diancam oleh agama Krisitian yang disebarkan oleh pihak penjajah British. Peranan mereka semakin menonjol apabila bermulanya kesedaran kebangsaan di kalangan penduduk peribumi di Myanmar yang dijajah oleh British.

ISI 1: PONGYI

Golongan agama (Pongyi atau sami-sami Buddha) mula terlibat secara langsung dalam gerakan kebangsaan di Burma setelah tercetusnya peristiwa "Pertikaian Kasut" pada tahun 1916. Golongan Pongyi telah memberi sokongan padu kepada Persatuan Belia Buddha dalam memperjuangkan isu tersebut. Selain itu, golongan Pongyi juga telah memberi sokongan padu kepada Persatuan Belia Buddha yang melancarkan mogok pelajar pada tahun 1920.

ISI 2: SOKONGAN RAKYAT

Sehingga tahun 1920, golongan Pongyi masih belum memainkan peranan secara langsung dalam gerakan kebangsaan di Burma. Tetapi disebabkan kedudukan mereka yang tinggi dalam masyarakat Burma. Tetapi disebabkan kedudukan mereka yang tinggi dalam masyarakat Burma, khususnya di kawasan luar bandar, pengaruh mereka amat kuat di kalangan rakyat. Sokongan dalam memperjuangkan isu-isu berkenaan meninggalkan kesan yang mendalam ke atas pergolakan politik Burma. Sebagai golongan yang berpengaruh, golongan Pongyi dapat menyalurkan idea perjuangan kebangsaan yang ketika itu dipelopori golongan berpendidikan Barat ke dalam masyarakat Burma dengan cara yang lebih luas.

ISI 3: PENYERTAAN POLITIK

Pada tahun 1922, penyertaan secara langsung golongan Pongyi dalam perjuangan politik Burma menjadi ketara. Pada tahun tersebut, telah ditubuhkan Majlis Am Sangha Semetggi yang dipelopori oleh golongan Pongyi sendiri dengan mempunyai program-program politik yang lebih jelas. Melalui Sangha Semetggi ini, perjuangan golongan Pongyi bukan sahaja lagi terbatas kepada menjaga kemurnian agama Buddha, tetapi juga merangkumi sehingga kepada tuntutan kemerdekaan yang penuh bagi Burma. Organisasi politik Sami Buddha ini juga menolak sistem Dyarchy yang diperkenalkan oleh penjajah British. Sikap anti British golongan Pongyi yang semakin ketara itu menyebabkan berlakunya ketegangan hbungan dengan pihak British.

ISI 4: PEMBERONTAKAN

Pada tahun 1930-an, golongan Pongyi yang mendapat sokongan semasa di bawah pimpinan Sanya San telah melancarkan pemberontakan yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan British dan memulihkan kedudukan dan kesucian agama Buddha di Burma. Tetapi pemberontakan ini telah dapat dipatahkan.

ISI 5: KEMEROSOTAN

Selepas kegagalan pemberontakan Sanya San, pihak British telah mengenakan tekanan yang kuat ke atas golongan Pongyi. Berikutan dengan itu, pengaruh mereka dalam politik Burma mula merosot. Ini menyebabkan berlakunya peralihan dari segi kepimpinan dalam Gerakan Kebangsaan di Burma. Kemerosotan pengaruh golongan Pongyi menyebabkan kepimpinan dalam gerakan kebangsaan diambil alih oleh golongan sekular yang berpendidikan Barat. Kemunculan golongan ini melalui penubuhan Dobama Asiayone oleh golongan Thakin pada tahun 1935. Sejak pada tarikh inilah, golongan Thakin menjadi pelopor perjuangan kebangsaan yang membawa kepada kemerdekaan Burma kemudiannya.

KESIMPULAN

Keadaan di Burma menunjukkan golongan agama memainkan peranan penting pada peringkat awal munculnya Gerakan Kebangsaan di Burma. Walaupun peranan dan pengaruh mereka kemudiannya merosot dan seterusnya diambil alih oleh golongan sekular, tetapi penyertaan mereka secara langsung dalam perjuangan politik menentang penjajah memberikan sumbangan besar dari segi meningkatkan kesedaran politik, pemupukan jati diri, dan perpaduan di kalangan rakyat di Myanmar.


Tuesday 6 August 2019

UJIAN STPM SEMESTER 3 2019 SEJARAH 940/3


SULIT                                                                                                                UJIAN STPM S3 2019
940/3


SEJARAH

SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA (1800-2000)

(Dua jam)


PUSAT TINGKATAN ENAM SMK AGASEH

UJIAN SEMESTER 3 2019



Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab empat daripada enam soalan.

Anda boleh menjawab semua soalan tetapi hanya empat jawapan pertama yang akan diperiksa.

Kepilkan kertas soalan bersama-sama kertas jawapan.















Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak




[Lihat sebelah
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat.                                                       SULIT*







_________________________________________________________________________________







Bahagian A: Sejarah Malaysia
[40 markah]

Jawab dua soalan sahaja.


1          Jelaskan struktur masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British.               [20]

2        Pengenalan Sistem Residen di Negeri-Negeri Melayu telah membawa perubahan yang besar dalam bidang pentadbiran. Bincangkan.                                                                                [20]

3         Huraikan   kesan   sosioekonomi   penghijrahan   golongan  imigran Cina dan India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 Masihi.                                                                                   [20]



Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara
[40 markah]

Jawab dua soalan sahaja.


4          Huraikan susun lapis masyarakat di Indonesia sebelum campur tangan kuasa Barat pada abad  ke-19 Masihi.                                                                                                                          [20]

5          Terangkan pengubahsuaian oleh British dalam pentadbiran tempatan di Myanmar pada abad    ke-19 Masihi.                                                                                                                          [20]

6          Huraikan perubahan dalam bidang ekonomi di Indonesia di bawah pemerintahan Belanda        pada abad ke-19 Masihi.                                                                                                         [20]

           
















@juhaimimajid

UJIAN STPM SEMESTER 1 2019 SEJARAH 940/1


SULIT                                                                                                                UJIAN STPM S1 2019
940/1


SEJARAH

SEJARAH DUNIA (1500-1955)

(Dua jam)


PUSAT TINGKATAN ENAM SMK AGASEH

UJIAN SEMESTER 1 2019



Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab empat daripada enam soalan.

Anda boleh menjawab semua soalan tetapi hanya empat jawapan pertama yang akan diperiksa.

Kepilkan kertas soalan bersama-sama kertas jawapan.
















Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak




[Lihat sebelah
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat.                                                       SULIT*




______________________________________________________________________________________________________________




Jawab empat soalan sahaja.


1          Bincangkan susun lapis masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 Masihi.                     [20]

2          Terangkan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-17 Masihi.                        [20]

3          Jelaskan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 Masihi.                            [20]

4    Huraikan  struktur  pembesar di China pada abad ke-16 Masihi hingga abad ke-20 Masihi.                                                                                                                                    [20]

5        Bincangkan ciri-ciri sistem pemerintahan negara kesatuan Perancis antara abad ke-18 hingga abad ke-19 Masihi.                                                                                                                 [20]

6     Bincangkan struktur organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke-19 Masihi.                                                                                                                                    [20]

           





























@juhaimimajid