Tuesday, 5 September 2017

FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

BINCANGKAN FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU. (ABAD 20)



PENDAHULUAN
Nasionalisme bermaksud Perasaan Cinta akan Bangsa dan Negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak hanya terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya asing. Selain itu, gerakan nasionalisme di tanah melayu adalah sama dengan gerakan di Negara asia lain kecuali Thailand. Namun, gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing. Oleh itu, gerakan nasionalisme lazimnya dikaitkan dengan hasrat untuk menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat mencerminkan konsep Negara yang bebas dan berdaulat.

ISI 1 (PENGARUH AGAMA ISLAM)
Pengaruh Agama Islam merupakan salah satu faktor gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Peranan Agama Islam sebagai penggerak kepada gerakan kesedaran orang Melayu tidak boleh dinafikan. Pada awal kurun-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir. Pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Mereka memulakan Gerakan Islah setelah kembali ke Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. Idea pembaharuan Kaum Muda itu disebar melalui majalah Al-Imam. Melalui majalah ini orang Melayu mulai sedar akan kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka.

ISI 2 (PERANAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN)
Faktor yang seterusnya adalah peranan Bahasa dan Kesusasteraan. Golongan nasionalisme di Tanah Melayu menggunakan Bahasa dan kesusasteraan, sama ada dalam bentuk cerpen, novel puisi atau syair untuk membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu. Melalui kesusasteraan penulis berusaha menyedarkan orang Melayu tentang kemunduran dan membangkitkan semangat mereka untuk bersatu padu. Contohnya, Syed Syeikh al-Hadi dalam novelnya yang terkenal, iaitu Hikayat Faridah Hanum memperjuangkan emansipasi wanita. Selain itu, Ishak Haji Muhammad dalam cerpennya, iaitu Rumah Besar Tiang Seribu dan juga melalui novel beliau, iaitu Putera Gunung Tahan. Hal ini kerana, sikap anti-penjajahan Ishak Haji Muhammad dapat di lihat melalui penceritaan beliau tentang kelemahan pemimpin Melayu dan ketidakjujuran British dalam pemeritahan di negeri-negeri Melayu.

ISI 3 (PENGARUH KEWARTAWANAN)
Bukan itu sahaja, pengaruh kewartanan juga adalah salah satu faktor kemunculan gerakan nasionalisme. Pada tahun 1990-an dan 1930-an, bilangan akhbar dan majalah semakin bertambah kerana masyarakat Melayu sedar akan kepentingan media cetak sebagai alat pembuka fikiran. Melalui majalah Al-Imam, Kaum Muda menjelaskan perjuangan mereka. Antara akhbar dan majalah Melayu yang membincangkan gerakan politik orang Melayu ialah Idaran Zaman, Saudara, Warta Malaya, dan Majlis. Semua akhbar ini memperdebatkan soal penubuhan persatuan Melayu, dasar desentralisasi, dan Malayan Union. Namun, majlis merupakan akhbar kebangsaan yang pertama memainkan kesedaran dan mendesak orang Melayu agar bergiat cergas dalam pergerakan politik.

ISI 4 (PERANAN PENDIDIKAN)
Disamping itu, peranan pendidikan adalah faktor yang keempat dalam faktor kemunculan gerakan nasionalisme. Peranan pendidikan adalah perkembangan pendidikan yang telah melahirkan golongan intektual yang memainkan Melayu pada awal abad ke-20. Sistem pendidikan agama, sistem pendidikan yang dikenali sebagai sistem pondok. Pondok memainkan peranan penting sebagai pusat pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu. Selepas tamat pengajian di pondok, ramai orang akan melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah, sama ada di Makkah atau di Mesir. Semasa di Timur Tengah mereka dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang dianjurkan oleh Syeikh Muhammad Abduh, iaitu pensyarah Universiti Al-Azhar. Selain itu, Sistem pendidikan Inggeris. Perkembangan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura telah melahirkan golongan intelektual berpendidikan Inggeris. Mereka yang berada di Singapura

ISI 5 (PERANAN GOLONGAN INTEKTUAL)
Faktor yang terakhir adalah faktor peranan golongan intektual. Al-Imam yang mula-mula sekali meniupkan seruan dakwa Islamiadi Tanah Melayu tidak mungkin muncul tanpa sokongan serta idea tokoh yang mempelopori Gerakan Isla. Golongan intelektual ini yakin bahawa umat Islam masih boleh diselamatkan sekiranya diberi petunjuk pada hakikat ajaran Islam yang sebenar berdasarkan apa yang termaktub dalam al Quran dan Hadis. Selain itu, Kaum Muda menggesa mengwujudkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal dengan memasukan bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden di samping bahasa Arab. Gerakan Isla oleh Kaum Muda hanya dapat berkembang di Negeri-negeri Selat kerana undang-undang dikeluakan di Negeri-negeri Melayu untuk menghalang pengaruh Kaum Muda. Seterusnya, pada pertengahan abad ke -20, perjuangan golongan ini semakin pudar. Perjuangan nasionalisme tersebut telah diambil alih oleh golongan inteleliktual berpendidikan Inggeris dan Melayu.

KESIMPULAN
Menjelang awal abad ke-20, berlaku berpendudukan di Tanah Melayu, iaitu penghijraan beramai-ramai imigran Cina dan India akibat perkembangan ekonomi Tanah Melayu yang pesat. Pada masa yang sama, beberapa peristiwa yang berlaku di dunia turut membangkitkan kesedaran bangsa Melayu tentang kemunduran mereka.

Dibentang oleh:
Anatasia Edwin 6 Atas UPM 2017

17 comments: