Monday 22 February 2016

PEPERIKSAAN ULANGAN PENGGAL 3 STPM 2015



  • Peperiksaan Ulangan Penggal 3 untuk calon STPM 2015 akan bermula pada 3,7, 8 dan 9 Mac tahun 2016.
  • Calon boleh mendapatkan slip LPKC (Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon) terus dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di alamat : http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_lpkcU3/
  • Peperiksaan Ulangan Penggal 3 untuk sesi 2015 merupakan peperiksaan ulangan penggal 3 yang terakhir diadakan setelah peperiksaan STPM sistem baharu diperkenalkan sejak tahun 2013.
  • Ini bermakna calon STPM bagi tahun 2016 tidak lagi mengulang peperiksaan bagi peperiksaan ulangan penggal 3 dan ini akan diganti dengan sukatan pelajaran yang baru kelak.
  • Bagi calon stpm 2015 yang akan mengulang....selamat menduduki peperiksaan ulangan Penggal 3 dan semoga berjaya!
  • Jangan lupa hadir ke sekolah masing-masing untuk mengambil keputusan keseluruhan peperiksaan STPM 2015 pada 2 Mac 2016 nanti bermula jam 10.00 pagi.

Wednesday 17 February 2016

KEPUTUSAN STPM PENGGAL 1 TAHUN 2016



  • Calon STPM tahun 2016 sudah boleh menyemak keputusan Peperiksaan Penggal 1 yang diambil pada tahun lepas atau semasa di Prauniversiti Bawah pada hari esok (Khamis, 18 Februari 2016) melalui sms 15888 seperti dalam gambar di atas bermula jam 10.00 pagi.
  • Calon STPM 2016 juga boleh memuat naik keputusan peperiksaan melalui komputer di laman web MPM dan boleh mencetak slip keputusan masing-masing di alamat berikut: http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_resultP1/
  • Peperiksaan STPM Baharu yang telah pun memasuki tahun ke-4 sejak diperkenalkan bermula Tahun 2013 menggunakan sistem pembelajaran penggal dan ulangan peperiksaan.
  • Bagi calon-calon yang ingin memperbaiki keputusan dengan menduduki peperiksaan ulangan Penggal 1 pada 15, 16, 17 dan 21 November 2016 nanti, bolehlah membeli no pin di Bank Simpanan Nasional berdekatan bermula 18 April hingga 13 Mei 2016.
  • Bagi yang ingin menyemak semula kertas peperiksaan, permohonan bermula 7 hari selepas tarikh keputusan peperiksaan Penggal 1 dikeluarkan.

Tuesday 16 February 2016

NOTA KULIAH 1.2 MASYARAKAT ISLAM

1.2  Masyarakat Islam

a.       Konsep ummah
·        Definisi ummah dari segi bahasa dan istilah
o   Berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud umat (Islam).
o   Disebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali.
o   Dalam Islam, konsep ummah bermaksud masyarakat universal yang dianggotai oleh pelbagai jenis kaum dan bangsa disatukan oleh komitmen tehadap Islam.
·        Peringkat awal, konsep ummah merangkumi semua masyarakat Islam dan bukan Islam di Madinah sebelum penyingkiran Yahudi.
·        Selepas penyingkiran Yahudi akibat tidak mematuhi Sahifah Madinah, konsep ummah hanya untuk merujuk kepada umat Islam sahaja.
·        Usaha-usaha Nabi Muhammad SAW membentuk ummah di Madinah:
o   Penyatuan suku Arab Aus dan Kahzraj menjadi Ansar
§  Aus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah. Sebelum kedatangan Islam, kedua-dua golongan ini sentiasa bermusuhan antara satu dengan yang lain dan banyak peperangan yang berlaku seperti Perang Sumair dan Perang Bu’ats. Nabi Muhammad SAW telah mengambil langkah dengan berusaha menyatukan kedua-dua pihak dan menamakan mereka sebagai orang Ansar.
o   Penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin – ukhuwah Islamiah
§  Bertujuan untuk membantu orang Muhajirin dari sudut ekonomi, sosial dan politik Islam di Madinah. Dengan persaudaraan ini, orang Muhajirin mempunyai kekuatan untuk berada di tempat baharu selepas meninggalkan kampong mereka.
o   Penyatuan umat Islam dengan bukan Islam melalui konsep ummah
§  Nabi Muhammad SAW telah menggubal Piagam Madinah yang menjadi asas dan teras pemerintahan dan pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu berkonsepkan ummah. Penggubalan piagam ini mengambil kira pelbagai kaum untuk menghasilkan masyarakat yang adil tanpa mengira bangsa dan gama serta memudahkan pembentukan masyarakat Madinah.
o   Penggubalan Piagam Madinah dan penubuhan negara Islam.
§  Perlembagaan untuk negara Islam diwujudkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjamin perpaduan dalam kalangan penduduk Madinah sebagai sebuah komuniti atau ummah dan menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam. Dalam perlembagaan ini, beberapa aspek penting telah diberikan penekanan oleh Nabi Muhammad SAW seperti tanggungjawab bersama untuk mempertahankan Madinah, kebebasan beragama, al-Quran sebagai asas peraturan perlembagaan dan kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara.
o   Melaksanakan keadilan sosial termasuk kebebasan beragama, jaminan keselamatan dan kebebasan ekonomi.
§  Piagam Madinah memberi kebebasan beragama terhadap kaum Yahudi dan penganut agama lain. Kebebasan ini diberikan bagi menghormati kebebasan beragama iaitu tiada paksaan dalam kepercayaan setiap individu, menghindari permusuhan antara masyarakat dan mengelakkan kaum Yahudi menyebarkan agama mereka di Madinah.
§  Piagam Madinah menjamin keselamatan penduduknya termasuklah kaum Yahudi selagi mereka mematuhi piagam tersebut. Pasukan tentera dibentuk untuk menjaga keselamatan dalam negeri dan menghadapi serangan musuh.
§  Nabi Muhammad SAW mewujudkan kebebasan ekonomi dengan amalan bekerjasama dan bantu membantu untuk mengurangkan jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin. Monopoli dan eksploitasi adalah diharamkan serta setiap orang mempunyai hak dan fungsi dari segi ekonomi.
o    Penyingkiran golongan Yahudi: bani Qainuqa’, bani Nadir dan bani Quraizah
§  Bani Qainuqa’ diusir kerana memperlekehkan kemenangan tentera Islam dalam Perang badar dan bertindak menjatuhkan maruah seorang wanita Islam. Bani Nadhir diusir kerana merancang membunuh Nabi Muhammad SAW dan Bani Quraizah diusir disebabkan bersekongkol dengan tentera Ahzab. Ketiga-tiga kaum Yahudi ini disingkirkan kerana telah mengkhianati Piagam Madinah.
o   Memperkasakan ekonomi Islam – perniagaan, pertanian dan sebagainya.
§  Pemilikan harta sebenar milik Allah SWT dan membahagikannya kepada pemilikan umum iaitu harta milik negara dan pemilikan khusus iaitu harta milik individu.
§  Pengharaman riba secara mutlak dalam muamalat dan aktiviti perekonomian.
§  Menjamin hak-hak pekerja dan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam aktiviti perekonomian Islam.
§  Pengutipan zakat sebagai sumber utama kewangan.
§  Menggalakkan perdagangan di peringkat antarabangsa melalui para sahabat baginda seperti ke Tanah Syam.
o   Pembentukan pasukan tentera
§  Untuk mempertahankan kesucian dan kedaulatan agama dan negara.
§  Bermula selepas diizinkan berperang oleh Allah SWT melalui surah al-Haj ayat 39-40.
§  Berjaya menubuhkan pasukan tentera yang kuat dan jihad yang tinggi serta memperoleh kejayaan dalam Perang Badar, Khandak, Mu’tah dan sebagainya.
o   Dasar berhati-hati terhadap golongan munafik
§  Golongan yang paling bahaya kepada perkembangan Islam kerana berpura-pura menganut agama Islam.
§  Menghapuskan Islam secara halus tetapi menemui kegagalan kerana tidak mempunyai ideologi yang jelas dan tidak mempunyai pemimpin yang bersikap kepimpinan.

Soalan Esei
1.      Bincangkan konsep ummah di Madinah pada abad ke-6M.
2.      Bincangkan usaha-usaha yang dilakukan nabi Muhammad SAW bagi menyatukan masyarakat di Madinah.