Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersambung lagi untuk tema 2 bagi semester 1. Untuk tema 2 dalam semester 1, biasanya hanya 1 soalan yang akan ditanya. Namun begitu pada tahun 2016 dan 2019, ada 2 soalan ditanya daripada tema 2. Ini bermakna kemungkinan di dalam peperiksaan sebenar STPM ada 2 atau 1 soalan yang akan ditanya dalam tema ini.
Berikut merupakan soalan-soalan sebenar yang pernah ditanya di dalam peperiksaan STPM dari tahun 2013 hingga 2021:
2013: Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Bismarck bagi menyatupadukan penduduk berbangsa Jerman selepas penyatuan negara Jerman pada tahun 1871.
2014: Galurkan proses penyatuan negara bangsa di Itali pada abad ke-19 Masihi.
2015: Huraikan peranan Maharaja Rusia sehingga Revolusi Rusia pada tahun 1917.
2016 (2): Huraikan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan negara China pada zaman dinasti Ching.
2016 (3): Bincangkan tiga transformasi dalam bidang politik hasil daripada penubuhan kerajaan republik di Perancis selepas berlakunya Revolusi Perancis.
2017: Bincangkan usaha Otto von Bismarck untuk menyatukan Jerman pada abad ke-19 Masihi.
2018: Huraikan peranan pembesar dalam era pemerintahan Peter The Great di Rusia dari aspek pemerintahan, kehakiman dan ketenteraan.
2019(2): Bincangkan kedudukan dan kuasa raja di England pada abad ke-17 Masihi.
2019(3): Kejayaan penyatuan negara bangsa Itali disebabkan oleh kepemimpinan Count Camillo Benso de Cavour. Bincangkan
2020: Huraikan sistem kerajaan persekutuan yang diamalkan di Amerika Syarikat sejak abad ke-18.
2021: Bincangkan perkembangan sistem pemerintahan raja berperlembagaan di England dari tahun 1660 hingga tahun 1699.
Jadual analisa soalan Tema 2 STPM Semester 1:
Contoh-contoh soalan target Tema 2 Semester 1 untuk STPM 2022:
1. Huraikan struktur pembesar di China pada abad ke-16 Masihi hingga abad ke-20 Masihi.
2. Nilaikan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di China pada abad ke-16 hingga abad ke-20 Masihi.
3. Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di China pada abad ke-16 hingga abad ke-20.
4. Bincangkan pelaksanaan sistem pemerintahan raja mutlak yang diparaktikkan pada zaman pemerintahan Raja Louis XIV.
5. Bincangkan konsep pemerintahan beraja mutlak dan pelaksanaannya di Perancis.
6. Bincangkan sistem pemerintahan Raja Louis XIV (1643-1715) yang mengamalkan pemerintahan beraja mutlak di Perancis.
7. Raja Louis XIV (1643-1715) melaksanakan pemerintahan monarki di Perancis. Bincangkan langkah-langkah yang dilaksanakannya dalam memperkukuhkan kuasa pemerintahan di Perancis.
8. Bincangkan ciri-ciri sistem pemerintahan negara kesatuan Perancis antara abad ke-18 hingga abad ke-19 Masihi.
9. Jelaskan sistem pemerintahan kesatuan yang diamalkan di Perancis pada abad ke-18 dan abad ke-19 Masihi.
10. Huraikan peralihan sistem pemerintahan berkuasa mutlak kepada pemerintahan bercorak republik di Perancis dari abad ke-16 hingga abad ke-18 Masihi.
11. Jelaskan ciri-ciri dan struktur negara kesatuan di Perancis pada abad ke-18 hingga abad ke-19 Masihi.
12. Bincangkan peranan Otto Von Bismarck dalam usaha-usaha menyatukan negara Jerman.
13. Terangkan proses penyatuan negara bangsa di Jerman sehingga tahun 1870.
Terima kasih tuan
ReplyDeleteSama2 dan senoga berjaya
Delete