Tuesday, 23 August 2022

ANALISA DAN SOALAN-SOALAN STPM SEBENAR SEJARAH SEMESTER 2 2013-2022 TEMA 3

 


Tema 3 (Nasionalisme dan pembentukan negara bangsa) merupakan bahagian sukatan pelajaran Sejarah STPM Semester 2 yang tidak mempunyai tajuk yang banyak berbanding dengan Tema 1 dan Tema 2. Soalan peperiksaan yang diperuntukkan untuk tema ini juga ialah 2 soalan daripada 6 soalan yang ditanya. Oleh itu, sekiranya para pelajar ingin mendapat markah lebih banyak adalah di bahagian ini kerana sekiranya pelajar-pelajar dapat menjawab 2 soalan dalam tema ini bermakna para pelajar hanya perlu menjawab mana-mana 1 soalan dari Tema 1 atau Tema 2.

Namun begitu, dalam bahagian Tema 3, para pelajar perlu benar-benar menguasai fakta sejarahnya kerana banyak terdapat nama, tarikh, tempat dan kejadian atau perisitiwa yang harus dikuasai untuk menguatkan esei yang dijawab.

Berikut merupakan jadual tajuk dan analisa soalan-soalan sebenar Sejarah STPM Semester 2 dari tahun 2013 hingga Ulangan 2022:


Soalan-soalan sebenar untuk Tema 3 dari tahun 2013 hingga Ulangan 2022 adalah seperti berikut:

TEMA 3: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

2013(5): Analisiskan faktor perkembangan semangat nasionalisme pada awal abad ke-20 Masihi di Syria.

2013(6): Analisiskan faktor politik dan pengaruh luar yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah pada awal abad ke-20 Masihi.

U2013(5): Aspek pendidikan merupakan aspek yang penting dalam kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke-20. Berikan ulasan anda tentang pernyataan tersebut.

U2013(6): Berikan ulasan anda tentang penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

2014(5): Sejauh manakah golongan intelektual berperanan dalam menyemarakkan gerakan nasionalisme di Mesir pada abad ke-20 Masihi?

2014(6): Huraikan faktor dalaman yang mempercepatkan pembentukan negara bangsa di Turki dari tahun 1856 sehingga tahun 1918.

U2014(5): Bincangkan peranan gerakan Islah dalam membangkitkan kesedaran politik di Mesir pada abad ke-19 dan abad ke-20 Masihi.

U2014(6): Bincangkan faktor luaran yang membawa kemunculan negara bangsa di Turki.

2015(5): Bincangkan faktor peluasan kuasa Barat terhadap pemerintahan kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-18 Masihi hingga abad ke-20 Masihi.

2015(6): Galurkan penglibatan khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

U2015(5): Terangkan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada awal abad ke-20.

U2015(6): Huraikan faktor yang menyumbang pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke-20.

2016(5): Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan Perancis di Algeria pada abad ke-19 Masihi.

2016(6): Syeikh Muhammad Abduh ialah seorang tokoh intelektual Mesir. Terangkan peranan beliau dalam gerakan nasionalisme di Mesir.

U2016(5): Peluasan kuasa Barat pada zaman Khalifah Uthmaniyah berlaku kerana faktor agama, politik, dan ekonomi. Huraikan

U2016(6): Terangkan tiga peranan bidang kewartawanan dan media akhbar dalam gerakan nasionalisme di Mesir pada akhir abad ke-19 Masihi hingga awal abad ke-20 Masihi.

2017(5): Perihalkan peranan Abdul Qadir al-Jazairi sebagai pelopor kepada gerakan penentangan rakyat terhadap penjajahan Perancis di Algeria pada abad ke-19 Masihi.

2017(6): Penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama memberikan kesan politik, ekonomi, dan sosial kepada kerajaan Turki Uthmaniyah. Bincangkan.

U2017(5): Bincangkan peranan golongan intelektual dan sasterawan dalam gerakan nasionalisme di Syria.

U2017(6): Bincangkan dasar British terhadap penglibatan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

2018(5): Galurkan gerakan penentangan rakyat Mesir terhadap penjajahan Barat dari abad ke-19 Masihi hingga abad ke-20 Masihi.

2018(6): Jelaskan faktor pembentukan negara bangsa Turki.

U2018(5): Bincangkan peranan Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh dalam gerakan nasionalisme di Mesir.

U2018(6): Bincangkan faktor luaran yang membawa kepada pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke-20 Masihi.

2019(5): Bincangkan peranan Rashid Rida sebagai tokoh gerakan pembaharuan di Mesir.

2019(6): Huraikan empat peperangan yang melibatkan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

U2019(5): Bincangkan gerakan penentangan Abdul Qadir al-Jazairi terhadap penjajahan Perancis di Algeria.

U2019(6): Bincangkan faktor kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada awal abad ke-20 Masihi.

2020(5): Perihalkan peranan Ahmad Urabi Pasha dalam gerakan penentangan rakyat Mesir terhadap penjajahan British pada abad ke-19 Masihi.

2020(6):Huraikan faktor penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

U2020(5): Bincangkan faktor penentangan masyarakat Algeria terhadap penjajahan Perancis pada abad ke-19 hingga abad ke-20 Masihi.

U2020(6): Bincangkan faktor dalaman yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke-20 Masihi.

2021(5): Bincangkan faktor peluasan kuasa Barat terhadap kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-19 Masihi hingga awal abad ke-20 Masihi.

2021(6): Jelaskan peranan Sayyid Jamaluddin al-Afghani dalam gerakan Pan-Islamisme di Mesir.

U2021(5): Bincangkan faktor dalaman yang mempengaruhi kemunculan semangat nasionalsime di Syria pada awal abad ke-20 Masihi.

U2021(6): Huraikan faktor ekonomi yang mempengaruhi peluasan kuasa Barat terhadap wilayah kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-18 Masihi hingga abad ke-20 Masihi.


Semoga semua calon STPM tahun 2022/2023 dapat menjawab 3 soalan untuk kertas 2 Sejarah STPM. Kegagalan pelajar menjawab 3 soalan akan menyebabkan kehilangan markah yang besar disebabkan peruntukkan wajaran untuk kertas ini adalah kurang sedikit berbanding Kertas 1 dan Kertas 3. Apa yang menjadi nasihat saya kepada pelajar-pelajar saya mahupun calon-calon STPM yang lain, diharap dapat menjawab soalan Kertas 2 atau Kertas Sejarah Islam dengan baik disebabkan fakta-fakta sejarah Islam boleh menyebabkan anda bukan sahaja kehilangan markah tetapi berdosa jika menjawab menggunakan fakta yang salah lebih-lebih lagi pada topik Nabi Muhammad SAW. Semoga usaha dan tawakkal para pelajar STPM akan berbaloi dan mendapat markah yang baik dan cemerlang. Insha Allah.

2 comments: