Sunday 8 August 2021

PDPR 09/08/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH SPM TINGKATAN 4

 5.4 KESAN PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948



1. Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu.

a. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu semula.

b. Majlis Raja-Raja diwujudkan melalui peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

c. Majlis ini dipengerusikan oleh seorang daripada Raja-raja Melayu.

d. Keanggotannya terdiri daripada sembilan orang Raja Melayu.

e. Pesuruhjaya Tinggi memastikan bahawa raja perlu dirujuk terhadap perkara dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

2. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.

a. Pembentukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

3. Mewujudkan Kerjasama Kaum

a. Kerjasama kaum penting dalam usaha memupuk perpaduan.

b. Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka jalan ke arah perpaduan dan kerjasama antara kaum melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC).

c. Kebanyakan cadangan CLC dimasukkan ke dalam usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

d. Jawatankuasa ini berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.

e. Persekutuan Tanah Melayu 1948 merintis pada pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 yang sekali gus membawa kemerdekaan.

4. Membuka Ruang Kewarganegaraan

a. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka ruang kepada orang bukan Melayu menjadi warganegara.

b. Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal yang diberikan kedudukan istimewa.

 

LATIHAN PENGUKUHAN

1.Apakah manfaat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja? (1 markah) Buku Teks MS 136

2.Mengapakah British bersetuju membubarkan Malayan Union  dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948? (1 markah) Buku Teks MS 137.

3.Mengapakah orang Melayu menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948? (2 markah) Buku Teks MS 136

4.Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 sangat penting dalam pembinaan negara Malaysia pada hari ini? (2 markah) Buku Teks MS 137

5.Jelaskan kesan kebaikan sistem persekutuan yang diamalkan di negara kita pada hari ini? (4 markah) KBAT

No comments:

Post a Comment