Wednesday 15 June 2022

SOALAN SEJARAH SEMESTER 3 STPM 2021

 



Soalan 1: Bincangkan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.

-Tajuk soalan ini telah pernah ditanya pada tahun 2014 dan Ulangan 2015. Soalan ini memerlukan calon membincangkan perbezaan antara kedua-dua Adat.

Soalan 2: Huraikan kewujudan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dari abad ke-19 hingga abad ke-20.

-Tajuk soalan ini merupakan tajuk baru yang ditanya dalam peperiksaan terutamanya dalam bahagian A Tema 2.

Soalan 3: Huraikan bentuk pemerintahan Persekutuan di Malaysia sejak tahun 1948.  

-Tajuk soalan ini pernah ditanya pada tahun 2020 tetapi lebih merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong. Untuk soalan ini lebih menyeluruh.

Soalan 4:Bincangkan peranan pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Perancis pada tahun 1884.

-Tajuk soalan ini belum pernah ditanya dalam peperiksaan kecuali pembesar di Thailand yang ditanya pada ulangan tahun 2014.

Soalan 5:Huraikan kesan penjajahan Britisah terhadap sistem pentadbiran di Myanmar pada abad ke-19.

-Tajuk soalan ini juga belum pernah ditanya di dalam peperiksaan.

Soalan 6: Phibun Songkram telah memberikan sumbangan penting terhadap pembinaan negara bangsa di Thailand dari tahun 1938 hingga tahun 1957. Bincangkan.

-Tajuk soalan ini pernah ditanya pada tahun 2014.


Semoga pelajar-pelajar telah dapat menjawab dengan baik memandangkan kertas Semester 3 Sejarah STPM tiada ulangan.    

No comments:

Post a Comment