Tuesday 3 August 2021

PDPR 04/08/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH STPM SEMESTER 2

2.1.2.7 Perlaksanaan zakat pada zaman pemerintahan Khalifah al-Rasyidin pada abad ke-7 hingga ke-8 Masihi.

A. Zakat

1. Dari segi bahasa bermaksud penyucian atau penyuburan untuk menghapuskan sifat-sifat kedekut atau bakhil dalam diri seseorang individu.

2. Zakat sebagai menyuburkan dengan penambahan pahala serta keberkatan dalam harta yang dimiliki.

3. Dari segi syarak, zakat dikaitkan dengan pemberian atau pengeluaran yang diwajibkan ke atas umat Islam termasuk dalam rukun Islam.

4. Kefardhuan zakat telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah Rasulullah SAW ke Kota Madinah sebagai satu daripada rukun Islam kelima.

5. Kengganan membayar zakat boleh membawa kepada hukuman bunuh atau mereka juga dipaksa membayar zakat oleh pemerintah.

6. Zakat wajib dikeluarkan sekiranya seseorang itu Islam, cukup nisab/kadar dan genap haul iaitu setahun mengikut bulan hijrah.

7. Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah yang diwajibkan ke atas semua individu Muslim pada bulan Ramadhan dan zakat harta wajib mengikut syarat.

8. Zakat harta diwajibkan ke atas individu yang mampu apabila harta yang dimiliki cukup hisab/kadar serta haulnya iaitu genap setahun hijrah.

9. Zakat harta terbahagi kepada zakat pertanian, zakat binatang ternakan, zakat perniagaan, zakat emas dan perak; dan zakat rikaz/karun.

10. Harta yang dikeluarkan sebagai zakat akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf/yang memerlukan.

 

B. Kadar zakat dan golongan penerima zakat.

1. Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang kira-kira 2.7 kilogram yang dikeluarkan daripada makanan asasi penduduk sesebuah negara seperti beras, dan gandum.

2. Kadar zakat harta pula dikeluarkan dengan kadar yang ditetapkan oleh syarak contohnya kadar nisab pertanian ialah lima ausuq iaitu 900 liter secara timbangan.

3. Kadar zakat untuk tanaman ialah 1/10 jika menggunakan air hujan/sungai dan 1/20 jika menggunakan alat penyiram.

4. Terdapat 8 golongan penerima zakat/asnaf iaitu fakir, miskin, musafir, mualaf, hamba bebas, orang berhutang, orang berjihad dan amil.


C. Pelaksanaan zakat zaman Khulafa al-Rasyidin

1. Zaman Khalifah Abu Bakar

a. Pada zaman Khalifah Abu Bakar, timbul kontroversi dengan pelaksanaan zakat disebabkan wujudnya golongan al-Riddah yang enggan membayar zakat.

b. Golongan yang enggan membayar zakat ini ialah penduduk Yaman, Yamamah dan Oman kerana menganggap zakat sebagai cukai paksaan.

c. Ada yang tersalah tafsir bahawa Nabi Muhammad SAW sahaja yang berhak mengutip zakat seperti Malik bin Nuwairiah.

d. Khalifah Abu Bakar bersikap tegas ke atas orang yang cuba memisahkan kewajipan solat dengan kewajipan zakat kerana keduanya adalah tiang dan jambatan agama.

e. Berdasarkan al-Quran dan hadis, Khalifah Abu Bakar menggempur golongan ini melalui pembentukan 11 buah pasukan tentera.

2. Zaman Khalifah Umar

a. Meneruskan pelaksanaan zakat melalui Baitulmal dan harta zakat yang diperolehi dikenali sebagai harta masyarakat.

b. Zakat diperoleh daripada golongan berada dan kaya untuk diagihkan kepada golongan yang layak menerimanya.

c. Harta zakat atau harta masyarakat terdiri daripada zakat fitrah, zakat harta, sedekah dan wakaf.

d. Baitulmal telah menyalurkan hasil pembayaran kepada 8 asnaf iaitu fakir miskin, musafir, amil, muallaf, hamba yang ingin merdeka, berhutang, berjihad dan ibnu sabil.

e. Kutipan zakat pada masa ini telah bertambah kerana banyak ekspedisi ketenteraan dan penyebaran Islam dilakukan.

3. Zaman Khalifah Uthman

a. Khalifah Uthman memperkenalkan zakat ternakan kepada pemilik kuda dan tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi Muhammad SAW.

b. Khalifah Uthman menjelaskan perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat Islam sehingga berjaya memiliki kuda.

c. Kadar zakat kuda sejajar dengan zakat yang dikenakan ke atas unta dan semua sumber zakat dimasukkan ke dalam Baitulmal.

d. Timbul masalah apabila Khalifah Uthman dituduh menyalahgunakan pengagihan wang zakat ketika dana Baitulmal merosot.

e. Khalifah Uthman menjelaskan bahawa wang tersebut diambil sebagai wang pendahuluan yang akan dikembalikan.

4. Zaman Khalifah Ali

a. Pada zaman Khalifah Ali, walaupun menghadapi konflik dalaman, namun pelaksanaan zakat tetap dijalankan seperti biasa.

b. Khalifah Ali merupakan salah seorang yang arif dalam institusi zakat dan pernah menjawat jawatan sebagai pegawai zakat pada zaman Nabi Muhammad SAW.

c. Khalifah Ali telah menghapuskan zakat terhadap kuda yang telah diperkenalkan oleh Khalifah Umar.

d. Khalifah Ali turut memperkenalkan kadar zakat setiap lima ekor unta dewasa boleh digantikan dengan unta yang lebih muda atau tua.

e. Kadar zakat ini dengan syarat dibayarkan ganti rugi kepada tuannya dua ekor kambing biri-biri atau 10 dirham.

 

CONTOH SOALAN ESEI

1.Jelaskan pelaksanaan zakat pada zaman pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin. (USTPM2016) 

2.Institusi zakat merupakan institusi yang penting dalam sistem ekonomi Islam pada zaman Khalifah al-Rasyidin. Bincangkan.

No comments:

Post a Comment