Monday 16 August 2021

PDPR 17/08/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH STPM SEMESTER 1

1.3.1 MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL PADA ABAD KE-16 HINGGA KE-17



A. Masyarakat Maritim di Portugal

1. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan kelautan.

2. Abad ke-15 Masihi menyaksikan kemunculan negara-negara bangsa seperti England, Portugal, Belanda dan Perancis dalam pelayaran ke seberang laut.

3. Portugal muncul sebagai kuasa maritim yang unggul sejak abad ke-15 dan 16 yang menyebabkan muncul golongan pelayar dan peneroka terkenal.

4. Pelayar Portugal melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan, penjelalajahan, perdagangan, dan penjajahan.

5. Orang Portugal (Portugis) mendiami Semenanjung Iberia mempunyai azam dan semangat yang tinggi untuk mencari jalan ke dunia baharu.


B. Faktor-faktor Kemunculan Masyarakat Maritim di Portugal

1. Kedudukan geografi

a. Kedudukan Portugal yang berhampiran dengan laut mendorong masyarakatnya melibatkan diri dalam bidang maritim.

b. Dari segi geografi, Portugal terletak di Semenanjung Iberia yang dikelilingi oleh Lautan Atlantik.

c. Portugal mempunyai kawasan pantai yang panjang dan mempunyai pelabuhan yang baik seperti Lisbon dan Antwerp.

d. Pelabuhan ini memainkan peranan sebagai pusat pengedaran barang dagangan dan juga sebagai pusat pengagihan rempah-ratus dari Timur.

e. Masyarakat Portugal menjadi pelaut yang mahir kerana terdedah kepada pengaruh kelautan, memperoleh pengetahuan dan pengalaman dalam pelayaran.

2. Kestabilan politik.

1. Kestabilan politik merupakan faktor yang menyebabkan Portugal bangkit sebagai kuasa maritim.

2. Keadaan ini menyebabkan raja Portugal dapat memberi tumpuan kepada kegiatan maritim.

3. Raja-raja daripada Dinasti Avis (1383-1577) memberi galakan kepada masyarakat Portugal melibatkan diri dalam bidang perkapalan dan perdagangan.

4. Dalam pada itu, keadaan politik di negara Eropah lain seperti Itali, Perancis, Sepanyol, dan England tidak stabil.

5. Perkembangan ini memberi ruang pada Portugal untuk muncul sebagai kuasa maritim di Eropah.

3. Peranan Putera Henry

a. Putera Henry merupakan tokoh yang memainkan peranan dalam bidang penerokaan dan penjelajahan.

b. Beliau merupakan seorang saintis dan bekas tentera salib yang mempunyai pengetahuan dalam ilmu kartografi.

c. Putera Henry yang digelar Henry the Navigator telah mengasaskan sebuah institut pelayaran di Sagres.

d. Institut ini memainkan peranan dalam memberi latihan dan kemahiran kepada pelayar Portugal.

e. Di samping itu, institut ini juga menjalankan aktiviti penyelidikan, penciptaan peralatan pelayaran, dan membina serta membaiki kapal.

f. Para pelayar yang mendapat latihan daripada institut ini kemudiannya telah berjaya menakluki Kepulauan Madeira (1419) dan Azores (1427).

4. Pengaruh renaisans

a. Gerakan Renaisans yang berlaku di Eropah menyebabkan Portugal muncul sebagai kuasa maritim.

b. Gerakan Renaisans telah menyebabkan berlaku perubahan dalam pemikiran bangsa Eropah.

c. Renaisans menyemai ciri-ciri humanisme, individualisme, sekularisme, sifat kritikal, dan rasionalisme dalam masyarakat Eropah.

d. Peranan institusi gereja yang sebelum ini berjaya mengongkong pemikiran masyarakat Eropah juga mula hilang pengaruh.

e. Perkembangan ini menyebabkan muncul satu era baharu yang menekankan kepentingan sains dan teknologi serta kebebasan manusia berfikir.

f. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat Eropah.

g. Perkembangan ini menyebabkan orang Eropah mula meneroka kawasan-kawasan baharu yang belum pernah diterokai.

5. Perang Salib

a. Perang Salib turut memainkan peranan dalam kebangkitan Portugal sebagai sebuah kuasa maritim.

b. Perang ini memberi peluang kepada orang Portugal dan bangsa Eropah lain mengenali peradaban dan kebudayaan Timur.

c. Keadaan ini melahirkan bangsa Eropah yang berfikiran terbuka dan mempunyai cara pemikiran dan gaya hidup baharu.

d. Perang ini juga menyebabkan orang Eropah belayar ke Timur untuk mendapatkan barangan berharga.

e. Penaklukan ke atas wilayah Islam di Sepanyol telah mendedahkan orang Eropah kepada ilmu pelayaran Islam.

f. Masyarakat Eropah berpeluang untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang astronomi, geometri, matematik, sains, dan perubatan Islam.

g. Perkembangan ini membantu masyarakat Eropah melibatkan diri dalam kegiatan penjelajahan.

 

C. Ciri-ciri Masyarakat Maritim di Portugal

1. Kegiatan ekonomi

a. Kegiatan ekonomi perdagangan adalah aktiviti ekonomi utama dalam masyarakat maritim Portugal.

b. Portugal berjaya meluaskan perdagangannya di Lautan Antartik bermula pada tahun 1500 apabila Pedro Cabral belayar menuju India hingga ke Brazil.

c. Ketika di Brazil, Portugal berjaya membawa hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan pencelup.

d. Portugal juga turut membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, serta menternak lembu dan kuda.

e. Portugal menjumpai emas pada tahun 1693 di Selatan Brazil dan ini telah meningkatkan pendapatan pedagang Portugal.

2. Petempatan

a. Masyarakat maritim Portugal tinggal berhampiran pesisir pantai, lembah sungai dan kepulauan atau dari segi geografinya berhampiran laut.

b. Kedudukan berhampiran laut memudahkan mereka menjalankan kegiatan seperti perdagangan, menangkap ikan, dan mengumpul hasil laut.

c. Masyarakat mairitm Portugal juga tinggal berhampiran pelabuhan yang terletak di muara sungai.

d. Antara pelabuhan yang menjadi tumpuan masyarakat maritim ialah pelabuhan Lisbon dan pelabuhan Antwerp.

e. Pelabuhan tersebut memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan Portugal.

3. Teknologi perkapalan dan pelayaran

a. Masyarakat maritim Portugal mahir dalam pembinaan kapal dan perahu seperti kapal Caravel seberat 2000 tan untuk pelayaran jarak jauh.

b. Tokoh Portugal dalam perkembangan teknologi pelayaran ialah Putera Henry dengan mengasaskan sebuah sekolah pelayaran di Sagres.

c. Sekolah ini memberi latihan kepada ahli pelayaran dan jurumudi serta mencipta peralatan pelayaran seperti kompas magnetik, astrolab dan carta pelayaran.

d. Astrolab digunakan oleh pelaut Portugal merupakan hasil ciptaan orang Arab untuk menentukan kedudukan kapal ketika berada di tengah laut.

e. Kemajuan sekolah pelayaran Portugal juga membolehkan masyarakat Portugal terdedah kepada ilmu nautika.

4. Penjelajahan dan pelayaran

a. Menjelang abad ke-15, masyarakat maritim Portugal melancarkan beberapa ekspedisi untuk mencari jalan laut ke Timur.

b. Bartholomew Diaz belayar ke Tanjung Harapan yang terletak di bahagian paling selatan di Afrika pada tahun 1487.

c. Ekspedisi ini terdiri daripada 100 orang anak kapal dan 40 buah kapal seberat 120 tan setiap satu.

d. Bartholomew berjaya mengelilingi Tanjung Harapan dan sampai di Malindi pada tahun 1497.

e. Selepas itu, Bartholomew meneruskan pelayarannya ke Calicut, India pada tahun 1498.

5. Sifat berani dan ingin tahu

a. Masyarakat maritim Portugal merupakan masyarakat yang berani menghadapi cabaran dan mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi.

b. Umpanya ekspedisi yang dilancarkan oleh Ferdinand Magellan yang terpaksa menghadapi cabaran kekurangan makanan dan kerosakan kapal.

c. Magellan tetap meneruskan pelayarannya meskipun didesak oleh anak kapal agar berpatah balik.

d. Pelayar Portugal juga mempunyai keinginan untuk mencari Prestor John, iaitu raja yang kononnya memerintah sebuah kerajaan Kristian di Afrika.

e. Ini juga didorong oleh kajian mengenai bentuk muka bumi, iklim, dan cuaca  serta adat resam juga budaya dan sejarah masyarakat lain.

 

CONTOH SOALAN ESEI

1.Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim pada abad ke-15 dan abad ke-16 Masihi.(STPM2014)

2.Terangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan ke-17 Masihi.

1 comment: