Monday 11 May 2015

ANALISIS SOALAN POPULARITI SEJARAH PENGGAL 2 STPM (TEMA 1)

Assalamualaikum w.b.k.t dan salam sejahtera,
Seperti yang dijanjikan, saya akan memuat turun analisis soalan peperiksaan khasnya bagi subjek sejarah dan ekonomi penggal 2.
Untuk halaman ini saya akan fokus kepada subjek sejarah dan di halaman yang lain untuk subjek ekonomi.
Bagi subjek sejarah penggal 2, ada 3 tema yang perlu dikuasai dalam sejarah Islam dan pelajar perlu menjawab 3 soalan daripada 6 soalan yang diperuntukkan.
Dalam soalan-soalan peperiksaan sebelum ini, 6 soalan yang dikemukan terdiri daripada 2 soalan untuk tema 1, 2 soalan untuk tema 3 dan 2 soalan untuk tema 3.
Jika pelajar dapat melihat kepada pembahagian soalan di atas, sudah tentu pelajar faham bahawa hanya dengan membaca 2 tema (disyorkan tema 1 dan 2) pelajar sudah dapat menjawab 3 soalan dalam peperiksaan dengan syarat pelajar dapat menguasai keseluruhan (atau 'by target').
Namun, digalakkan pelajar untuk menguasai ketiga-tiga tema untuk membolehkan pelajar mempunyai banyak pilihan soalan.
Berikut adalah analisis soalan sejarah bagi tema 1:


Berdasarkan analisis di atas, didapati soalan-soalan tema 1 yang dikeluarkan dalam 4 peperiksaan stspm baharu sebelum ini merupakan dari tajuk-tajuk yang berlainan.
Ini bermakna, untuk peperiksaan penggal 2 tahun 2015, soalan daripada tajuk yang belum pernah dikeluarkan juga lebih besar peluangnya untuk diuji.
Antara tajuk-tajuk yang boleh diambil perhatian oleh pelajar adalah seperti berikut:
1.Masyarakat jahiliyah (struktur masyarakat)
2.Piagam Madinah
3.Kepimpinan Nabi Muhammad SAW
4.Khalifah Umar al-Khattab RA
5.Pemerintahan pusat dan wilayah
6.Salehuddin al-Ayyubi
7.Jihad dan peperangan (strategi)
8.Perjanjian
Contoh-contoh soalan ramalan untuk tajuk-tajuk diatas:
  • Bincangkan struktur masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam
  • Huraikan kepentingan Piagam Madinah dalam membentuk satu pemerintahan Islam di Madinah.
  • Jelaskan ciri-ciri kepimpinan yang terdapat pada diri Nabi Muhammad SAW.
  • Huraikan pembaharuan-pembaharuan dalam bidang politik yang dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab.
  • Jelaskan struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat pada zaman Kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-16
  • Bincangkan sumbangan Salehuddin al-Ayyubi dalam perjuangan memartabatkan agama dan negara Islam.
  • Jelaskan pengertian jihad dan etika peperangan yang disyorkan oleh Islam.
  • Huraikan kepentingan perjanjian-perjanjian yang dimeterai pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah al-Ma'mun.

No comments:

Post a Comment