Untuk tema 2 kertas Sejarah STPM Semester 2, kebiasaanya 2 soalan akan ditanya dalam bahagian ini. Namun begitu, pada tahun 2014, pernah berlaku hanya 1 soalan sahaja ditanya.
Berikut merupakan jadual analisa tajuk dan soalan-soalan sebenar Sejarah Semester 2 dari tahun 2013 hingga 2022:
TEMA 2: PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN
2013(3):Sejauh manakah kegiatan ekonomi
masyarakat Malaysia pada hari ini merupakan cerminan kepada kegiatan ekonomi
penduduk Melaka pada zaman pemerintahan kesultanan Melayu Melaka?
2013(4): Sumbangan Ibn Sina dalam bidang
perubatan telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat pada hari ini.
Bincangkan penyataan tersebut.
U2013(3): Bincangkan peranan Acheh sebagai pusat
perkembangan ilmu di Nusantara pada abad ke-16 Masihi.
U2013(4): Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam
bidang pelayaran.
2014(3): Bincangkan konsep ekonomi Islam di
Madinah semasa zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.
2014(4): Jelaskan sumbangan Ibn Battutah dalam
bidang penjelajahan dan penerokaan.
U2014(4): Nilaikan sumbangan pemikiran Ibn
Khaldun tentang peradaban manusia.
2015(3): Bincangkan pengurusan sumber
baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
2015(4): Pada zaman pemerintahan Sultan
Iskandar Mahkota Alam, institusi pendidikan dikatakan tumbuh bagai cendawan
selepas hujan. Jelaskan.
U2015(3): Huraikan ciri seni bina Islam di
Andalusia pada abad ke-13 Masihi.
U2015(4): Nilaikan sumbangan al-Mas’udi dalam bidang
penerokaan.
2016(3): Terangkan sumbangan Imam al-Ghazali
dalam bidang falsafah.
2016(4): Huraikan lima ciri seni bina Islam
kerajaan Moghul di India pada abad ke-17 Masihi.
U2016(3): Jelaskan pelaksanaan zakat pada zaman
pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.
U2016(4): Huraikan faktor-faktor yang menjadikan
Andalusia sebagai pusat perkembangan ilmu naqli dan aqli, iaitu pada zaman
Khalifah Umayyah dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-13 Masihi.
2017(3): Huraikan perkembangan ilmu naqli pada
zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-13 Masihi.
2017(4): Bincangkan tiga pemikiran Ibnu
Khaldun dalam bidang ketamadunan.
U2017(3): Huraikan perkembangan institusi
pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi.
U2017(4): Nilaikan sumbangan intelektual
al-Khawarizmi dalam bidang matematik dan astronomi.
2018(3): Baitul Hikmah memainkan peranan
penting dalam perkembangan ilmu naqli dan aqli pada zaman kerajaan Abbasiyah.
Bincangkan.
2018(4): Perihalkan kegiatan ekonomi kerajaan
Abbasiyah dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-12 Masihi.
U2018(3): Huraikan aktiviti ekonomi penduduk
Melaka pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
U2018(4): Jelaskan peranan dan pelaksanaan
institusi baitulmal pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.
2019(3): Bincangkan pelaksanaan kharaj pada
zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.
2019(4): Jelaskan sumbangan al-Mas’udi dalam
bidang geografi dan pelayaran.
U2019(3): Perihalkan institusi pendidikan di
Mesir pada abad ke-8 Masihi.
U2019(4): Huraikan perkembangan ilmu naqli pada
zaman Khalifah Umayyah di Andalusia dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-13
Masihi.
2020(3): Bincangkan perkembangan institusi
pendidikan di Acheh pada abad ke-16 Masihi dan abad ke-17 Masihi.
2020(4): Bincangkan perkembangan ilmu aqli pada
zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-13 Masihi.
U2020(3): Bincangkan peranan Baghdad sebagai
pusat perkembangan ilmu pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke-11 Masihi
hingga abad ke-13 Masihi.
U2020(4): Nilaikan sumbangan Ibn Sina dalam
bidang perubatan.
2021(3): Bincangkan faktor yang
menyumbang perkembangan aktiviti perdagangan pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
2021(4): Huraikan kepentingan
pelayaran dan penjelajahan Ibn Battutah kepada tamadun manusia.
U2021(3): Bincangkan faktor
kegemilangan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara dari abad ke-16
Masihi hingga abad ke-17 Masihi.
U2021(4): Huraikan ciri-ciri seni bina
Islam di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.
Terima kasih banyak cikgu
ReplyDelete