Thursday 12 August 2021

PDPR 13/08/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH STPM SEMESTER 1

1.2.2 MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA



A. Agraria di China

1. Negara China merupakan negara yang terbesar di Asia Timur dan ketiga terbesar di dunia dengan keluasan 9 596 960 kilometer persegi atau 3 599 975 batu persegi.

2. Dua pertiga daripada China merupakan kawasan pergunungan dan gurun dan dataran Tibet merupakan kawasan tertinggi.

3. Kawasan gurun terletak di utara iaitu Gurun Gobi dan barat laut iaitu Gurun Taklimakan.

4. Negara China mengamalkan sistem ekonomi feudal sebelum kedatangan Barat dan kegiatan ekonomi utama adalah aktiviti bercucuk tanam secara kecil-kecilan.

5. Perkembangan ekonomi feudal menyebabkan muncul masyarakat agraria di negara China pada abad ke-16 dan ke-17 Masihi.

B. Kegiatan Ekonomi

1. Sebahagian besar penduduk negara China terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam  seperti padi, gandum, millet, kaoling, barli dan oat.

2. Kawasan pertanian utama ialah kawasan lembah sungai Yangtze dan Sungai Kuning, wilayah Shantung, Kansu, Shensi, Utara Anhui dan Hupeh.

3. Menjelang abad ke-16 dan ke-17, kegiatan ekonomi kapitalisme mula bertapak di negara China menyebabkan penanaman komersial diperkenalkan.

4. Antara tanaman komersial yang diusahakan adalah tembakau, kapas, mulberi dan tebu.

5. Tembakau diusahakan di wilayah Kwangsi dan Fukien manakala mulberi di Kwangtung kerana daun mulberi merupakan makanan ulat sutera.

C. Petempatan

1. Keadaan geografi negara China menyebabkan hanya 15 peratus sahaja sesuai untuk pertanian namun tidak menjejaskan aktiviti bertani.

2. Masyarakat China masih mampu menampung makanan penduduknya dan mampu mengeskport makanan ke luar negara.

3. Ini kerana sebahagian besar kawasan China terletak dalam kawasan hawa sederhana dan terdapat perubahan iklim dari kawasan traopika.

4. Masyarakat China dalam Dinasti Ming dan Dinasti Qing berada dalam masyarakat agraria dan hampir 85 peratus menetap di desa.

5. Tumpuan penduduk adalah antara kawasan Timur Laut China dengan Mongolia iaitu Dataran Loes yang dilalui Sungai Kuning dan Lembah Sungai Yangtze.

 D. Sistem Pengairan

1. Masyarakat agraria di negara China mempunyai kemahiran dalam teknologi pengairan dan para petani mahir membina terusan dan mengawal aliran air sungai.

2. Terusan dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian, mengelakkan banjir dan mengangkut hasil pertanian ke bandar.

3. Mereka juga mempunyai kemahiran dalam membina teres di lereng-lereng bukit bagi penanaman padi., membina empangan dan tambak

4. Mereka menggunakan pam yang digerakkan dengan menggunakan tenaga binatang ataupun manusia untuk mengepam air ke kawasan pengairan.

5. Dinasti Ming telah memperkenalkan sistem pengairan seperti Projek Pemgairan di Sichuan bagi mengairi 2 000 000 hektar kawasan pertanian.

E. Kesuburan Tanah

1. Masyarakat agraria di China mempunyai pengetahuan untuk memelihara kesuburan tanah pertanian.

2. Mereka mengamalkan sistem penanaman bergilir untuk memelihara kesuburan tanah pertanian.

3. Sistem penanaman bergilir telah diamalkan di negara China sejak zaman DInasti Han lagi.

4. Di samping itu, petani turut menggunakan baja secara meluas bagi meningkatkan hasil pertanian.

5. Tanaman dua musim tanaman untuk kesuburan tanah dicontohi dari Vietnam Selatan.

F. Peningkatan Teknologi

1. Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian dengan mencipta pelbagai jenis peralatan pertanian.

2. Peralatan yang dicipta meningkatkan hasil pengeluaran pertanian seperti tenggala penabur benih untuk menabur benih dalam barisan lurus.

3. Mereka juga mencipta peralatan lain seperti cangkul, sabit, penyisir tanah, penggiling dan kolar kuda.

4. Kereta sorong beroda dua telah dicipta untuk memudahkan barang-barang dan hasil-hasil pertanian diangkut.

4. Mereka memperkenalkan kaedah baharu seperti sistem penanaman bergilir, tanaman dua pusingan dan pengkhususan pertanian yang meningkatkan hasil.

 

CONTOH SOALAN ESEI

1.Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.(STPM2015)

2.Jelaskan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-16 dan abad ke-17.

2 comments:

  1. saya minta izin untuk salin cikgu. Terima kasih.

    ReplyDelete