Thursday 23 June 2022

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN SEMESTER 2 TAHUN 2021

 


Soalan 1: Bincangkan strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang Badar dan Perang Khandak.

-Tajuk soalan ini pernah ditanya pada tahun 2014. Pada tahun 2015, Perang Badar dan Khandak juga diberi tumpuan.

Soalan 2: Jelaskan etika peperangan dalam Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW.

-Ini merupakan tajuk soalan baharu yang belum pernah ditanya dan merupakan awalan tajuk strategi peperangan di atas.

Soalan 3: Bincangkan faktor kegemilangan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara dari abad ke-16 Masihi hingga abad ke-17 Masihi.

-Tajuk soalan ini sangat popular kerana telah tiga kali ditanya dalam peperiksaan iaitu pada Ulangan 2013,2015, dan 2020.

Soalan 4: Huraikan ciri-ciri seni bina Islam di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.

-Tajuk ini pernah ditanya dalam peperiksaan ulangan tahun 2015. Antara yang isi yang boleh dihuraikan seperti seni bina Islam, Masjid Cordova, Istana Alhambra, Menara, dan ukiran seni bina.

Soalan 5: Bincangkan faktor dalaman yang mempengaruhi kemunculan semangat nasionalisme di Syria pada awal abad ke-20 Masihi.

-Tajuk soalan ini pernah ditanya pada  tahun 2013,Ulangan tahun 2015, dan Ulangan tahun 2017. Antara isi ialah agama, bahasa dan sastera, kewartawanan, pendidikan dan peranan golongan intelektual.

Soalan 6: Huraikan faktor ekonomi yang mempengaruhi peluasan kuasa Barat terhadap wilayah kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-18 Masihi hingga abad ke-20 Masihi.

-Tajuk soalan ini pernah ditanya pada tahun 2015,Ulangan tahun 2016, dan tahun 2021. Faktor ekonomi terdiri daripada revolusi perindustrian dan bahan mentah. Selain itu terdapat jugak faktor politik dan agama.


Semoga semua pelajar yang mengambil peperiksaan ulangan ini telah dapat menjawab soalan dengan baik seterusnya memperbaiki keputusan peperiksaan Semester 2.

Tuesday 21 June 2022

ANALISA DAN SOALAN SPOT SEJARAH STPM ULANGAN SEMESTER 2 TAHUN 2021 (TEMA 3)

 


Berikut merupakan analisa soalan-soalan Sejarah STPM Semester dan Ulangan Semester dari tahun Ulangan 2014 hingga 2021:






Berdasarkan jadual analisa di atas, beberapa soalan tajuk boleh diberi perhatian:

1.Jelaskan reaksi masyarakat Mesir terhadap peluasan kuasa Barat pada abad ke-19 dan ke-20.

2.Bincangkan reaksi masyarakat Algeria terhadap peluasan kuasa asing pada abad ke-19 hingga ke-20.

3Bincangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasiona.lisme di Mesir pada abad ke-20 Masihi.

4.Bincangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-20 Masihi.

5.Bincangkan penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama

6.Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah pada awal abad ke-20 Masihi adalah kerana pengaruh luar, Jelaskan.

7.Jelaskan kesan penglibatan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

8.Bincangkan faktor pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20 Masihi.

9.Bincangkan faktor pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke-20 Masihi.


Semoga semua berjaya memperbaiki keputusan untuk Semester 2. Good luck!

Monday 20 June 2022

ANALISA DAN SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN SEMESTER 2 TAHUN 2021 (TEMA 2)

 

Berikut merupakan jadual analisa untuk soalan-soalan Tema 2 dari ulangan Tahun 2014 hingga Tahun 2021:



Berdasarkan jadual di atas, beberapa contoh soalan-soalan spot boleh diberi perhatian:

1.Bincangkan ciri-ciri dan kegiatan ekonomi masyarakat Madinah semasa zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

2.Sejauh manakah kegiatan perdagangan menjadi aktiviti ekonomi utama pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah pada abad ke-11 hingga ke-12 Masihi.

3.Bincangkan sistem pengurusan Baitulmal pada zaman pemerintahan Bani Abbaisyah pada abad ke-9 hingga ke-11 Masihi.

4.Bincangkan pelaksanaan kharaj dan jizyah pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah pada abad ke-9 hingga abad ke-11 Masihi.

5.Institusi zakat merupakan institusi yang penting dalam sistem ekonomi Islam. Jelaskan fungsi dan pelaksanaan zakat pada zaman Khalifah al-Rasyidin.

6.Bincangkan pelaksanaan zakat dalam zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah.

7.Bincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umayyah abad ke-7 hingga ke-8 Masihi.

8.Kemerosotan kerajaan Abbasiyah pada abad ke-11 hingga ke-12 Masihi tidak memberikan kesan kepada kemajuan dan perkembangan pendidikan Islam pada waktu itu. Jelaskan.

9.Masjid merupakan institusi pendidikan Islam terpenting di Mesir pada abad ke-8. Bincangkan.

10.Al-Khwarizmi banyak memberi sumbangan dalam bidang matematik, astronomi dan geografi. Ulaskan pernyataan tersebut.

11.Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan agama. Oleh sebab itu, sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Bincangkan.

12.Bincangkan sumbangan Ibn Khaldun dalam bidang pemikiran sejarah, sosiologi dan ekonomi.

13.Jelaskan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi.

14. Bincangkan ciri-ciri seni bina yang terdapat di Andalusia pada abad ke-13.

15.Huraikan ciri-ciri seni bina di India khususnya pada zaman pemerintahaan kerajaan Mughal di India pada abad ke-16 hingga ke-17 Masihi.



Selamat mengulangkaji!

* Tema 3 akan dimuatnaik malam nanti. 

Sunday 19 June 2022

ANALISA SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN SEMESTER 2 TAHUN 2021 (TEMA 1)

 

Salam Sejarah,

Semoga semua pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sejarah Kertas 3 dengan jayanya. Saya percaya masih ada pelajar-pelajar STPM Tahun 2021 yang akan mengambil kertas ulangan untuk Kertas 2 atau Sejarah Islam. Oleh itu, semoga artikel kali ini dapat membantu pelajar-pelajar yang mengulang kertas ini bagi menghadapi peperiksaan pada 22 Jun 2022 (Rabu) iaitu 3 hari saja lagi.

Seperti biasa, berikut merupakan  jadual analisa Kertas 2 (Sejarah Islam) dari Ulangan 2014 hingga 2021:


Berdasarkan jadual analisa di atas, berikut beberapa contoh soalan spot yang boleh diambil perhatian:

1.Huraikan usaha-usaha yang dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW dalam pembentukan ummah di Madinah.

2.Bincangkan perkembangan masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab sehingga zaman Khulafa al-Rasyidin

3.Hurakan kandungan dan kepentingan Piagam Madinah.

4.Jelaskan lima ciri kepemimpinan yang terdapat pada diri Nabi Muhammad SAW.

5.Bincangkan konsep serta tanggungjawab khalifah dalam sistem pentadbiran Islam.

6.Bincangkan kaedah pemilihan khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

7.Jelaskan sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam menyatukan ummah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

8.Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai kemuncak kemajuan dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid. Ulaskan pernyataan ini.

9.Bincangkan struktur pemerintahan bagi pentadbiran pusat dan wilayah pada zaman Khalifah ar-Rasyidin.

10.Bincangkan sistem pemerintahan Islam di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.

11.Bincangkan dasar pemerintahan Aurangzeb bagi mengukuhkan kerajaan Moghul di India.

12.Bincangkan pengertian jihad dan kepentingannya dalam mempertahankan negara Islam dari zaman Nabi Muhammad SAW hingga zaman Khulafa al-Rasyidin.

13.Bincangkan etika dan strategi peperangan yang diamalkan oleh tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW.

14.Nilaikan kepimpinan dan sumbangan Sultan Muhammad al-Fatih dalam mengukuhkan empayar Uthmaniyah pada abad ke-15.

 15.Bincangkan dasar perhubungan luar melalui hubungan diplomatik yang dilaksanakan pada zaman pemerintahan Khalifah al-Rasyidin.

16.Huraikan pelaksanaan sistem naungan pada zaman Khulafa al-Rasyidin dan kerajaan Umayyah pada abad ke-7 hingga ke-8 Masihi.


Selamat Mengulangkaji!

*Tema 2 akan dimuatnaik dalam artikel seterusnya.

Wednesday 15 June 2022

SOALAN SEJARAH SEMESTER 3 STPM 2021

 



Soalan 1: Bincangkan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.

-Tajuk soalan ini telah pernah ditanya pada tahun 2014 dan Ulangan 2015. Soalan ini memerlukan calon membincangkan perbezaan antara kedua-dua Adat.

Soalan 2: Huraikan kewujudan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dari abad ke-19 hingga abad ke-20.

-Tajuk soalan ini merupakan tajuk baru yang ditanya dalam peperiksaan terutamanya dalam bahagian A Tema 2.

Soalan 3: Huraikan bentuk pemerintahan Persekutuan di Malaysia sejak tahun 1948.  

-Tajuk soalan ini pernah ditanya pada tahun 2020 tetapi lebih merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong. Untuk soalan ini lebih menyeluruh.

Soalan 4:Bincangkan peranan pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Perancis pada tahun 1884.

-Tajuk soalan ini belum pernah ditanya dalam peperiksaan kecuali pembesar di Thailand yang ditanya pada ulangan tahun 2014.

Soalan 5:Huraikan kesan penjajahan Britisah terhadap sistem pentadbiran di Myanmar pada abad ke-19.

-Tajuk soalan ini juga belum pernah ditanya di dalam peperiksaan.

Soalan 6: Phibun Songkram telah memberikan sumbangan penting terhadap pembinaan negara bangsa di Thailand dari tahun 1938 hingga tahun 1957. Bincangkan.

-Tajuk soalan ini pernah ditanya pada tahun 2014.


Semoga pelajar-pelajar telah dapat menjawab dengan baik memandangkan kertas Semester 3 Sejarah STPM tiada ulangan.    

Monday 13 June 2022

ANALISA DAN SOALAN SPOT SEJARAH STPM SEMESTER 3 2021 (TEMA 4)

 




Salam Sejarah,

Berikut merupakan jadual analisa soalan-soalan Sejarah STPM Semester 3 dari tahun 2013 hingga 2020 untuk Tema 4 bagi kedua-dua bahagian:


SOALAN SPOT

BAHAGIAN A

1.Bincangkan sistem pemerintahan Malaysia selepas kemerdekaan hingga tahun 1963.

2.Terangkan sumbangan Tunku Abdul Rahman kepada negara yang sentiasa dikenang apabila Malaysia merayakan Hari Kebangsaan setiap tahun.

3.Huraikan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.

4.Terangkan cabaran-cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020.

5.Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.

6.Bincangkan penglibatan Malaysia dalam Komanwel.

7.Bincangkan peranan dan kepentingan yang diperoleh oleh Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga tahun 1990-an.

8. Senaraikan sumbangan Malaysia kepada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).


BAHAGIAN B

1.Bincangkan usaha pembangunan ekonomi yang dilaksanakan di Filipina pada tahun 1945 hingga tahun 1963.

2.Zaman pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos di Filipina dikenali sebagai Zaman Kediktatoran Tentera. Bincangkan.

3.Bincangkan zaman pemerintahan Aquino di Filipina dari tahun 1986 hingga 1992.

4. Terangkan kegagalan amalan demokrasi yang menjejaskan pembinaan negara bangsa Filipina dari tahun 1972 hingga 2000.

5.Huraikan penglibatan Thailand dalam organisasi serantau dan pada peringkat antarabangsa.


Selamat Membaca dan Mengulangkaji. Semoga Berjaya!


ANALISA DAN SOALAN SPOT SEJARAH STPM SEMESTER 3 2021 (TEMA 3)

 




Salam Sejarah,

Berikut merupakan jadual analisa soalan-soalan Sejarah STPM Semester 3 dari tahun 2013 hingga 2020 untuk Tema 3 bagi kedua-dua bahagian:


SOALAN SPOT

BAHAGIAN A

1. Bincangkan faktor-faktor kemunculan semangat nasionalisme Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

2.  Bincangkan matlamat dan strategi perjuangan Gerakan Islah di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938.

3.  Bincangkan kemunculan dan sumbangan Persatuan dan Kelab Negeri-negeri Melayu dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

4.   Bincangkan faktor yang menyatukan orang Melayu untuk menentang Malayan Union pada tahun 1946.

5. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 lebih diterima oleh masyarakat Melayu berbanding Perlembagaan Malayan Union. Bincangkan.

6. Bincangkan perkembangan perlembagaan di Sabah dan Sarawak di bawah pemerintahan Brtiish dari tahun 1946 hingga tahun 1963.

7.   Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada pengisytiharan darurat pada tahun 1948 dan huraikan langkah-langkah yang diambil oleh pihak British untuk menamatkan darurat.

8.  Terangkan langkah-langkah ke arah kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1951-1957.

9.  Bincangkan reaksi penentangan yang dikemukakan oleh kerajaan Indonesia, Filipina, dan Brunei dengan  Malaysia. 


BAHAGIAN B

1.  Analisiskan faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan kesedaran nasionalisme di Myanmar pada abad ke-19.

2. Bincangkan perjuangan Partai Nasional Indonesia dalam gerakan nasionalisme di Indonesia pada abad ke-20.

3. Terangkan peranan penubuhan Poor Man’s Party dalam perkembangan nasionalisme di Myanmar.

4.  Pendudukan Jepun di Myanmar dari tahun 1942 hingga tahun 1945 meninggalkan kesan. Bincangkan.

5. Galurkan perisitiwa perjuangan nasionalis Myanmar secara bersenjata semasa pendudukan Jepun dari tahun 1941-1945.

6.  Bincangkan perjuangan bersenjata yang dilakukan oleh rakyat Indonesia terhadap penjajah pada pertengahan abad ke-20.

7. Huraikan langkah-langkah mencapai kemerdekaan di Indonesia dari tahun 1945 hingga tahun 1949.