Sunday, 19 June 2022

ANALISA SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN SEMESTER 2 TAHUN 2021 (TEMA 1)

 

Salam Sejarah,

Semoga semua pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sejarah Kertas 3 dengan jayanya. Saya percaya masih ada pelajar-pelajar STPM Tahun 2021 yang akan mengambil kertas ulangan untuk Kertas 2 atau Sejarah Islam. Oleh itu, semoga artikel kali ini dapat membantu pelajar-pelajar yang mengulang kertas ini bagi menghadapi peperiksaan pada 22 Jun 2022 (Rabu) iaitu 3 hari saja lagi.

Seperti biasa, berikut merupakan  jadual analisa Kertas 2 (Sejarah Islam) dari Ulangan 2014 hingga 2021:


Berdasarkan jadual analisa di atas, berikut beberapa contoh soalan spot yang boleh diambil perhatian:

1.Huraikan usaha-usaha yang dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW dalam pembentukan ummah di Madinah.

2.Bincangkan perkembangan masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab sehingga zaman Khulafa al-Rasyidin

3.Hurakan kandungan dan kepentingan Piagam Madinah.

4.Jelaskan lima ciri kepemimpinan yang terdapat pada diri Nabi Muhammad SAW.

5.Bincangkan konsep serta tanggungjawab khalifah dalam sistem pentadbiran Islam.

6.Bincangkan kaedah pemilihan khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

7.Jelaskan sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam menyatukan ummah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

8.Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai kemuncak kemajuan dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid. Ulaskan pernyataan ini.

9.Bincangkan struktur pemerintahan bagi pentadbiran pusat dan wilayah pada zaman Khalifah ar-Rasyidin.

10.Bincangkan sistem pemerintahan Islam di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.

11.Bincangkan dasar pemerintahan Aurangzeb bagi mengukuhkan kerajaan Moghul di India.

12.Bincangkan pengertian jihad dan kepentingannya dalam mempertahankan negara Islam dari zaman Nabi Muhammad SAW hingga zaman Khulafa al-Rasyidin.

13.Bincangkan etika dan strategi peperangan yang diamalkan oleh tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW.

14.Nilaikan kepimpinan dan sumbangan Sultan Muhammad al-Fatih dalam mengukuhkan empayar Uthmaniyah pada abad ke-15.

 15.Bincangkan dasar perhubungan luar melalui hubungan diplomatik yang dilaksanakan pada zaman pemerintahan Khalifah al-Rasyidin.

16.Huraikan pelaksanaan sistem naungan pada zaman Khulafa al-Rasyidin dan kerajaan Umayyah pada abad ke-7 hingga ke-8 Masihi.


Selamat Mengulangkaji!

*Tema 2 akan dimuatnaik dalam artikel seterusnya.

No comments:

Post a Comment