Wednesday 4 August 2021

PDPR 05/08/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH STPM SEMESTER 1

1.1.2 MASYARAKAT FEUDAL JEPUN PADA ABAD KE-16 DAN KE-17

A. Pengenalan

1. Kemerosotan kuasa maharaja Jepun teleh membuka peluang kepada kemunculan tuan tanah yang dikenali sebagai daimyo.

2. Bentuk muka bumi Jepun yang bergunung-ganang menyukarkan maharaja Jepun untuk menguatkuasakan kawalan terhadap daimyo.

3. Perebutan politik antara suku menyebabkan keluarga Miramato Yoritomo membentuk kerajaan bersifat ketenteraan yang pertama.

4. Kemunculan pemerintahan Kamakura yang bercorak ketenteraan  atau bakufu menandakan permulaan sistem feudal di Jepun.

3. Sistem feudalisme di Jepun mencapai kemuncak pada zaman Tokugawa Ieyasu (1542-1616) yang mengasaskan Kesyogunan Tokugawa sekitar tahun 1603.

 

B. Ciri-ciri Masyarakat Feudal Jepun

1. Kedudukan Maharaja dan Shogun

a. Pada zaman Keshogunan Tokugawa, maharaja tidak mempunyai kuasa dalam pemerintahan dan pentadbiran

b. Maharaja merupakan ketua negara tetapi kuasa sebenar pemerintahan terletak di tangan shogun.

c. Shogun Tokugawa mengukuhkan kedudukan dengan menubuhkan pasukan tentera yang kuat dan menyerahkan wilayah kepada daimyo yang setia kepadanya.

d. Shogun Tokugawa turut mengambil langkah meningkatkan kekayaan dengan melibatkan diri dalam ekonomi komersial dan perlombongan.

e. Tokugawa juga mengawal golongan daimyo yang menguasai daerah terutamanya golongan daimyo yang tiada hubungan persaudaraan.

2. Kedudukan Samurai

a. Golongan samurai mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat feudal di Jepun kerana mereka merupakan panglima perang.

b. Samurai bertanggungjawab memelihara keamanan negara dan berkhidmat kepada golongan bangsawan serta tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja lain.

c. Samurai sangat diperlukan oleh golongan bangsawan seperti shogun dan daimyo untuk mempertahankan hak serta keselamatan mereka.

d. Samurai tidak dibenarkan untuk memiliki tanah sebaliknya bergantung kepada bekalan beras yang diberikan oleh daimyo.

e. Samurai mempunyai minat dalam bidang kesenian dan kesarjanaan kerana pemilikan ilmu dianggap mulia dalam kalangan pahlawan Jepun.

3. Pemiikan Tanah

a. Pada zaman Keshogunan Tokugawa, wilayah diserahkan kepada daimyo yang setia kepada shogun.

b. Shogun memberikan tanah kepada daimyo yang setia dan mengawasi daimyo yang diragui kesetiaannya.

c. Shogun Tokugawa mengambil langkah untuk merampas tanah daripada daimyo yang tidak setia dan menentang pemerintahannya.

d. Tanah-tanah yang dirampas akan diserahkan kepada daimyo yang dipercayai dan setia kepadanya.

e. Shogun Tokugawa juga melantik gundai dan daikin untuk mentadbir dan menguruskan tanah miliknya.

4. Kewajipan Peribadi

a. Dalam masyarakat feudal di Jepun, wujud hubungan peribadi antara shogun dan daimyo (tuan tanah).

b. Shogun menyerahkan tanah kepada golongan daimyo yang dipercayai dan memberikan taat setia kepadanya.

c. Sebagai balasan, daimyo akan membantu shogun dalam pentadbiran dan ketenteraan.

d. Dalam hal ini, kedua-dua pihak saling bertanggungjawab terhadap kepentingan bersama dengan menjalankan kewajipan peribadi.

5. Mobilliti Sosial

a. Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 dan 17 terdiri daripada beberapa lapisan yang mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan politik berlainan.

b. Kedudukan dan status masyarakat feudal Jepun ditentukan berdasarkan keturunan dan sistem kelas.

c. Dalam hal ini, perubahan status dan mobiliti sosial dalam masyarakat feudal Jepun jarang berlaku.

d. Setiap lapisan masyarakat telah tahu tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam meneruskan kehidupan.

 


C. Struktur Masyarakat Feudal Jepun (Tokugawa)

1. Maharaja

a. Menjelang zaman Tokugawa memperlihatkan kuasa maharaja yang amat terhad dan tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran.

b. Maharaja mendapat pengiktirafan sebagai ketua negara tetapi hanya dianggap sebagai simbol perpaduan.

c. Kuasa sebenar pemerintahan pada zaman Tokugawa terletak di tangan Shogun Tokugawa di Edo.

d. Bagi mengelakkan maharaja campur tangan dalam urusan kerajaan, Tokugawa telah menempatkan maharaja di kawasan terpencil di Kyoto.

e.Tokugawa mengawasi kawasan kediaman maharaja dengan meletak pegawai istana (kuge) mengelilingi istana dan sesiapapun tidak boleh menemui maharaja.

2. Shogun

a. Shogun merupakan penguasa atau pemerintah sebenar Jepun pada zaman ini sehingga tahun 1867.

b. Shogun menjalankan pemerintahan atas nama maharaja dengan memperkenalkan corak pemerintahan bakufu (tentera).

c. Shogun Tokugawa dibantu oleh tiga jabatan utama iaitu Tairo (Majlis Penasihat Agong), Roju (Majlis Tertua) dan Hyojosho (Majlis Kehakiman).

d. Dasar pecah dan perintah membolehkan shogun mengagihkan kuasa untuk mengawal wilayah kepada pembesar atau daimyo.

e. Kuasa yang diberikan kepada daimyo adalah atas dasar kepercayaan, kesetiaan dan kekeluargaan yang menjamin kedudukan shogun.

3. Daimyo

a. Daimyo adalah golongan pembesar atau bangsawan yang menduduki lapisan ketiga dalam susun lapis masyarakat feudal di Jepun.

b. Daimyo terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama.

c. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga Tokugawa dan membantu menguasai pemerintahan dan dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu.

d. Daimyo Shimpan juga merupakan cabang keluarga Tokugawa atau Go-Sanke atau Tiga Rumah terletak di daerah Owari, Kii dan Mito.

e. Daimyo Tozama merupakan musuh Shogun Tokugawa yang kalah dalam perang dikenali sebagai daimyo luar dari suku barat di Satsuma, Chosu, Tosa dan Hizen.

f. Daimyo Tozama dilarang memasuki istana dan dilarang mengumpul harta kekayaan serta dilucutkan jawatan kerajaan di Yedo.

f. Sistem Sankin Kotai diperkenalkan untuk memastikan daimyo tidak mengancam kedudukan shogun iaitu dipaksa menukar tempat kediaman setiap tahun.

4. Samurai

a. Samurai pula merupakan kelas panglima atau pahlawan yang mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat feudal Jepun.

b. Samurai berfungsi menjaga keamanan negara dan memberikan taat setia serta menjaga kepentingan para daimyo.

c. Samurai juga bertanggungjawab meluaskan wilayah kekuasaan dan pengaruh shogun dan daimyo.

d. Samurai tidak dibenarkan melakukan apa-apa pekerjaan lain walaupun negara berada dalam keadaan aman.

e. Samurai muncul sebagai kelas yang paling berpendidikan dalam sistem feudal Tokugawa.

f. Sumber pendapatan golongan samurai adalah melalui bekalan beras yang diperoleh daripada para daimyo dan petani.

5. Petani (nomin)

a. Petani merupakan golongan yang menduduki hierarki tertinggi dalam kelas golongan yang diperintah.

b. Ukuran kekayaan bangsawan adalah berdasarkan jumlah beras yang dimiliki menyebabkan golongan petani dipandang mulia.

c. Sebagai balasan, masyarakat petani diberikan pendidikan iaitu sekolah-sekolah kampung (terakoya) dibina untuk kemahiran 3M kepada anak-anak petani.

d. Namun begitu, petani terpaksa menghadapi sistem kerah dan dikehendaki membayar cukai yang membebankan.

e. Petani yang gagal membayar cukai akan menerima hukuman yang berat.

6. Artisan (tukang)

a. Golongan artisan mempunyai kemahiran membuat pedang dan peralatan-peralatan yang berguna seperti senjata dan kayu yang digunakan oleh para daimyo.

b. Artisan diberikan penghargaan dan penghormatan dengan kemahiran yang ada, dibayar gaji yang lumayan dan mendiami kediaman yang selesa.

c. Tukang kayu juga diberikan layanan yang baik dan menerima gaji yang sama seperti tukang senjata dan tukang pedang.

d. Di Kyoto, tukang kayu diberi gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memakai sebilah pedang.

e. Bagi tukang-tukang yang tidak mahir, mereka tidak mendapat layanan baik dan terpaksa bekerja dengan golongan daimyo.

7. Pedagang (chonin)

a. Kelas pedagang (chonin) terletak di bawah tukang mahir dan dipandang rendah oleh masyarakat Jepun serta tidak dibenarkan menukar status sosial.

b. Keadaan aman menyebabkan ekonomi berkembang dan muncul bandar-bandar baru seperti Edo, Osaka, Nagoya dan Sendai.

c. Bandar-bandar ini berkembang menjadi pusat perdagangan menyebabkan pendapatan berdasarkan beras diganti dengan pendapatan berasaskan wang.

d. Perubahan ini memberikan kedudukan penting kepada para pedagang Jepun ke arah kemajuan dan pengumpulan harta modal.

e. Menjelang abad ke-17, pedagang bukan hanya menjual barang dagangan tetapi terlibat dalam kegiatan peminjaman wang dan memiliki syarikat persendirian.

 

CONTOH SOALAN ESEI

1.Huraikan struktur masyarakat feudal Jepun dalam era pemerintahan kesyogunan Tokugawa dari tahun 1603 hingga tahun 1868? (STPM2013)

 

2.Huraikan struktur masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 dan pada abad ke-17. (STPM2021)

 

3.Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 dan abad ke-17.

No comments:

Post a Comment