Monday 25 January 2016

NOTA KULIAH 1.1 (b) MASYARAKAT JAHILIAH

b.  Struktur masyarakat jahiliah
·        Pembahagian masyarakat:
(a)    Masyarakat badwi
                                   i.    Merujuk kepada masyarakat yang menetap di luar bandar seperti di kampung dan kawasan pedalaman di bahagian tengah dan utara Tanah Arab.
                                  ii.        Menjalankan aktiviti ekonomi iaitu menternak binatang seperti unta dann kibas selain pertanian mengikut kawasan perpindahan yang biasanya di kawasan sementara seperti wadi dan oasis.
                                iii.         Mereka terdiri daripada keturunan yang tidak bercampur gaul dengan orang lain dan mempunyai sistem politik kabilah dan institusi sosial tersendiri.
                                iv.          Menganut agama nenek moyang iaitu menyembah berhala.

(b)   Masyarakat hadari
                                   i.          Merujuk kepada masyarakat Arab yang menetap di bandar dan pinggir bandar di bahagian selatan Tanah Arab, berhampiran Laut Merah dan Lautan Hindi.
                                  ii.          Menjalankan aktiviti pertanian seperti di Yathrib (Madinah), pertukangan dan perdagangan di Makkah dan Taif serta mempunyai pelabuhan bebas seperti di Yaman.
                                  iii.        Mereka mempunyai hubungan yang luas dengan kabilah atau suku Arab yang lain dan terdiri daripada golongan cerdik pandai daripada keturunan bangsawan.
                                  iv.       Menganut agama Wathani atau penyembahan berhala seperti berhala al-Lata, al-Uzza dan al-Manat.

·        Masyarakat Makkah sebelum Islam – kaum Quraisy di Makkah.
                   I.          Pada kurun ke-5M, iaitu kira-kira 100 tahun sebelum lahirnya nabi Muhammad SAW, kaum Quraisy di bawah pimpinan Qusai bin Qilab menduduki Makkah dan menguasai tampuk pemerintahan.
                 II.          Di bawah pemerintahan Quraisy, Makkah muncul sebagai pusat ibadat, pusat perdagangan, dan pusat kebudayaan, serta bebas daripada pengaruh asing seperti Parsi dan Byzantine.
              III.          Masyarakat Quraisy terbahagi kepada beberapa suku yang dikenali sebagai Bani seperti Bani Hashim, Bani Umayyah, Bani Makhzum, Bani Tamim dan Bani Adi.

·        Masyarakat Madinah sebelum Islam – kaum Aus, Khazraj dan Yahudi (bani Qainuqa’, bani Nadir dan bani Quraizah)
                   I.          Madinah terletak di tengah perjalanan antara Sham di sebelah utara dan Makkah di sebelah selatan. Kesuburan tanah untuk kegiatan pertanian dan penternakan menjadikan Madinah menjadi tumpuan masyarakat Arab seperti Bani Aus dan Khazraj dan Yahudi (Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qainuqa’).
                 II.          Suku Aus dan Khazraj berasal dari selatan Tanah Arab, Himyar (Yaman) dan dikenali sebagai Bani Qailah. Mereka berhijrah dan menetap di Yathrib (Madinah) disebabkan pecahnya Empangan Maarib di Himyar. Orang Yahudi melarikan diri dari Palestin ke Yathrib (Madinah) disebabkan tersebarnya agama Nasrani.  
              III.          Orang Yahudi berusaha memecahbelahkan suku Aus dan Khazraj sehingga berjaya mencetuskan peperangan Bu’ath. Kesannya orang Arab semakin lemah dan orang Yahudi berkuasa di Madinah.

·        Sistem Kabilah:
                   I.          Unit asas kabilah bermula dalam sebuah keluarga kecil yang dipanggil a’ilah. Interaksi sosial antara keluarga yang tinggal di khemah-khemah membentuk hay. Penyatuan beberapa hay berdasarkan interaksi, agama, bahasa dan keturunan akan membentuk kabilah.
                 II.          Kehidupan masyarakat jahiliah diikat dengan satu ikatan yang padu dinamakan assabiah. Dalam ikatan assabiah, mereka sangat taasub dan fanatik dengan kabilah masing-masing.
              III.          Kabilah diketuai oleh seorang syeikh. Syeikh dilantik dari golongan bangsawan yang berwibawa tinggi dalam semua aspek seperti berani, pintar, berilmu, dihormati dan sebagainya. Syeikh menerajui dan mengetuai pentadbiran dalam kabilahnya.
              IV.          Di Makkah, wujud Majlis Tindakan atau Darul Nadwah yang dianggotai oleh ketua-ketua kabilah bertujuan untuk menyelesaikan masalah, perjanjian dan perlindungan antara kabilah.

·        Kelas masyarakat hadari:
                                I.            Bangsawan
                             II.            Agamawan – ahli kitab/pendeta
                           III.            Masyarakat biasa – peniaga, pedagang dan petukang
                          IV.            Golongan wanita
                             V.            Golongan hamba

·        Kelas masyarakat badwi:
                                I.            Ketua kabilah
                             II.            Pengikut/ahli puak
                           III.            Wanita
                          IV.            Hamba

Soalan Struktur
1.      Nyatakan 2 jenis masyarakat Arab jahiliah
(a)
(b)
2. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat assabiah?

3. Nyatakan ciri masyarakat Hadari dari segi:
(a) lokasi
(b) politik
(c) ekonomi
(d) sosial
(e) agama

4. Senaraikan aktiviti masyarakat Quraisy sebelum kedatangan Islam.


Soalan Esei
1.    Bandingkan budaya kehidupan masyarakat Arab Badwi dan Hadhari di Semenanjung Tanah Arab pada abad ke 6 Masihi.

2.    Jelaskan struktur masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah.

3.    Perihalkan sosioekonomi masyarakat Arab Quraisy Makkah sebelum kedatangan Islam.





Tuesday 19 January 2016

NOTA KULIAH 1.1 MASYARAKAT JAHILIYAH

Unit 1.1           : Masyarakat Jahiliyah
a.       Konsep jahiliyah
·        Definisi jahiliah dari segi bahasa dan istilah.
o    Jahiliah berasal daripada kata akar ‘jahala’ dan kata terbitan ‘jahlun’ atau ‘jahlatun’ yang bererti bodoh dan sesat.
·        Menurut al-Quran/pandangan tokoh sejarawan.
o    Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri jahiliah dapat dirumuskan kepada empat, iaitu:
§   Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
§   Masyarakatnya tidak mempunyai peradaban dan tamadun.
§   Masyarakaynya tidak berakhlak, bersikap angkuh dan bongkak.
§   Masyarakat jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.
o    Menurut P.K. Hitti, masyarakat Arab jahiliyah hanya jahil dari segi agama dan kepercayaan tetapi maju dari segi ilmu pengetahuan dan mempunyai tamadun yang tinggi
o    Ciri-ciri masyarakat jahiliyah dari segi:
§   Politik
®      Terdapat majlis tindakan atau Darul Nadwah dalam kabilah terutamanya di kota Makkah. Darul Nadwah terdiri daripada 15 majlis yang dianggotai oleh al-Mala’ iaitu golongan bangsawan. Mengadakan Hilf al-Fudul atau perjanjian mulai antara kabilah untuk mewujudkan perniagaan yang adil antara mereka.
§   Sosial
®      Mengamalkan sistem kabilah atau perkauman yang menerapkan semangat assabiyah iaitu kesetiaan terhadap kabilah masing-masing. Kedudukan wanita dan hamba adalah yang paling bawah dalam hierarki masyarakat. Dari segi akhlak, ada yang positif seperti menghormati tetamu dan yang negatif seperti menanam bayi perempuan hidup-hidup.
§   Ekonomi
®      Menjalankan aktiviti perdagangan, perniagaan, penternakan, merompak, pertukangan. Aktiviti ekonomi ini saling bergantungan antara satu sama lain membentuk ‘chain of supply’ dalam komuniti masyarakat jahiliyah.
§   Kepercayaan dan agama
®      Wujud kepercayaan beragama (penyembahan berhala/Wathani, Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif) dan kepercayaan animise serta penyembahan unsur alam.
§   Ilmu pengetahuan dan intelektual
®      Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran aktiviti ekonomi dan intelektualisme seperti sejarah, geografi dan astronomi. Mereka juga mahir membuat senjata dan peperangan.
§   Kesusasteraan
®      Mempunyai karya ilmu bermutu iaitu al-Sab al-muallaqat. Kemahiran bersyair, bersajak, berkhutbah dan gazal contohnya Imru al-Qais. Syair dan karya-karya lain dipertandingkan di Pasar Ukaz.


§   Sifat-sifat positif
®      Mempunyai semangat kejiranan, menghormati tetamu dan tuan rumah, menepati janji dan setia kepada kaum.

Latihan
1.      Nyatakan agama dan kepercayaan pada zaman jahiliah
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
2.  Apakah yang dimaksudkan dengan konsep jahiliah?
3.  Jelaskan konsep masyarakat jahiliah menurut pandangan Ibn Khaldun.
4.  Bincangkan ciri-ciri masyarakat jahiliah dari segi:
     i. Sosial                               ii. Ekonomi

Soalan Esei
1.      Bincangkan konsep masyarakat jahiliyah di Semenanjung Tanah Arab pada abad ke-6M
2.      Masyarakat Arab jahiliah adalah masyarakat yang tidak bertamadun. Bincangkan pernyataan tersebut.
3.      Bincangkan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliyah sebelum kedatangan Islam.
4.      Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. (STPM 2013)
5.      Sejauh manakah masyarakat Arab jahiliah dianggap sebagai masyarakat yang tidak bertamadun? (STPM 2015)



Wednesday 13 January 2016

HURAIAN TEMA KERJA KURSUS SEJARAH STPM 2016 940/4

TEMA 1: SEJARAH SUKAN


  • Setiap masyarakat mempunyai tradisi masing-masing dalam kegiatan bersukan. 
  • Sukan dalam sesebuah masyarakat itu muncul dalam bentuk kegiatan riadah ataupun kegiatan yang bersifat pertandingan. 
  • Setiap masyarakat mengalami perkembangan dan pembaharuan dalam kegiatan bersukan.
  • Kajian sejarah sukan meneliti amalan bentuk-bentuk kegiatan sukan tersebut. 
  • Dalam konteks masyarakat Malaysia tradisi bersukan telah wujud sejak lama. 
  • Setiap masyarakat Malaysia – Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan kaum-kaum lain yang ada di negara ini memiliki pelbagai bentuk kegiatan sukan yang diwarisi secara turun temurun.
  • Sejarah sukan mengidentifikasikan bentuk-bentuk kegiatan sukan yang ada itu. 
  • Sejarah sukan juga meneliti kemunculan bentuk kegiatan sukan yang baru dalam sesebuah masyarakat
  • Contohnya, sukan bola sepak, bola keranjang, karate, atletik dan sebagainya. 
  • Bentuk sukan yang baru diperkenalkan ini kemudiannya menjadi kegiatan yang popular dan diamalkan secara meluas dalam masyarakat kita. 
  • Sejarah sukan meneliti bagaimana bentuk kegiatan sukan itu muncul, diamalkan dan berkembang dalam masyarakat.
  • Tokoh atau institusi sukan juga boleh dijadikan sebahagian dari  skop kajian.  

         TEMA 2: SEJARAH KUMPULAN ETNIK/KAUM/KLAN/SUKU KAUM

  • Kebanyakan negara di dunia pada hari ini didiami oleh masyarakat pelbagai kaum
  • Di Malaysia misalnya, komposisi penduduknya sangat kompleks. 
  • Secara umumnya, masyarakat yang kompleks itu dibahagikan mengikut kategori secara umum iaitu kaum. 
  • Di dalam kategori kaum itu pula terdapatnya entiti sosial lebih keciletnik dan suku.
  • Pembahagian dalam kategori kaum itu mewujudkan kumpulan penduduk Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan lain-lain.
  • Pembahagian dibuat berdasarkan kepada perbezaan asal-usul, agama, budaya, bahasa, cara hidup dan sebagainya. 
  • Di dalam kategori kaum itu pula terdapat entiti lebih kecil.
  • Dalam kategori kaum Melayu misalnya, terdapat etnik/suku yang berbeza-beza pula. 
  • Demikian juga dalam kaum Cina dan India. 
  • Setiap kaum dan entiti kecil yang  ada di dalamnya itu memiliki identiti, budaya dan cara hidup dan sejarah asal usul masing-masing. 
  • Tema kajian Sejarah Kaum/Etnik/Suku memberikan perhatian kepada aspek-aspek tersebut.

         TEMA 3: TEMPAT
  •          Merujuk kepada kawasan khasnya di kawasan tempatan.
  •          Sejarah tempatan terbahagi kepada dua iaitu negeri dan daerah.
  •          Untuk negeri, skop kajian melibatkan bandar dan pekan.
  •          Manakala untuk daerah, skop kajian seperti kampung.


TEMA 4: KULINARI

  •         Kulinari boleh ditakrifkan sebagai seni memasak
  •         Kemunculan, perkembangan dan perubahan dalam dunia masakan.
  •         Daerah atau kaum tentunya memiliki masakan istimewa.
  •         Perkaitan makanan itu dalam proses sosialisasi
  •         Aktiviti atau pergerakan manusia yang melibatkan masakan
  •         Individu-individu yang terlibat dengan kulinari seperti tukang masak atau chef
  •         Perkembangan dan perubahan dalam teknologi seni kulinari
  •         Kajian perlulah menggunakan pendekatan sejarah