Monday 6 February 2023

ANALISA SEJARAH STPM SEMESTER 1 2023 / ULANGAN SEMESTER 1 2022 TEMA 4

Soalan-soalan peperiksaan STPM Semester 1 2013-2022 Tema 4

TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

       2013(5): “Peristiwa Dahagi yang berlaku di India pada tahun 1857 telah mengukuhkan cengkaman kuasa British terhadap India.” Bincangkan.

       2013(6): Terangkan faktor yang menyebabkanPerang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.

       2014(5): Bincangkan faktor penglibatan Jepun dan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

       2014(6): Bincangkan kesan Perang Dingin terhadap politik antarabangsa.

       2015(5): Jelaskan faktor-faktor tercetusnya Revolusi China pada tahun 1911.

       2015(6): Bincangkan polisi ekonomi dan politik Amerika Syarikat di Eropahsemasa era Perang Dingin dari tahun 1945 hingga tahun 1955.

       2016(5): Bincangkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap aspek politik dan ekonomi negara Jerman.

       2016(6):Terangkan kaedah perjuangan Mahatma Gandhi dalam menuntut kemerdekaan di India.

       2017(5): Perang Candu 1 (1839-1842) di China merupakan reaksi penentangan masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa Barat. Bincangkan faktor-faktor berlakunya perang tersebut.

       2017(6): Soviet Union dan Amerika Syarikat berperanan besar dalam usaha penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bincangkan usaha yang telah diambil oleh kedua-dua kuasa besar tersebut dan sumbangannya terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga tahun 1950.

       2018(5): Bincangkan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh British untuk mengukuhkan kedudukannya selepas Peristiwa Dahagi di India pada tahun 1857.

       2018(6):Sejauhmanakah perbezaan ideologi antara Rusia dengan Amerika Syarikat menjadi penyebab berlaku Perang Dingin pada abad ke-20?

       2019(5):Bincangkan perananDr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China 1911.

       2019(6):Sejauhmanakah kejayaan menghapuskan dasar aparteid menjadi kejayaan utama pertubuhan Komanwel?

       2020(5): Bincangkan kesan imperialisme Barat ke atas ekonomi dan politik di China.

       2020(6):Bincangkan kesan Perang Dunia Kedua terhadap politik dunia pada abad ke-20.

       2021(5):Bincangkan faktor yang mendorong kebangkitan nasionalisme di India pada abad ke-19.

       2021(6):Sejauhmanakah Perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas tamat Perang Dunia Pertama menjadi faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua?

       2022(5): Huraikan kesan Gerakan 4 Mei yang dilancarkan oleh pelajar Universiti Peking pada tahun 1919.

       2022(6): Bincangkan penglibatan United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).


Jadual analisa soaslan STPM Semester 1 2013-2022 Tema 4 




Tajuk Ramalan

       Perang Dunia Pertama 1914.

       Perang Dingin.

       Dekolonisasi India.

       Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.




Semoga berjaya kepada semua calon Sejarah Semester 1 2023 dan ulangan Semester 1 2022!

Saturday 4 February 2023

ANALISA SEJARAH STPM SEMESTER 1 2023 / ULANGAN SEMESTER 1 2022 TEMA 3

Soalan-soalan Peperiksaan STPM Semester 1 2013-2022 Tema 3

TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN

       2013(3): Bincangkan faktor perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Eropah Barat dari abad ke-16 hingga abad ke-18 Masihi.

       2013(4): Sejauh manakah Zaman Pencerahan pada abad ke-18 Masihi membawa perubahan landskap politik, ekonomi, dan sosial di Eropah?

       2014(3): Bincangkan pelaksanaan Merkantalisme di England pada abad ke-17 Masihi.

       2014(4):Bincangkan perkembangan pemikiran dan pendidikan humanisme di Eropah pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.

       2015(3): Jelaskan faktor perkembangan pertanian di Belanda pada abad ke-18 Masihi.

       2015(4):  Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Perancis pada abad ke-19 Masihi.

       2016(4): Jelaskan perubahan ekonomi di Amerika Syarikat pada abad ke-19.

       2017(3): Huraikan perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jepun pada abad ke-16 Masihi.

       2017(4):Huraikantiga idea Adam Smith dalam bukunya yang berjudul The Wealth of Nation.

       2018(3): Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Dinasti Ming untuk memajukan perdagangan dan pertanian pada abad ke-16.

       2018(4): Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Meiji untuk memajukan sektor perindustrian pada abad ke-19 dan abad ke-20.

       2019(4):Huraikan idea-idea yang diperjuangkan oleh Jean Jacques Rousseau di Perancis pada Zaman Pencerahan.

       2020(3):Bincangkan faktor-faktor yang membawa perkembangan ekonomi pertanian di England dari abad ke-17 hingga abad ke-18.

       2020(4):Bincangkan perubahan pemikiran yang berlaku ke atas masyarakat Eropah semasa zaman Renaisans.

       2021(3):Bincangkan kemajuan ekonomi kapitalisme yang dicapai oleh Amerika Syarikat pada abad ke-18 hingga abad ke-19.

       2021(4):Huraikan kepentingan pemikiran Charles Louis Montesquieu dari aspek politik.

       2022(4):Huraikan perkembangan institusi pendidikan di Jerman pada abad ke-18 hingga abad ke-19.


Jadual analisa soalan  STPM Semester 1 2013-2022 Tema 3




Tajuk Ramalan

       Perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jepun pada abad ke-16 Masihi.

       Perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jerman dari abad ke-16 Masih hingga abad ke-18 Masihi.

       Perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Perancis dari abad ke-16 Masihi hingga abad ke-18 Masihi.

       Perkembangan perdagangan dan perniagaan di Portugal dari abad ke-16 Masihi hingga abad ke-18 Masihi.

       Perkembangan perdagangan dan perniagaan di Belanda dari abad ke-16 Masihi hingga abad ke-18 Masihi.

       Usaha kerajaan Jerman untuk memajukan sektor perindustrian pada abad ke-19 dan abad ke-20.

       Sumbangan idea Adam Smith.

       Perkembangan sistem pendidikan di Perancis pada abad ke-19 Masihi. 

Friday 3 February 2023

ANALISA SEJARAH STPM SEMESTER 1 2023 / ULANGAN SEMESTER 1 2022 TEMA 2

Soalan-soalan peperiksaan STPM 2013-2022 Tema 2

TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

       2013: Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Bismarck bagi menyatupadukan penduduk berbangsa Jerman selepas penyatuan negara Jerman pada tahun 1871.

       2014: Galurkan proses penyatuan negara bangsa di Itali pada abad ke-19 Masihi.

       2015: Huraikan peranan Maharaja Rusia sehingga Revolusi Rusia pada tahun 1917.

       2016 (2): Huraikan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan negara China pada  zaman dinasti Ching.

       2016 (3): Bincangkan tiga transformasi dalam bidang politik hasil daripada penubuhan kerajaan republik di Perancis selepas berlakunya Revolusi Perancis.

       2017: Bincangkan usaha Otto von Bismarck untuk menyatukan Jerman pada abad ke-19 Masihi.

       2018: Huraikan peranan pembesar dalam era pemerintahan Peter The Great di Rusia dari aspek pemerintahan, kehakiman dan ketenteraan.

       2019(2): Bincangkan kedudukan dan kuasa raja di England pada abad ke-17 Masihi.

       2019(3): Kejayaan penyatuan negara bangsa Itali disebabkan oleh kepemimpinan Count Camillo Benso de Cavour. Bincangkan

       2020: Huraikan sistem kerajaan persekutuan yang diamalkan di Amerika Syarikat sejak abad ke-18.

       2021: Bincangkan perkembangan sistem pemerintahan raja berperlembagaan di England dari tahun 1660 hingga tahun 1699.

       2022(2): Huraikan usaha-usaha Raja Louis XIV bagi mengekalkan kedudukannya sebagai raja berkuasa mutlak di Perancis.

       2022(3): Bincangkan sistem negara persekutuan di Amerika Syarikat pada abad ke-18 dan abad ke-19.


Jadual Analisas Soalan STPM Semester 1 Tema 2



Tajuk Ramalan

       Maharaja Rusia.

       Pembesar China.

       Kedudukan dan Kuasa Raja di Perancis pada abad ke-17 Masihi.

       Sistem Negara Republik di Perancis selepas Revolusi Perancis.

       Usaha Bismarck dalam penyatuan negara Jerman pada tahun 1871.

Thursday 2 February 2023

ANALISA SEJARAH STPM SEMESTER 1 2023/ULANGAN SEMESTER 1 2022 (TEMA 1)

 Soalan-soalan peperiksaan STPM 2013-2022 (Tema 1)

TEMA 1: MASYARAKAT

       2013: Huraikan struktur masyarakat feudal Jepun dalam  era pemerintahan kesyogunan Tokugawa dari tahun 1603 hingga tahun 1868?

       2014: Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim pada abad ke-15 dan abad ke-16 Masihi.

       2015: Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.

       2016: Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan abad ke-17.

       2017: Terangkan ciri-ciri kemajuan masyarakat industri di England pada abad ke-19 Masihi.

       2018:Sejauh manakah kemunculan ekonomi merkantalisme menjadi asas perkembangan Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18 dan abad ke-19?

       2019:Jelaskan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16 hingga abad ke-17 Masihi.

       2020:Huraikan kemahiran teknologi pertanian masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 hingga abad ke-17.

       2021:Huraikan struktur masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 dan pada abad ke-17.

       2022:Bincangkan perubahan teknologi, ekonomi dan budaya dalam masyarakat industri di England pada abad ke-18 sehingga abad ke-19.



Jadual Analisa Semester 1 Tema 1 (2013-2014)



TAJUK RAMALAN

       Masyarakat Feudal di England pada abad ke-16 dan abad ke-17.

       Masyarakat Agraria di China pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.

       Masyarakat Maritim Portugal pada abad ke-15 dan abad ke-16 Masihi

       Masyarakat Industri di Jerman pada abad ke-19 Masihi.