Thursday 21 November 2013

ANALISIS SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN CADANGAN EKONOMI KERTAS 3 STPM 2013



BAHAGIAN A SOALAN ESEI





















JAWAPAN CADANGAN

1 (a) soalan ini mengkehendaki calon memberikan maksud IHP dan inflasi serta menerangkan hubungan kedua-duanya

  • indeks harga pengguna (IHP) ialah petunjuk perubahan purata harga sekumpulan barang dan perkhidmatan terpilih dalam ekonomi bagi suatu tahun berbanding dengan tahun asas. 1m
  • inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dan tidak terbatas  atau kenaikan harga purata barang dan perkhidmatan yang dijual beli dalam ekonomi. 1m
  • hubungan kedua-duanya ditunjukkan melalui tingkat harga barang dan perkhidmatan iaitu apabila tingkat harga umum meningkat,indeks harga pengguna akan meningkat, kadar inflasi juga akan meningkat dan begitulah sebaliknya. 1m
1 (b) soalan ini mengkehendaki calon memberikan tiga kegunaan maklumat IHP dan inflasi
  • menunjukkan peratusan perubahan IHP dan inflasi mengikut kawasan sesebuah negara. ½m
    • maklumat perbezaan IHP dan inflasi dapat ditunjukkan mengikut kawasan seperti di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. ½m
  • menunjukkan peratusan perubahan harga kumpulan barang dan perkhidmatan. ½m
    • kenaikan harga kumpulan barang dan perkhidmatan yang menyumbang kepada inflasi dapat ditunjukkan. ½m
  • mengukur kos sara hidup sesebuah negara ½m
    • maklumat IHP, inflasi dan kenaikan harga kumpulan barang dan perkhidmatan dapat mengukur kos sara hidup rakyat sesebuah negara.  ½m

2 (a) soalan ini mengkehendaki calon menjelaskan 2 faktor kenaikan kadar inflasi semasa ekonomi GTP

  • bekalan wang berlebihan ½m
    • menyebabkan kejatuhan kadar bunga. Pelaburan firma dan perbelanjaan penggunaan isi rumah bertambah. Kuasa beli meningkat menyebabkan tingkat harga umum naik seterusnya menyebabkan berlakunya inflasi.  ½m
  • permintaan agregat berlebihan ½m
    • pertambahan penggunaan (C), pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G) dan eksport (X) menyebabkan pendapatan negara dan masyarakat meningkat seterusnya menyumbang kepada kenaikan tingkat harga umum dan inflasi.  ½m
2 (b) soalan ini mengkehendaki calon menyatakan empat kesan negatif inflasi.
  • kos sara hidup meningkat  ½m
    • inflasi menyebabkan kuasa beli isi rumah merosot dan terpaksa membelanjakan lebih banyak wang untuk mendapatkan kuantiti barang dan perkhidmatan yang sama. ½m
  • taraf hidup merosot  ½m
    • inflasi menyebabkan kualiti dan kuantiti barang yang dimiliki semakin berkurangan. Ini menyebabkan isi rumah terpaksa bekerja lebih masa seterusnya menjejaskan kesihatan dan keharmonian keluarga. ½m
  • pertumbuhan ekonomi negatif  ½m
    • inflasi yang melampau menyebabkan firma menggunakan wangnya untuk tujuan spekulasi menyebabkan pelaburan dan keluaran negara benar merosot. ½m
  • nilai wang dan kuasa beli merosot  ½m
    • inflasi yang tinggi menyebabkan nilai wang dan kuasa beli merosot menyebabkan permintaan wang oleh masyarakat bertambah untuk mengekalkan taraf hidup sebelum inflasi. ½m

3 (a) soalan ini mengkhendaki calon menyatakan dua tujuan dasar perlindungan dalam perdagangan antarabangsa
  • untuk menambahbaik kegiatan perdagangan tidak adil oleh pengeksport asing melalui perlaksanaan perundangan timbal balas. 1m
  • untuk menyediakan satu rangka kerja untuk menyiasat dakwaan kerugian yang disebabkan oleh lambakan melalui perlaksanaan antilambakan atau import yang diberi subsidi melalui perlaksanaan duti timbal balas.1m
3 (b) soalan ini mengkehendaki calon menyatakan cara tarif dan subsidi dapat memperbaiki imbangan pembayaran negara. sebaik-baiknya calon dapat menyatakan maksud tarif dan subsidi.
  • Tarif
    • merupakan cukai yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan yang diimport.1m
    • tarif menyebabkan perbelanjaan import menurun dan imbangan pembayaran negara akan bertambah baik.1m
  • Subsidi
    • adalah bayaran yang yang dibuat oleh kerajaan kepada pengeksport tempatan suapaya dapat menurunkan kos pengeluaran dan harga barang tempatan yang diieksport.1m
    • subsidi menyebabkan jumlah eksport bertambah sekaligus memperbaiki imbangan pembayaran negara.1m

4  Soalan ini mengkehendaki calon menghuraikan tiga faktor yang mempengaruhi imbangan akaun semasa di Malaysia. soalan ini agak memerlukan pembacaan yang banyak dari buku-buku ekonomi jika ingin menjawab.

  • perubahan harga dalam negeri 1m
    • kenaikan harga dalam negeri menyebabkan harga barang eksport lebih mahal berbanding barang import menyebabkan eksport bersih merosot dan imbangan akaun semasa berkurang. begitulah sebaliknya. 1m
  • perubahan harga luar negeri 1m
    • apabila berlaku kenaikan dalam harga luar negeri, permintaan terhadapap barang eksport akan meningkat dan permintaan import akan berkurang menyebabkan eksport bersih meningkat dan imbangan akaun semasa bertambah. Begitulah sebaliknya. 1m
  • perubahan kadar pertukaran asing 1m
    • apabila nilai mata wang asing meningkat, nilai RM akan jatuh menyebabkan nilai eksport merosot dan nilai import bertambah menyebabkan eksport bersih merosot dan imbangan akaun semasa berkurang. begitulah sebaliknya. 1m
5 soalan ini mengkehendaki calon menjelaskan tiga langkah kerajaan untuk memajukan PKS di Malaysia
  • Memperluaskan program vendor.1m
    • Membantu PKS mengatasi masalah pemasaran produk kerana pasaran produk PKS ditentukan oleh industri skala besar.½m
    • Program ini diselaraskan oleh MITI.Contoh, proton telah melantik beberapa vendor melalui skim komponen proton.½m
  • Menubuhkan perbadanan pembangunan PKS.1m
    • SMIDEC ditubuhkan untuk menyelaras program PKS khususnya dalam pemberian pinjaman.½m
    • SMIDEC juga dapat mengawal dan meningkatkan kualiti produk PKS di samping memodenisasi PKS.Mengembangkan usaha R&D ½m
  • Usaha pemindahan teknologi dari firma besar telah mengembangkan R&D PKS.1m
    • Bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti produk PKS agar berdaya saing ½m
    •  Contohnya penggunaan ICT dan robotik dalam PKS.½m

6 (a) Soalan ini mengkehendaki calon memberikan maksud kemiskinan relatif. calon digalakkan menjelaskan pendapatan 40% terendah untuk mengukur kemiskinan relatif
  • kemiskinan relatif mengukur perbezaan pendapatan antara negeri, kaum, strata (bandar dan luar bandar) 1m
  • ukuran bagi kemiskinan relatif yang biasa digunakan ialah pendapatan 40% terendah sebagai ukuran utama berbanding dengan 20% tertinggi.1m
6 (b) soalan ini mengkehendaki calon untuk menjelaskan dua punca kemiskinan relatif (negeri,kaum,strata)
  • Modal 1m
    • penduduk luar bandar kebanyakannya menjadi petani dan pekebun kecil sukar memperoleh pinjaman daripada institusi kewangan untuk meningkatkan hasil pengeluaran  ½m
    • ini menyebabkan pendapatan penduduk di luar bandar adalah sangat kecil sekaligus menyumbang kepada kemiskinan relatif. ½m
  • Pendidikan 1m
    • gaya hidup etnik tradisional dan pegangan atau kepercayaan kolot menyebabkan etnik tertentu kurang menekankan pendidikan. ½m
    • pendidikan yang rendah menyebabkan mereka sukar memperoleh kemahiran baru dan pendapatan yang lebih baik dan terus dibelanggu kemiskinan relatif. ½m 

BAHAGIAN B SOALAN KUANTITATIF





















JAWAPAN CADANGAN

7 (a) (i)

                               Upah benar = IHP tahun asas      X upah wang/nominal
                                                     IHP tahun semasa

                               Upah benar 2009 =  100   X 3800 1m
                                                              112.1
                                                           = 3389.83 1m
 
                              Upah benar 2010 = 3596.49 1m

7 (a) (ii)

  • pada tahun 2009 upah benar lebih rendah daripada upah wang. Kuasa beli upah wang telah merosot sebanyak RM410.17 (RM3800-RM3389.83), begitu juga pada tahun 2010, kuasa beli upah wang telah merosot sebanyak 503.51. 1m
  • keadaan ini berlaku disebabkan wujudnya inflasi. 1m
7 (b) (i)

         peratus upah benar 2009-2010= 3596.49-3389.83    X 100  1m
                                                                   3389.83
                                                        = 6.10% 1m

         peratus upah nominal 2009-2010= 7.89% 1m

7 (b) (ii)
  • peratus kenaikan upah benar antara tahun 2009-2010 (6.10%) adalah lebih rendah berbanding peratus kenaikan upah nominal (7.89%). 1m
  • ini menunjukkan taraf hidup rakyat Malaysia telah menurun/merosot. 1m


















8 (a) (i)

2005 = 29.40% X RM522 445 juta
         = RM 153 598.83 juta 1m

2008= 31.40% X RM742 470 juta
        =RM 233 135.58 juta 1m

8 (a) (ii)

kadar pertumbuhan nilai sumbangan PKS 2003-2008




1m
½m
½m
½m
½m

8 (b)



1m

½m
½m



8 (c)
  • Memperluaskan program vendor.1m
  • Menubuhkan perbadanan pembangunan PKS.1m
  • Usaha pemindahan teknologi dari firma besar telah mengembangkan R&D PKS.1m

No comments:

Post a Comment