Monday 23 August 2021

PDPR 24/08/2021: NOTA DAN LATIHAN SEJARAH STPM SEMESTER 1

 1.3.2 MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN PADA ABAD KE-16 HINGGA KE-17



A. Faktor Kemunculan Masyarakat Maritim di Jepun

1. Kemunculan masyarakat maritim di Jepun dapat dikesan sejak abad ke-3 Masihi apabila pedagang-pedagang Jepun menjalankan perdagangan dengan China.

2. Pedagang Jepun juga menjalinkan hubungan perdagangan dengan Vietnam, Korea dan pelabuhan lain di Asia Tenggara.

3. Semasa era Ashikaga, masyarakat maritim Jepun melalui banyak perubahan ekonomi dalam perdagangan dan perniagaan.

4. Menjelang abad ke-16, Jepun mengamalkan dasar buka pintu dengan menggalakkan kehadiran pedagang Barat.

5. Kehadiran pedagang Barat menyebabkan Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa maritim di Asia.

1. Kedudukan Geografi

a. Dari segi geografi, negara ini terdiri daripada beberapa pulau dan tempat pertemuan arus panas dan arus sejuk dan terdedah dengan sumber laut yang banyak.

b. Antara pulau yang menjadi tumpuan masyarakat maritim di Jepun ialah Kyushu, Shikoku, Hokkaido, dan Honshu.

c. Memandangkan bentuk muka bumi pulau-pulau ini bergunung-ganang, maka petempatan didirikan di kawasan pesisir pantai.

d. Lokasi petempatan yang terletak berhampiran laut menyebabkan penduduknya terdedah kepada kegiatan berasaskan laut.

e. Perkembangan ini meletakkan asas bagi kemunculan masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16 hingga ke-17 Masihi.

2. Perdagangan

a. Perkembangan aktiviti perdagangan turut menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

b. Pada zaman Ashikaga, kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat di Jepun dan pedagang-pedagang Jepun berdagang di rantau Asia Tenggara.

c. Menjelang zaman Tokugawa, pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan China, Korea, dan Vietnam.

d. Menjelang zaman Nobunaga, lebih ramai pedagang Barat datang ke Jepun seperti pedagang dari Portugal.

e. Kedatangan pedagang-pedagang asing dari Barat menyebabkan muncul masyarakat maritim di Jepun.

3. Kemunculan pelabuhan

a. Perkembangan pesat kegiatan perdagangan menyebabkan muncul pelabuhan entrepot di Jepun.

b. Antara pelabuhan entrepot yang penting pada abad ke-16 ialah pelabuhan Kyushu, Nagasaki, dan Shimoda.

c. Pelabuhan-pelabuhan ini menjadi tumpuan pedagang-pedagang Jepun dan pedagang-pedagang luar negara.

d. Menjelang pertengahan abad ke-16, kapal pedagang Portugal berlabuh di pelabuhan Kyushu.

e. Kemunculan pelabuhan-pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di Jepun.

4. Kemajuan dalam teknologi pelayaran

a. Kemajuan yang dicapai oleh Jepun  dalam teknologi pelayaran dan pembinaan kapal menyebabkan negara tersebut muncul sebagai masyarakat maritim.

b. Jepun melahirkan ramai pelayar yang mahir dalam ilmu pelayaran serta pengetahuan dalam ilmu nautika, kartografi, dan perkapalan.

c. Menjelang abad ke-16, muncul pusat pembinaan dan baik pulih kapal-kapal di Jepun serta pembinaan kapal-kapal besar untuk pelayaran jarak jauh.

d. Kepal Shuinsen merupakan kapal layar yang digunakan oleh pedagang Jepun untuk belayar ke Asia Tenggara.

e. Kemajuan pesat dalam teknologi pelayaran menyebabkan masyarakat maritim Jepun mempu belayar hingga ke Korea, China dan Asia Tenggara.

5. Dasar kerajaan Jepun

a. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh kerajaan Jepun turut menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

b. Dasar ini menyebabkan masyarakat maritim Jepun terdedah kepada pengaruh dari luar sama ada dari Asia atau dunia Barat.

c. Menjelang akhir abad ke-16, pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti perdagangan dengan Jepun.

d. Hubungan dengan Portugal menyebabkan masyarakat maritim Jepun menerima teknologi baharu dari Barat iaitu teknologi perkapalan.

e. Perkembangan ini memainkan peranan dalam merancakkan kegiatan maritim di Jepun.


 

B. Ciri-ciri Masyarakat Maritim di Jepun

1. Lokasi petempatan di pesisiran pentai

a. Negara Jepun terdiri daripada beberapa buah pulau yang di kelilingi laut dan menjadi tumpuan seperti Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan Honshu.

b. Sebanyak 72% pulau-pulau di Jepun bergunung-ganang dan sebahagiannya merupakan gunung berapi.

c. Oleh kerana bentuk muka bumi pulau-pulau ini yang bergunung-ganang, maka petempatan di kawasan pesisiran pantai

d. Lokasi petempatan yang berhampiran laut ini menyebabkan penduduk terdedah dengan kegiatan berasaskan laut.

e. Sehubungan dengan itu, perkembangan ini menjadi asas kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

2. Kegiatan ekonomi berasaskan kelautan.

a. Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan dan aktiviti perikanan merupakan pekerjaan utama.

b. Penduduk Jepun menjadikan ikan sebagai makanan kedua selepas nasi menyebabkan aktiviti penangkapan ikan sangat penting.

c. Menurut Harold M. Vinacke, makanan orang Jepun yang sama penting dengan nasi adalah ikan dan makanan laut.

d. Masyarakat maritim Jepun turut melibatkan diri dengan kegiatan ekonomi yang berasaskan kelautan seperti mengutip hasil laut seperti mutiara.

e. Masyarakat Jepun juga terlibat dengan kegiatan ekonomi perdagangan, membaiki dan membuat kapal.

3. Aktiviti perdagangan berkembang pesat

a. Perkembangan perdagangan juga menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

b. Pada zaman Ashikaga, perdagangan berkembang pesat di Jepun dan pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara Asia Tenggara.

c. Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan negara Barat secara terhad seperti dengan Portugal, British, belanda dan Sepanyol.

d. Perdagangan dengan pedagang luar telah menggalakkan penggunaan mata wang perak bagi menggantikan penggunaan beras dan kain sebagai tukaran.

e. Penggunaan mata wang perak ini telah menggalakkan lagi aktiviti perlombongan perak dan emas.

4. Menguasai ilmu kelautan dan pelayaran

a. Masyarakat maritim Jepun berkemahiran dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ilmu pelayaran, ilmu astronomi, ilmu nautika dan kartografi.

b. Masyarakat Jepun telah dapat melahirkan ramai ahli pelayaran menyebabkan kemajuan pesat dalam aktiviti pelayaran, penjelajahan dan pemerokaan.

c. Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran dan belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan, Korea dan China.

d. Pada abad ke-17 masihi, dianggarkan terdapat 350 buah kapal Jepun terlibat dengan aktiviti perdagangan.

e. Mereka mampu membina kapal besar seperti Kapal Mohor Merah (Shuinsen), Higaki-Kaisen dan Taro-Kaisen untuk perdagangan.

5. Mempunyai pelabuhan entrepot

a. Kemunculan pelabuhan baharu telah merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di Jepun.

b. Masyarakat Jepun yang tinggal di pesisiran pantai dan terlibat dalam aktiviti perdagangan menyebabkan kemunculan pelabuhan entrepot seperti Kyushu.

c. Selain itu, terdapat juga pelabuhan-pelabuhan lain yang bertaraf entrepot seperti pelabuhan Shimoda, Hokodate dan Nagasaki.

d. Para pedagang Jepun pada abad ke-16 telah mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang dan barang-barang lainnya.

e. Jepun telah mengimport sutera Cina, lada, gula dan kulit rusa dari Asia Tenggara yang terdapat di pelabuhan-pelabuhan negara rantau tersebut.

 

SOALAN LATIHAN ESEI

1.Jelaskan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16 hingga abad ke-17 Masihi.(STPM2019)

2. Bincangkan faktor-faktor kemunculan masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16 hingga abad ke-17 Masihi.

No comments:

Post a Comment