Soalan 1: Bincangkan strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang Badar dan Perang Khandak.
-Tajuk soalan ini pernah ditanya pada tahun 2014. Pada tahun 2015, Perang Badar dan Khandak juga diberi tumpuan.
Soalan 2: Jelaskan etika peperangan dalam Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW.
-Ini merupakan tajuk soalan baharu yang belum pernah ditanya dan merupakan awalan tajuk strategi peperangan di atas.
Soalan 3: Bincangkan faktor kegemilangan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara dari abad ke-16 Masihi hingga abad ke-17 Masihi.
-Tajuk soalan ini sangat popular kerana telah tiga kali ditanya dalam peperiksaan iaitu pada Ulangan 2013,2015, dan 2020.
Soalan 4: Huraikan ciri-ciri seni bina Islam di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.
-Tajuk ini pernah ditanya dalam peperiksaan ulangan tahun 2015. Antara yang isi yang boleh dihuraikan seperti seni bina Islam, Masjid Cordova, Istana Alhambra, Menara, dan ukiran seni bina.
Soalan 5: Bincangkan faktor dalaman yang mempengaruhi kemunculan semangat nasionalisme di Syria pada awal abad ke-20 Masihi.
-Tajuk soalan ini pernah ditanya pada tahun 2013,Ulangan tahun 2015, dan Ulangan tahun 2017. Antara isi ialah agama, bahasa dan sastera, kewartawanan, pendidikan dan peranan golongan intelektual.
Soalan 6: Huraikan faktor ekonomi yang mempengaruhi peluasan kuasa Barat terhadap wilayah kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-18 Masihi hingga abad ke-20 Masihi.
-Tajuk soalan ini pernah ditanya pada tahun 2015,Ulangan tahun 2016, dan tahun 2021. Faktor ekonomi terdiri daripada revolusi perindustrian dan bahan mentah. Selain itu terdapat jugak faktor politik dan agama.
Semoga semua pelajar yang mengambil peperiksaan ulangan ini telah dapat menjawab soalan dengan baik seterusnya memperbaiki keputusan peperiksaan Semester 2.
No comments:
Post a Comment