Tuesday, 10 August 2021

PDPR 11/08/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH STPM SEMESTER 1

 1.2.1 MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA PADA ABAD KE-16 HINGGA KE-17

A. Belanda

a. Belanda telah mengalami ledakan ekonomi pada tahun 1583  selepas berjaya keluar dari pemerintahan Raja Philip II dari Sepanyol.

b. Revolusi Pertanian yang berlaku telah menaikkan taraf hidup masyarakat Belanda di Eropah pada abad ke-16 hingga ke-17.

c. Belanda telah menjadi kuasa perdagangan di Eropah dan pelabuhan di Amsterdam juga turut berkembang kesan teknologi pembinaan kapal.

d. Belanda mencapai zaman kegemilangan ekonomi pada abad ke-16 hingga abad ke-17 melalui catan pengembara England, Perancis dan Jerman.

e. Masyarakat Belanda memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka.

f. Mereka memperkenalkan pelbagai jenis tanaman seperti biji kol, semanggi dan hop ke negara Eropah.

g. Belanda juga membekalkan hasil pertanian dan produk tenusu ke negera-negara lain sejak abad ke-16 dan 17.

h. Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan muncul masyarakat agraria di Belanda.

B. Ciri-ciri Masyarakat Agraria di Belanda

1. Kegiatan ekonomi

a. Kawasan utara Belanda terkenal sebagai kawasan pertanian dan perikanan pada abad ke-16 dan menjual hasil ekonomi di pasaran tempatan.

b. Kawasan Zeeland dan Bogaurden banyak ditanam dengan biji kol dan juga banyak ditanam di Artois, Rhineland, Schleswig dan Holstein.

c. Di Amsterdam, tanaman jagung diusahakan dan turut mengimport bijirin dari negara jiran kerana tidak dapat memenuhi permintaan penduduknya.

d. Satu perlima penduduk Belanda terlibat dengan industri perikanan yang menguntungkan serta industri pembinaan kapal yang dijual ke luar negara.

e. Belanda merupakan tempat utama penternakan lembu seperti hasil tenusu dan daging lembu di Holland dan Friesland.

f. Penanaman bunga tulip dijalankan secara meluas berikutan permintaan tinggi antara tahun 1639 hingga tahun 1637.

g. Bunga hop banyak ditanam di sepanjang Sungai Maas dan digunakan dalam industri minuman keras sejak abad ke-14 di Amsterdam dan Rotterdam.

 2. Petempatan

a. Petempatan masyarakat agraria di Belanda terletak di kawasan pinggir pantai yang amat subur untuk aktiviti pertanian.

b. Sebahagian besar dari kawasan pertanian di Belanda berada di bawah paras laut iaitu kawasan daratan lebih rendah daripada laut.

c. Geografi Belanda yang agak kecil menyebabkan masyarakat agraria Belanda menjalankan usaha menebus guna tanah untuk meluaskan kawasan pertanian.

d. Pada abad ke-17, sebahagian besar wilayah Zeeland ditebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian.

e. Menjelang tahun 1680, tanah seluas 127 000 hektar ditebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian.

f. Antara petempatan yang terletak di kawasan yang ditebus guna ialah Pulau Zuid-Beveland Middlezee, Oud-Beijerland dan New-Beijerland.

3. Sistem pengairan dan penambakan laut

a. Pada tahun 1590 hingga tahun 1615, dianggarkan tanah-tanah yang digunakan untuk pertanian ialah sebanyak 36 000 ekar.

b. Masyarakat agraria mahir dalam teknologi pengairan, membina terusan, kolam, dan takungan air bagi mengairi kawasan pertanian.

c. Penggunaan teknologi kincir angin membolehkan air yang berlebihan di kawasan tanah rendah dialirkan ke kawasan pertanian.

d. Kemajuan ini membolehkan kegiatan pertanian dijalankan secara intensif dan jumlah petani serta penggunaan kuda semakin meningkat.

e. Pada suku pertama abad ke-17, kerajaan Belanda berjaya meningkatkan hasil pertanian kesan aktviiti penambakan laut untuk dijadikan tanah pertanian.

4. Kesuburan tanah

a. Petani-petani Belanda juga mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam memelihara kesuburan tanah.

b. Para petani Belanda mengamalkan sistem pertanian padang terbuka iaitu tanah pertanian dibahagikan kepada tiga bidang.

c. Dalam setiap bidang terdapat lajur-lajur yang dibahagikan secara memanjang untuk diusahakan oleh para petani.

d. Petani hanya akan mengusahakan dua daripada tiga bidang tanah dalam setiap musim dan satu bidang lagi dibiarkan untuk menyuburkan tanah.

e. Mereka juga mengekalkan kesuburan tanah dengan melakukan pemugaran tanah, menggunakan baja asli, membuang rumput serta tanaman perosak.

f. Petani-petani menggunakan baja asli yang terdiri daripada najis ternakan untuk mengekalkan kesuburan tanah.

g. Masyarakat agraria Belanda juga mengamalkan sistem tanaman giliran untuk memelihara kesuburan tanah.

5. Peningkatan Teknologi



a. Menjelang abad ke-16 dan ke-17, berlaku kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah pertanian di Belanda.

b. Pengembara dari England, Perancis, Jerman dan Itali berpendapat kegiatan pertanian di Belanda amat maju berbanding dengan negara Eropah lain.

c. Banyak kaedah pertanian yang diamalkan di Belanda telah disebarkan ke negara lain termasuk China.

d. Antara kemajuan teknologi ini adalah kajian, penggiliran tanaman, tanaman rumput ternakan, sistem batas, penanaman deretan dan penciptaan peralatan.

e. Kajian sistem pertanian Belanda

i. Kajian tentang teknik dan kaedah pertanian masyarakat Belanda dijalankan oleh sarjana-sarjana dari England.

ii. Antara sarjana England yang melakukan kajian ialah Sir Richard Weston, Lord Townshend, Sir John Sinclair, Thomas Radcliff dan Patrick Neill.

iii. Tokoh-tokoh ini menulis karya-karya keunikan sistem pertanian Belanda seperti A Discourse of Husbandrie Used in Brahunt and Flanders oleh Sir Richard Weston.

iv. Kajian menunjukkan petani Belanda memperkenalkan sistem tanaman giliran, rumput Clover dan Turnip serta ciptaan peralatan seperti tenggala dan mesin menampi.

f. Sistem penggiliran tanaman

i. Petani-petani Belanda merupakan perintis dalam memperkenalkan sistem penggiliran tanaman apabila sistem tanah rang dimansuhkan.

ii. Kawasan tanah rang telah ditebus untuk dijadikan tanah pertanian dan ditanam dengan kacang tanah dan jagung.

iii. Sistem penggiliran melibatkan jagung musim sejuk (satu tahun), jagung musim panas (satu tahun), tanah rang (satu tahun) dan rumput (tiga atau enam tahun).

iv. Sistem ini dipraktikkan di bandar Ghent (1323), St. Pieters ter Aaslt (1368) dan Lede (1372).

v. Menurut Sir Richard Weston, sistem penggiliran tanaman diamalkan secara meluas di Wilayah Waes pada tahun 1644.

g. Sistem penanaman rumput ternakan

a. Petani-petani Belanda memperkenalkan sistem penanaman rumput untuk ternakan pada tanah rang.

b. Terdapat bukti mengenai penanaman tanaman rumput di tanah rang pada pertengahan abad ke-15 seperti di Louvain pada tahun 1498.

c. Tanaman rumput seperti turnip ditanam di kawasan tanah rang selepas jagung dituai.

d. Penanaman rumput ternakan pada satu bidang tanah dalam setahun membantu kesuburan tanah selain sebagai makanan untuk lembu dan kuda.

e. Ini turut membantu penghasilan baja asli atau baja organik daripada najis binatang yang membantu kesuburan tanah.

h. Sistem batas dan tanaman berderet

a. Petani-petani di Belanda memperkenalkan sistem menanam dengan membuat batas-batas agar saliran air yang baik dapat diwujudkan.

b. Kedudukan batas diubah setiap tahun bagi memastikan kesuburan tanah dapat dipelihara dan tanaman tumbuh dengan subur.

c. Sistem penanaman di atas batas menyebabkan penanaman dalam deretan atau jajaran diperkenalkan.

d. Penanaman dalam deretan diamalkan bagi tanaman seperti jagung, madder, hop, biji kol dan tembakau.

e. Sistem penanaman dalam deretan bagi tanaman komersial di Belanda diamalkan sejak abad ke-14.

i. Penciptaan peralatan pertanian.

a. Petani-petani di Belanda juga memberi sumbangan dalam penciptaan peralatan pertanian.

b. Antara peralatan yang dicipta termasuklah sejenis tenggala baharu yang digunakan oleh petani di Gelderland.

c. Selain itu, mereka juga mencipta tenggala beroda dan mesin untuk menampi bijirin.

d. Teknologi kincir angin pula digunakan untuk menyalurkan air dari kawasan rendah ke kawasan tanah tinggi dengan menggerakkan roda air.

e. Pada tahun 1612, Jan Adriaaanszoon telah berjaya mengeringkan air Tasik Beemster dengan membina sejumlah daik dan kincir air.

f. Teknologi ini telah berjaya membentuk dataran baharu yang dikenali sebagai Beemster Polder dan juga menngeringkan kawasan laut untuk tujuan tebus guna tanah.


CONTOH LATIHAN ESEI

1.Huraikan kemahiran teknologi pertanian masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 hingga abad ke-17.(STPM2020)

2.Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.

No comments:

Post a Comment