Sunday 1 August 2021

PDPR 02/08/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH SPM TINGKATAN 4

5.3 CIRI-CIRI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948


1. Pentadbiran

a. Persekutuan dibentuk menerusi gabungan sembilan buah negeri Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat.

b. Singapura kekal sebagai tanah jajahan British yang berasingan.

c. Kerajaan Persekutuan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai ketua eksekutif.

d. Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab dalam hal kewangan serta hal lain yang mempunyai kepentingan bersama.

e.Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British.

f. Majlis Mesyuarat Persekutuan mengandungi ahli rasmi dan ahli tidak rasmi.

g. Ahli tidak rasmi pada peringkat permulaan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.

h. Ahli Majlis Perundangan Persekutuan terdiri daripada pelbagai kaum.

2. Kuasa Raja-raja Melayu

a. Sebuah Majlis Raja-Raja dibentuk untuk membolehkan Raja-raja Melayu memberikan pandangan dalam perkara tertentu.

b. Bagi peringkat negeri, sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri.

3. Perundangan

a. Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi.

b. Bidang kuasanya mencakupi hal ehwal luar, ketenteraman awam, kehakiman, perdagangan, komunikasi dan percukaian.

c. Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja Melayu melalui Majlis Raja-raja.

4. Kewarganegaraan

a. Secara Kuat Kuasa Undang-undang

i. Jus soli hanya terbuka kepada rakyat Raja dan rakyat British.

ii. Pemohon yang lahir di luar negeri, ayahnya mestilah rakyat Raja dan rakyat British.

iii. Penduduk asal dari negeri Melayu yang lahir sebelum, semasa atau selepas tarikh Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

iv. Rakyat Raja dan mereka yang telah serasi, memahami adat resam dan bertutur bahasa setempat boleh memohon melalui mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan.

b. Secara Pendaftaran

i. Mereka yang dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu dan bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun dari hasil permohonannya.

ii. Seseorang itu juga perlu mempunyai tingkah laku yang baik, tiada rekod jenayah, menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu.

 

LATIHAN PENGUKUHAN

1.Apakah yang anda faham tentang kewarganegaraan Rakyat Raja? (1 markah) – Buku Teks Muka Surat 135.

2.Apakah yang anda faham tentang kewarganegaraan Rakyat British? (1 markah) – Buku Teks Muka Surat 135.

3.Jelaskan ciri-ciri kewarganegaraan secara kuat kuasa (2 markah) – Buku Teks Muka Surat 135.

4.Bagaimanakah syarat untuk memohon kewarganegaraan secara pendaftaran? (2 markah) – Buku Teks Muka Surat 135.

5.Buktikan anda merupakan warganegara Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme, (4 markah)


No comments:

Post a Comment