Monday, 20 June 2022

ANALISA DAN SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN SEMESTER 2 TAHUN 2021 (TEMA 2)

 

Berikut merupakan jadual analisa untuk soalan-soalan Tema 2 dari ulangan Tahun 2014 hingga Tahun 2021:



Berdasarkan jadual di atas, beberapa contoh soalan-soalan spot boleh diberi perhatian:

1.Bincangkan ciri-ciri dan kegiatan ekonomi masyarakat Madinah semasa zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

2.Sejauh manakah kegiatan perdagangan menjadi aktiviti ekonomi utama pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah pada abad ke-11 hingga ke-12 Masihi.

3.Bincangkan sistem pengurusan Baitulmal pada zaman pemerintahan Bani Abbaisyah pada abad ke-9 hingga ke-11 Masihi.

4.Bincangkan pelaksanaan kharaj dan jizyah pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah pada abad ke-9 hingga abad ke-11 Masihi.

5.Institusi zakat merupakan institusi yang penting dalam sistem ekonomi Islam. Jelaskan fungsi dan pelaksanaan zakat pada zaman Khalifah al-Rasyidin.

6.Bincangkan pelaksanaan zakat dalam zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah.

7.Bincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umayyah abad ke-7 hingga ke-8 Masihi.

8.Kemerosotan kerajaan Abbasiyah pada abad ke-11 hingga ke-12 Masihi tidak memberikan kesan kepada kemajuan dan perkembangan pendidikan Islam pada waktu itu. Jelaskan.

9.Masjid merupakan institusi pendidikan Islam terpenting di Mesir pada abad ke-8. Bincangkan.

10.Al-Khwarizmi banyak memberi sumbangan dalam bidang matematik, astronomi dan geografi. Ulaskan pernyataan tersebut.

11.Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan agama. Oleh sebab itu, sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Bincangkan.

12.Bincangkan sumbangan Ibn Khaldun dalam bidang pemikiran sejarah, sosiologi dan ekonomi.

13.Jelaskan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi.

14. Bincangkan ciri-ciri seni bina yang terdapat di Andalusia pada abad ke-13.

15.Huraikan ciri-ciri seni bina di India khususnya pada zaman pemerintahaan kerajaan Mughal di India pada abad ke-16 hingga ke-17 Masihi.



Selamat mengulangkaji!

* Tema 3 akan dimuatnaik malam nanti. 

No comments:

Post a Comment