Wednesday 9 July 2014

SOALAN 1 SEJARAH DUNIA (1500-1955) KERTAS 1 STPM 2013

1. Huraikan struktur masyarakat feudal Jepun dalam era pemerintahan kesyogunan Tokugawa dari tahun 1603 hingga tahun 1868. [20 Markah]

Pendahuluan

  • pada zaman Tokugawa, masyarakat feudal di Jepun terdiri daripada dua lapisan, iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
  • golongan pemerintah terdiri daripada maharaja, syogun, dan daimyo.
  • golongan yang diperintah terdiri daripada samurai, petani, artisan dan saudagar.
Isi

(a) Maharaja
  • menjelang zaman Kesyogunan Tokugawa, maharaja tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran.
  • merupakan ketua negara tetapi kuasa sebenar pemerintahan negara terletak di tangan Syogun Tokugawa.
  • Tokugawa Ieyasu memperkenalkan undang-undang dan peraturan untuk mengurangkan pengaruh maharaja dan putera raja.
  • ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh kesyogunan Tokugawa.
(b) Syogun
  • dalam bidang pentadbiran, syogun mempunyai kuasa lebih tinggi daripada maharaja.
  • Tokugawa telah mengukuhkan kedudukan syogun dengan menubuhkan pasukan tentera yang kuat.
  • Syogun melantik pegawai-pegawai atau vassal yang setia kepada Tokugawa untuk mentadbir dan menguruskan pentadbiran wilayah.
  • turut mengawal kedudukan golongan bangsawan atau daimyo yang menguasai daerah.
(c) Daimyo
  • merupakan golongan bangsawan yang memainkan peranan dalam bidang pentadbiran.
  • mentadbir sesuatu daerah dan dibantu oleh pegawai pentadbir dan pegawai tentera.
  • pada zaman Tokugawa, terdapat tiga kategori iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama.
  • Daimyo Fudai dan Daimyo Shimpan membantu Tokugawa dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan manakala Daimyo Tozama dikawal tindak tanduknya kerana tidak dipercayai.
(d) Samurai
  • merupakan panglima perang yang mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat feudal Jepun.
  • peranan utama ialah memelihara keamanan negara dan menjaga kepentingan daimyo.
  • tidak dibenarkan melibatkan diri dalam pekerjaan lain walaupun negara berada dalam keadaan aman.
  • muncul sebagai kelas berpendidikan dalam sistem feudal era Tokugawa dan menerima pendapatan dalam bentuk bekalan beras daripada daimyo.
(e) Petani, Artisan dan Saudagar
  • petani atau nomin mempunyai kedudukan tinggi dalam kalangan rakyat jelata dan membayar cukai tahunan kepada daimyo.
  • golongan artisan dihormati kerana pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki dalam bidang pertukangan.
  • golongan saudagar pula dipandang rendah dan tidak mempunyai mobiliti sosial namun perkembangan pesat dalam ekonomi meletak asas dalam perubahan status dan kedudukan mereka.
Kesimpulan
  • masyarakat feudal Jepun dalam era kesyogunan Tokugawa merupakan masyarakat yang mempunyai susun lapis masyarakat yang rigid.
  • setiap golongan masyarakat ini mempunyai peranan masing-masing dan saling bergantung antara satu sama lain.

Maharaja Go-Yōzei

Syogun Tokugawa Ieyasu

Daimyo Fudai terkenal Honda Tadakatsu