Sunday, 29 August 2021

PDPR 30/08/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH STPM SEMESTER 2

2.3.1.2 PERKEMBANGAN ILMU ZAMAN KHALIFAH UMAYYAH ANDALUSIA DARI ABAD KE11 HINGGA ABAD KE-13 MASIHI



A. Khalifah Umayyah di Andalusia

1. Umat Islam menguasai Sepanyol (Andalusia) selama lapan abad lebih bermula tahun 713 hingga 1492 Masihi.

2. Abad ke-11 menyaksikan kemunculan beberapa kerajaan kecil di Andalus, sekaligus menandakan bermulanya era kemerosotan kerajaan Umayyah.

3. Kerajaan Umayyah Andalusia pada abad ke-11 hingga ke-13 Masihi berada di bawah pemerintahan kerajaan Murabitun dan Muwahiddun.

4. Ketika era kemerosotan kerajaan Abbasiyah, perkembangan ilmu aqli dan naqi tetap berlaku ekoran kemunculan cendekiawan Islam di Andalusia.

5. Profesor Philip K. Hitti berpandangan bahawa zaman keemasan keilmuan Andalus telah berlangsung sekitar abad ke-11 dan ke-12 Masihi.

B. Perkembangan Ilmu Naqli dan Ilmu Aqli

1. Perkembangan Ilmu Naqli

a. Muncul tokoh seperti Ibn Hazam yang dikaitkan dengan penghasilan kitab-kitab fikah dan ilmu hadis.

b. Beliau telah mengemukakan satu aliran teknologi baharu berdasarkan pengalamannya iaitu bahas al-Quran dicipta Allah SWT untuk manusia.

c. Tokoh lain yang muncul ialah Ibn Ubd al-Barr yang merupakan seorang ulama hadis yang terkenal dengan karyanya al-Isti’ah li Sahabah.

d. Pada abad ke-13 Masihi, muncul Qadi Iyad yang terkenal dalam bidang hadis, fikah dan sejarah serta berjaya menghasilkan 20 buah kitab.

e. Karyanya yang termashyur ialah al-Shifa bi Ta’rif Huquq al-Mustafa yang mengandungi pujian, akidah dan mukjizat Nabi Muhammad SAW.

2. Perkembangan Ilmu Aqli

a. Kemunculan ahli falsafah yang unggul seperti Ibn Tafail yang menulis buku Hayy Ibn Yaqzan dan telah diterjemahkan ke bahasa Latin, Belanda, Inggeris dan Jerman.

b. Dalam karya tersebut, beliau memaparkan aliran pemikiran sezaman menerusi beberapa kisah yang menyatakan falsafah agama dan kehidupan rakyat biasa.

c. Tokoh yang lebih terkenal ialah Ibn Bajjah dikenali sebagai Avempace di Barat dan merupakan komentar karya-karya Arsitotle, Muzik dan Fizik.

d. Sebagai ahli falsafah, minatnya tertumpu kepada idea dan pemikiran berkaitan aspek kemanusiaan dan kajian bentuk kerohanian serta idea pemikiran manusia.

e. Muncul Ibn Rusyd yang mengulas dan memberi jawapan terhadap serangan Imam al-Ghazali dalam karyanya serta memberi komentar terhadap karya Aristotle.



C. Ilmu Naqli di Andalusia

1. Ilmu Tafsir al-Quran

a. Pengajian Islam termasuk pengajian al-Quran dan tafsir mula diserap masuk ke dalam sistem pendidikan di Andalusia setelah bertapaknya Islam.

b. Ibn ‘Atiyyah telah memainkan peranan sebagai mufassir agung dan menghasilkan kitab tafsir 30 juzuk yang berjudul Al-Muharrar al-Wajiz.

c. Sejarah perkembangan aliran tafsir turut dilakar oleh Muhy al-Din Ibn ‘Arabi apabila beliau mengarang karya Tafsir al-Qur’an al-Karim aliran Tafsir al-Sufi.

d. Imam al-Qurtubi turut menyumbang kepada perkembangan pengajian tafsir al-Quran melalui karyanya AL’Jami’ li Ahkam al-Qur’an aliran fiqh al-Maliki.

e. Ibn Rusyd memetik beberapa potongan ayat al-Quran untuk dimuatkan dalam karya yang dihasilkannya seperti AL-Fasl al-Maqal.

2. Ilmu kalam

a. Merupakan ilmu yang membicarakan wujudnya Allah SWT, cara bermakrifat secara mendalam sifat-sifat Allah SWT, para rasul dan alam akhirat mengikut dalil yang sah.

b. Bibit-bibit ilmu kalam mula bertapak dan mendapat tempat dalam masyarakat Islam serentak dengan kemasukan aliran Asya’irah oleh Muhammad ibn Tumart.

c. Kemasukan aliran sufi, zahiri, ahli kalam membuktikan dasar keterbukaan dan demokratik dalam proses perkembangan ilmu pengetahuan di Andalusia.

d. Kerajaan Murabitun sebelum itu hanya berpegang pada fahaman dan fiqh al-Maliki dan kurang meraikan perkembangan aliran lain dan menentang ilmu kalam.

3. Ilmu hadis

a. Perkembangan bidang hadis pula dapat dikesan dengan kemunculan tokoh hadis terkemuka seperti Ibn Abd Barr.

b. Ibn Abd Barr merupakan seorang ulama hadis yang terkenal di Andalusia dan Afrika Utara.

c. Beliau mendalami kisah sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW dan ilmu Mustalah Hadis.

d. Antara karya beliau yang sangat terkenal ialah al-Istiah li Suhabah

4. Ilmu fiqh

a. Pengaruh ulama Maliki yang mendominasi Andalusia semasa zaman Murabitun semakin berkurangan pada zaman Muwahiddun.

b. Kemunculan Imam al-Qurtubi melalui karya tafsir Al-jami’ li Ahkam al-Quran mencerminkan keterbukaan mazhab dan mentarjih pandangan mazhab lain.

c. Abu al-Qasim Abdullah dari Granada pula menghasilkan Kitab al-Tashil li Ulum al-Tanzil, Kitab Masa ‘il Usul al-Fiqh dan Kitab al-Ahkam fi Usul al-Ahkam.

d. Ibn Hazam dianggap imam dalam ilmu fiqah di Andalusia telah menghasilkan karya al-Fasl fi al-Milal wa ‘i-Ahma’ wa ‘i-Nithal.

e. Antara ulama berpengaruh lain yang turut terlibat dalam perkembangan ilmu fiqh di Andalusia ialah Ziyad Ibn Abdul Rahman, Ibn Yahya dan Ibn Rushd.

5. Ilmu tasawuf

a. Kemunculan tokoh-tokoh tasawuf turut menyumbang kepada perkembangan istilah-istilah yang berkaitan tasawuf.

b. Antara istilah-istilah tasawuf seperti zuhud, mahabbah, makrifah dan il-ittihad (penyatuan).

c. Antara tokoh tasawuf Andalusia yang berpengaruh adalah Ibn Sab’in yang menghasilkan karya Budd al-Arif dan Asrar al-Hikma al-Mashiqiyya.

d. Ibn Arabi pula telah menghasilkan karya tasawuf melalui Al-Insan al-Kamil.

 

SOALAN LATIHAN ESEI

1.Huraikan faktor-faktor yang menjadikan Andalusia sebagai pusat perkembangan ilmu naqli dan aqli, iaitu pada zaman Khalifah Umayyah dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-13 Masihi.(USTPM2016)

2.Huraikan perkembangan ilmu naqli pada zaman Khalifah Umayyah di Andalusia dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-13 Masihi.(USTPM2019)

3.Huraikan perkembangan ilmu aqli pada zaman Khalifah Umayyah di Andalusia dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-13 Masihi.(USTPM2019)

No comments:

Post a Comment