Salam Sejarah,
Semoga semua pelajar STPM untuk tahun ini sudah bersedia untuk menduduki peperiksaan untuk semester 2 selepas mendapat keputusan untuk peperiksaan Semester 1 pada 24 Mei yang lepas. Jika mendapat keputusan yang baik maka dapatlah memberi perhatian untuk semester 2. Tetapi jika keputusan semester 1 kurang baik, maka masih ada peluang untuk memperbaiki keputusan dalam peperiksaan ulangan Semester 1 nanti.
Pada tahun ini, peperiksaan untuk kertas Sejarah Semester 2 juga mengalami sedikit perubahan iaitu dari segi waktu peperiksaan bertulis yang sebelum ini dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 petang ke jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. Perubahan ini diharap akan dapat memberi persediaan masa lebih banyak terutamanya bagi pelajar-pelajar yang mengambil kertas Ekonomi.
Untuk makluman pelajar, markah dan wajaran untuk kertas Sejarah Semester 2 ialah 60 dan 22% dan masa menjawab adalah 1½ jam untuk 3 pilihan soalan. Berikut merupakan analisa untuk tajuk-tajuk tema 1(Masyarakat) dari tahun 2013 hingga 2021.
TEMA 1: MASYARAKAT
2013(1): Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW.
2013(2): Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas baginda berjaya menubuhkan negara Islam di Madinah.
U2013(1): Bincangkan kemunculan golongan baharu dalam masyarakat Islam pada zaman khulafa ar-Rasyidin.
U2013(2): Bincangkan ciri kepimpinan yang dimiliki oleh Sultan Muhammad al-Fateh.
2014(1): Analisiskan pembaharuan dari aspek politik yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz setelah dilantik sebagai khalifah kerajaan Bani Umayyah.
2014(2): Jelaskan strategi yang digunakan oleh tentera Islam dalam Perang Khandak dan Perang Badar.
U2014(1): Bincangkan pelaksanaan syura dalam pemilihan Khalifah al-Rasyidin.
U2014(2): Bincangkan hubungan diplomatik yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.
U2014(3): Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Maharaja Akbar bagi memantapkan sistem pemerintahannya.
2015(1): Sejauh manakah masyarakat Arab jahiliah sebagai masyarakat yang tidak bertamadun?
2015(2): Bincangkan pembaharuan politik dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a. semasa pemerintahannya.
U2015(1): Bincangkan sumbangan Khalifah Abu Bakar dalam membanteras golongan ar-Riddah.
U2015(2): Nilaikan kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih dalam bidang ketenteraan pada abad ke-15 Masihi.
2016(1): Huraikan empat ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara di Madinah.
2016(2): Jelaskan sistem politik dan pentadbiran Akbar dalam mengukuhkan pemerintahan kerajaan Moghul di India.
U2016(1): Jelaskan prinsip-prinsip daripada Piagam Madinah yang menjadi dasar pemerintahan Nabi Muhammad SAW di Madinah.
U2016(2): Huraikan ciri kepemimpinan Salehuddin al-Ayyubi sebagai seorang pemimpin tentera yang cemerlang.
2017(1): Jelaskan struktur masyarakat Arab pada zaman jahiliah.
2017(2): Huraikan faktor politik, ekonomi, dan sosial yang mempengaruhi zaman keemasan Islam semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid.
U2017(1): Huraikan kaedah pemilihan khalifah pada zaman Khulafa ar-Rasyidin.
U2017(2): Jelaskan struktur pemerintahan zaman Khalifah Uthmaniyah pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.
2018(1): Piagam Madinah menyumbang kepada pembentukan negara Islam Madinah yang maju dan stabil dari aspek politik dan sosial. Bincangkan.
2018(2): Terangkan ciri-ciri kepemimpinan yang dimiliki oleh Salehuddin al-Ayyubi dalam pembebasan kota Jerusalem.
U2018(1): Terangkan konsep ummah yang telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah.
U2018(2): Bincangkan dasar pemerintahan Aurangzeb bagi mengukuhkan kerajaan Moghul di India.
2019(1): Huraikan peranan golongan Muhajirin bagi mengukuhkan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.
2019(2): Huraikan usaha yang telah dilakukan oleh Aurangzeb bagi mengukuhkan empayar Moghul di India.
U2019(1): Jelaskan sistem pemerintahan Nabi Muhammad SAW di Madinah.
U2019(2): Huraikan pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Umar bin Abdul Aziz sebagai khalifah kerajaan Bani Umayyah.
2020(1): Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab dalam bidang ekonomi dan sosial bagi membina sebuah negara yang berkebajikan.
2020(2): Bagaimanakah perjanjian yang dimeterai dengan pihak luar mempercepat kejatuhan Khalifah Uthmaniyah?
U2020(1): Bincangkan pembaharuan dalam bidang ekonomi dan politik semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.
U2020(2): Huraikan pencapaian Maharaja Akbar dalam bidang politik dan sosial untuk mengukuhkan empayar Moghul di India.
2021(1): Bincangkan nilai kehidupan yang diamalkan dalam masyarakat Arab jahiliah.
2021(2): Huraikan kepentingan Piagam Madinah dalam membentuk masyarakat yang harmoni pada zaman Nabi Muhammad SAW.
U2021(1): Bincangkan strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang Badar dan Perang Khandak
U2021(2): Jelaskan etika peperangan dalam Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW.
Selamat mengulangkaji!
Terima kasih cikgu
ReplyDelete