Wednesday 27 November 2013

ANALISA SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN CADANGAN EKONOMI 1 2014 DAN ULANGAN 1 2013 (BAHAGIAN B)




JAWAPAN CADANGAN

21.(a)
  • Usahawan merupakan individu yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran (buruh, tanah dan modal) untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. 1m
  • Usahawan berperanan sebagai pemimpin, perancang, penyelaras dan pengawal aktiviti firma. 1m
21.(b)
  • Peranan1
    • buruh menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.½
    • usahawan menggabungkan faktor-faktor pengeluaran termasuk buruh untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan½
  • Risiko1
    • buruh menawarkan perkhidmatan berdasarkan kemahiran dan bukan dirinya sendiri.½
    • usahawan menanggung risiko di atas peranannya dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.½
  • Pulangan1
    • buruh menerima upah atau gaji.½
    • usahawan menerima untung/rugi½
  • Penawaran/mobiliti faktor1
    • buruh mudah didapati atau dipindahkan½
    • ushawan terhad kerana menanggung risiko dan perlukan daya usaha yang tinggi.½
22. (a)
  • perubahan kuantiti diminta merupakan perubahan atau pergerakan di sepanjang keluk permintaan yang sama berpunca daripada perubahan harga barang itu sendiri.1
  • perubahan permintaan pula merupakan peralihan keluk permintaan sama ada ke kanan atau ke kiri akibat perubahan faktor selain harga barang itu sendiri. 1
22. (b)
  • kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan awam
    • Rajah2
    • Penerangan
      • Rajah di atas menunjukkan kesan ke atas keluk permintaan sekiranya kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan awam dengan andaian ceteris paribus. Andaikan D0D0 ialah keluk permintaan asal pada tingkat harga asal P0 dan kuantiti asal Q0. Sekiranya kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan awam, pendapatan kakitangan awam akan bertambah.1
      • Peningkatan pendapatan kakitangan awam menyebabkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan oleh kakitangan awam tersebut bertambah. Maka, keluk permintaan beralih ke kanan dan pada tingkat harga yang sama, iaitu P0, kuantiti permintaan telah bertambah dari Q0 kepada Q1. 1
  • harga barang pengganti turun
    • Rajah2
    • Penerangan
      • Rajah di atas menunjukkan kesan ke atas keluk permintaan sekiranya harga barang pengganti sesuatu barang turun dengan andaian daging merupakan barang pengganti ikan. Andaikan D0D0 ialah keluk permintaan asal pada tingkat harga asal P0 dan kuantiti asal Q0. Sekiranya harga daging turun, secara relatifnya, harga ikan akan mahal (tetap).1
      • Penurunan harga daging menyebabkan permintaan ikan berkurang. Maka, keluk permintaan beralih ke kiri dan pada tingkat harga yang sama, iaitu P0, kuantiti permintaan ikan telah berkurang dari Q0 kepada Q2. 1

23.(a)
  • lebihan pengguna merujuk kepada perbezaan antara harga yang sanggup dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang dengan harga yang sebenar dibayar di pasaran.1
  • lebihan pengeluar pula merujuk kepada perbezaan antara harga yang sanggup diterima oleh pengeluar dengan harga yang sebenar dijual di pasaran.1
23.(b)
  • apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas pengeluar, kesan ke atas lebihan pengguna dapat dilihat melalui empat keadaan keluk keanjalan penawaran iaitu tak anjal sempurna, tak anjal, anjal dan anjal sempurna.
  • Rajah keluk keanjalan penawaran tak anjal sempurna:1
  • andaikan kerajaan mengenakan cukai kepada pengeluar sebanyak P0P2 untuk seunit keluaran. Ini akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat. pengeluar akan menanggung semua beban cukai sebanyak P2P0E0A. Kesannya kepada lebihan pengguna adalah tetap iaitu pada segitiga P0E0D.1
  • Rajah keluk penawaran tak anjal:1
  • andaikan kerajaan mengenakan cukai kepada pengeluar sebanyak P2P1 untuk seunit keluaran. Ini akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat. pengeluar akan menanggung beban cukai lebih besar daripada pengguna sebanyak P2P0BA > P0P1E1B. Kesannya kepada lebihan pengguna adalah berkurang iaitu daripada segitiga P0E0D0 kepada P1E1D0.1
  • Rajah keluk penawaran anjal:1
  • andaikan kerajaan mengenakan cukai kepada pengeluar sebanyak P2P1 untuk seunit keluaran. Ini akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat. pengguna akan menanggung beban cukai lebih besar daripada pengeluar sebanyak P0P1E1B > P2P0BA. Kesannya kepada lebihan pengguna adalah berkurang iaitu daripada segitiga P0E0D0 kepada P1E1D0.1
  • Rajah keluk penawaran anjal sempurna:1

  • andaikan kerajaan mengenakan cukai kepada pengeluar sebanyak P0P1 untuk seunit keluaran. Ini akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat. pengguna akan menanggung semua beban cukai P0P1E1A. Kesannya kepada lebihan pengguna adalah berkurang iaitu daripada segitiga P0E0D0 kepada P1E1D0.1

24.(a)

  • untung ekonomi merupakan untung yang diperoleh sebuah firma setelah kos implisit atau kos tersembunyi ditolak daripada untung perakaunan.1
  • untung perakaunan pula merupakan untung yang diperoleh sebuah firma apabila jumlah hasil ditolak dengan jumlah kos pengeluaran.1
24.(b)
  • Katakan Encik Amin melaburkan wang sebanyak RM50 000 untuk membuka sebuah kedai runcit.1
  •  Beliau menjalankan perniagaannya bersama seorang pembantu yang dibayar upah.1
  • pada akhir tahun, setelah menolak semua kos pengeluaran, encik Amin memnperoleh keuntungan sebanyak RM20 000. 1
  • Keuntungan sebanyak RM20 000 tersebut merupakan untung perakaunan, iaitu jumlah hasil ditolak jumlah kos.1
  • untung ekonomi diperoleh dengan menolak kos implisit daripada untung perakaunan.katakan terdapat dua kos implisit, iaitu upah kepada encik Amin dan bunga atas modal sebanyak RM50 000.1
  •  sekiranya encik Amin bekerja di tempat lain, beliau akan menerima gaji RM6000 setahun dan sekiranya wang RM50 000 tadi disimpan di dalam bank, beliau akan menerima bunga atas kadar 6% setahun, iaitu sebanyak RM3000 (6% X RM50 000).1
  • Oleh itu, jumlah kos implisit yang terlibat ialah RM9000 (RM6000 + RM3000). 1
  • Maka untung ekonomi encik Amin ialah RM11 000 (RM20 000 - RM9000)1
25.
  • Bilangan firma1
    • PPS mempunyai banyak firma½
    • PPTS satu firma (monopoli)½
  • Keluaran1
    • PPS mengeluarkan barang yang homogen dan mempunyai pengganti yang sempurna½
    • PPTS mengeluarkan barang yang tidak boleh didapati de tempat lain dan tiada pengganti yang sempurna.½
  • Penentuan harga1
    • firma PPS meerupakan penerima harga berdasarkan DD dan SS di pasaran½
    • firma PPTS mempunyai kuasa untuk menentukan harga½
  • Keluk DD firma1
    • firma PPS mempunyai keluk berbentuk anjal sempurna½
    • firma PPTS mempunyai keluk tak anjal½
  • Kebebasan keluar masuk1
    • firma PPS bebas keluar masuk pasaran½
    • firma PPTS mempunyai halangan untuk masuk ke dalam pasaran. ½
26.

  • peratusan kos upah daripada jumlah kos pengeluaran1
    • jika peratusan kos upah adalah kecil berbanding jumlah kos pengeluaran, kemungkinan besar majikan akan memenuhi tuntutan kenaikan upah oleh kesatuan sekerja.½
    • sebaliknya½
  • keadaan guna tenaga dalam ekonomi1
    • GTP/ekonomi melambung, majikan dapat memenuhi tuntukan kenaikan upah.½
    • sebaliknya½
  • keanjalan permintaan output yang dikeluarkan1
    • tak anjal, kesatuan sekerja dapat menuntut kenaikan upah lebih mudah.½
    • anjal, menghadapi kesukaran.½
  • tingkat keuntungan firma1
    • untung besar, majikan dapat memenuhi tuntutan kenaikan upah.½
    • untung sedikit, majikan sukar memenuhi tuntutan kenaikan upah.½
  • keanjalan permintaan buruh1
    • tak anjal, kesatuan sekerja dapat menuntut kenaikan upah lebih mudah.½
    • anjal, menghadapi kesukaran.½
  • lain-lain (kekuatan kesatuan sekerja, kedudukan kewangan kesatuan sekerja).





No comments:

Post a Comment