Monday 25 January 2016

NOTA KULIAH 1.1 (b) MASYARAKAT JAHILIAH

b.  Struktur masyarakat jahiliah
·        Pembahagian masyarakat:
(a)    Masyarakat badwi
                                   i.    Merujuk kepada masyarakat yang menetap di luar bandar seperti di kampung dan kawasan pedalaman di bahagian tengah dan utara Tanah Arab.
                                  ii.        Menjalankan aktiviti ekonomi iaitu menternak binatang seperti unta dann kibas selain pertanian mengikut kawasan perpindahan yang biasanya di kawasan sementara seperti wadi dan oasis.
                                iii.         Mereka terdiri daripada keturunan yang tidak bercampur gaul dengan orang lain dan mempunyai sistem politik kabilah dan institusi sosial tersendiri.
                                iv.          Menganut agama nenek moyang iaitu menyembah berhala.

(b)   Masyarakat hadari
                                   i.          Merujuk kepada masyarakat Arab yang menetap di bandar dan pinggir bandar di bahagian selatan Tanah Arab, berhampiran Laut Merah dan Lautan Hindi.
                                  ii.          Menjalankan aktiviti pertanian seperti di Yathrib (Madinah), pertukangan dan perdagangan di Makkah dan Taif serta mempunyai pelabuhan bebas seperti di Yaman.
                                  iii.        Mereka mempunyai hubungan yang luas dengan kabilah atau suku Arab yang lain dan terdiri daripada golongan cerdik pandai daripada keturunan bangsawan.
                                  iv.       Menganut agama Wathani atau penyembahan berhala seperti berhala al-Lata, al-Uzza dan al-Manat.

·        Masyarakat Makkah sebelum Islam – kaum Quraisy di Makkah.
                   I.          Pada kurun ke-5M, iaitu kira-kira 100 tahun sebelum lahirnya nabi Muhammad SAW, kaum Quraisy di bawah pimpinan Qusai bin Qilab menduduki Makkah dan menguasai tampuk pemerintahan.
                 II.          Di bawah pemerintahan Quraisy, Makkah muncul sebagai pusat ibadat, pusat perdagangan, dan pusat kebudayaan, serta bebas daripada pengaruh asing seperti Parsi dan Byzantine.
              III.          Masyarakat Quraisy terbahagi kepada beberapa suku yang dikenali sebagai Bani seperti Bani Hashim, Bani Umayyah, Bani Makhzum, Bani Tamim dan Bani Adi.

·        Masyarakat Madinah sebelum Islam – kaum Aus, Khazraj dan Yahudi (bani Qainuqa’, bani Nadir dan bani Quraizah)
                   I.          Madinah terletak di tengah perjalanan antara Sham di sebelah utara dan Makkah di sebelah selatan. Kesuburan tanah untuk kegiatan pertanian dan penternakan menjadikan Madinah menjadi tumpuan masyarakat Arab seperti Bani Aus dan Khazraj dan Yahudi (Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qainuqa’).
                 II.          Suku Aus dan Khazraj berasal dari selatan Tanah Arab, Himyar (Yaman) dan dikenali sebagai Bani Qailah. Mereka berhijrah dan menetap di Yathrib (Madinah) disebabkan pecahnya Empangan Maarib di Himyar. Orang Yahudi melarikan diri dari Palestin ke Yathrib (Madinah) disebabkan tersebarnya agama Nasrani.  
              III.          Orang Yahudi berusaha memecahbelahkan suku Aus dan Khazraj sehingga berjaya mencetuskan peperangan Bu’ath. Kesannya orang Arab semakin lemah dan orang Yahudi berkuasa di Madinah.

·        Sistem Kabilah:
                   I.          Unit asas kabilah bermula dalam sebuah keluarga kecil yang dipanggil a’ilah. Interaksi sosial antara keluarga yang tinggal di khemah-khemah membentuk hay. Penyatuan beberapa hay berdasarkan interaksi, agama, bahasa dan keturunan akan membentuk kabilah.
                 II.          Kehidupan masyarakat jahiliah diikat dengan satu ikatan yang padu dinamakan assabiah. Dalam ikatan assabiah, mereka sangat taasub dan fanatik dengan kabilah masing-masing.
              III.          Kabilah diketuai oleh seorang syeikh. Syeikh dilantik dari golongan bangsawan yang berwibawa tinggi dalam semua aspek seperti berani, pintar, berilmu, dihormati dan sebagainya. Syeikh menerajui dan mengetuai pentadbiran dalam kabilahnya.
              IV.          Di Makkah, wujud Majlis Tindakan atau Darul Nadwah yang dianggotai oleh ketua-ketua kabilah bertujuan untuk menyelesaikan masalah, perjanjian dan perlindungan antara kabilah.

·        Kelas masyarakat hadari:
                                I.            Bangsawan
                             II.            Agamawan – ahli kitab/pendeta
                           III.            Masyarakat biasa – peniaga, pedagang dan petukang
                          IV.            Golongan wanita
                             V.            Golongan hamba

·        Kelas masyarakat badwi:
                                I.            Ketua kabilah
                             II.            Pengikut/ahli puak
                           III.            Wanita
                          IV.            Hamba

Soalan Struktur
1.      Nyatakan 2 jenis masyarakat Arab jahiliah
(a)
(b)
2. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat assabiah?

3. Nyatakan ciri masyarakat Hadari dari segi:
(a) lokasi
(b) politik
(c) ekonomi
(d) sosial
(e) agama

4. Senaraikan aktiviti masyarakat Quraisy sebelum kedatangan Islam.


Soalan Esei
1.    Bandingkan budaya kehidupan masyarakat Arab Badwi dan Hadhari di Semenanjung Tanah Arab pada abad ke 6 Masihi.

2.    Jelaskan struktur masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah.

3.    Perihalkan sosioekonomi masyarakat Arab Quraisy Makkah sebelum kedatangan Islam.





No comments:

Post a Comment