Wednesday 2 March 2016

SALAHUDDIN AL-AYYUBI: PENAKLUK JERUSALEM


a)      Salahuddin al-Ayyubi – Mesir (1138-1193M)
·        Latar belakang Salahuddin al-Ayyubi
o Nama penuh beliau ialah Salehuddin Yusof bin Najmuddin Ayub dilahirkan di benteng Tikrit di wilayah Iran pada tahun 1138 dan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 1193.
o Di Eropah, beliau dikenali sebagai Saladin seperti dalam buku Anthony Hutting, The Arabs yang menyatakan beliau mempunyai kepimpinan dan perwatakan seperti Rasulullah SAW.
o Beliau merupakan penentang terkuat dalam Perang Salib dan berjaya mengambil semula Baitulmuqaddis dan Palestin daripada tangan Krisitian pada abad ke-12 seperti catatan Bahauddin bin Shaddad, penasihat Salehuddin al-Ayyubi.
·       
Dasar kepemimpinan dan pentadbiran:
     
     a)      Politik
·        Pengasas dinasti Ayyubiyah
o   Mengasaskan Dinasti Ayyubiyah di Mesir dan menjadi sultan pertama dan panglima agung. Bertanggungjawab memindahkan pusat pemerintahan dan kebudayaan ke Mesir yang kekal selama 350 tahun.
·        Pemimpin yang warak dan bertoleransi
o   Merupakan seorang panglima Islam yang sangat patuh kepada hukum Allah SWT dan dikategorikan dalam orang yang warak. Bertoleransi terhadap musuh contohnya, menghadiahkan dua ekor kuda dan air batu kepada musuhnya, iaitu raja England, King Richard.
·        Memperkuatkan angkatan tentera
o   Menumpukan seluruh tenaganya untuk membina kekuatan Islam bagi menawan semula Jerusalem (Baitulmuqaddis). Lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama kaum keluarganya. Menitikberatkan tentera penyerangnya kerana pasukan ini adalah tunggak kekuatan utama dalam pasukan perang. Mengarahkan tenteranya untuk perjuangan jihad dalam Perang Salib.
·        Ekspedisi ketenteraan
o   Membantu bapa saudaranya, Syirkuh al-Ayyubi memerangi Dinasti Fatimiyyah yang berkuasa dalam pemerintahan Mesir kerana mengikuti tentera Salib menentang Dinasti Zangi pada tahun 1166 Masihi. Terlibat dengan tiga siri Perang Salib menentang tentera Salib sehingga menguasai seluruh Palestin.
·        Menawan Kota Baitulmuqaddis
o   Merupakan tindak balas tentera Islam terhadap tentera Perancis di bawah pimpinan Raynald yang bertindak kejam terhadap kafilah dagang Islam. Salehuddin al-Ayyubi memenagi pertempuran di Hittin yang menyebabkan tentera Perancis berundur dan mengarahkan Raja Baitulmuqaddis, Guy Of Lusignan dan Raynald menghadapnya. Perjanjian damai dimeterai untuk memastikan kesucian kota Baitulmuqaddis tidak dicemari.
·        Dasar terhadap penganut agama Krisitian dan Yahudi
o   Pada tahun 1187 masihi, penaklukan Kota Baitulmuqaddis membuktikan dasar Salehuddin al-Ayyubi terhadap penganut agama Krisitian dan Yahudi. Tentera Islam tidak membunuh seorang pun penduduk bukan Islam Jurusalem malahan pada keesokan harinya, Salehuddin membenarkan penganut semua agama, tidak kira sama ada Islam, Krisitian ataupun Yahudi untuk bersembahyang di tempat suci masing-masing di Bandar tersebut.

      b)      Sosial
·        Menampilkan akhlak yang mulia untuk dicontohi
o   Berperwatakan disiplin ketenteraan dan berkeperibadian yang tinggi dan mulia. Seorang yang warak dan kehidupannya sangat ringkas dan sederhana. Beliau juga tidak tamak harta dan pangkat. Setia kepada janji, baik hati, pemurah dan bertoleransi.
·        Memulih dan membangunkan negara
o   Memberi tumpuan kepada pemulihan benteng ko Kaherah, mengarahkan kubu Qal’ah al-Jabal dan di Sinai dan membangunkan pulau al-Raudah dan al-Gizah. Beliau juga membina Diwan Armada yang bertanggungjawab menyelia urusan pembinaan kapal-kapal perang. Menubuhkan sebuah hospital yang dinamakan Bimaristan al-Atiq.
·        Memajukan bidang pendidikan
o   Banyak membina sekolah dan menjemput golongan ulama dan cendekiawan. Memperkenalkan sistem pendidikan prasekolah, al-Katib. Menjadikan masjid sebagai pusat pembelajaran seperti Masjid Amru al-As, Masjid al-Azhar dan Masjid al-Attarin di Iskandariah. Mewakafkan 32 buah kedai untuk dijadikan sekolah dan membiayai guru-guru yang mengajar. Mengutamakan pendidikan berasaskan mazhab Sunni (Ahli Sunnah Wal Jamaah).
     c)      Ekonomi
·        Sektor pertanian
o   Memberikan tumpuan terhadap penyediaan dan penyelenggaraan sistem terusan dan teknik-teknik pertanian supaya produktiviti meningkat dan mengelak kekurangan bekalan makanan.
·        Sektor percukaian
o   Sumber pendapatan negara diperoleh daripada jizyah yang dikenakan kepada golongan bukan Islam, fidyah yang dibayar oleh tawanan perang untuk menebus diri, harta rampasan perang dan cukai tanah (kharaj). Cukai-cukai yang membebankan rakyat pada zaman kerajaan Fatimiyyah dihapuskan seperti cukai ke atas jemaah haji.
     d)      Agama
·        Menerapkan semangat jihad
o   Salehuddin telah menyerahkan dirinya untuk berjihad pada jalan Allah SWT. Justeru, fikiran dan tindak-tanduk beliau sentiasa tertumpu kepada jihad. Isu jihad merupakan tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Menerapkan semangat jihad dalam pasukan tenteranya dan mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk berjihad.
·        Menjadikan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah pegangan rasmi negara Mesir.
o   Semasa Salehuddin memerintah Mesir, beliau berusaha menghapuskan kepercayaan-kepercayaan karut termasuk menggantikan fahaman Syiah. Untuk itu beliau mengutamakan pendidikan agama yang berasaskan mazhab Sunni dan mengembalikan semula pengaruh mazhab Sunni di Mesir.
·        Kecintaan terhadap Islam khasnya al-Quran dan Hadis
o   Salehuddin mempunyai asas pengetahuan agama Islam yang kukuh serta sering mendalami ilmu pengetahuan yang lain. Selain al-Quran, beliau juga seorang yang gemar mendalami bidang ilmu hadis dan tafsir Quran. Oleh itu, beliau menggalakkan kanak-kanak di prasekolah mempelajari al-Quran dan menghafal hadis. Beliau juga banyak mendirikan masjid sebagai pusat pembelajaran ilmu keagamaan seperti ilmu tafsir.