Monday 14 February 2022

ANALISA SOALAN-SOALAN STPM MODULAR 10 TAHUN (2013-2022) SEMESTER 1 : TEMA 4

 


Assalamualaikum dan salam sejarah semua. Alhamdulillah dapat juga memuatnaik analisa untuk tema 4 selepas berlaku masalah dengan laptop kesayangan. Bersambung untuk tema 4 yang merupakan bahagian akhir dalam sukatan pelajaran sejarah STPM Semester 1. Untuk bahagian tema 4, 2 soalan pasti akan ditanya dibahagian ini.  Walaupun tajuk di bahagian ini sedikit berbanding bahagian tema 2 dan 3, namun bahagian ini memerlukan ingatan yang baik untuk fakta-fakta sejarah seperti nama, tarikh, tempat dan sebagainya. Oleh itu, calon perlu benar-benar menguasai fakta-fakta di bahagian tema 4 jika ingin menjawab 2 soalan tersebut.

Berikut merupakan soalan-soalan sebenar yang pernah ditanya dalam peperiksaan STPM untuk tema 4:

TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

2013(5): “Peristiwa Dahagi yang berlaku di India pada tahun 1857 telah mengukuhkan cengkaman kuasa British terhadap India.” Bincangkan.

2013(6): Terangkan faktor yang menyebabkan Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.

2014(5): Bincangkan faktor penglibatan Jepun dan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

2014(6): Bincangkan kesan Perang Dingin terhadap politik antarabangsa.

2015(5): Jelaskan faktor-faktor tercetusnya Revolusi China pada tahun 1911.

2015(6): Bincangkan polisi ekonomi dan politik Amerika Syarikat di Eropah semasa era Perang Dingin dari tahun 1945 hingga tahun 1955.

2016(5): Bincangkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap aspek politik dan ekonomi negara Jerman.

2016(6): Terangkan kaedah perjuangan Mahatma Gandhi dalam menuntut kemerdekaan di India.

2017(5): Perang Candu I (1839-1842) di China merupakan reaksi penentangan masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa Barat. Bincangkan faktor-faktor berlakunya perang tersebut.

2017(6): Soviet Union dan Amerika Syarikat berperanan besar dalam usaha penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bincangkan usaha yang telah diambil oleh kedua-dua kuasa besar tersebut dan sumbangannya terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga tahun 1950.

2018(5): Bincangkan langkah-langkah yang telah diambil oleh British untuk mengukuhkan kedudukannya selepas Perisitiwa Dahagi di India pada tahun 1857.

2018(6): Sejauh manakah perbezaan ideologi antara Rusia dengan Amerika Syarikat menjadi penyebab berlakunya perang dingin pada abad ke-20?

2019(5): Bincangkan peranan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China 1911.

2019(6): Sejauh manakah kejayaan menghapuskan dasar apartheid menjadi kejayaan utama pertubuhan Komanwel?

2020(5): Bincangkan kesan imperialisme Barat ke atas ekonomi dan politik di China.

2020(6): Bincangkan kesan Perang Dunia Kedua terhadap politik dunia pada abad ke-20.

2021(5): Bincangkan faktor yang mendorong kebangkitan nasionalisme di India pada abad ke-19.

2021(6): Sejauh manakah Perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas tamat Perang Dunia Pertama menjadi faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua?


Jadual analisa soalan Tema 4 STPM Semester 1:


Berikut pula merupakan contoh-contoh soalan target untuk Tema 4 STPM Semester 1.

1. Huraikan faktor-faktor berlakunya Pemberontakan Boxer di China pada abad ke-19.

2.    Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895) di China menemui kegagalan.

3.    Bincangkan reaksi China dalam menghadapi persaingan kuasa Barat dari pertengahan abad ke-19 hingga dekad pertama abad ke-20 Masihi.

4.    Huraikan reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa British di India pada abad ke-19 hingga abad ke-20.

5.    Sejauh manakah perpecahan dalam kalangan pemberontak dalam Dhagi India pada tahun 1856 membawa kepada kegagalan pemberontakan tersebut?

6.    Jelaskan perluasan kuasa Barat di India yang telah membawa transformasi sosial, ekonomi dan pendidikan dari tahun 1828 hingga 1856.

7.    Jelaskan kesan-kesan Perang Dingin yang tercetus antara Amerika Syarikat dengan Rusia selepa Perang Dunia Kedua.

8.    Huraikan faktor-faktor berlakunya Perang Dingin pada tahun 1945 hingga 1955.

9.    Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Perang Dingin pada tahun 1945-1955.

10.  Bincangkan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha mewujudkan keamanan dunia.

11.  Bincangkan peranan Amerika Syarikat dan Soviet Union dalam PBB pada abad ke-20 Masihi.

12.  Nilaikan tujuan penubuhan NATO.

13.  Penubuhan NATO mempunyai kepentingan dari sudut keselamatan dan ketenteraan. Bincangkan.

14.  Jelaskan tujuan penubuhan NATO.

15.  Jelaskan penglibatan Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam NATO pada abad ke-20 Masihi.


Semoga perkongsian ilmu untuk persediaan peperiksaan STPM Semester 1 2021/2022 dapat membantu para pelajar semasa menjawab soalan Sejarah STPM nanti. Selamat menjawab soalan Sejarah Semester 1 dan ulangan Semester 1 pada 17/02/2022 nanti. Semoga berjaya dan sentiasa sihat walafiat sepanjang musim peperiksaan era Covid 19 ini. Wassalam.

@juhaimimajid

1 comment:

  1. Terima kasih tuan. Banyak membantu saya dalam peperiksaan semester 1.

    ReplyDelete