Tuesday 23 August 2022

ANALISA DAN SOALAN-SOALAN STPM SEBENAR SEJARAH SEMESTER 2 2013-2022 TEMA 3

 


Tema 3 (Nasionalisme dan pembentukan negara bangsa) merupakan bahagian sukatan pelajaran Sejarah STPM Semester 2 yang tidak mempunyai tajuk yang banyak berbanding dengan Tema 1 dan Tema 2. Soalan peperiksaan yang diperuntukkan untuk tema ini juga ialah 2 soalan daripada 6 soalan yang ditanya. Oleh itu, sekiranya para pelajar ingin mendapat markah lebih banyak adalah di bahagian ini kerana sekiranya pelajar-pelajar dapat menjawab 2 soalan dalam tema ini bermakna para pelajar hanya perlu menjawab mana-mana 1 soalan dari Tema 1 atau Tema 2.

Namun begitu, dalam bahagian Tema 3, para pelajar perlu benar-benar menguasai fakta sejarahnya kerana banyak terdapat nama, tarikh, tempat dan kejadian atau perisitiwa yang harus dikuasai untuk menguatkan esei yang dijawab.

Berikut merupakan jadual tajuk dan analisa soalan-soalan sebenar Sejarah STPM Semester 2 dari tahun 2013 hingga Ulangan 2022:


Soalan-soalan sebenar untuk Tema 3 dari tahun 2013 hingga Ulangan 2022 adalah seperti berikut:

TEMA 3: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

2013(5): Analisiskan faktor perkembangan semangat nasionalisme pada awal abad ke-20 Masihi di Syria.

2013(6): Analisiskan faktor politik dan pengaruh luar yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah pada awal abad ke-20 Masihi.

U2013(5): Aspek pendidikan merupakan aspek yang penting dalam kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke-20. Berikan ulasan anda tentang pernyataan tersebut.

U2013(6): Berikan ulasan anda tentang penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

2014(5): Sejauh manakah golongan intelektual berperanan dalam menyemarakkan gerakan nasionalisme di Mesir pada abad ke-20 Masihi?

2014(6): Huraikan faktor dalaman yang mempercepatkan pembentukan negara bangsa di Turki dari tahun 1856 sehingga tahun 1918.

U2014(5): Bincangkan peranan gerakan Islah dalam membangkitkan kesedaran politik di Mesir pada abad ke-19 dan abad ke-20 Masihi.

U2014(6): Bincangkan faktor luaran yang membawa kemunculan negara bangsa di Turki.

2015(5): Bincangkan faktor peluasan kuasa Barat terhadap pemerintahan kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-18 Masihi hingga abad ke-20 Masihi.

2015(6): Galurkan penglibatan khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

U2015(5): Terangkan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada awal abad ke-20.

U2015(6): Huraikan faktor yang menyumbang pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke-20.

2016(5): Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan Perancis di Algeria pada abad ke-19 Masihi.

2016(6): Syeikh Muhammad Abduh ialah seorang tokoh intelektual Mesir. Terangkan peranan beliau dalam gerakan nasionalisme di Mesir.

U2016(5): Peluasan kuasa Barat pada zaman Khalifah Uthmaniyah berlaku kerana faktor agama, politik, dan ekonomi. Huraikan

U2016(6): Terangkan tiga peranan bidang kewartawanan dan media akhbar dalam gerakan nasionalisme di Mesir pada akhir abad ke-19 Masihi hingga awal abad ke-20 Masihi.

2017(5): Perihalkan peranan Abdul Qadir al-Jazairi sebagai pelopor kepada gerakan penentangan rakyat terhadap penjajahan Perancis di Algeria pada abad ke-19 Masihi.

2017(6): Penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama memberikan kesan politik, ekonomi, dan sosial kepada kerajaan Turki Uthmaniyah. Bincangkan.

U2017(5): Bincangkan peranan golongan intelektual dan sasterawan dalam gerakan nasionalisme di Syria.

U2017(6): Bincangkan dasar British terhadap penglibatan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

2018(5): Galurkan gerakan penentangan rakyat Mesir terhadap penjajahan Barat dari abad ke-19 Masihi hingga abad ke-20 Masihi.

2018(6): Jelaskan faktor pembentukan negara bangsa Turki.

U2018(5): Bincangkan peranan Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh dalam gerakan nasionalisme di Mesir.

U2018(6): Bincangkan faktor luaran yang membawa kepada pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke-20 Masihi.

2019(5): Bincangkan peranan Rashid Rida sebagai tokoh gerakan pembaharuan di Mesir.

2019(6): Huraikan empat peperangan yang melibatkan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

U2019(5): Bincangkan gerakan penentangan Abdul Qadir al-Jazairi terhadap penjajahan Perancis di Algeria.

U2019(6): Bincangkan faktor kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada awal abad ke-20 Masihi.

2020(5): Perihalkan peranan Ahmad Urabi Pasha dalam gerakan penentangan rakyat Mesir terhadap penjajahan British pada abad ke-19 Masihi.

2020(6):Huraikan faktor penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

U2020(5): Bincangkan faktor penentangan masyarakat Algeria terhadap penjajahan Perancis pada abad ke-19 hingga abad ke-20 Masihi.

U2020(6): Bincangkan faktor dalaman yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke-20 Masihi.

2021(5): Bincangkan faktor peluasan kuasa Barat terhadap kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-19 Masihi hingga awal abad ke-20 Masihi.

2021(6): Jelaskan peranan Sayyid Jamaluddin al-Afghani dalam gerakan Pan-Islamisme di Mesir.

U2021(5): Bincangkan faktor dalaman yang mempengaruhi kemunculan semangat nasionalsime di Syria pada awal abad ke-20 Masihi.

U2021(6): Huraikan faktor ekonomi yang mempengaruhi peluasan kuasa Barat terhadap wilayah kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-18 Masihi hingga abad ke-20 Masihi.


Semoga semua calon STPM tahun 2022/2023 dapat menjawab 3 soalan untuk kertas 2 Sejarah STPM. Kegagalan pelajar menjawab 3 soalan akan menyebabkan kehilangan markah yang besar disebabkan peruntukkan wajaran untuk kertas ini adalah kurang sedikit berbanding Kertas 1 dan Kertas 3. Apa yang menjadi nasihat saya kepada pelajar-pelajar saya mahupun calon-calon STPM yang lain, diharap dapat menjawab soalan Kertas 2 atau Kertas Sejarah Islam dengan baik disebabkan fakta-fakta sejarah Islam boleh menyebabkan anda bukan sahaja kehilangan markah tetapi berdosa jika menjawab menggunakan fakta yang salah lebih-lebih lagi pada topik Nabi Muhammad SAW. Semoga usaha dan tawakkal para pelajar STPM akan berbaloi dan mendapat markah yang baik dan cemerlang. Insha Allah.

Monday 22 August 2022

ANALISA DAN SOALAN-SOALAN STPM SEBENAR SEJARAH SEMESTER 2 2013-2022 TEMA 2

 


Untuk tema 2 kertas Sejarah STPM Semester 2, kebiasaanya 2 soalan akan ditanya dalam bahagian ini. Namun begitu, pada tahun 2014, pernah berlaku hanya 1 soalan sahaja ditanya.

Berikut merupakan jadual analisa tajuk dan soalan-soalan sebenar Sejarah Semester 2 dari tahun 2013 hingga 2022:




Sekali lagi saya ingin memberi nasihat kepada para pelajar dan calon STPM yang mengambil kertas Sejarah untuk tidak membuat target bagi mengelakkan pelajar-pelajar kehilangan markah disebabkan tidak dapat menjawab atau menggunakan fakta-fakta yang salah sehingga terkeluar daripada kehendak soalan. Apa yang berlaku berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pengalaman mengajar saya, pelajar-pelajar yang cemerlang atau yang mendapat keputusan yang baik adalah pelajar-pelajar yang berusaha menguasai semua tajuk-tajuk dan fakta-fakta dalam pembelajaran sejarah. Sekiranya pelajar-pelajar ingin juga membuat target soalan, seharusnya menguasai lebih banyak tajuk sekurang-kurangnya 9 berbanding 10.

Berikut merupakan soalan-soalan sebenar yang pernah ditanya untuk tema 2 Sejarah STPM dari tahun 2013 hingga Ulangan 2022. Seharusnya, soalan-soalan sebenar ini akan membantu pelajar-pelajar untuk mengetahui tahap dan bentuk soalan-soalan sebenar yang ditanya dalam peperiksaan. Sekiranya pelajar lebih bernasib baik, maka pelajar-pelajar akan menerima bentuk soalan yang hampir sama dalam senarai-senarai soalan-soalan di bawah:

TEMA 2: PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN

2013(3):Sejauh manakah kegiatan ekonomi masyarakat Malaysia pada hari ini merupakan cerminan kepada kegiatan ekonomi penduduk Melaka pada zaman pemerintahan kesultanan Melayu Melaka?

2013(4): Sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat pada hari ini. Bincangkan penyataan tersebut.

U2013(3): Bincangkan peranan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara pada abad ke-16 Masihi.

U2013(4): Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran.

2014(3): Bincangkan konsep ekonomi Islam di Madinah semasa zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

2014(4): Jelaskan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.

U2014(4): Nilaikan sumbangan pemikiran Ibn Khaldun tentang peradaban manusia.

2015(3): Bincangkan pengurusan sumber baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

2015(4): Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Mahkota Alam, institusi pendidikan dikatakan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Jelaskan.

U2015(3): Huraikan ciri seni bina Islam di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.

U2015(4): Nilaikan sumbangan al-Mas’udi dalam bidang penerokaan.

2016(3): Terangkan sumbangan Imam al-Ghazali dalam bidang falsafah.

2016(4): Huraikan lima ciri seni bina Islam kerajaan Moghul di India pada abad ke-17 Masihi.

U2016(3): Jelaskan pelaksanaan zakat pada zaman pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.

U2016(4): Huraikan faktor-faktor yang menjadikan Andalusia sebagai pusat perkembangan ilmu naqli dan aqli, iaitu pada zaman Khalifah Umayyah dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-13 Masihi.

2017(3): Huraikan perkembangan ilmu naqli pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-13 Masihi.

2017(4): Bincangkan tiga pemikiran Ibnu Khaldun dalam bidang ketamadunan.

U2017(3): Huraikan perkembangan institusi pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi.

U2017(4): Nilaikan sumbangan intelektual al-Khawarizmi dalam bidang matematik dan astronomi.

2018(3): Baitul Hikmah memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu naqli dan aqli pada zaman kerajaan Abbasiyah. Bincangkan.

2018(4): Perihalkan kegiatan ekonomi kerajaan Abbasiyah dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-12 Masihi.

U2018(3): Huraikan aktiviti ekonomi penduduk Melaka pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

U2018(4): Jelaskan peranan dan pelaksanaan institusi baitulmal pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.

2019(3): Bincangkan pelaksanaan kharaj pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.

2019(4): Jelaskan sumbangan al-Mas’udi dalam bidang geografi dan pelayaran.

U2019(3): Perihalkan institusi pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi.

U2019(4): Huraikan perkembangan ilmu naqli pada zaman Khalifah Umayyah di Andalusia dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-13 Masihi.

2020(3): Bincangkan perkembangan institusi pendidikan di Acheh pada abad ke-16 Masihi dan abad ke-17 Masihi.

2020(4): Bincangkan perkembangan ilmu aqli pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-13 Masihi.

U2020(3): Bincangkan peranan Baghdad sebagai pusat perkembangan ilmu pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-13 Masihi.

U2020(4): Nilaikan sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan.

2021(3): Bincangkan faktor yang menyumbang perkembangan aktiviti perdagangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

2021(4): Huraikan kepentingan pelayaran dan penjelajahan Ibn Battutah kepada tamadun manusia.

U2021(3): Bincangkan faktor kegemilangan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara dari abad ke-16 Masihi hingga abad ke-17 Masihi.

U2021(4): Huraikan ciri-ciri seni bina Islam di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.


Selamat Mengulangkaji!

Sunday 21 August 2022

ANALISA DAN SOALAN-SOALAN STPM SEBENAR SEMESTER 2 TAHUN 2013-2022: TEMA 1

 


Salam Sejarah,

Semoga semua pelajar STPM untuk tahun ini sudah bersedia untuk menduduki peperiksaan untuk semester 2 selepas mendapat keputusan untuk peperiksaan Semester 1 pada 24 Mei yang lepas. Jika mendapat keputusan yang baik maka dapatlah memberi perhatian untuk semester 2. Tetapi jika keputusan semester 1 kurang baik, maka masih ada peluang untuk memperbaiki keputusan dalam peperiksaan ulangan Semester 1 nanti.

Pada tahun ini,  peperiksaan untuk kertas Sejarah Semester 2 juga mengalami sedikit perubahan iaitu dari segi waktu peperiksaan bertulis yang sebelum ini dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 petang ke jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. Perubahan ini diharap akan dapat memberi persediaan masa lebih banyak terutamanya bagi pelajar-pelajar yang mengambil kertas Ekonomi.

Untuk makluman pelajar, markah dan wajaran untuk kertas Sejarah Semester 2 ialah 60  dan 22% dan masa menjawab adalah 1½ jam untuk 3 pilihan soalan. Berikut merupakan analisa untuk tajuk-tajuk tema 1(Masyarakat) dari tahun 2013 hingga 2021.



Untuk tema 1, peruntukan soalan kebiasaannya adalah 2 soalan. Berikut merupakan soalan-soalan Sejarah Semester 2 dari tahun 2013 hingga 2021.

TEMA 1: MASYARAKAT

2013(1): Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW.

2013(2): Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas baginda berjaya menubuhkan negara Islam di Madinah.

U2013(1): Bincangkan kemunculan golongan baharu dalam masyarakat Islam pada zaman khulafa ar-Rasyidin.

U2013(2): Bincangkan ciri kepimpinan yang dimiliki oleh Sultan Muhammad al-Fateh.

2014(1): Analisiskan pembaharuan dari aspek politik yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz setelah dilantik sebagai khalifah kerajaan Bani Umayyah.

2014(2): Jelaskan strategi yang digunakan oleh tentera Islam dalam Perang Khandak dan Perang Badar.

U2014(1): Bincangkan pelaksanaan syura dalam pemilihan Khalifah al-Rasyidin.

U2014(2): Bincangkan hubungan diplomatik yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.

U2014(3): Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Maharaja Akbar bagi memantapkan sistem pemerintahannya.

2015(1): Sejauh manakah masyarakat Arab jahiliah sebagai masyarakat yang tidak bertamadun?

2015(2): Bincangkan pembaharuan politik dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a. semasa pemerintahannya.

U2015(1): Bincangkan sumbangan Khalifah Abu Bakar dalam membanteras golongan ar-Riddah.

U2015(2): Nilaikan kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih dalam bidang ketenteraan pada abad ke-15 Masihi.

2016(1): Huraikan empat ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara di Madinah.

2016(2): Jelaskan sistem politik dan pentadbiran Akbar dalam mengukuhkan pemerintahan kerajaan Moghul di India.

U2016(1): Jelaskan prinsip-prinsip daripada Piagam Madinah yang menjadi dasar pemerintahan Nabi Muhammad SAW di Madinah.

U2016(2): Huraikan ciri kepemimpinan  Salehuddin al-Ayyubi sebagai seorang pemimpin tentera yang cemerlang.

2017(1): Jelaskan struktur masyarakat Arab pada zaman jahiliah.

2017(2): Huraikan faktor politik, ekonomi, dan sosial yang mempengaruhi zaman keemasan Islam semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid.

U2017(1): Huraikan kaedah pemilihan khalifah pada zaman Khulafa ar-Rasyidin.

U2017(2): Jelaskan struktur pemerintahan zaman Khalifah Uthmaniyah pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.

2018(1): Piagam Madinah menyumbang kepada pembentukan negara Islam Madinah yang maju dan stabil dari aspek politik dan sosial. Bincangkan.

2018(2): Terangkan ciri-ciri kepemimpinan yang dimiliki oleh Salehuddin al-Ayyubi dalam pembebasan kota Jerusalem.

U2018(1): Terangkan konsep ummah yang telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah.

U2018(2): Bincangkan dasar pemerintahan Aurangzeb bagi mengukuhkan kerajaan Moghul di India.

2019(1): Huraikan peranan golongan Muhajirin bagi mengukuhkan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.

2019(2): Huraikan usaha yang telah dilakukan oleh Aurangzeb bagi mengukuhkan empayar Moghul di India.

U2019(1): Jelaskan sistem pemerintahan Nabi Muhammad SAW di Madinah.

U2019(2): Huraikan pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Umar bin Abdul Aziz sebagai khalifah kerajaan Bani Umayyah.

2020(1): Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab dalam bidang ekonomi dan sosial bagi membina sebuah negara yang berkebajikan.

2020(2): Bagaimanakah perjanjian yang dimeterai dengan pihak luar mempercepat kejatuhan Khalifah Uthmaniyah?

U2020(1): Bincangkan pembaharuan dalam bidang ekonomi dan politik semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.

U2020(2): Huraikan pencapaian Maharaja Akbar dalam bidang politik dan sosial untuk mengukuhkan empayar Moghul di India.

2021(1): Bincangkan nilai kehidupan yang diamalkan dalam masyarakat Arab jahiliah.

2021(2): Huraikan kepentingan Piagam Madinah dalam membentuk masyarakat yang harmoni pada zaman Nabi Muhammad SAW.

U2021(1): Bincangkan strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang Badar dan Perang Khandak

U2021(2): Jelaskan etika peperangan dalam Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW.


Selamat mengulangkaji!