Tuesday 31 August 2021

PDPR 01/09/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH STPM SEMESTER 1

1.4.1 MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND ABAD KE-18 HINGGA KE-19 MASIHI



A. Masyarakat Industri di England

1. Masyarakat industri merujuk kepada masyrakat yang bergantung kepada sektor perindustrian dan terlibat dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan.

2. Revolusi Perindustrian bermula di England selepas tahun 1970 selepas berlaku perubahan pesat dalam bidang pertanian dan penemuan mesin wap di Eropah.

3. Penggunaan mesin yang canggih telah mengurangkan keperluan untuk tenaga kerja manusia.

4. Masyarakat industri di England berkembang pesat dalam sektor pertanian dan menyumbang kepada pertambahan pengeluaran makanan di England.

5. Masyarakat industri di England turut terlibat dalam bidang perindustrian, pengeluaran barangan serta perkhidmatan berasaskan mesin.

B. Faktor Kemunculan Masyarakat Industri di England

1. Ekonomi Merkantalisme

a. Menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, muncul kegiatan ekonomi merkantalisme di England dan ini membawa kepada Revolusi Perindustrian.

b. Sistem merkantalisme menekankan pemberian latihan kemahiran untuk pekerja menerusi “Dasar Apperentice” yang menyediakan ramai pekerja mahir.

c. Sistem merkantalisme ini berjaya melahirkan buruh-buruh mahir untuk diserapkan dalam industri apabila England muncul sebagai negara industri pertama.

d. Sistem ini melindungi perkembangan industri dalam negara dengan mencari kekayaan dari negara-negara jajahan dan memperoleh keuntungan besar.

e. Merkantalisme telah menyumbang kepada perkembangan revolusi perindustrian dan berlakunya peningkatan eksport.

2. Pertambahan Penduduk

a. Pertambahan penduduk menyebabkan wujud bekalan tenaga buruh yang mencukupi untuk bekerja di sektor perkilangan dan pasaran barangan keluaran.

b. Berlaku penghijrahan pekerja dari Ireland dan Scotland menyebabkan jumlah penduduk England pada 1850 meningkat sebanyak 21 juta orang.

c. Kewujudan pasaran barangan keluaran memberi ruang kepada masyarakat England menghasilkan ciptaan-ciptaan baru.

d. Perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar menyebabkan muncul bandar-bandar perkilangan dan perindustrian.

e. Menjelang tahun 1851 bandar-bandar seperti Lancashire, Yorkshire dan Nottinghamshire menjadi tumpuan penduduk.

3. Kekayaan Bahan Mentah

a. Keadaan iklim yang sesuai dan bahan mentah yang banyak telah merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di England.

b. Terdapat bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu di wilayah New Castle dan Wales.

c. England menjadi pengeluar arang batu terbesar di Eropah apabila berjaya mengeluarkan 80 juta tan metrik arang batu pada tahun 1860.

d. Penguasaan tanah jajahan juga menjamin bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk kilang-kilang di England khususnya di Asia dan Afrika.

e. Perkembangan perusahaan kapas di Lancashire dan bekalan air di sekeliling bandar Yorkshire mencukupi untuk membasuh dan meluntur kain.

4. Kemajuan Pengangkutan

a. Kemajuan dalam bidang pengangkutan membantu penghantaran dan mengangkut barangan untuk untuk memenuhi keperluan perindustrian.

b. Penggunaan kuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan seperti kereta api dan kapal laut.

c. Rekaan gerabak berkuasa wap menyebabkan lebih banyak barangan dapat diangkut serta menjimatkan kos.

d. Pada tahun 1829, Lokomotif rekaan George Stephenson, The Rockets telah berjaya digerakkan dengan menggunakan enjin berkuasa wap.

e. Perkembangan pesat dalam sistem pengangkutan telah merangsang pertumbuhan revolusi perindustrian seperti pengeluaran arang batu untuk landasan kereta api.

5. Kemajuan Sains dan Teknologi

a. Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan beberapa rekaan dan ciptaan baru ditemui.

b. Penciptaan mesin-mesin baru menggalakkan perkembangan perindustrian di England seperti mesin Jethro Tull yang digunakan untuk menyemai benih.

c. Teknologi awal yang dicipta di England ialah penghasilan tenaga wap melalui pembakaran arang batu seperti enjin kuasa wap Thomas Newton pada tahun 1702.

c. Ciptaan-ciptaan baharu ini dipatenkan untuk mengelakkan orang lain meniru hasil ciptaan tersebut.

d. Perkembangan ini menggalakkan orang ramai mencipta mesin-mesin baru bagi kegunaan sektor perindustrian di England.

 

 


 

C. Ciri-ciri Masyarakat industri di England

1. Kegiatan ekonomi

a. Masyarakat industri di England menjalankan kegiatan ekonomi yang tertumpu kepada pengeluaran barangan secara besar-besaran.

b. Kegiatan ekonomi mereka bergantung kepada sektor perindustrian seperti perusahaan tekstil yang merupakan perusahaan tertua di England.

c. Masyarakat industri di England juga menjalankan aktiviti ekonomi dalam sektor perlombongan seperti arang batu dan bijih besi.

d. Perlombogan arang batu dan bijih besi banyak dijalankan di wilayah New Castle dan Wales.

e. England muncul sebagai pengeluar keluli terbesar di dunia pada tahun 1860 dengan mengeluarkan 225 000 tan metrik keluli.

2. Pengkhususan pekerjaan

a. Masyarakat industri di England mempunyai pengkhususan pekerjaan yang tersendiri dan mempunyai pekerjaan yang tetap.

b. Penggunaan mesin juga telah digunakan secara meluas dan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam menghasilkan barangan sangat diperlukan.

c. Pekerja hanya perlu melakukan sebahagian kerja bagi menghasilkan sesuatu barangan dan sebahagian lain dilakukan oleh mesin.

d. Pembahagian kerja dan pengeluaran secara besar-besaran telah mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pengeluaran.

e. Penggunaan mesin menyemai benih oleh Jethro Tull membolehkan proses pembajakan berjalan lancar dan telah menambahkan hasil pengeluaran.

3. Mobiliti sosial

a. Mobiliti sosial telah berlaku dalam masyarakat industri di England kerana kumpulan masyarakat telah berubah dengan wujudnya kelas pekerja.

b. Kelas pekerja dan individu yang tumbuh dengan pesat dalam aspek saiz mahupun kepentingan.

c. Taraf hidup golongan pekerja juga telah meningkat dan peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi.

d. Hal ini telah meletakkan asas bagi kemunculan golonan kelas menengah dalam masyarakat yang bersedia menghadapi risiko untuk mendapatkan kekayaan.

e. Golongan kelas menengah terdiri daripada golongan pemilik kilang, peniaga, peguam dan jurutera.

 

 

4. Kemunculan kelas

a. Masyarakat industri di England tergolong kepada dua kelas masyarakat iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.

b. Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong manakala kelas pekerja ialah buruh dan pekerja kilang.

c. Pada peringkat awal, proses perindustrian membawa kepada kesengsaraan kepada rakyat biasa yang bekerja sebagai buruh di kilang-kilang.

d. Ini kerana golongan kelas pekerja amat bergantung kepada golongan kapitalis yang membayar gaji mereka.

e. Selepas berlaku kemajuan dan peningkatan dalam pengeluaran barangan, muncul golongan profesional yang menjaga hak dan kebajikan pekerja.

5. Mesyuarat literasi

a. Masyarat industri merupakan masyarakat literasi atau masyarakat yang terdiri daripada kelompok mempunyai ilmu dalam bidang pendidikan.

b. Kemajuan dalam industri telah menyebabkan perubahan kehidupan masyarakat di England kepada gaya hidup yang mewah.

c. Masyarakat semakin mementingkan kehidupan yang lebih sihat, mementingkan pendidikan, memiliki kemudahan sistem komunikasi dan pengangkutan.

d. Masyarakat ini mula terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dan memperjuangkan kepentingan mereka.

e. Perjuangan mereka melalui parlimen dapat dilihat dengan keanggotaan 61 wakil kelas menengah pada pertengahan abad ke-18.

 

SOALAN LATIHAN ESEI

1.Terangkan ciri-ciri kemajuan masyarakat industri di England pada abad ke-19 Masihi.(STPM2017)

2.Sejauh manakah kemunculan ekonomi merkantalisme menjadi asas perkembangan Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18 dan abad ke-19?(STPM2018)

 


No comments:

Post a Comment