Sunday 8 August 2021

PDPR 09/08/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH STPM SEMESTER 2

2.1.1.2 Kegiatan Ekonomi pada Zaman Abbasiyah pada abad ke-11 hingga ke-12 Masihi.



A. Kota Baghdad

1. Pemerintahan kerajaan Abbasiyah (750-1258) mempunyai beberapa orang khalifah seperti Khalifah Harun al-Rasyid yang berjaya memacu ekonomi.

2. Kota Baghdad merupakan pusat pentadbiran kerajaan Abbasiyah sangat maju dalam aktiviti perdagangan sehingga menjadi kunjungan pedagang seluruh dunia.

3. Buktinya, di sepanjang pelabuhannya beratus-ratus kapal berlabuh termasuk kapal perang dan kapal antarabangsa.

4. Perkembangan ekonomi di Kota Baghdad berlaku kerana kestabilan politik dan keamanan dalam empayar Islam.

5. Kegiatan ekonomi kerajaan Abbasiyah tertumpu kepada aktiviti pertanian, perindustrian, perdagangan dan perlombongan.

B. Kegiatan pertanian

1. Golongan pertengahan dalam kerajaan Abbasiyah merupakan golongan yang paling ramai menceburi bidang pertanian.

2. Antara kawasan yang diberi perhatian ialah lembah sungai Tigris, Nil dan lembah Eden yang merupakan kawasan paling subur.

3. Kerajaan Abbasiyah telah membina tali air yang dirasmikan oleh Khalifah al-Mahdi untuk membantu petani dalam sektor pertanian.

4. Kawasan Iraq dan Khurasan ditanam pelbagai jenis tanaman seperti gandum, barli, tamar, bijan dan kapas.

5. Di lembah Sogdiana yang terlatak di antara Bukhara dan Samarqand terdapat ladang buah-buahan seperti epal, aprikot, oren, limau, anggur dan zaitun.

6. Terdapat penanaman bunga seperti di Shiraz, Faris dan Damsyik seperti mawar dan violets sebagai hiasan, minyak wangi dan kosmetik.

7. Di wilayah Parsi seperti Ahwaz, terdapat ladang tebu yang luas dan lengkap dengan kilang memproses gula untuk dieksport ke Eropah.

C. Kegiatan Perindustrian

1. Merupakan sektor pemyumbang terbesar kerajaan Abbasiyah dan telah diberi perhatian oleh kerajaan dengan memberi pelbagai insentif dan galakan.

2. Industri pembuatan pakaian siap di Iraq seperti  di Shiraz, dibina kilang kain bulu (wollen) dan dieskport ke Itali kerana kaum wanita Eropah menggemarinya.

3. Di Parsi, kebanyakan industri tertumpu kepada pembuatan karpet dan tekstil serta turut mengeluarkan bahan tenunan bersulam benang emas dan perak.

4. Kilang-kilang di Khurassan dan Armenia banyak mengeluarkan tilam dan alas tilam manakala di Bukhara tertumpu kepada industri membuat sejadah.

5. Syria dan Mesir mengeluarkan barang-barang kaca, mozek dan cermin pelbagai warna untuk dekorasi masjid, gereja dan istana.

6. Di wilayah Transoxiana, terdapat industri barang-barang besi dan tembaga seperti pedang, tombak, lampu tembaga serta barang-barang pewter.

D. Kegiatan perlombongan

1. Wilayah Khurasan merupakan pengeluar terbesar batu marmar dan batu merkuri selain perlombongan emas dan perak.

2. Di wilayah Transoxiana, terdapat perlombongan batu delima dan di wilayah Kirman terdapat perlombongan bijih timah.

3. Wilayah-wilayah lain seperti Bahrain terkenal dengan pengeluaran batu mutiara manakala wilayah Naisabur merupakan kawasan perlombongan batu pirus.

4. Perlombongan besi terdapat di pergunungan Lebanon dan perusahaan minyak tar banyak terdapat di wilayah Georgia.

5. Perkembangan kegiatan perlombongan bukan sahaja menyumbang sejumlah besar pendapatan negara tetapi membuktikan kemakmuran kerajaan Abbasiyah.

E. Kegiatan perdagangan

1. Khalifah al-Mansur berjaya mengembalikan keamanan empayar Islam melalui kegiatan ekonomi perdagangan dalam pemerintahannya.

2. Basrah yang merupakan pusat pentadbiran pertama kerajaan Abbasiyah sebelum Baghdad merupakan kawasan pelabuhan yang maju dan sibuk.

3. Para pedagang Arab dan Parsi yang tinggal di Basrah telah belayar ke India dan China bagi mendapatkan barangan seperti rempah dan sutera.

4. Kegiatan import dan eksport antara pedagang Islam dan China telah mewujudkan jalan darat yang dikenali sebagai ‘laluan sutera’.

5. Ini membolehkan zon-zon perdagangan seperti Samarqand dan Turkestan telah dapat diterokai oleh para pedagang Islam.

6. Peningkatan eksport import telah membuka beberapa buah pelabuhan baharu seperti Baghdad, Siraf dan Samara.

F. Perkhidmatan Ekonomi

1. Kegemilangan kerajaan Abbasiyah dalam kegiatan ekonomi turut dibantu oleh perkhidmatan-perkhidmatan sokongan.

2. Mata wang telah diperkenalkan untuk memudahkan urusan jual beli kerana melibatkan pedagang-pedagang dari luar.

3. Institusi kewangan dan bank dibuka untuk kemudahan ahli perniagaan di Basrah dan Baghdad.

4. Kemajuan ekonomi kerajaan Abbasiyah juga telah menunjukkan kemakmuran rakyatnya apabila pungutan zakat dan cukai turut bertambah.


CONTOH SOALAN ESEI

1.Perihalkan kegiatan ekonomi kerajaan Abbasiyah dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-12 Masihi.(STPM2018)

2.Bincangkan kegiatan ekonomi yang dijalankan pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyah dari abad ke-11 hingga ke-12.

No comments:

Post a Comment