Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera. Lama saya tidak mengemaskini
blog ini memandangkan saya terlalu sibuk mengurus pertukaran dan perpindahan
saya ke tempat bertugas baharu dengan jawatan sebagai guru akademik biasa. Walaupun
selepas 21 tahun mengajar di Tingkatan 6 terutamanya dalam subjek Sejarah,
akhirnya saya terpaksa melepaskan jawatan sebagai guru akademik Tingkatan 6 dan
kembali sebagai guru akademik biasa bermula 15 Januari 2024. Namun, tidak lagi mengajar
subjek sejarah di Tingkatan 6, bukan bermakna saya tidak lagi mengajar sejarah
sebaliknya saya masih mendapat peluang mengajar subjek sejarah di aliran
perdana. Akhirnya saya merasa bebas dari bebanan dua tugas kerana semasa saya
mengajar di Tingkatan 6, saya juga perlu mengajar di aliran perdana. Kini, saya
akan lebih fokus mengajar subjek di aliran perdana walaupun pada ketika ini,
jadual saya ada diselit dengan subjek-subjek lain. Mengajar subjek sejarah di
aliran perdana lebih mudah walaupun saya belum mendapat peluang mengajar di
aliran menengah atas atau Sijil Pelajaran Malaysia. Oleh itu, saya akan mula
menyediakan soalan-soalan SPM bermula 2021 (KSSM) mengikut tajuk pelajaran
bermula dari Tingkatan 4 dan tingkatan 5. Semoga dapat membantu guru-guru dan
murid-murid sejarah SPM kelak.
Terbaik cikgu 😁👍
ReplyDeleteTahniah cikgu dapat pindah sekolah baru
ReplyDelete