Tuesday 19 January 2016

NOTA KULIAH 1.1 MASYARAKAT JAHILIYAH

Unit 1.1           : Masyarakat Jahiliyah
a.       Konsep jahiliyah
·        Definisi jahiliah dari segi bahasa dan istilah.
o    Jahiliah berasal daripada kata akar ‘jahala’ dan kata terbitan ‘jahlun’ atau ‘jahlatun’ yang bererti bodoh dan sesat.
·        Menurut al-Quran/pandangan tokoh sejarawan.
o    Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri jahiliah dapat dirumuskan kepada empat, iaitu:
§   Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
§   Masyarakatnya tidak mempunyai peradaban dan tamadun.
§   Masyarakaynya tidak berakhlak, bersikap angkuh dan bongkak.
§   Masyarakat jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.
o    Menurut P.K. Hitti, masyarakat Arab jahiliyah hanya jahil dari segi agama dan kepercayaan tetapi maju dari segi ilmu pengetahuan dan mempunyai tamadun yang tinggi
o    Ciri-ciri masyarakat jahiliyah dari segi:
§   Politik
®      Terdapat majlis tindakan atau Darul Nadwah dalam kabilah terutamanya di kota Makkah. Darul Nadwah terdiri daripada 15 majlis yang dianggotai oleh al-Mala’ iaitu golongan bangsawan. Mengadakan Hilf al-Fudul atau perjanjian mulai antara kabilah untuk mewujudkan perniagaan yang adil antara mereka.
§   Sosial
®      Mengamalkan sistem kabilah atau perkauman yang menerapkan semangat assabiyah iaitu kesetiaan terhadap kabilah masing-masing. Kedudukan wanita dan hamba adalah yang paling bawah dalam hierarki masyarakat. Dari segi akhlak, ada yang positif seperti menghormati tetamu dan yang negatif seperti menanam bayi perempuan hidup-hidup.
§   Ekonomi
®      Menjalankan aktiviti perdagangan, perniagaan, penternakan, merompak, pertukangan. Aktiviti ekonomi ini saling bergantungan antara satu sama lain membentuk ‘chain of supply’ dalam komuniti masyarakat jahiliyah.
§   Kepercayaan dan agama
®      Wujud kepercayaan beragama (penyembahan berhala/Wathani, Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif) dan kepercayaan animise serta penyembahan unsur alam.
§   Ilmu pengetahuan dan intelektual
®      Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran aktiviti ekonomi dan intelektualisme seperti sejarah, geografi dan astronomi. Mereka juga mahir membuat senjata dan peperangan.
§   Kesusasteraan
®      Mempunyai karya ilmu bermutu iaitu al-Sab al-muallaqat. Kemahiran bersyair, bersajak, berkhutbah dan gazal contohnya Imru al-Qais. Syair dan karya-karya lain dipertandingkan di Pasar Ukaz.


§   Sifat-sifat positif
®      Mempunyai semangat kejiranan, menghormati tetamu dan tuan rumah, menepati janji dan setia kepada kaum.

Latihan
1.      Nyatakan agama dan kepercayaan pada zaman jahiliah
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
2.  Apakah yang dimaksudkan dengan konsep jahiliah?
3.  Jelaskan konsep masyarakat jahiliah menurut pandangan Ibn Khaldun.
4.  Bincangkan ciri-ciri masyarakat jahiliah dari segi:
     i. Sosial                               ii. Ekonomi

Soalan Esei
1.      Bincangkan konsep masyarakat jahiliyah di Semenanjung Tanah Arab pada abad ke-6M
2.      Masyarakat Arab jahiliah adalah masyarakat yang tidak bertamadun. Bincangkan pernyataan tersebut.
3.      Bincangkan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliyah sebelum kedatangan Islam.
4.      Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. (STPM 2013)
5.      Sejauh manakah masyarakat Arab jahiliah dianggap sebagai masyarakat yang tidak bertamadun? (STPM 2015)



No comments:

Post a Comment