Thursday 28 April 2022

BUKU MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH ISLAM STPM

 


Salam Sejarah. Alhamdulillah....selepas 10 tahun peperiksaan STPM Modular dilaksanakan, akhirnya saya dapat menyiapkan juga buku saya sendiri untuk pengajaran dan pembelajaran. Buku ini memberi makna yang besar dalam karier saya sebagai seorang guru tingkatan 6. Atas sokongan pelajar-pelajar saya sebelum ini untuk menerbitkan sendiri buku sejarah saya.

Buku ini mengandungi semua tajuk di dalam sukatan pelajaran Sejarah Islam STPM 940/2  dan disusun bersama-sama soalan-soalan STPM yang bermula dari tahun 2013. Sesungguhnya, buku ini akan dapat membantu pelajar untuk mempelajari dan mengingat fakta-fakta Sejarah Islam dari tahun 500 hingga tahun 1918 Masihi.

Buku ini juga mengandungi jawapan-jawapan soalan-soalan peperiksaan STPM sebenar untuk Kertas 2 dari tahun 2013 hingga 2021 dan disusun mengikut tajuk-tajuk seperti yang terkandung di dalam sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).


Buku ini mengandungi 163 muka surat dalam bentuk poin-poin bagi memudahkan pelajar-pelajar tingkatan 6 yang mengambil kertas Sejarah STPM mengingat fakta dan menyusunnya dalam bentuk esei. Buat masa ini, saya hanya menggunakannnya untuk pelajar-pelajar di kelas dan sekolah saya kerana saya percaya buku ini akan membantu mereka dengan jayanya.
 
Setelah mengkaji dan mentelaah buku-buku yang dijual di pasaran dan juga berdasarkan pengalaman saya mengajar mata pelajaran Sejarah, saya telah dapat menghasilkan nota-nota Sejarah Islam yang lengkap untuk menjadi bahan bacaan pelajar. Saya juga menjual buku ini dalam 2 bentuk iaitu berkulit keras dan berwarna seperti kualiti buku di pasaran dengan harga RM33.00 termasuk pos. Bagi mengurangkan kos, saya membuat beberapa salinan fotokopi (fotostat) dengan kulit tebal dan plastik berharga RM22.00.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan buku ini boleh menghubungi saya atau mesej saya di aplikasi whatsap di nombor 013-8904207. Sekian dan terima kasih