Monday 6 February 2023

ANALISA SEJARAH STPM SEMESTER 1 2023 / ULANGAN SEMESTER 1 2022 TEMA 4

Soalan-soalan peperiksaan STPM Semester 1 2013-2022 Tema 4

TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

       2013(5): “Peristiwa Dahagi yang berlaku di India pada tahun 1857 telah mengukuhkan cengkaman kuasa British terhadap India.” Bincangkan.

       2013(6): Terangkan faktor yang menyebabkanPerang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.

       2014(5): Bincangkan faktor penglibatan Jepun dan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

       2014(6): Bincangkan kesan Perang Dingin terhadap politik antarabangsa.

       2015(5): Jelaskan faktor-faktor tercetusnya Revolusi China pada tahun 1911.

       2015(6): Bincangkan polisi ekonomi dan politik Amerika Syarikat di Eropahsemasa era Perang Dingin dari tahun 1945 hingga tahun 1955.

       2016(5): Bincangkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap aspek politik dan ekonomi negara Jerman.

       2016(6):Terangkan kaedah perjuangan Mahatma Gandhi dalam menuntut kemerdekaan di India.

       2017(5): Perang Candu 1 (1839-1842) di China merupakan reaksi penentangan masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa Barat. Bincangkan faktor-faktor berlakunya perang tersebut.

       2017(6): Soviet Union dan Amerika Syarikat berperanan besar dalam usaha penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bincangkan usaha yang telah diambil oleh kedua-dua kuasa besar tersebut dan sumbangannya terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga tahun 1950.

       2018(5): Bincangkan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh British untuk mengukuhkan kedudukannya selepas Peristiwa Dahagi di India pada tahun 1857.

       2018(6):Sejauhmanakah perbezaan ideologi antara Rusia dengan Amerika Syarikat menjadi penyebab berlaku Perang Dingin pada abad ke-20?

       2019(5):Bincangkan perananDr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China 1911.

       2019(6):Sejauhmanakah kejayaan menghapuskan dasar aparteid menjadi kejayaan utama pertubuhan Komanwel?

       2020(5): Bincangkan kesan imperialisme Barat ke atas ekonomi dan politik di China.

       2020(6):Bincangkan kesan Perang Dunia Kedua terhadap politik dunia pada abad ke-20.

       2021(5):Bincangkan faktor yang mendorong kebangkitan nasionalisme di India pada abad ke-19.

       2021(6):Sejauhmanakah Perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas tamat Perang Dunia Pertama menjadi faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua?

       2022(5): Huraikan kesan Gerakan 4 Mei yang dilancarkan oleh pelajar Universiti Peking pada tahun 1919.

       2022(6): Bincangkan penglibatan United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).


Jadual analisa soaslan STPM Semester 1 2013-2022 Tema 4 




Tajuk Ramalan

       Perang Dunia Pertama 1914.

       Perang Dingin.

       Dekolonisasi India.

       Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.




Semoga berjaya kepada semua calon Sejarah Semester 1 2023 dan ulangan Semester 1 2022!

1 comment: