Wednesday 30 June 2021

KEPUTUSAN KESELURUHAN STPM 2020

 


Tahniah kepada semua calon STPM 2020.

Anda adalah pelajar STPM terbaik kerana berjaya menduduki peperiksaan dengan sabar dan kuat dalam era pandemik COVID19.

Semoga semua berjaya menghadapi hari-hari di masa depan sepertimana anda semua berjaya menghadapi masalah dalam hari-hari pandemik semasa sesi pembelajaran dan persekolahan.


@juhaimimajid

PDPR 01/07/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH 2 STPM (MAHARAJA AURANGZEB)

1.6.2.2 PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH INDIA

2.2 Maharaja Aurangzeb

(a) Latar Belakang

1. Nama sebenar baginda ialah Muhiuddin Muhammad Aurangzeb Bahadur Alamgir I juga dikenali sebagai Alamgir I (Penakluk Dunia) dilahirkan pada 3 November 1618, di Dahod, Gujarat.

2. Merupakan sultan keenam kerajaan Moghul dan anak kepada sultan kelima Empayar Moghul, Maharaja Shah Jehan dan Mumtaz Mahal.

3. Pada Jun 1626, pemberontakan bapanya menyebabkan Aurangzeb dan abangnya Dara Shukoh dijadikan tebusan di bawah jagaan datuk dan nenek mereka di Lahore. 

4. Pada 26 Februari 1628, bapanya secara rasmi diisytiharkan sebagai Maharaja Moghul, dan Aurangzeb kembali tinggal bersama ibu bapanya di Kubu Agra.

5. Di Kubu Agra, Aurangzeb mendapat pendidikan formalnya dalam bahasa Arab dan Parsi serta pendidikan agama dan kajian sejarah.

6. Aurangzeb hidup dalam kesederhanaan, taat beragama dan menolak penggunaan duit negara dalam kehidupannya serta bekerja untuk mendapatkan pendapatannya.

7. Sebelum memerintah India, Aurangzeb pernah dilantik sebagai gabenor di Deccan, Gujerat dan Multa.

8. Pemerintahan Aurangzeb dalam Empayar Moghul telah ditandai dengan banyak perang dalam usaha penaklukan Islam.

9. Aurangzeb meninggal dunia di kem tenteranya di Bhingar berhampiran Ahmednagar pada 3 Mac 1707 ketika berusia 88 tahun.

10. Sebelum kematiannya, Aurangzeb meminta untuk tidak berbelanja secara boros pada pengebumiannya tetapi memastikan dilaksanakan dengan mudah dan biasa.


(b) Pemerintahan Pusat dan Wilayah

1. Aurangzeb melaksanakan dasar Islamisasi yang ketat dan jelas dalam pentadbirannya berdasarkan buku perundangan Islam, Fatwa Alamgir.

2. Aurangzeb cuba menjadikan India sebuah negara Islam (Dar al-Islam) berdasarkan pegangan ahli sunnah wal jamaah (Sunni) dalam pentadbirannya.

3. Baginda tidak bertolak ansur kepada mazhab dan agama lain serta sangat tegas dalam melaksanakan hukum Islam.

4. Baginda memperkenalkan bayaran jizyah kepada orang bukan Islam dengan kadar yang rendah dan menghapuskan 80 jenis cukai yang tidak dibenarkan dalam Islam.

5. Baginda berjaya meningkatkan pendapatan negara sekali ganda jika dibandingkan dengan zaman Akbar dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

6. Baginda bertindak menegakkan sistem sosial Islam dengan mengharamkan judi dan penjualan arak serta menghapuskan tradisi pemberian hadiah emas dan perak.

7. Baginda mengamalkan dasar yang keras terhadap orang Hindu dan Sikh serta tidak berkompromi dengan masyarakat bukan Islam.

8. Mengehadkan orang Hindu memegang jawatan penting dalam pentadbiran, ketenteraan dan kehakiman bagi menyekat pengaruh Hindu.

9. Mengamalkan dasar peluasan wilayah dengan menakluk 14 wilayah di Utara India, 6 wilayah di Deccan dan satu wilayah di Kabul.

10. Berjaya mengalahkan semua pemberontakan kaum Hindu dan Sind seperti pemberontakan kaum Pathan, Jat dan Satnawi.


(c) Organisasi Pentadbiran

1. Aurangzeb masih lagi mengekalkan sistem pentadbiran moyangnya, Maharaja Akbar namun bersesuaian dengan hukum dan undang-undang Islam.

2. Para ulama dilantik sebagai penasihat dalam pentadbirannya dan Lembaga Penapis ditubuhkan untuk melahirkan masyarakat yang patuh peraturan Islam.

3. Melantik para kadi dan ufti bagi menjalankan pengadilan untuk orang Islam dan Hindu manakala Hakim Besar untuk mengawasi kadi dan hakim tersebut.

4. Aurangzeb menghantar misi diplomatik ke Mekah pada tahun 1659 dan 1662, dengan wang dan hadiah untuk Sharif Mekkah (Penjaga Mekah).

5. Baginda turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar seperti Uzbekistan, Dinasti Safawid, Perancis, Maldives dan Khalifah Turki Uthmaniyah.


(d) Ekonomi

1. Aurangzeb menerima penghormatan dari seluruh benua kecil India, menggunakan dan menubuhkan kubu di India, terutamanya di Carnatic, Deccan, Bengal dan Lahore.

2. Aurangzeb menaikkan hasil pendapatan negara sebanyak 100 juta pound dalam hasil tahunan melalui pelbagai sumber seperti cukai, kastam dan hasil tanah dari 24 wilayah. 

3. Baginda mempunyai pendapatan tahunan sebanyak 450 juta, lebih daripada sepuluh kali ganda daripada Louis XIV, Maharaja Perancis.

4. Aurangzeb merasakan ayat-ayat dari al-Quran tidak boleh dicap pada duit syiling kerana sentiasa disentuh oleh tangan dan kaki manusia.

5. Oleh itu, baginda telah membuat duit syiling sendiri dengan menggunakan nama bandar, tahun, nama baginda dan bulan penuh.


(d) Sosial

1. Aurangzeb ingin mengurangkan patung-patung hiasan dalam Kerajaan Moghul kerana itu dilarang dalam Islam.

2. Oleh itu, baginda  menggalakkan seni khat Islam, pembinaan bangunan Masjid Lahore Badshahi dan Bibi Ka Maqbara di Aurangabad untuk isterinya Rabia-ud-Daurani.

3. Aurangzeb menghargai karya-karya seni khat Islam; permintaan terhadap manuskrip al-Quran dalam gaya naskh memuncak semasa pemerintahannya. 

4. Salah satu pembinaan terawal Aurangzeb adalah sebuah masjid marmar kecil yang dikenali sebagai Masjid Moti (Masjid Pearl), yang dibina untuk kegunaan peribadinya.

5. Baginda kemudiannya mengarahkan pembinaan Masjid Badshahi di Lahore, yang hari ini merupakan salah satu masjid terbesar di benua kecil India. 


CONTOH SOALAN LATIHAN ESEI

1. Bincangkan dasar pemerintahan Aurangzeb bagi mengukuhkan kerajaan Moghul di India. (STPMU2 2018).

2. Huraikan usaha yang telah dilakukan oleh Aurangzeb bagi mengukuhkan empayar Moghul di India. (STPM2 2019).

3. Jelaskan dasar pemerintahan Aurangzeb bagi mengukuhkan kerajaan Moghul di India.

5. Bincangkan usaha-usaha Aurangzeb dalam bidang politik, sosial dan ekonomi bagi mengukuhkan kerjaan Moghul di India.




@juhaimimajid

KEPUTUSAN STPM SEMESTER 1 TAHUN 2021


Tahniah kepada semua calon STPM 2021 terutamanya yang menduduki peperiksaan kertas Sejarah Dunia 940/1.

Semoga terus cemerlang dalam peperiksaan semester yang seterusnya.

Bagi yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan jangan putus asa kerana anda boleh mengulang kertas semester 1 dalam peperiksaan akan datang.

Sunday 27 June 2021

PDPR 28/06/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH 2 STPM (MAHARAJA AKBAR)

1.6.2.2 PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH INDIA


2.1 Maharaja Akbar

(a) Latar Belakang

1. Nama sebenar baginda ialah Jalaluddin Muhammad Akbar juga dikenali sebagai Akbar Agung, dilahirkan pada 15 Oktober 1542 di Umarkot, SInd.

2. Baginda merupakan putera kepada Humayun, pemerintah Empayar Moghul yang kedua (1556-1605 Masihi).

3. Baginda tinggal di Afghanistan dan menghabiskan masa remajanya dengan mempelajari cara untuk berburu dan bertempur kerana pada 1540, bapanya tinggal dalam buangan.

4. Pada 14 Februari 1556, pada usia 13 tahun, baginda menaiki takhta selepas ayahnya meninggal dunia yang berjaya menguasai Delhi pada tahun 1555.

5. Baginda menjadi pemerintah Kerajaan Moghul Ketiga dan dianggap sebagai pemerintah agung dan terhebat dalam Empayar Moghul.

6. Baginda seorang raja yang baik hati dan bijak serta mempunyai perwatakan yang disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya.

7. Baginda berjaya menghapuskan Sher Shah di Afghanistan yang pernah merampas kuasa ayahnya dan Hemu, pemerintah Hindu dalam Pertempuran Panipat.

8. Baginda mendapat perhatian daripada pemerintah Rajput dan mengahwini puteri Rajput bernama Jodha Bai (Mariam-uz-Zamani).

9. Di akhir pemerintahannya, anak sulung dan anak keduanya meninggal dunia akibat ketagihan arak dan anak ketiganya, Salim (Jahangir) memberontak.

10. Baginda meninggal dunia pada 27 Oktober 1605 akibat kesihatannya mula merosot dan disemadikan di Sikandar, berhampiran Agra.


(b) Pemerintahan Pusat dan Wilayah

1. Baginda telah membentuk dan menyusun pentadbirannya sehingga menjadi sebuah empayar yang terkenal.

2. Baginda telah mengasingkan politik dengan agama serta menghapuskan perbezaan agama mahupun bangsa.

3. Untuk itu, baginda memperkenalkan agama baharu iaitu Din Ilahi pada tahun 1581 Masihi yang menggabungkan agama Islam, Hindu, Krisitian dan Zoroster..

4. Baginda telah membina Ibadat Khana sebagai tempat berkumpulnya pelbagai tokoh agama bagi membincangkan hal berkaitan agama.

5. Baginda turut menghapuskan amalan perhambaan dan usaha ini telah mendapat sokongan politik daripada semua lapisan rakyat.

6. Baginda juga menghapuskan bayaran jizyah dengan alasan bagi mewujudkan keadilan dan kestabilan dalam pemerintahan empayarnya.

7. Takhta kerajaan baginda adalah berasaskan sistem perwarisan dan ketua negara bergelar sultan atau maharaja serta mempunyai kuasa mutlak.

8. Baginda dibantu oleh pegawai yang dilantik untuk melicinkan pemerintahannya seperti Bairam Khan (Perdana Menteri) dan Navratnas (Sembilan Permata).


(c) Organisasi Pentadbiran

1. Bagi memantapkan sistem pentadbiran di peringkat pusat, baginda telah mewujudkan satu sistem pentadbiran tersusun dikenali sebagai Mansabdar.

2. Mansabdar menjalankan tugas-tugas pentadbiran awam dan melengkapkan pasukan tentera di raja.

3. Mansabdar dibahagikan kepada  33 peringkat dan setiap peringkat memerintah satu batalion tentera berkuda antara 10 hingga 10 000 orang.

4. Jawatan-jawatan lain diwujudkan seperti Wakil (perdana menteri), Wazir (menteri), Khan Qanan (Ketua Angkatan Tentera) dan Kadi besar (hakim).

5. Selain itu, Muhtasib (moral awam), Diwan (kewangan), Mir Bakhshi (gaji tentera), Sadr-us-Sudur (agama dan kebajikan) dan Kotwal (polis).

6. India dibahagikan kepada 18 wilayah (subas) dan setiap wilayah dibahagikan kepada beberapa daerah (sarkar).

7. Di peringkat daerah, faudjar dilantik dan bertanggungjawab mengurus pentadbiran daerah seperti cukai, jenayah, tentera dan pemberontakan.

8. Di setiap sarkar pula, terdapat mukim (parganah) dan kampung (mahal).


(d) Dasar Peluasan Wilayah

1. Maharaja Akbar berjaya membina empayar Moghul meliputi seluruh bumi Hindustan bermula dari Laut Arab hingga Teluk Benggala  dari Himalaya hingga Nawada.

2. Baginda telah meluaskan empayar Moghul dengan menakluk wilayah seperti Malwa (1562), Gujarat (1572), Benggala (1574), Kabul (1581), Kashmir (1586) dan Kandesh (1601).

3. Baginda melantik wizurai di kawasan yang telah ditakluk bagi mengelakkan pemberontakan dan mengawal pentadbiran.

4. Untuk mengelakkan para menterinya terlalu berpusat di Delhi, baginda telah memindahkan pentadbirannya ke Fatehpur Sikri, berdekatan Agra.

5. Langkah ini tidak berjaya dan baginda menubuhkan kerajaan bergerak supaya dapat memerhatikan perkembangan dalam negara.


(e) Ekonomi

1. Pemerintahan Maharaja Akbar dicirikan oleh kemajuan aktiviti komersial dalam perdagangan.

2. Kerajaan Moghul menggalakkan aktiviti perdagangan dengan menyediakan perlindungan dan keselamatan untuk urusan jual beli dan menggalakkan perdagangan asing. 

3. Bagi meminimumkan kejadian jenayah, pasukan polis lebuh raya dilantik untuk memastikan keselamatan peniaga. 

4. Baginda berusaha untuk memperbaiki jalan raya bagi memudahkan penggunaan kenderaan beroda melalui Laluan Khyber, laluan paling popular di kalangan peniaga.

5. Baginda memperkenalkan duit syiling dengan motif bunga hiasan, bagi memudahkan aktiviti berniaga dan berdagang.

6. Maharaja Akbar menetapkan pembaharuan pentadbiran hasil tanah empayarnya dengan mengamalkan sistem yang telah digunakan oleh Sher Shah Suri. 

7. Kawasan yang tanamannya tumbuh dengan baik, diukur dan dikenakan cukai melalui kadar tetap berdasarkan tanaman dan produktiviti kawasan itu. 

8. Walau bagaimanapun, kesusahan para petani yang berada di kawasan luar bandar menyebabkan sistem cukai diperhalusi dan dinilai semula.


(f) Polisi beragama

1. Maharaja Akbar menghabiskan masa mudanya berlatarbelakangkan suasana sentimen liberal beragama dan dasar toleransi agama antara masyarakat Hindu dan umat Islam.

2. Baginda menaja perdebatan agama antara kumpulan Islam, Sikh, Jains, Yahudi, dan Materialis.

3. Ketika baginda berada di Fatehpur Sikri, diadakan perbincangan kerana suka mengetahui tentang kepercayaan agama orang lain. 

4. Ini menyebabkan beliau membentuk gagasan agama baru, Sulh-e-kul yang bermaksud keamanan sejagat dikenali sebagai Din Ilahi.

5. Idea beliau tentang agama ini tidak mencalitkan agama lain dan memberi tumpuan kepada idea-idea keamanan, perpaduan dan toleransi.


(g) Perkembangan Intelektual

1. Maharaja Akbar yang memerintah secara liberal bertindak meluaskan ilmu pengetahuan kepada rakyat.

2. Mendirikan institusi pengajian di Fatehpur Sikri dan Agra dan menubuhkan Khutub Khanah Akbar untuk menyimpan manuskrip dan dokumen untuk bacaan.

3. Baginda turut menjalankan kegiatan penterjemahan karya asing seperti melantik tokoh agama seperti Badauni yang menterjemahkan kitab Hindu, Ramayana.


CONTOH SOALAN LATIHAN ESEI

1. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Maharaja Akbar bagi memantapkan sistem pemerintahannya. (STPMU2 2014)

2. Jelaskan sistem politik dan pentadbiran Akbar dalam mengukuhkan pemerintahan kerajaan Moghul di India. (STPM2 2016)

3. Huraikan pencapaian Maharaja Akhbar dalam bidang politik dan sosial untuk mengukuhkan empayar Moghul di India (STPMU2 2020)

4. Huraikan bentuk pentadbiran pusat dan wilayah kerajaan Moghul di India sewaktu pemerintahan Maharaja Akbar.




     @juhaimimajid

Thursday 24 June 2021

PDPR 25/06/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH SPM TINGKATAN 4

BAB 4: ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA


4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British

1. Pada tahun 1946, British memperkenalkan BMA di Sarawak.

2. Pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British.

3. Penyerahan ini mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan di Sarawak.

4. British ingin menjadikan Sarawak sebagai tanah jajahannya.

5. Terdapat 3 faktor penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British iaitu masalah perwarisan takhta, desakan kerajaan British dan masalah kewangan.

6. Masalah perwarisan takhta berlaku kerana Vyner Brooke enggan melantik anak saudaranya, Anthony Brooke untuk menggantikannya.

7. Pada 19 Jun 1945, British mendesak Vyner Brooke memberikan kuasa lebih luas kepada British di Sarawak.

8. Vyner Brooke mengalami masalah kewangan untuk membangunkan Sarawak selepas Perang Dunia Kedua.

6, Terdapat 7 proses penyerahan Sarawak kepada British:-

(a) Pejabat Tanah Jajahan British di London mengutus surat kepada Vyner Brooke.

(b) Gerard T.MacBryan, setiausaha Vyner Brooke berjumpa ketua tempatan.

(c) Gerald T.MacBryan ke England bersama dokumen. 

(d) Kerajaan British mengarahkan kelulusan Majlis Negeri dan rakyat Sarawak.

(e) Laporan Gammans dan Rees Wulliams dibawa ke Majlis Negeri untuk diundi.

(f) Golongan menyokong mendapat 19 undi dan golongan menentang 16 undi.

(g) 1 Julai 1946, Hari Penyerahan Sarawak diisytiharkan di Kuching. 


4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak

1. Terdapat 2 reaksi penduduk di Sarawak iaitu golongan yang menentang dan golongan yang menyokong.

2. Golongan yang menentang penyerahan Sarawak dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdullah.

3. Terdapat 3 faktor golongan menentang penyerahan Sarawak iaitu Perlembagaan 1941, Surat Wasiat Charles Brooke dan Muslihat T.MacBryan.

4. Terdapat 7 bentuk penentangan penduduk tempatan terhadap penyerahan Sarawak:-

(a) Mengadakan persidangan untuk mengadakan demonstrasi pada setiap 1 Julai.

(b) Mengadakan demonstrasi pertama pada 30 Oktober 1946.

(c) Meletakkan jawatan beramai-ramai pada 2 April 1947.

(d) Bantahan golongan wanita diketuai Cikgu Ajibah Abol.

(e) Menggunakan akhbar seperti Utusan Sarawak sebagai saluran penentangan.

(f) Menulis surat bantahan kepada British oleh Pergerakan Pemuda Melayu (PPM).

(g) Menubuhkan Kumpulan Rukun 13 untuk menghapuskan pegawai British.

5. Rosly Dhoby dan rakan-rakannya telah menikam Duncan Stewart dan seminggu kemudian meninggal di hospital Singapura dikenali sebagai Peristiwa Sungkit Berdarah.

6. Rosli Dhoby dan rakan-rakannya ditangkap dan dikenakan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah.

7. Kumpulan yang menyokong penyerahan Sarawak diketuai oleh Datu Bandar Abang haji Mustapha dan Datu Amar Abang haji Suleiman.

8. Terdapat 3 faktor penduduk menyokong penyerahan Sarawak:-

(a) Memajukan negeri Sarawak dalam semua aspek.

(b) Memajukan penduduk tempatan dalam ekonomi, sosial.

(c) Memberikan peluang pekerjaan dalam kerajaan kepada golongan intelektual.


CONTOH SOALAN LATIHAN PEMAHAMAN (Buku teks muka surat 107-113)

1. Mengapakah Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British? (2 markah)

2. Apakah dua reaksi masyarakat Sarawak terhadap penyerahan kepada British? (2 markah)

3. Jelaskan tujuan British ingin menjadikan Sarawak sebagai Tanah Jajahan. (2 markah)

4. Mengapakah terdapat golongan yang menyokong penyerahan Sarawak? (2 markah)

5. Mengapakah golongan yang menentang menganggap penyerahan Sarawak sebagai satu tipu muslihat? (2 markah)




@juhaimimajid

Monday 21 June 2021

PDPR 22/06/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH 2 STPM (SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH)

 1.7.3 KEPEMIMPINAN



(2). Sultan Muhammad al-Fatih.

(a) Latar Belakang

1. Nama sebenar Sultan Muhammad al-Fatih ialah Muhammad II dan diberi gelaran 'al-Fatih'  yang bermaksud 'pembuka'  kerana berjaya menawan kota Constantinople (Istanbul). 

2. Dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edime iaitu ibu negara Kerajaan Turki Uthmaniyah pada masa itu dan merupakan putera Sultan Murad II, sultan keenam Kerajaan Turki Uthmaniyah.

3. Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu dan mengikuti sistem pendidikan yang tersusun dan sistematik di bawah pengawasan sekumpulan ulama.

4. Pada usia 11 tahun, baginda dilantik sebagai Amir  di Amasya, utara Turki dan mengambil beberapa orang ulama untuk belajar seperti Syeikh Aq Shamsuddin yang diseganinya.

5. Pada usia 12 tahun, baginda menaiki takhta melalui lantikan bapanya pada tahun 1444 Masihi selepas bapanya mengadakan perjanjian damai dengan Hungary pada 12 Jun 1444M.

6. Di awal pemerintahan baginda, tentera Hungary di bawah John Hunyadi melanggar perjanjian damai dengan menyerang kawasan taklukan tetapi berjaya dikalahkan.

7. Gabungan tentera Hungary-Poland menyebabkan bapanya, Sultan Murad II mengambil alih takhta dan mengetuai peperangan Varna pada 10 November 1444 Masihi.

8. Pada 1451 Masihi, bapanya mangkat dan baginda dinaikkan takhta semula yang pada masa itu berusia 19 tahun.

9. Baginda sangat sinonim dengan penaklukan kota Constantinople (Istanbul) kerana berkait dengan hadis Nabi Muhammad SAW tentang seorang pemimpin yang akan menakluknya.

10. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 Masihi pada usia 46 tahun di tanah perkuburan Masjid al-Fatih, Istanbul.

11. Mengikut catatan, baginda mangkat akibat terminum racun oleh anak sulungnya iaitu Beyazid sehingga diraihkan dan digelar 'The Great Eagle is dead' oleh Eropah.


(b) Jasa dan Sumbangan

(i) Penaklukan dan pembukaan Constantinople

1. Merupakan jasa terbesar baginda kerana bukan sahaja memenuhi cita-cita akidah tetapi memudahkan gerakan pembukaan di Balkan.

2. Selama 2 tahun, baginda mengkaji pelan Kota Constantinople dan sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu yang bermula dari zaman Khulafa al-Rasyidin.

3. Baginda mengarahkan tenteranya membina peralatan perang moden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kilogram sejauh satu batu.

4. Mengumpul 250 000 orang tentera yang terdiri daripada 12 000 janisseri, 20 000 sipahi, 100 000 pejalan kaki, dan selebihnya hamba abdi.

5. Strategi peperangan terdiri daripada dua iaitu angkatan darat dan angkatan laut serta menggunakan taktif kepung, saraf, tempur gali terowong dan menara turus.

6. Mengepung kota Constantinople bermula 1453 Masihi dengan 400 buah kapal di laut dan 200 buah meriam di darat.

7. Taktik paling berkesan baginda adalah apabila berjaya menarik 67 kapal ringan merentasi bukit dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas.

8. Seramai 150 000 tentera Islam bersolat di belakang baginda dengan suara takbir sehingga tentera Byzantine Constantiniople gentar.

9.Pada 19 April 1453 Masihi, serangan peluru meriam dimulakan selama 48 hari selepas Maharaja Byzantine menolak tawaran menyerah kalah.

10. Pada 29 Mei 1453 Masihi, selepas 53 hari pengepungan , tentera Islam berjaya menakluk Kota Constantinople dan baginda menukar namanya kepada Islambul atau Istanbul.

(ii) Peluasan jajahan takluk

1. Bagi mengukuhkan kota Istanbul yang baru ditakluk dan dibuka serta dijadikan ibu negara baharu Kerajaan Turki Uthmaniyah, baginda ingin meluaskan jajahan takluk.

2. Beberapa siri peperangan ke atas negeri-negeri sempadan dilancarkan seperti Serbia (1454-1459M), Morea (1458-1460M), Trebizond(1460-1461M), Bosnia (1463M) Anatolia (1464M), Albania (1466M), Crotia (1469M) dan Negroponte (1470M).

3. Baginda turut menyerang pelabuhan Venice di Laut Adriatic bagi meluaskan lagi jajahan takluk sehingga Venice sanggup membayar ufti tahunan sebanyak 10 000.

(iii) Pentadbiran

1. Selepas menakluk Constantinople, baginda menukar namanya kepada Islambul (Islam seluruhnya) atau Istabndul dan dijadikan ibu negara pentadbiran yang baharu.

2. Baginda melarang keras sebarang keganasan  terhadap musuh yang menyerah kalah dan membenarkan penduduk Krisitian Constantinople keluar secara aman.

3. Baginda turut memberi pengampunan, melaksanakan perdamaian serta mewujudkan toleransi beragama dalam kalangan penduduknya.

4. Baginda melayan penduduk Constantinople dengan hormat seperti membenarkan ajaran Kiristian dan mengekalkan gereja.

5. Baginda melantik ketua-ketua mazhab Krisitian dan mengarahkan tentera Islam tidak merosakkan gereja sebaliknya membaik pilih gereja.

6. Baginda membina masjid, sekolah, istana , taman-taman, pasar-pasar dan hospital percuma kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

(iv) Ekonomi

1. Baginda mencetak mata wang baharu bagi mengambarkan kekuatan dan kedaulatan negaranya.

2. Baginda turut menghalang penguasaan individu atau monopoli terhadap barangan seperti garam, sabun dan lilin sebagai produk negara.

3. Mengambil alih semula 20 000 tanah-tanah kampung dan estet untuk dijadikan milik negara seterusnya menambah pendapatan dan sumber ekonomi negara.

4. Meningkatkan sektor perdagangan dengan membina infrastruktur dan membangunkan bandar Nicae sebagai jaringan perdagangan yang maju.

5. Membina kilang logistik, kilang senjata dan benteng keselamatan dalam bidang industri serta menggalakkan pelabur luar masuk membangunkan Constantinople.

(v) Sosial

1. Memperbaiki sistem saliran, sistem infrastruktur, pembentungan, dan pasar-pasar serta menjamin struktur dan keutuhan bangunan-bangunan dalam negara.

2. Membina Istana Topkapi sebagai lambang kemewahan dan memanggil semua pedagang di Balkan ke Constantinople.

3. Keadaan ini menyebabkan penduduk Istanbul semakin maju dan bertambah sehingga mencecah 100 000 orang.

4. Membina lapan buah sekolah yang lengkap dengan asrama, perpustakaan, ruang makan dan penyeragaman kurikulum.

5. Menggalakkan pembelajaran kanak-kanak diajar sejak awal dan menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar.

6. Baginda menggalakkan para menteri, ulama dan hartawan membangunkan institusi pendidikan seperti sekolah, masjid dan waqaf.


CONTOH SOALAN LATIHAN ESEI

1. Bincangkan ciri kepimpinan yang dimiliki oleh Sultan Muhammad al-Fateh. (STPMU2 2013)

2. Nilaikan kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih dalam bidang ketenteraan pada abad ke-15 Masihi. (STPMU2 2015)

3. Nilaikan kepimpinan dan sumbangan Sultan Muhammad al-Fatih dalam mengukuhkan empayar Uthmaniyah pada abad ke-15.

4. Bincangkan tindakan-tindakan yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fatih dalam usaha baginda menawan kota Constantinople daripada Byzantine.  



@juhaimimajid

Sunday 20 June 2021

PDPR 21/06/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH 2 STPM (SALEHUDDIN AL-AYYUBI)

 1.7.3 KEPEMIMPINAN



(1) Selehuddin al-Ayyubi

(a) Latar Belakang

1. Nama sebenar Salehuddin al-Ayyubi ialah Salah al-Din Yusuf bin Najmuddin Ayyubi dan nama gelarannya ialah Al-Malik al-Nasir al-Sultan.

2. Dillahirkan pada tahun 1138 Masihi di Tikrit (hari ini Iraq) dalam empayar kerajaan Bani Abbasiyah dan berketurunan Kurdish.

3. Sejak kecil mendapat pendidikan Islam yang sempurna dan berperwatakan disiplin ketenteraan kerana mendapat pendidikan daripada ayahnya dan bapa saudaranya.

4. Salehuddin dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya dan tinggal di sana selama 10 tahun.

5. Dilantik sebagai panglima tentera pada tahun 1169 Masihi daripada bapa saudaranya untuk menentang kerajaan Fatimiyah di Mesir.

6. Beliau kemudian dilantik sebagai pemerintah Mesir selepas membunuh pemerintah Mesir kerajaan Fatimiyah, Shawar pada tahun 1170.

7. Pada tahun 1174, beliau dilantik sebagai Sultan Mesir selepas kematian Sultan Nuruddin al-Zinki.

8. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan Mesir daripada kerajaan Saljuk dan mengasaskan kerajaan Ayyubiyah.

9. Beliau sangat sinonim dengan Peperangan Salib dan kota Baitumaqdis (Jerusalem) sehingga akhir hayatnya.

10. Beliau meninggal dunia pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik (Syria) pada usia 57 tahun akibat demam dan tidak meninggalkan harta.

11. Hampir kesemua hartanya diberikan kepada rakyatnya yang miskin dan dicatatkan hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak.


(b) Jasa dan Sumbangan

(i) Membantu Dinasti Zangi

1. Beliau memberi taat setia kepada pemerintah Dinasti Zangi di Syria, Sultan Nuruddin al-Zinki kerana bapa saudaranya, Syirkuh merupakan panglima kerajaan.

2. Semasa kecil, beliau telah dihantar ke Damsyik, Syria dan tinggal di kawasan istana milik Sultan Nuruddin al-Zinki.

3. Beliau dan bapa saudaranya membantu Khalifah Al-'Adid dan meneruskan usaha memerangi Dinasti Fatimiyah di Mesir.

4. Dinasti Fatimiyah di bawah Shawar telah mengikuti tentera Salib menentang DInasti Zangi pada tahun 1166 Masihi.

5. Beliau dan bapa saudaranya telah menawan Mesir dan membunuh Shawar menyebabkan bapa saudaranya dilantik sebagai wazir Mesir.

6. Pada tahun 1170 Masihi, bapa saudaranya mangkat dan beliau menggantikan jawatan wazir Mesir.

(ii) Pengasas Dinasti Ayyubiyah

1. Beliau menjadi panglima agung dan sultan pertama dalam Dinasti Ayyubiyah di Mesir selama 350 tahun.

2. Selepas kemangkatan Sultan Nuruddin pada 1174 Masihi, beliau berusaha membantu menyelesaikan masalah dalam negeri kerana sikap pembesar Dinasti Zangi.

3. As-Salih Ismail al-Malik yang masih muda dilantik sebagai pemerintah Syria tetapi menganggap Salehuddin hendak menyerangnya dan lari ke Aleppo.

4. Ini menyebabkan Damsyik diambil alih oleh beliau dan kemudian memerangi As-Salih di Aleppo menyebabkan seluruh Mesir dan Syria di bawah kuasa beliau.

5. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Saljuk dan mengasaskan kerajaan Ayyubiah.

(iii) Penyatuan Wilayah

1. Beliau berjaya menyatukan wilayah-wilayah Islam di bawah pemerintahannya  seperti Yaman, Barqah, Tripoli, Syaharrzur, Qarabili dan Tafjak.

2. Penyatuan wilayah ini sangat penting kerana dapat mengelakkan masyarakat Islam dari terus berbunuhan dan berperang sesama Islam.

3. Beliau juga berjaya menyatukan tentera-tentera Mausul, Sanjar, al-Jazirah, Irbil, Harran dan lain-lain di bawah satu panji Islam.

4. Beliau seterusnya mengutus surat kepada pemerintah Kerajaan Abbasiyah, Khalifah Al-Mustadi' yang menggantikan Khalifah Al-'Adid untuk mendapat pengiktirafan.

5. Kerajaan beliau diiktiraf dan memperlihatkan keluasan pentadbiran merangkumi utara Iraq, Kurdistan, Syam, Yaman, Mesir, Maghribi dan pantai utara Afrika.

(iv) Perang Salib

1. Bermula apabila tentera salib Perancis di bawah Raynald of Chatillon menyerang dan bertindak kejam terhadap kafilah perdagangan beliau serta mempersendakan Islam.

2. Raynald juga mengancam para rombongan haji di Laut Merah dan mengugut menyerang Makkah dan Madinah serta mencaci Nabi Muhammad SAW menyebabkan beliau berjanji akan memancung kepala Raynald.

3. 29 September 1182, beliau memulakan operasi ketenteraan dan pada 4 Julai 1187 berlaku pertempuran di Hittin dan kemenangan berpihak kepada tentera Islam.

4. Raynald berjaya ditangkap dan dihukum mati.

(v) Menakluk Baitulmaqdis(Jerusalem)

1. Kejayaan tentera Islam dalam Perang Hittin menyebabkan beliau meneruskan kemaraan menakluk hampir semua kota dalam kerajaan Baitulmaqdis.

2. Kota Baitulmaqdis dikepung pada 2 Oktober 1187 dan beliau berjanji tidak akan menumpahkan darah serta menjanjikan perdamaian.

3. Selepas menguasai kota Baitulmaqdis secara damai, beliau mematuhi perjanjian dengan mengenakan bayaran tebusan kepada semua penganut Krisitian.

4. Beliau mengecualikan bayaran tebusan kepada 7000 fakir Krisitian dan membebaskan 10  000 fakir miskin Krisitian.

5. Beliau membenarkan pemimpin agama Krisitian dan penduduk Krisitian yang mahu keluar untuk membawa barangan keperluan mereka tanpa halangan.

6. Beliau juga bertolak ansur dengan membenarkan penganut Krisitian mengunjungi dan beribadat ke kota Baitulmaqdis secara aman.


CONTOH SOALAN LATIHAN ESEI

1. Huraikan ciri kepemimpinan  Salehuddin al-Ayyubi sebagai seorang pemimpin tentera yang cemerlang. (STPMU2 2016)

2. Terangkan ciri-ciri kepemimpinan yang dimiliki oleh Salehuddin al-Ayyubi dalam pembebasan kota Jerusalem. (STPM2 2018)

3. Analsiskan sumbangan Salehuddin al-Ayyubi pada zaman pemerintahan  DInasti Ayyubiyah di Mesir pada abad ke-12.

4.  Keperibadian mulia yang dimiliki oleh Sultan Salehuddin al-Ayyubi dianggap oleh sejarawan sebagai salah satu faktor kejayaan beliau sebagai pemimpin dan pembuka Kota Baitulmuqaddis. Huraikan.

5. Huraikan sumbangan Salehuddin al-Ayyubi dalam aspek politik, sosial dan ekonomi.

6. Jelaskan sumbangan Salehuddin al-Ayyubi dalam menegakkan kerajaan Islam di Mesir pada abad ke-11 Masihi.

7. Huraikan sumbangan Salehuddin al-Ayyubi dalamusahanya mengasaskan Dinasti Ayyubiyah di Mesir.


@juhaimimajid

Thursday 17 June 2021

PDPR 18/06/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH TINGKATAN 4 SPM

BAB 4: ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA 


4.1 BRITISH MILITARY ADMINISTRATION

1. British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu bermula pada 12 September 1945 setelah tentera Jepun menyerah kalah.

2. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan di bawah arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara (1943-1946).

3. Terdapat 3 tugas BMA iaitu mengembalikan kestabilan dan keamanan, memulihkan kepercayaan rakyat dan memulihkan sosioekonomi.

4. BMA mengembalikan kestabilan dan keamanan dengan membubarkan pasukan MPAJA pada 1 Disember 1945. 

5. BMA berusaha memulihkan kepercayaan rakyat kerana rakyat mengalami kesukaran hidup di bawah pemerintahan Jepun.

6. BMA juga berusaha memulihkan sosioekonomi dan berharap mendapat kepercayaan rakyat.


4.2 GAGASAN MALAYAN UNION

1. Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan BMA.

2. Unit Perancang Tanah Melayu diberikan tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baharu di Tanah Melayu yang dikenal sebagai Malayan Union.

3. Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union adalah berbentuk kesatuan, sultan menjadi ahli Majlis Raja-Raja, ditadbir oleh Gabenor British dan kewarganegaraan jus soli.

4. Tokoh yang terlibat untuk mendapatkan tandatangan sultan ialah H.C Willian dan Sir Harold MacMichael.


4.3 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION

1. Malayan Union mendapat tentangan kerana merupakan bentuk penjajahan mutlak oleh kerajaan British dan Sultan Melayu kehilangan kedaulatan dan kuasa politik.

2. Penentangan rakyat terhadap Malayan Union bermula selepas BMA menyiarkan berita gagasan Malayan Union dan mencetuskan kesedaran nasionalisme menentang British.


SOALAN LATIHAN PEMAHAMAN

1. Jelaskan tugas BMA di Tanah Melayu. (2 markah) Buku teks ms94

2. Bagaimanakah keadaan Tanah Melayu semasa BMA mengambil alih pentadbiran? (4 markah) Buku teks ms94-95

3. Apakah maksud jus soli? (1 markah) Buku Teks ms97

4. Jelaskan syarat-syarat prinsip jus soli. (2 markah) Buku Teks ms 97

5. Bagaimanakah Raja-raja Melayu menentang gagasan Malayan Union? (5 markah)

6. Bagaimanakah rakyat menentang gagasan Malayan Union? (6 markah)



@juhaimimajid  

Wednesday 16 June 2021

PDPR 17/06/2021 : NOTA DAN LATIHAN SEJARAH 2 STPM (SUMBANGAN KHALIFAH HARUN AL-RASYID)

 1.5.2 SUMBANGAN KHALIFAH/TOKOH

(iii) Khalifah Harun al-Rasyid

1. Dilahirkan pada 17 Mac 763 Masihi di Rayy, al-Jabal, Tehran, Iran dan ayahnya, Muhammad Al-Mahdi adalah khalifah ketiga kerajaan Khalifah Bani Abbasiyah (750-1517 Masihi).

2. Pada 779 Masihi, beliau menjadi Gabenor al-Saifah dan sebulan kemudian, 780 Masihi dilantik sebagai Gabenor Magribi.

3. Pada 782 Masihi, beliau disahkan sebagai putera mahkota dan menjadi khalifah kelima Kerajaan Khalifah Bani Abbasiyah pada 786 Masihi ketika berusia 25 tahun.

4. Beliau berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas dalam aspek pentadbiran, kemasyarakatan dan politik.

5. Selama 23 tahun pemerintahannya. Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai kegemilangan (Golden Age) dalam semua aspek yang berpusat di Baghdad, Iraq.


Perlantikan Khalifah Harun al-Rasyid

1. Pada 785 Masihi, ayahnya Khalifah Muhammad al-Mahdi wafat dan digantikan oleh abangnya, Khalifah al-Hadi (Musa bin Muhammad).

2. Semasa pemerintahan Khalifah al-Hadi (Khalifah keempat Abbasiyah), berlaku perang saudara menyebabkan Khalifah Harun al-Rasyid merampas jawatan khalifah.

3. Pada 786 Masihi, Khalifah Harun al-Rasyid dibaiatkan sebagai khalifah kelima Abbasiyah dan memerintah negara Islam yang berpusat di Baghdad, Iraq.

4. Beliau memerintah selama 23 tahun 6 bulan dan meninggal dunia pada 24 Mac 840 Masihi akibat sakit kerana memerangi kumpulan pemberontak di Tus,Khurasan, Iran.


Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid

1. Politik

(i) Hubungan dengan Byzantine (Rom)

1. Memerangi Rom kerana pernah menyerang Kerajaan Abbasiyah semasa pemerintahan ayahnya disebabkan oleh masalah Asia Minor.

2. Pada 786 Masihi, beliau telah memimpin 95 000 tentera Islam dan Maharani Irene Leo IV membuat perdamaian dengan membayar ufti tahunan sebanyak 90 000 dinar.

3. Pengganti Maharani Irene Leo IV, Nicheporus I telah melanggar perjanjian dan tidak membayar ufti menyebabkan Khalifah Harun memimpin 135 000 tentera Islam.

4. Tentera Islam berjaya menakluki beberapa bandar di Asia Minor seperti Heraclea, Tyans, Iconium dan Emphesus, dan Pulau Cyprus.

5. Nicheporus I terpaksa menandatangani perjanjian damai dan membayar ufti tahunan kepada kerajaan Islam.

(ii) Hubungan dengan Sepanyol (Andalusia)

1. Penyokong-penyokong Kerajaan Bani Umayyah yang berada di Andalusia tidak suka dengan pemerintahan Kerajaan Abbasiyah di bawah Khalifah Harun al-Rasyid.

2. Untuk menegakkan kekuasaan Bani Abbasiyah di Andalusia, beliau telah mengambil tindakan berbentuk ketenteraan dan masalah itu dapat diatasi.

3. Ini menyebabkan Islam terus berkembang dengan meluasnya di Sepanyol dan menjadi gedung ilmu pengetahuan Islam.

(iii) Hubungan dengan Perancis

1. Permusuhan Perancis dan Sepanyol menyebabkan raja Perancis, Charlamagne mempunyai hubugan yang baik dengan Khalifah Harun al-Rasyid.

2. Hubungan baik kedua-dua pihak ditunjukkan melalui pertukaran cenderahati  antara kedua pihak sehingga Khalifah Harun mengirim kunci Baitulmuqaddis (Palestin).

3. Ini menyebabkan orang Kristian Perancis dapat mengunjungi Palestin dengan aman dan Islam pula berkembang meluas di Perancis.

(iv) Masalah dalam negara

1. Keluarga  al-Barmaki sangat berkuasa dalam kerajaan sehinggakan pegawai-pegawai kerajaan adalah daripada kalangan mereka sahaja.

2. Ini menyebabkan Khalifah Harun al-Rasyid risau akan rampasan kuasa oleh keluarga al-Barmaki dan bertindak melucutkan kuasa mereka dalam pemerintahan.

3. Pada 788 Masihi, keluarga al-Barmaki lari ke Maghribi dan menubuhkan Kerajaan Idrisiyah mencemaskan beliau menyebabkan puterinya dikahwinkan dengan putera keluarga Barmaki.

4. Pada 803 Masihi, beliau telah membunuh birasnya (bapa mentua puterinya), Yahya bin Khalid al-Barmaki menyebabkan berakhirnya kuasa keluarga al-Barmaki.

5. Terdapat juga pemberontakan-pemberontakan kecil di Mosul, Armenia dan Afrika Utara tetapi dapat diatasi dengan menghantar pasukan tentera.


2. Ekonomi

1. Menekankan kemajuan pertanian dan perdagangan dengan membuka tanah dan membekalkan benih tanaman percuma kepada petani.

2. Membahagikan tanah kerajaan dan harta rampasan perang kepada pesara tentera dan orang miskin.

3. Kota Baghdad dijadikan pusat perdagangan Timur-Barat dan membina jalan-jalan perdagangan dari Iraq ke Tunisia dan Maghribi.

4. Perdagangan di Pelabuhan Basrah dikawal oleh pasukan tentera dan Kota Baghdad menjalankan perdagangan tiga dimensi iaitu Baghdad-Eropah-India-China.


3. Sosial

1. Menekankan perkembangan dan kemajuan pendidikan kerana menjadi asas kepada kemajuan aspek-aspek lain dalam negara.

2. Ramai sarjana dari luar datang ke Kota Baghdad dan terdapat aktiviti forum, ceramah, pidato yang diadakan di masjid, istana dan rumah pegawai kerajaan.

3. Sekolah, maktab dan universiti didirikan disamping terjemahan buku-buku dari China, Yunani dan India ke bahasa Arab.

4. Mendirikan Baitul Hikmah (Perpustakaan Agung) dengan wang sakunya sendiri di samping peruntukkan khas kerajaan.

5, Masjid-masjid, klinik dan hospital turut didirikan untuk kebajikan rakyat juga rumah-rumah kebajikan untuk rakyat yang kurang bernasib baik, kurang upaya dan miskin.


4. Intelektual

1. Beliau menggalakkan pembukuan ilmu pengetahuan agar dapat digunakan oleh generasi pada masa akan datang.

2. Muncul ulama-ulama yang membukukan ilmu sejarah, sastera, lughah, hadis, fiqah, tafsir dan ini menyebabkan ilmu pengetahuan berkembang luas dalam Kerajaan Abbasiyah.

3. Menyusun ilmu pengetahuan Islam supaya tidak terkeluar daripada konsep al-Quran dan Hadis seperti tafsir, hadis, faraid, usuluddin, syariah, tauhid dan fiqah.

4. Menggalakkan pakar bahasa menterjemahkan buku-buku dari China, India, Yunani dan Parsi yang berkaitan dengan ilmu perubatan, falsafah, dan kesenian.

5. Melantik Yuhama bin Musaiwaih sebagai Setiausaha Institut Terjemahan selain melantik para intelektual Islam.


CONTOH S0ALAN-SOALAN LATIHAN ESEI

1. Huraikan faktor politik, ekonomi, dan sosial yang mempengaruhi zaman keemasan Islam semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid. (STPM2 2017).

2. Nilaikan ciri-ciri kepimpinan Khalifah Harun al-Rasyid dalam bidang politik, ekonomi dan sosial yang membawa kepada zaman keemasan Islam semasa pemerintahannya.

3. Kerajaan Abbasiyah mencacpai kemuncak kemajuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid. Ulaskan pernyataan ini.

4. Huraikan sumbangan dan kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyid dalam bidang sosioekonomi.



@juhaimimajid

Tuesday 15 June 2021

PDPR 16/06/2021 : NOTA DAN LATIHAN SEJARAH 2 STPM (SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ)

 1.5.2 SUMBANGAN KHALIFAH/TOKOH



(iii) Khalifah Umar Abdul Aziz

1. Khalifah Umar Abdul Aziz dilahirkan di kota Helwan, berhampiran Keherah,Mesir pada 682 Masihi dan berasal daripada keturunan Khalifah Umar al-Khattab (ibunya Laila binti Asim binti Umar al-Khattab).

2. Didikan yang sempurna menjadikan beliau seorang khalifah yang terkenal dalam zaman pemerintahan Khalifah Bani Umayyah 661-750 Masihi).

3. Pemerintahan beliau mempunyai persamaan dengan moyangnya, Khalifah Umar al-Khattab dan sifat beliau mempunyai persamaan dengan isterinya, Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan.

4. Dalam era Khalifah Bani Umayyah, beliau terkenal dengan panggilan ulama dan wali yang menjadi lambang kemajuan.


Perlantikan Khalifah Umar Abdul Aziz

1. Sebelum menjadi khalifah, beliau pernah dilantik sebagai Gabenor  Madinah selama tujuh tahun.

2. Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik melantik beliau sebagai putera mahkota dan kemudian menyerahkan jawatan khalifah kerana masalah kesihatan.

3. Selepas kewafatan Khalifah Sulaiman, wazir khalifah mengumumkan perlantikan beliau sebagai khalifah kelapan Bani Umayyah dan disokong oleh umat Islam.

4. Beliau memerintah selama 2 tahun lebih bermula dari tahun 717 Masihi  sehingga Februari 720 Masihi pada usia 39 tahun akibat terminum racun.

5. Kewafatan beliau dipercayai oleh golongan yang benci dengan kejayaannya dan ini turut menjadi punca kejatuhan Khalifah Bani Umayyah kerana kehilangan pemimpin berwibawa.


Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz

1. Politik

(i) Al Quran dan Hadis

1. Berusaha melaksanakan pelbagai perubahan dalam pemerintahan agar selari dengan ajaran al-Quran dan Sunnah (Hadis).

2.  Menghayati tugas kepimpinan sebagai satu amanah yang sangat berat dan akan dipersoalkan di akhirat kelak.

3. Pada hari kedua perlantikannya sebagai khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum tentang ajaran al-Quran dan hadis serta tanggungjawab seorang pemimpin.

4. Ajaran-ajaran Islam sepenuhnya dipraktikkan dalam pentadbiran seperti larangan memungut cukai jizyah kepada orang bukan Islam yang memeluk Islam.

(ii) Perubahan pentadbiran

1. membahagikan wilayah-wilayah Islam kepada lima daerah seperti Yaman, Hijaz, Asia Tengah, Mesir dan Arab yang diketuai seorang pegawai pemerintah.

2. Membentuk pelbagai jabatan seperti Jabatan Ketua Setiausaha Kerajaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Cukai, Jabatan Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Pertahanan.

3. Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi kerajaan namun bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan.

4. Pegawai kerajaan dikategorikan mengikut hirarki bermula dari Khalifah diikuti Gabenor Daerah, Kadi yang mengurus kehakiman dan akhir sekali Pemegang Amanah Kerajaan.

5. Menghapuskan jawatan Pegawai Peribadi kepada Khalifah dan membenarkan rakyat berjumpa dengannya pada bila-bila masa tanpa melalui orang tengah.

6. Beliau juga memecat pegawai-pegawai kerajaan yang didapati rasuah atau yang melakukan kezaliman ke atas rakyat.

(iii) Perubahan dasar peperangan dan penaklukan

1. Beliau sangat cintakan kedamaian dan tidak suka pertumpahan darah walaupun pada zaman pemerintahannya empayar Islam sangat luas.

2. Beliau telah mengarahkan tentera-tentera kerajaan yang sedang mengepung Constantinople (Istanbul) untuk pulang.

3. Dasar penarikan tentera dari medan peperangan adalah sangat berbeza dengan pemerintah sebelumnya.

4. Beliau bertindak sedemikian kerana cintakan keamanan dan memberi peluang kepada tentera Islam berehat dan pulang ke pangkuan keluarga mereka.


2. Sosial

(i) Kebajikan Rakyat

1. Mengadakan projek-projek kebajikan untuk rakyat dan membina rumah tumpangan untuk persinggahan para musafir.

2. Mengarahkan pegawainya menggali parit dan terusan untuk menggalakkan aktiviti pertanian.

3. Menggalakkan asimilasi perkahwinan antara Arab dan bukan Arab untuk memastikan rakyat hidup aman dan stabil kerana kedua-duanya sering bermusuhan.

4. Menghapuskan cacian terhadap Khalifah Ali bin Abi Talib dalam khutbah jumaat sebaliknya digantikan dengan ayat-ayat suci al-Quran.

(ii) Ilmu Pengetahuan

1. Mengarahkan agar masjid-masjid dijadikan pusat penyebaran ilmu dan mengadakan majlis ilmu serta pertemuan dengan golongan ilmuwan.

2. Mengarahkan para pegawai kerajaan supaya meluangkan masa bersama ulama dan menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan.

3. Menghantar 10 pakar perundangan Islam (Fuqaha) ke Afrika Utara bagi mengajar ilmu dan menyebarkan dakwah Islam.

4. Mengambil berat ilmu hikmah dan kedoktoran dan mengarahkan ahli bijak pandai menterjemahkan ilmu-ilmu Greek, Siryani dan Latin ke bahasa Arab.

5. Memberi biasiswa sebagai galakan rakyat menuntut ilmu bagi yang ingin mendalami dan melanjutkan pelajaran.

6. Khalifah yang pertama mengarahkan hadis-hadis Nabi MUhammad SAW ditulis dan dibukukan.


 3. Ekonomi

(i) Dasar ekonomi baharu

1. Cukai tanah (kharaj) dikenakan terhadap hasil tanaman melalui tanah yang diperoleh melalui penaklukan.

2. Cukai jizyah(perlindungan bukan Islam) hanya dikenakan ke atas orang bukan Islam dan bukan kepada orang bukan Islam yang memeluk Islam.

3. Memansuhkan semua jenis perayaan, upacara rasmi kerajaan, hadiah dan perbelanjaan kerajaan yang membazirkan.

4. Dasar ekonomi baharu yang dilaksanakan ini telah menjadikan kedudukan kewangan negara Khalifah Bani Umayyah semakin kukuh.

5. Menaikkan gaji buruh untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan mengelakkan pegawai-pegawai kerajaan melakukan rasuah.


CONTOH SOALAN-SOALAN LATIHAN ESEI

1. Analisiskan pembaharuan dari aspek politik yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz setelah dilantik sebagai khalifah kerajaan Bani Umayyah. (STPM2 2014)

2. Huraikan pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Umar bin Abdul Aziz sebagai khalifah kerajaan Bani Umayyah.(STPMU2 2019)

3. Bincangkan pembaharuan dalam bidang ekonomi dan politik semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. (STPMU2 2020)

4. Bincangkan sumbangan Khalifah Umar bin Abdul Aziz pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umayyah.

5. Huraikan kejayaan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dalam bidang politik dan ekonomi.

6. Bincangkan pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan oleh Umar bin Abdul Aziz dalam bidang pentadbiran dan sosial.


@juhaimimajid

Monday 14 June 2021

PDPR 15/06/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH 2 STPM (SUMBANGAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB)

 1.5.2 SUMBANGAN KHALIFAH/TOKOH



(ii) Khalifah Umar al-Khattab

Latar Belakang

1. Khalifah Umar al-Khattab dilahirkan di kota Makkah pada tahun 584 Masihi tiga belas tahun selepas Tahun Gajah.

2. Nama penuh beliau ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza dari keturunan Bani Adi Quraisy yang sangat disegani.

3. Ketika berusia 27 tahun, beliau merupakan penentang Nabi Muhammad SAW pada awal kemunculan agama Islam.

4. Memeluk Islam pada usia 33 tahun iaitu pada 617 Masihi selepas tujuh tahun menentang Nabi Muhammad SAW.

5. Peristiwa memeluk Islam beliau berlaku selepas adiknya, Fatimah al-Khattab memeluk Islam menyebabkan beliau marah memukul adiknya hingga berdarah.

6. Diberi gelaran al-Faruq oleh Nabi Muhammad SAW kerana keislaman beliau menyebabkan orang Arab Quraisy sangat takut dengan keberaniannya.

7. Ini terbukti ketika penghijrahan orang Islam secara terbuka ke Yathrib (Madinah) kerana tiada seorang pun yang berani menghampiri beliau ketika keluar dari kota Makkah.


Perlantikan Khalifah Umar al-Khattab

1. Ketika Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sedang gering, beliau telah membuat wasiat dan melantik Saidina Umar al-Khattab sebagai pegganti.

2. Perlantikan ini bertujuan mengelakkan berlaku lagi ketegangan dalam pemilihan khalifah seperti pada awal perlantikan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

3. Perlantikan ini juga dipersetujui dan direstui oleh para sahabat dan umat Islam seterusnya dibaiatkan sebagai khalifah kedua.

4. Khalifah Umar al-Khattab membuat pidato selepas dibaiatkan dan antara ucapannya akan membawa umat Islam ke jalan yang benar dan menegur jika beliau membuat kesalahan.

5. Memerintah selama 10 tahun 6 bulan bermula 22 Ogos 634 Masihi sehingga wafat pada pada 3 November 644 Masihi akibat dibunuh oleh Abu Lu'lu'ah ketika solat subuh.


Sumbangan Khalifah Umar al-Khattab

1. Pembaharuan politik

(a) Beliau sangat berhati-hati menjalankan pemerintahan agar masalah golongan nabi-nabi palsu dan golongan murtad tidak akan berulang.

(b) menempatkan pasukan tentera di kawasan jajahan takluk dan memperbaharui perjanjian dengan kuasa-kuasa luar.

(c) membahagikan pentadbiran negara kepada lapan daerah iaitu Mesir, Madinah, Syria(Syam), Jazirah(Mesopotamia), Basrah, Kufah, Makkah dan Palestin.

(d) setiap daerah dilantik Gabenor yang dibantu oleh Setiausaha Tentera (Khatib Diwan), Pegawai Perbendaharaan (Ahdul Baitulmal) dan Pegawai Cukai (Syahibul Kadi).

(e)  pegawai dipilih berdasarkan kepimpinan dan kewibawaan dan dibayar gaji bagi mengelakkan rasuah.

(f) bermesyuarat dengan para sahabat untuk mendapat kata sepakat dalam sebarang tindakan bagi melicinkan pentadbiran.

(g) mewujudkan Majlis Syura untuk bermesyuarat yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar.

(h) membentuk beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian, dan Jabatan Perbendaharaan Negara yang diketuai Katib atau Setiausaha.

(i) Kadi-kadi dilantik di setiap wilayah untuk menguruskan pentadbiran undang-undang Islam yang terdiri daripada golongan ulama Muhajirin.


2. Pentadbiran Ekonomi

(a) mengambil balik tanah-tanah rampasan perang dari tangan tentera dan dijadikan hak milik negara (rakyat).

(b) Tentera-tentera dibayar gaji 4/5 daripada rampasan perang dan selebihnya 1/5 adalah hak milik negara.

(c) Tidak suka rakyat hidup mewah sebaliknya mahu rakyat hidup sederhana.

(d) Harta melalui rampasan perang perlu dikembalikan kepada tuannya sekiranya memeluk Islam.

(e) Mengenakan cukai seperti jizyah (bukan Islam), kharaj (cukai tanah orang Islam), zakat (rukun Islam keempat) dan usyur(cukai perdagangan) sebagai pendapatan negara.

(f) menggalakkan rakyat membuka tanah-tanah baru untuk pertanian dan penternakan manakala negara menyediakan kemudahan seperti  Empangan Abu Musa di Basrah.

(g) mata wang diperkenalkan dan masalah perdagangan diatasi segara seterusnya menggalakkan perdagangan luar dan dalam negara.


3. Pentadbiran Sosial

(a) membuat bayaran sara hidup kepada semua ahli keluarga Nabi Muhammad SAW mengikut kategori.

(b) bayaran sara hidup kepada isteri-isteri tentera Islam yang mati syahid dalam Perang Badar pada 624 Masihi dan tentera-tentera Islam yang bersara.

(c) bayaran sagu hati kepada golongan kurang bernasib baik seperti cacat anggota

(d) menyediakan rumah-rumah persinggahan untuk musafir yang datang ke Madinah.

(e) membentuk pasukan keselamatan kampung dan Khalifah Umar al-Khattab pernah menyamar sebagai pengawal serta menangkap pencuri.

(f) membina jalan raya dan pejabat pos.

(g) mengembangkan pengajaran al-Quran di kawasan masjid dan menghantar guru agama ke jajahan takluk seperti Kufah dan Basrah

(h) menghargai seni ukiran seperti ukiran ayat suci al-Quran dan hadis di dinding kubah atau mimbar masjid menggunakan tulisan khat.

(i) memperkenalkan kalendar Islam dengan menjadikan tahun hijrah sebagai titik mula pengiraan.

(j) meneruskan usaha Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam mengumpul ayat-ayat suci al-Quran daripada para sahabat dan tahfiz al-Quran.


4. Gerakan Ketenteraan.

(i) Penaklukan Parsi

(a) meneruskan perang menentang Rostam Parsi dari zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

(b) membentuk satu angkatan tentera berjumah 10 000 orang dan berjaya menawan 120 000 tentera Rostam Parsi.

(c) ramai rakyat Parsi memeluk Islam selepas Rostam Parsi terbunuh dalam serangan tersebut.

(d) memenangi perang melawan gabungan tentera Parsi pada 642 Masihi di Nahawind dan berjaya menawan daerah Qashan, Asbihan dan al-Rae.

(ii) Penaklukan Syria dan Palestin

(a) Syria dan Palestin terletak di bawah kekuasaan Rom dan usaha ini bermula sejak zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

(b) Khalifah Umar telah menggantikan Khalid al-Walid dengan Ubaidah al-Jarrah sebagai ketua panglima untuk meneruskan usaha menawan Syria dan Palestin.

(c) Kota Damsyik, Syria ditawan tentera Islam pada 636 Masihi dan pemerintah Rom, Hercules menyerang balas dengan 24 000 tentera di Yarmuk tetapi tewas.

(d) Ini menggerakkan tentera Islam menakluk Khama, Haman, Qinnarsin, Laziqiah, Aleppo, Reifa, Akka, Jaffa, Ghazzan dan kawasan-kawasan lain jajahan Rom.

(e) Baitulmuqaddis (Palestin) merupakan kubu Krisitian yang bermati-matian dipertahankan oleh tentera Rom.

(f) Kengganan pemerintah Rom, Artibun untuk menyerahkan Palestin menyebabkan tentera Islam mengepungnya selama empat bulan.

(g) seorang paderi Krisitian sanggup berdamai dengan syarat Khalifah Umar datang sendiri untuk membuat perundingan dan perjanjian damai ditandatangani pada 637 Masihi.

(iii) Penaklukan Mesir

(a) Kepentingan Mesir seperti kemajuan perdagangan di pelabuhan Iskandariah dan kesuburan tanah pertanian di Lembah Nil menyebabkan tentera Islam menakluknya.

(b) Pada 639 Masihi, kota Balbis dan kawasan berhampiran seperti Arisy dan Farma di Mesir di tawan tentera Islam.

(c) tentera Islam seterusnya mara ke Ummu Dunain dan Khalifah Umar menghantar empat  orang panglima membantu pasukan tentera Islam.

(d) tentera Islam bertempur dengan tentera Rom (Mesir) di bawah pimpinan Theodore pada 641 Masihi dan berjaya menawan Ainul Shams dan Ainul Dunain.

(e) tentera Islam seterusnya mengepung Babylon selama tujuh hari dan Gabenor Mesir, al-Muqauqis setuju membayar jizyah(cukai perlindungan).

(f) al-Muqauqis dipecat oleh Heraculis yang berada di Constantinople (istanbul) dan menerima perjanjian damai dengan tentera Islam.

(g) Perjanjian damai itu ditandatangan pada 28 November 641 Masihi yang dikenali sebagai Perjanjian Iskandariah.

(h) Pada 642 Masihi, tentera Islam berjaya menduduki seluruh Mesir dengan aman dan Rom hilang kekuasaannya ke atas Mesir.


CONTOH SOALAN-SOALAN LATIHAN ESEI

1.    Bincangkan pembaharuan politik dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a. semasa pemerintahannya. (STPM2 2015)

2.  Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab dalam bidang ekonomi dan sosial bagi membina sebuah negara yang berkebajikan. (STPM2 2020)

3. Khalifah Umar al-Khattab telah melaksanakan pelbagai pembaharuan dalam memajukan masyarakat Islam dan negara Islam. Jelaskan pembaharuan-pembaharuan yang telah dilaksanakan.

4. Huraikan pembaharuan dalam bidang politik yang telah dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab.

5. Huraikan pembaharuan sosioekonomi yang dijalankan oleh Khalifah Umar al-Khattab.

6. Huraikan kejayaan peluasan kuasa Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.


@juhaimimajid