Wednesday 10 September 2014

SOALAN 23 BAHAGIAN B (ESEI) EKONOMI 1 PENGGAL 1 STPM 2014

(a) Takrifkan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar. [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas pengguna apabila kerajaan mengenakan
      cukai ke atas pengeluar. [8]

(a)

  • Lebihan pengguna merujuk kepada perbezaan antara harga yang sanggup dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan dengan harga yang sebenar dibayar di pasaran.
  • Lebihan pengeluar merujuk kepada perbezaan antara harga yang sanggup diterima oleh pengeluar dengan harga yang sebenar dijual di pasaran.
(b)
  • Apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas pengeluar, keluk penawaran akan beralih ke kiri sebesar cukai yang dikenakan. Kesan cukai terhadap lebihan pengguna dapat ditunjukkan oleh rajah di bawah:
  • Berdasarkan rajah di atas, andaikan keluk penawaran pengeluar adalah anjal. Keseimbangan pasaran asal di capai apabila keluk penawaran (S0S0) pada titik E0.
  • Harga keseimbangan asal ialah 0P0 dan kuantiti keseimbangan asal ialah 0Q0. Lebihan pengguna ialah P0D0E0.
  • Apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas barang yang dikeluarkan oleh pengeluar, kos pengeluaran akan meningkat menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1.
  • Keseimbangan pasaran baru dicapai apabila keluk D0D0 berbilang dengan keluk S1S1 pada titik E1.
  • Harga keseimbangan baru ialah 0Q1. Lebihan pengguna telah menurun daripada P0D0E0 kepada P1D0E1.




Wednesday 3 September 2014

SOALAN 2 SEJARAH DUNIA (1500-1955) KERTAS 1 STPM 2013

Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Bismarck bagi menyatupadukan penduduk berbangsa Jerman selepas  penyatuan negara Jerman pada tahun 1871. (20 markah)

Pengenalan:
  • Otto von Bismarck merupakan tokoh yang berjaya menyatukan negara Jerman.
  • beliau menyatukan Jerman melalui peringkat pertama (1864-1870) dengan melancarkan peperangan terhadap negara-negara asing yang menguasai wilayah Jerman.
  • pada peringkat kedua, (selepas 1871), beliau melakukan perubahan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial bagi menyatukan Jerman.
Isi Penting:

1. Memulihkan keamanan di Jerman dan Eropah
  • Bismarck memulihkan keamanan dan keselamatan di Jerman untuk membangunkan negara Jerman.
  • beliau menjalankan hubungan persahabatan dengan negara-negara lain di Eropah dengan dasar berhati-hati.
  • pada tahun 1882, Bismarck mengadakan perikatan dengan Austria dan Itali yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga.
  • melalui perikatan ini, beliau berharap Perancis dan negara Eropah lainnya tidak akan melancarkan perang terhadap Jerman.
2. Memperkenalkan perlembagaan Jerman
  • Bismarck mengukuhkan penyatuan Jerman dengan memperkenalkan perlembagaan umum bagi seluruh Jerman
  • perlembagaan Jerman ini memperuntukkan kuasa bagi penubuhan sebuah Parlimen yang terdiri daripada Majlis Persekutuan (Bundestrat) dan Diet Maharaja (Reischstag).
  • melalui perlembagaan ini, kuasa sebenar pemerintahan Jerman terletak di tangan Canselor dan Kaiser.
  • melalui perlembagaan ini juga, Bismarck mempunyai kuasa untuk mengukuhkan penyatuan Jerman.
3. Menyekat pengaruh gereja.
  • semasa pemerintahan Bismarck, beliau menghadapi masalah dengan Gereja Roman Katolik.
  • ini kerana paderi-paderi Gereja Roman Katolik ingin berkuasa semula dan menuntut lebih kebebasan daripada Kaiser.
  • untuk mencegah hal ini, Bismarck memulakan pergerakan anti gereja (Kulturkampf) pada tahun 1872.
  • beliau telah meluluskan siri undang-undang yang dikenali sebagai Undang-undang Mei sekaligus menyekat perkembangan gereja Katolik di Jerman.
4. Menyeragamkan sistem ekonomi , membangunkan sektor perindustarian dan memajukan sektor pertanian dan perdagangan.
  • Bismarck mengukuhkan Jerman dengan memperkenalkan sistem ekonomi yang cekap dan teratur, mengambil langkah menjadikan Jerman negara perindustrian yang kaya dan meningkatkan pengeluaran pertanian.
  • beliau memperkenalkan sistem percukaian, mata wang , sistem sukatan dan timbangan yang seragam, menyatukan perkhidmatan pos dan telegraf serta membina rangkaian landasan kereta api.
  • beliau juga menubuhkan kartel, mewujudkan daerah-daerah perusahaan baru dan menubuhkan bank kebangsaan (Reich Bank) pada tahun 1875 untuk membangunkan sektor perindustrian Jerman.
  • Bismarck meningkatkan hasil pengeluaran sektor pertanian dengan pengeluaran baja-baja murah, serta undang-undang tarif untuk menyekat barangan import.
5. Pemulihan sosial
  • Bismarck memperkenalkan rancangan sosial bagi merapatkan jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin
  • beliau memperkenalkan undang-undang bagi memperbaiki taraf hidup golongan pekerja di kilang-kilang baru seperti Undang-undang Insurans Sakit yang diperkenalkan pada tahun 1885.
  • pada tahun 1889, Undang-undang Insurans Hari Tua diluluskan kerajaan Jerman untuk tabungan dan keperluan apabila golongan pekerja bersara.
  • menerusi rancangan-rancangan sosial ini, beliau berjaya mewujudkan perpaduan dalam pelbagai lapisan masyarakat Jerman dan berjaya menyatukan Jerman.
Kesimpulan:
  • Bismarck merupakan tokoh yang memiliki kebijaksanaan dalam melaksanakan langkah-langkah dan usaha-usaha untuk menyatukan Jerman.
  • beliau juga merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam menjadikan negara Jerman muncul sebagai negara yang terkemuka di Eropah.

Otto von Bismarck

Mata wang Reich Bank

Majlis Persekutuan (Bundestrat)

Gambaran Kulturkampf

Gambar semasa saya di Diet Maharaja (Reichstag)